Saturday, 15 December 2012

Selamat Pengantin Baru Untuk Rumainno Mat & Noor Sharliana

Walimatul Urus Rumainno Mat & Noor Sharliana


Alhamdulillah seorang lagi kawan E'raz telah selamat diijabkabulkan.. Tahniah kepada Cikgu Rumainno Mat & Noor Sharliana.. Majlis rumah perempuan pada hari Khamis lepas di Lati, Pasir Mas manakala rumah kawan E'raz, pada hari ni di Kampung Pangkal Berangan, Machang.. Kami doakan selamat berbahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat..

Paling penting, E'raz nak minta maaf banyak-banyak pada kedua-dua pengantin baru ni sebab memang tak boleh nak hadir majlis mereka sebab kerja.. Arrgghhhhh.. E'raz terpaksa menjadi KETUA PENGAWAS untuk peperiksaan akhir yang sedang berlangsung sekarang.. Takde orang lain yang dapat menggantikan tempat sekarang.. Sorry sangat-sangat..

Insyaallah, ada peluang kacau pengantin baru nanti, kita lepak sekejap.. Orait bro.. Tahniah sekali lagi.. Selain plan untuk ke majlis meraikan mereka, niatnya nak la berjumpa kawan-kawan lain.. Fuh! Jom layan lagu Selamat Pengantin Baru!


Read more ...

Friday, 14 December 2012

#SantaiPetang - Jangan Timbulkan Kontroversi, Boleh?


Satu entri ringkas petang ni.. Siapa rasa budak cute? Angkat tangan? Haha.. Apa la pulak kaitan budak perempuan ini dengan E'raz?? Sebenarnya ini la budak yang selalu E'raz jumpa bila balik rumah IL.. Kenapa di gambar tu ada tag http://coretanharapan.blogspot.com/? Itu blog Farah Alias kan? Apa kaitan dengan Farah Alias pulak ni? Farah Alias telah jelaskan dalam entri Jangan Timbulkan Kontroversi, Boleh?..

Budak sebenarnya memang dah sinonim dengan E'raz.. Daripada dia kecik lagi.. Kenapa? Panjang cerita.. Dari kecik sampai sekarang, dia tak boleh nak bertentang mata dengan betul.. Ade je aksi yang dia boleh?? Tak kan nak mengorat kot.. Haha..

#SantaiPetang - Jangan Timbulkan Kontroversi, Boleh? tu E'raz ambil sempena tajuk entri Farah Alias..

Read more ...

Kerja Tanpa Cuti 2 ke 3 Minggu


Best tak bunyi tajuk entri tu? Itu terjadi masa tahun pertama dan tahun kedua bekerja dulu.. Bayangkan kerja tanpa cuti sampai 2 minggu hingga 3 minggu.. Direct.. Sampaikan family pun pelik.. Itu di masa zaman-zaman muda mudi la.. Zaman bujang-bujang orang kata..

Tapi masuk tahun ke-3 sampai la sekarang, paling lama pun mungkin kerja 7 ke 8 hari direct je kot.. Sekarang tak fikir lain dah, family diutamakan.. Jika dulu hanya ibu, bapa dan adik-beradik, tapi sekarang tambah lagi isteri dan juga bakal anak-anak yang akan dilahirkan.. Insyaallah..

Walaupun tak dapat nak arrange plan bercuti ke mana-mana sebab masa cuti yang terhad dan tak tentu, at least dapat la rehat walaupun sehari bersama yang tersayang.. Dulu kerja ala-ala robot, tapi sekarang sudah 'pencen' jadi robot.. Buang dah lagu tema, 'ROBOT' - ADAM AF2! Haha..

Baki cuti untuk tahun 2012? Haaaa... Satu yang menarik untuk dikongsikan.. Next entri!

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Thursday, 13 December 2012

Meriah di Facebook, Twitter - Kisah Pengadil, Kad Merah, Padang !



KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR KEDUA PIALA AFF SUZUKI 2012 : MALAYSIA LAWAN THAILAND !

Mesti korang semua dah baca apa yang semua orang tulis di Facebook dan Twitter masing-masing kan.. Tentang pengadil, tentang padang, tentang kad merah dan lain-lain la.. Kalau separuh pertama dulu, Malaysia banyak mencuba di pintu gol tapi separuh akhir kedua ni, Thailand dapat semua tu.. Ya la, Malaysia pun dah terpaksa main dengan 10 pemain kan..

Apa-apa pun, Tahniah juga untuk pemain Harimau Malaya sebab berjaya ke peringkat separuh akhir..  Itu pun sudah bangga! So, keputusannya Thailand menang 2-0 untuk Separuh Akhir Ke-2 dengan aggregat keseluruhan 3 - 1.. Adios Amigos! Bertemulah kamu wahai pemain Thailand dengan pasukan Singapura!

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Kelantan a.k.a Kota Bharu Dibasahi Hujan Hari Ini!


Sebenarnya tak hairan bila Kelantan hari ni.. Sebab di bulan Disember.. Tapi hari ni je nampak macam beria-ria hujan.. Bila dah hujan, mula la jalan jem! So rakyat-rakyat Kelantan, ready lah untuk semuanya.. Mungkinkah musim tengkujuh baru bermula.. Tapi lewat giler dah nih.. Apa-apa pun, semua itu kuasa Allah.. Assalamualaikum..

#Mood tunggu exam habis sebab mau pulang!

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...