Showing posts with label Ayu Raudhah. Show all posts
Showing posts with label Ayu Raudhah. Show all posts

Friday, 21 September 2012

Filem ‘Untuk Tiga Hari’ Ibarat Kisah Romeo & Juliet Moden


Pelakon : Afdlin Shauki, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Ayu Raudhah, Dira Abu Zahar, Zizan Raja Lawak, Nabil Ahmad, Fauziah Ahmad Daud, Zaibo, Khatijah Tan, Atilia, Ainul Aishah

Filem ‘Untuk Tiga Hari’ Ibarat Kisah Romeo & Juliet Moden

Kisah Romeo & Juliet moden? Itu salah satu statement yang diberikan untuk filem ‘Untuk Tiga Hari’.. Filem ini mengisahkan kisah cinta Zafrin dan Ujie, Pasangan muda yang bertemu ketika menuntut di universiti merancang untuk berkahwin. Tetapi, muncul dilema apabila ibu bapa masing-masing telah mengaturkan perkahwinan dengan pilihan sendiri. Pasangan tanpa jodoh ini mengambil keputusan untuk meneruskan dengan perkahwinan pilihan keluarga tetapi berjanji sesama sendiri untuk bercerai selepas tiga hari! Hah! Itu baru sikit sinopsis.. Untuk lebih info, boleh klik SINI..

Read more ...

Wednesday, 12 September 2012

Tahniah! Ayu Raudhah Hamil..

Tahniah! Ayu Raudhah Hamil..

Tahniah pada Ayu Raudhah dan Mohd Zaquan Adha.. Rezeki pemberian tuhan yang tidak ternilai.. Dalam pada korang baca artikel ni, jom kita doakan semoga memurahkan rezeki juga pada pasangan-pasangan lain yang sedang berusaha mendapatkan anak.. Amin.. 



Tahniah! Ayu Raudhah Hamil..

Petikan kata-kata Ayu Raudhah

"Pengalaman keguguran tidak lama dahulu banyak mengajar saya. Jadi kali ini saya lebih berhati-hati dan alhamdulillah perkembangan kandungan saya baik sahaja dan sudah mencecah usia tiga bulan. Buat masa sekarang saya hanya mengalami muntah-muntah sahaja tetapi apa yang lucunya, pada awal kandungan suami saya pula yang kerap rasa loya."


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri 1 : Ayu Raudhah Sahkan Kini Bertudung 
Entri 2 : Giliran Ayu Raudhah Bertudung?

Read more ...

Tuesday, 14 August 2012

Ayu Raudhah Sahkan Kini Bertudung

KENYATAAN Ayu Raudhah Kini Sah Bertudung.. Ikuti Puncanya..

Sumber : Google

Mesti korang pernah terbaca entri Giliran Ayu Raudhah Bertudung? kan.. So hari ni, Ayu Raudhah memberi maklumbalas tentang perkara berkenaan.. Alhamdulillah, Ayu berkata hasrat untuk berhijrah itu turut dipengaruhi daripada lakonannya yang sebelum ini banyak memegang watak baik dan bertudung..

"Sebenarnya niat untuk berhijrah sudah lama tertanam dalam diri saya dan selepas pulang daripada umrah, rasa itu semakin kuat dandengan tidak semena-mena, saya membuat keputusan yang drastik untuk mengekalkan hijab di kepala saya sama seperti mengerjakan umrah.."

"Zaquan juga terkejut dengan perubahan saya, namun sebelum ini dia pernah menyatakan hasrat untuk melihat saya bertudung. Bagaimanapun dia antara orang yang paling gembira dan kuat memberi sokongan kepada saya.." 

"Sebenarnya sudah lama tertanya-tanya pada diri sendiri, bila agaknya saya hendak bertudung tetapi semakin mendekati ramadan ini hati saya semakin kuat untuk berhijrah.. Malah, saya akui dialog dan watak saya sebagai seorang wanita muslim solehah yang berhijab penuh ketika berlakon telah membuatkan diri saya sendiri tersedar untuk berubah seperti watak tersebut.."

"Kadang-kadang dialog-dialog yang saya sampaikan mengenai Islam di dalam drama itu bukan sahaja menyedarkan penonton, malah diri saya sendiri untuk berubah.."

"Meskipun cuaca di sana sangat panas iaitu sehingga 43 darjah selsius, namun saya sangat gembira kerana dapat menyempurnakan ibadah umrah serentak dengan ibadah puasa kali ini.. Biarpun agak letih kerana berpuasa tetapi saya berpuas hati kerana sudah 3 kali berpeluang berada di Tanah Suci Mekah.."

Itu lah penjelasan Ayu Raudhah kepada Geng Murai.. Selesai mengerjakan umrah buat kali ketiga pada 4 Ogos lalu, Ayu Raudhah akui dia telah mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya dengan mengenakan hijab secara drastik..

--------------------------------------------

Read more ...

Sunday, 12 August 2012

Giliran Ayu Raudhah Bertudung?

Giliran Ayu Raudhah, Shila Amzah dan Nurul Syuhada Nurul Ain BERTUDUNG

Siapa beli KOSMO hari ni? Mesti terbaca berita ini kan.. Shila Amzah memang dah confirm bertudung.. Nurul Shuhada pun kita dah nampak tampil bertudung cuma belum ada kenyataan rasmi dari dia.. Kini, Ayu Raudhah, pelakon dan isteri kepada pemain bola, Zaquan Adha dikatakan telah berhijrah dan bertudung.. Cuba korang baca kenyataan DIVA INTERAKTIF di bawah..


Terbaharu, Diva dengar pelakon dan isteri Zaquan Adha iaitu Ayu Raudhah pun sudah mengenakan hijab. Teman Diva memberitahu yang Ayu minta dia sediakan tudung untuk tujuan fotografi kerana dia kini berhijab.. Semoga ramai lagi yang berhijab dan jalankan tanggungjawab sebagai muslimat dengan lemah lembut dan cara yang benar.. SUMBER 

--------------------------------------------

Read more ...