Saturday 29 April 2017

Roti Titab di Kopitiam Kita, Kota Bharu

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau sebut Kopitiam Kita, mesti majoriti orang Kota Bharu kenal.. Tapi realitinya, bukan semua orang Kota Bharu atau dengan kata lain, Kelantan yang pergi.. Tapi kalau tanya orang luar dari Kelanta, rasanya mereka yang terlebih dahulu kot yang sama.. Macam Eraz sendiri, sejak kedai mereka wujud dan boleh dikategorikan popular, memang tak pernah sampai sehinggalah 19 Mac yang lepas, baru la Eraz dan isteri sampai.. Ketinggalan ke kami? Hehe.. 

First time sampai Kopitiam Kita aritu, memang tak bayangkan macamana keadaan kedai atau keadaan suasana hari tu..  19 Mac tu cuti sekolah, kami memang lupa dan akhirnya mungkin agak 'mencari nahas' pergi.. Niat utama hanya nak rasa Roti Titab yang meletop tu.. Disebabkan cuti sekolah, parking kereta pun penuh tapi alhamdulillah kebetulan ada kereta keluar.. Sampai kedai, full house.. Siap ada menunggu sambil berdiri.. Alang-alang dah sampai, dan anak-anak pun takde, kami tunggu la sekejap.. Ting! Rezeki kami, sekejap je tunggu, ada meja kosong..

Tempah Roti Titab dan boleh tahan menunggu sebab satu meja order borong agaknya.. Banyak-banyak.. So ambil la nasi bungkus dulu belasah.. Sampai masa roti kami sampai, kami telan je la.. Rasanya?? Errmmm.. Bagi Eraz, biasa je kot.. Tak tahu la orang lain.. Tapi disebabkan 'jenama'nya sangat popular, so ramailah mencari kan.. Kami order 3 je kalau tak silap.. Harga? Boleh tahan.. Hehe.. Paling penting bagi owner, kedainya full house.. Happy meniaga macam tu..



Adakah akan pergi untuk kali kedua? Kalau hanya Eraz dan isteri, mungkin tak la kot.. Tambah-tambah kalau masa cuti sekolah.. Tapi kalau ada kawan atau maybe family yang nak rasa, mungkin la boleh bawa mereka..

1 comment:

  1. pernah rasa sekali dan sekeping je. serius kalau berkesempatan, nak rasa lagi. sedap juga la walaupun simple je

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.