Saturday, 1 March 2014

Tips Mendapatkan Ketenangan Semasa Akad Nikah

Tips Mendapatkan Ketenangan Semasa Akad Nikah | Assalamualaikum w.b.t.. Ini entri khas untuk bakal-bakal pengantin baru yang akan melafazkan akad nikah.. For sure la entri ni untuk bakal suami a.k.a lelaki kan.. Tapi bakal isteri a.k.a wanita pun mungkin boleh take note untuk bakal suami anda.. Insyaallah, mungkin entri ini boleh memberi serba sedikit tips.. Mula-mula, pastikan anda yang menunggu Tok Imam ya.. Jangan biarkan Tok Imam yang menunggu anda.. Kalau dapat Tok Imam yang ok, tak pe la.. Kalau dapat Tok Imam yang ada hal lain lepas tu, lain pulak jadinya.. Hehe.. Yang lain-lain, cuba baca yang ini :

  • YAKIN - Keyakinan adalah sangat penting untuk bakal pengantin lelaki.. Bermula dari keyakinan yang ada dalam diri, pasti semua akan berjalan lancar.. Orang kahwin paksa pun kadang-kadang ok kan.. So semua bermula dari dalam iaitu keyakinan.. Yakin Boleh!!
  • MASJID / RUMAH - Ini satu perkara yang perlu di ambil kira.. Sesetengah orang, suka buat di masjid.. Tapi bagi Eraz suka buat di rumah.. Bergantung kepada bakal pengantin dan kesesuaian Tok Imam la.. Dua-dua ada kelebihan.. Kalau di masjid, mungkin boleh lari dari ramai orang.. Tapi kalau di rumah, mungkin anda rasa lebih selesa.. Jadi berbincanglah baik-baik dengan bakal bapa mertua anda atau wali kepada bakal isteri anda.. Pastikan pilih tempat yang cool bagi anda..
  • BERSEDIA - Haha.. Rasanya semua orang bersedia kot.. Sebelum akad nikah, praktis dulu sorang-sorang ke, dengan kawan ke, dengan ayah ke.. Dengan siapa-siapa la.. Dan penting juga, tanya bakal bapa mertua tu cara jawab nikah yang mana diperlukan oleh Tok Iman kat sana.. Mana la tahu, berbeza kan.. Kalau sama, ok la.. Setengah Tok Imam, sediakan teks, setengah takde.. So, bersedialah ya.. Slow-slow, jangan nak cepat..
  • PENGAPIT / PENEMAN - Pengapit atau peneman.. Penting jugak ni sebenarnya.. Eraz dulu, Abah Eraz yang berada di sebelah.. Abang pun sama.. Support kat tepi.. Tok sedara di belakang.. Dia pegang belakang.. Ramai tak yang support? Haha.. Kawan pun ada, ambil gambar.. Pengapit atau peneman memang penting untuk kita dapatkan keyakinan.. Mereka juga yang akan memberi 'tenaga' kepada kita kalau gementar.. Bayangkan kalau korang duduk sorang-sorang je dengan tok iman dan semua yang disenaraikan di atas tu duk belakang Tok Imam.. Hehe.. So cari pengapit atau peneman yang boleh buat korang yakin..
  • BERTENANG - Akhir sekali, bertenang.. Ketenangan.. Ini juga perkara penting.. Jika korang dah bersedia tapi tak de ketenangan, semua tak kan jadi juga.. Jika ada pengapit / peneman, tapi tak bertenang, pun tak jadi.. Buat kat masjid ke, kat rumah ke, kalau tak bertenang, tak jadi juga kan.. So! Tenangkan diri.. Banyakkan selawat.. Ber Istighfar.. Tarik nafas dalam-dalam.. Slow slow hembus.. Jangan nak cepat.. Insyaallah semua akan ok..


Alhamdulillah.. Itu diantara tips yang boleh Eraz kongsikan dengan korang.. Lepas akad nikah tu selesai, bermulalah tanggungjawab anda sebagai seorang suami dalam membimbing anak gadis orang dalam dunia yang serba indah.. Ingat, anda bukan hanya bertanggungjawab terhadap isteri anda sahaja, tapi kepada keluarga isteri anda dan juga keluarga anda sendiri.. Insyaallah, semua orang mampu..

Kredit Gambar : bountygrafix

Read more ...

Luahan seorang anak ..


Assalamualaikum w.b.t.. 'Luahan seorang anak'.. Mungkin itu yang nak Najwa Latif luahkan melalui lagu single terbaru dia yang bertajuk Hilang.. Sebenarnya Eraz terdengar di Suria FM pagi tadi.. Bila muzik play, memang tak boleh agak itu lagu Najwa Latif.. Tapi bila dengar suara, itulah Najwa Latif! Memang suara itu suara Najwa Latif.. Identiti nya.. Tapi cayalah kepada Najwa Latif sebab dia keluar sikit dari tradisi corak muzik lagu-lagu dia sebelum ni.. Lagu ni betul-betul segar..


Dah tengok Official Music Video lagu Hilang ni? Kat atas tu Eraz attachkan.. Kalau korang tengok, pasti korang faham apa yang nak Najwa sampaikan dalam lagi terbaru dia.. Yang pasti juga, Official Music Video ni memang tak mengecawakan juga.. Dan setakat ni, rasanya semua Official Music Video Najwa Latif best.. Itu pendapat peribadi Eraz la..

Bagi Eraz lagi, music video ni memang boleh memberi pengajaran kepada yang menonton terutama kepada golongan ibu bapa yang mempunyai masalah, atau yang bekerjaya atau yang sewaktu dengannya.. Jangan disebabkan beberapa masalah, anak yang terabai.. Anak yang menjadi mangsa.. 

Read more ...

Ini Nasi Lemak kategori apa?


Assalamualaikum w.b.t.. Korang sure tahu kan tentang isu hangat meletop berkaitan nasi lemak tu.. Siapa yang tak tahu, mungkin boleh google.. Isu Nasi Lemak Terlanjang.. Siapa utarakan? Sila google.. Rasanya dah dua chef yang tak puas hati..

By the way, ini gambar yang Eraz snap pagi tadi.. Alhamdulillah.. Ada orang belanja Nasi Lemak.. Sedap! Serius.. Itu yang tiba-tiba terfikir.. Mana lagi sedap antara nasi lemak ni atau nasi lemak yang diperkatakan hangat tu.. Haha.. Rasanya yang ini kot.. Haha.. Adios Amigos!

Read more ...

Sendiri kena la..


Assalamualaikum w.b.t.. Ingat tak entri pagi tadi bertajuk 29 Februari 2014? Last ayat kan Eraz suruh check jam tangan masing-masing.. So cuba selak sendiri punya.. Diri sendiri yang kena.. Hehe.. Kalau otak blur, sure akan ingat hari 29 Februaru 2014.. Haha..

Mood bekerja hari ni.. Semalam sampai rumah dalam pukul 1.30 am.. Fuh! Sampai rumah, Solat Isyak, terus tidur.. Bangun pagi lak, solat Subuh, siap-siap nak pergi kerja, pergi cium Zara.. Zara memang dah biasa bangun ala-ala lewat sikit kalau bukan hari ke nursery.. Tapi kali ni, papa cium, terus bangun.. Haha.. Kesian Zara diganggu papa pagi-pagi.. Adios Amigos..

Read more ...

29 Februari 2014


Assalamualaikum w.b.t.. Mungkin ada yang tak perasan yang hari ni sebenarnya dah 01 Mac 2014.. Ya la.. Semalam dah baru 28 Februari 2014.. Terus lompat ke bulan Mac.. Lain la kalau tahun lompat, muncul la 29 Februari.. Siapa kat sini lahir 29 Februari? Korang celebrate birthday semalam ke, hari ni? 

Ayat dalam gambar tu saje-saje je.. Kalau nak ikutkan kesalahan, memang banyak la.. Tambah-tambah lagi kalau cikgu Bahasa Melayu yang semak kan.. Haha.. Apa yang nak difokuskan, tarikh tu je..

Sila check kalendar di jam tangan masing-masing.. Betul ke salah tarikhnya? Hehe..

Read more ...