Assalamualaikum w.b.t.. Yassin menjadi selebriti pertama yang meninggalkan Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2 malam ini.. Melalui entri INI, selain Yassin, peserta lain yang terpaksa masuk bertarung di pusingan penyingkiran ialah Kenchana Devi, Sabhi Sadhi, Zain Saidin dan Radhi OAG..
Ramai yang menyangka bahawa tiada penyingkiran pada malam ini kerana Masterchef Selebriti Malaysia 2 ni masih baru lagi start.. Sangkaan yang tidak tepat sama sekali! Selebriti lain yang menunggu diluar semasa pusingan penyingkiran diumumkan ingat Yassin hanya bergurau.. Hakikatnya, memang betul..
