Showing posts with label Dira. Show all posts
Showing posts with label Dira. Show all posts

Friday, 21 September 2012

Filem ‘Untuk Tiga Hari’ Ibarat Kisah Romeo & Juliet Moden


Pelakon : Afdlin Shauki, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Ayu Raudhah, Dira Abu Zahar, Zizan Raja Lawak, Nabil Ahmad, Fauziah Ahmad Daud, Zaibo, Khatijah Tan, Atilia, Ainul Aishah

Filem ‘Untuk Tiga Hari’ Ibarat Kisah Romeo & Juliet Moden

Kisah Romeo & Juliet moden? Itu salah satu statement yang diberikan untuk filem ‘Untuk Tiga Hari’.. Filem ini mengisahkan kisah cinta Zafrin dan Ujie, Pasangan muda yang bertemu ketika menuntut di universiti merancang untuk berkahwin. Tetapi, muncul dilema apabila ibu bapa masing-masing telah mengaturkan perkahwinan dengan pilihan sendiri. Pasangan tanpa jodoh ini mengambil keputusan untuk meneruskan dengan perkahwinan pilihan keluarga tetapi berjanji sesama sendiri untuk bercerai selepas tiga hari! Hah! Itu baru sikit sinopsis.. Untuk lebih info, boleh klik SINI..

Read more ...

Sunday, 27 May 2012

Drama 'Kau Untukku', Lakonan Remy Ishak, Dira Abu Zahar

Sinopsis Drama 'Kau Untukku', Lakonan Remy Ishak, Dira Abu Zahar (Astro)


Pelakon Utama : Remy Ishak, Dira Abu Zahar.. Dibantu : Johan Asari, Lana Nordin, Norman Hakim, Sheera Iskandar, Nadia Mustafa
Pengarah : James Lee

Adaptasi Novel : Kau Untukku


SINOPSIS : Kali pertama Ahmad Fuad bertemu dengan Nurul Umairah, Ahmad Fuad telah jatuh pandang pertama walaupun berstatus kekasih kepada Ellina.. Nasib Nurul Umairah kurang baik apabila tunangnya, Jefri telah meninggal dunia dan mengakibatkan Nurul Umairah seakan-akan hilang separuh nyawa.. Selepas itu, Nurul Umairah tidak bersedia lagi menerima cinta baru kerana dia memikirkan bahawa sesiapa yang berkahwin dengannya akan meninggal secara mengejut juga.. Tetapi akhirnya, selepas beberapa ketika bersama Ahmad Fuad di pejabat dan luar pejabat, hati Nurul Umairah terbuka hati untuk Ahmad Fuad.. Selepas itu, Nurul Umairah dapati ada seorang wanita bernama Ellina sedang menunggu Ahmad Fuad kembali kepada dia..

Nurul Umairah pergi dan menganggap Ahmad Fuad hanya ingin memainkan hati dia untuk kembali kepada Ellina.. Oleh sebab itu, Nurul Umairah menghilang! Akhirnya, takdir membawa mereka berjumpa semula dan Ahmad Fuad berpeluang untuk menerangkan segalanya bahawa Ahmad Fuad betul-betulkan cintakan Nurul Umairah..

SINOPSIS ni ada aku skip sesetengah jalan cerita.. Untuk cerita penuh, korang kena la tengok! Sekarang drama ni ditayangkan di Astro Box Office, Channel 952..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...

Saturday, 5 May 2012

Dira Abu Zahar Dilarang Sertai Promosi 'Chow Kit'!

Dira Abu Zahar Dilarang Sertai Promosi 'Chow Kit'!

Poster Filem Chow Kit

Primeworks Studios telah memutuskan bahawa Dira tidak dibenarkan terlibat untuk promosi filem Chow Kit disebabkam dakwaan insiden pergaduhannya di pusat hiburan pada bulan lalu.. Dira berasa sedih kerana tidak dapat menjayakan promosi filem pertama lakonannya itu secara rasmi tetapi dia menghormati keputusan tersebut.

“Ini adalah filem pertama saya tetapi malangnya saya tidak terlibat dalam rangka promosi atas keputusan pihak pengurusan studio berkenaan."


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. iPhone 4S
2. DiGi WWWOW Internet For All Awards 2012!


Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Thursday, 12 April 2012

Ulasan DIRA Tentang Kontroversi, Twitter Dan Kenapa Tidak Muncul Di Melodi.. "DIRA Tak Sembunyi.."

Ulasan DIRA Tentang Kontroversi Serta Kenapa Tidak Muncul Di Melodi.. Katanya, "DIRA Tak Sembunyi.."

Satu persatu aku baca tentang statement daripada Dira ini.. Hujung pangkal cerita, selain Dira dan orang-orang terdekat serta mangsa, kita semua tak tahu.. So, kita tunggu dan lihat sahaja.. Bagus jugak Dira ni sebab dia tak larik dari media.. Terima ajakan wartawan untuk di interview..

Dira juga jelaskan kenapa dia tidak muncul di dalam MELODI Ahad lepas.. Silakan baca..

Kepada semua yang follow cerita ni, better baca artikel ni.. Peace No War..

Saya tak perlu lari.. - Dira


KONTROVERSI yang membadai kehidupan pengacara dan pelakon Dira Abu Zahar pada permulaan bulan April ini amat mengejutkan sekali gus menarik perhatian ramai pihak.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu dilaporkan telah bertindak liar apabila bergaduh dengan salah seorang pengunjung pada pukul 2.30 pagi di sebuah kelab malam di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dua minggu lalu sehingga membabitkan insiden pijak muka dengan kasut tumit tinggi.

Sejurus selepas kejadian itu, Dira meluahkan sesuatu di akaun Twitternya yang berbunyi:"Aku akan cari kau sampai dapat."

Ramai mendakwa kenyataan itu ditujukan kepada individu yang terlibat dengan pergaduhan itu yang telah bertindak membuat laporan kepada pihak polis.

Dalam masa yang sama, Dira juga enggan memberikan komen lanjut berhubung perkara itu apabila ditanya oleh wakil media dan menyerahkan perkara itu untuk siasatan pihak berkuasa.

Seminggu selepas itu, pengacara Melodi itu tidak muncul di program yang bersiaran di TV3 pada setiap hari Ahad itu sekali gus mengukuhkan dakwaan bahawa dia direhatkan daripada mengacarakan program hiburan itu.

Menjawab spekulasi dan kontroversi yang berlaku, Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 28, tampil menjelaskan perkara yang sebenar.

"Tiada apa perkara yang membuatkan saya perlu lari. Saya tak bersalah pun, apa yang mampu saya kongsi, akan saya kongsi. Semakin saya lari orang akan suspek saya yang bersalah.

"Buat masa sekarang kes itu masih dalam siasatan pihak berkuasa dan saya fikir adalah lebih baik untuk tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

"Saya tiada masalah pun dan tak perlu rasanya untuk saya melatah sangat serta tiada alasan pun untuk saya marah sesiapa," ujarnya ketika sesi fotografi di butiknya, Red Garage, Jalan Yap Kuan Seng, Kuala Lumpur, petang semalam.

DIRA sentiasa positif dalam kehidupannya dan bersyukur kerana keluarga sentiasa menyokong dia.

Gurauan

Pada mulanya tindakan dia menafikan kejadian yang berlaku dan mengunci mulut kerana tidak mahu mengulas cerita yang dia sendiri belum mengetahuinya secara sahih.

"Saya menafikan pada awalnya kerana saya belum sempat membaca apa yang telah dilaporkan mengenai perkara yang berlaku.

"Jadi, untuk mengelakkan salah faham jadi lebih teruk, baik saya menafikan perkara itu," ujarnya.

Isu luahan suaranya di akaun Twitter selepas kejadian itu turut dijelaskan oleh Dira. Katanya setiap patah perkataan mengenai niatnya mencari sampai dapat itu ditujukan kepada suaminya, Mohd. Helmi Mohd. Yusof.

"Saya dan suami suka bergurau dalam Twitter. Individu yang saya maksudkan melalui ungkapan 'cari sampai dapat' itu adalah suami saya yang ketika itu sedang berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja," jelas Dira.

Dira mengakui kontroversi yang melanda kehidupannya baru-baru ini sedikit sebanyak mengganggu kerjaya dan kehidupan peribadinya.

"Isu yang berlaku menjejaskan saya sedikit sebanyak tapi bagi saya selagi tidak ada perkara mengaibkan nama saya maka tidak perlu saya risaukan," kata bekas pengacara Fulus Mania itu.

Tambah Dira lagi: "Saya tiada kuasa untuk menghukum sesiapa atau merosakkan nama baik sesiapa. Itu semua kerja Allah."

Bukan direhatkan

Menjawab isu yang mendakwa dia direhatkan daripada mengacarakan program Melodi apabila dia digantikan dengan Awal Ashaari pada episod yang bersiaran hari Ahad lalu, kata Dira perkara itu tiada kaitan dengan kontroversi yang berlaku sebelum ini.

"Memang saya dan pengurusan rancangan Melodi sudah lama berbincang untuk menambah pengacara menjadi tiga orang supaya lebih menarik dan ada kelainan daripada sebelum ini.

"Kebetulan minggu lalu giliran Awal dan Zizan mengacarakan Melodi, ramai yang membuat spekulasi yang tidak tepat bahawa saya direhatkan akibat kontroversi yang melanda," ujarnya yang akan kembali mengacarakan Melodi beberapa minggu lagi.

DIRA mengaku kontroversi yang timbul ada mengganggu kehidupan peribadi dan perjalanan kariernya.

Menganggap kontroversi itu sebahagian daripada proses untuk dia menjadi lebih matang, Dira lebih selesa membalas semua 'serangan' yang datang dengan diplomatik.

"Sebab itu saya lebih selesa untuk tidak menggembar-gemburkan isu ini. Biar tak faham daripada salah faham," bicaranya yang sentiasa mendapat sokongan dan dorongan daripada keluarga dan suaminya.

Sumber

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...