Monday 4 March 2019

Terlayan ' Touch Your Heart ' tvN Asia

Assalamualaikum w.b.t . Bila dah peminat drama Korea zaman-zaman Winter Sonara , Autumn In My Heart , My Love Patzzi dan lain - lain dulu , memang akan tetap teringin nak tengok walaupun umur dah masuk pakcik - pakcik . Hehe . Untuk rekod , last layan drama di TV ialah pada awal tahun 2017 lepas , drama ' Innocent Defendant ' . Lepas tu stop sebab tak rasa nak tengok . Tapi sekarang , bila dah teringin , tertengok iklan di channel mana tah , ada drama ' Touch Your Heart ' .


Bila dah tahu tajuk , tengok iklan , Eraz hanya kenal heronya saje sebab hero ni memang zaman drama popular My Girl dulu . Maksudnya dia memang lagi tua dari Eraz la . Si heroin tu kalau google , memang orang lama juga tapi tak kenal . Sorry .

Hero : Lee Dong-wook


Heroin : Yoo In-na


Drama ni pasal kisah perintaan antara seorang pelakon terkenal (si heroin) yang berada di zaman kejatuhan dan kegelapan akibat skandal dengan seorang peguam yang lurus . Lurus ke ? Ya la ala ala sikap di mahkamah la . Bila tahu sinopsis tu , terfikir juga , best ke tidak . Tapi bila tengok pada Episod ke 5 , ade juga kes mahkamah menarik terselit , jadi best . Lawak pun boleh jalan .

Si heroin tu decide untuk membuat kemunculan semula dengan satu projek best dan terpaksa menyamar bekerja sebagai setiausaha si hero . Si hero pula , seorang peguam yang workaholic juga yang selalu menang kes-kes . Macamana mereka boleh bercinta tu , panjang la nak cerita . Kisah mahkamah pun menarik dalam ni , bukan jenis yang direct kita boleh teka siapa yang bersalah .

Setiap minggu ditayangkan dua episod pada hari Khamis dan Jumaat di channel tvN Asia .Tak ingat no berapa . Masa , malam . Lupa sebab main rekod je . Nak tengok live , jangan harap la .

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.