Showing posts with label Aeril Zafrel. Show all posts
Showing posts with label Aeril Zafrel. Show all posts

Thursday, 22 August 2013

Drama Cinta Jannah Episod 6

Drama Cinta Jannah Episod 6

Drama Cinta Jannah Episod 6 | Assalamualaikum w.b.t.. Mesti ramai yang tengok drama Cinta Jannah lakonan Aeril Zafrel, Nelydia Senrose kan.. Eraz selalu tak sempat nak tengok full sebab kadang-kadang sampai rumah dah pukul 7 lebih.. Cuma hari ini Eraz sempat tengok full.. Ada dua soalan yang Eraz nak tanya.. Kot-kot ada siapa-siapa yang boleh jawab..

Soalan :
  1. Jannah kena rogol dengan abang ipar dia ke?
  2. Kenapa ibu Jannah macam marah masa Jannah nak bersalam dengan ibunya ketika nak 'lari' dari rumah tu?
Terima kasih kepada boleh beri jawapan.. Hehe..

Read more ...

Saturday, 16 March 2013

Aeril Zafrel Bakal Cipta Nama di Hollywood

Aeril Zafrel

Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Sunari yang berasal dari Kluang, Johor mungkin bakal menjadi bualan ramai sebab rezeki dia mendapat tawaran pemegang watak utama dalam sebuah filem Hollywood.. Nama artis wanita Hollywood yang menjadi pasangannya ialah Christina Ricci dan Sharon Stone.. Mungkin akan menjadi salah satu pencapaian terbaik untuk Aeril Zafrel..

Biodata / Latar Belakang Aeril Zafrel, klik SINI..

Apa yang Eraz baca, perkara ni tersebar selepas tersebarnya muzik video Aeril Zafrel bersama Christina Ricci.. Video MTV untuk lagu tema yang belum ada tajuk itu sebenarnya sebagai promosi awal filem lakonan mereka.. So, tahniahlah untuk Aeril Zafrel..

#Sebenarnya ada satu isu yang Eraz nak utarakan tentang pelakon Aeril Zafrel ni.. Tapi biarlah disimpan sebab tak nak menimbulkan perkara-perkara diluar jangkaan.. Mungkin dia ada alasan tersendiri untuk mungkin satu hari nanti, akan ada wartawan yang tahu.. Wallahualam..

#Sekarang ni Eraz sudah kurang membuat entri tentang hiburan sebab dulu memang tertumpu terus kepada minat itu.. Jadi untuk mengelakkan blog ini dilabelkan sebagai blog hiburan, Eraz kurangkan entri berkenaan.. Cuma sekali sekala atau kadang-kadang, bila ada isu yang mungkin good news atau berita yang tidak mengundang apa-apa hal yang tidak baik, Eraz akan utarakan.. Just nak bagi info.. Entri hiburan yang Eraz buat juga tidak akan dicopy 100% kerana Eraz selalu selitkan pendapat peribadi yang menghuraikan entri berkenaan.. Insyaallah..

Read more ...

Sunday, 22 July 2012

Cerekarama TV3 : Perempuan Neraka

Full Movie Cerekarama TV3 : Perempuan Neraka (Sinopsis, OST, Pelakon : Fizz Fairuz, Aeril Zafrel, Sherie Merlis dan Ika Nabella)

Mesti ramai yang dah tengok drama ni semalam kan.. E'raz sempat tengok pertengahan dan akhir drama je.. Tapi drama ni betul-betul boleh memberi keinsafan kepada yang menonton..

Drama ni berkisah tentang Intan, isteri kepada Hasyim yang sentiasa mengongkong hidupnya dan berbelanja di luar kemampuan.. Hasyim hanya bekerja sebagai pemandu lori dan kesemua gajinya diberi kepada Intan.. Malah kerja rumah yang sepatutnya dibereskan oleh seorang isteri juga terpaksa dilakukan demi kasih sayangnya kepada Intan..

Hasyim dan Intan memiliki seorang anak perempuan bernama Anis yang ditatang bagai minyak yang penuh.. Intan juga mengajar Anis untuk memperbodohkan suami sepertimana yang dilakukan terhadap Hasyim..

Keadaan rumahtangga yang tidak terkawal menyebabkan Hasyim tertekan dan kesihatannya turut terjejas...Apabila Hasyim meninggal dunia, Intan mengesyaki suaminya telah berkahwin dua dan mempunyai isteri bernama Zubaidah..

Kisah rumahtangga anaknya juga banyak dipaparkan sehinggalah mereka bercerai dan anaknya masuk penjara kerana mencederakan adik ipar sendiri.. Drama yang sangat-sangat menarik.. So hari ni, sempat la layan melalui Youtube dengan penuh! Tak perlu download-download.. Drama ni lakonan Fizz Fairuz, Aeril Zafrel, Sherie Merlis dan Ika Nabella..

PEREMPUAN NERAKA

--------------------------------------------
Read more ...