Showing posts with label Selamat Hari Ibu. Show all posts
Showing posts with label Selamat Hari Ibu. Show all posts

Monday, 9 May 2016

Hampir Kantoi Untuk Kejutan Hari Ibu

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam semua tahu ialah Mother's Day kan.. Dan kebetulan pula Eraz cuti bersama anak-anak.. Wife kerja macam biasa.. So boleh la buat plan sikit-sikit.. Sebelum ni fikir nak buat suprise dengan hantarkan bunga.. Tapi macam dah biasa buat kan.. Dan bunga tak boleh makan kan.. Haha.. So plan beli kek la..

Bila anak-anak dah bangun, mandi, makan apa semua, boleh la keluarkan.. Jadi dalam pukul 12:30 tengahari kot Eraz angkut Zara dan Adam pergi kedai kek di Kubang Kerian.. Alhamdulillah, anak-anak pun semua ok-ok.. Sampai je kat kedai, Zara takpe sebab boleh jalan sendiri kan.. Adam terpaksa la dukung.. Bila dah settle beli kek, dengan dukung Adam sebelah, pegang kek sebelah, nak pimpin tangan Zara lagi kan.. Camne.. Tapi alhamdulillah, dari keluar rumah tanpa kek, sampai rumah dengan kek.. Semua ok..


Bila dah sampai rumah, terus masukkan kek dalam peti ais.. Dekat-dekat wife nak balik, baru la bawa keluar kek.. Masa tu nak keluarkan kek dari kotak, wife call sebab nak beritahu dah nak sampai ke rumah.. Zara ada sekali.. Budak-budak kan.. Nasib baik sebab matikan panggilan sebab Zara dah nak beritahu Mama dia yang dia beli kek kat Mama.. Haha.. Nasib baik sempat matikan panggilan.. Kalau tak, hilang suprise..

So Eraz letak kek atas katil sebab kalau bukak je pintu bilik, akan terus nampak kek.. Suprise menjadi.. Alhamdulillah.. Wife gembira, anak-anak gembira, Papa lagi la gembira kan.. Kita sambut sebagai penghargaan sebagai ibu ringkas-ringkas je la.. Janji kek tu sedap dan best di makan.. Zara paling happy nak potong kek.. Makan tu takde la banyak mana pun.. Hehe..

#Hampir Kantoi
Read more ...

Sunday, 12 May 2013

Tarikh Sambutan Hari Ibu 2013 di Malaysia

Assalamualaikum w.b.t.. Tanggal 12 Mei 2013 iaitu hari ini merupakan tarikh sambutan Hari Ibu pada tahun 2013 di Malaysia.. Sebenarnya Hari Ibu boleh di sambut setiap hari.. Tak semestinya setiap hari Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun.. Tapi mungkin ditetapkan satu hari untuk menjadikan ianya satu hari istimewa untuk ibu-ibu dan bakal-bakal ibu..

Sempena sambutan Hari Ibu 2013 ini, Eraz ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu, ibu mertua, isteri Eraz yang juga bakal ibu, dua orang kakak Eraz yang sudah bergelar, kawan-kawan Eraz seluruh Malausia dan semua wanita-wanita seluruh Malaysia dan dunia!!

Sempena Hari Ibu 2013 ni, jika korang ada anak kecil, apa kata, sebagai suami atau bapa, belikan sepotong kek, letakkan satu lilin, lepas itu, beri kepada anak dan minta anak bawa pergi kepada ibu as a suprise! Mesti sweet! Insyaallah..

Lastly, Selamat Hari Ibu.......

Read more ...