Tuesday, 7 June 2016

Proses Saringan Permohonan Jawatan Kosong Kumpulan Gred 29 USM 2016

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau sebelum ini Eraz pernah buat entri pasal Tarikh Proses Ujian Saringan Permohonan Jawatan Kosong USM 2016 untuk Gred 41, so kali ini berita baik untuk siapa yang mohon Jawatan Kosong Kumpulan Gred 29 di USM samada di Penang atau Kelantan.. 

Kalau untuk jawatan kosong Gred 41 baru ni, semua proses saringan dilakukan di USM Induk, Penang, tapi kali ni katanya ada juga sesetengah dapat panggilan untuk lakukan ujian saringan di Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan..

So status samada berjaya atau tidak untuk Proses Saringan Permohonan Jawatan Kosong Kumpulan Gred 29 ke bawah boleh semak di http://erecruit.usm.my/semakanonline/..

Harus di ingat yang kawan-kawan, semakan ini hanya untuk jawatan gred 29 dan ke bawah sahaja juga bagi jawatan yang tidak tersenarai di bawah.. Dikatakan emel makluman lanjut akan dihantar kepada semua calon yang layak.. Boleh lah semak email masing-masing.. Sekiranya tiada, sila berhubung terus dengan pihak kami.. Pihak kami tu merujuk pihak USM.. Maklumat mereka ada di http://erecruit.usm.my/semakanonline/..

Maklumat lain :

Untuk jawatan yang disenaraikan di bawah, Ujian Saringan/Temuduga akan dilaksanakan pada bulan Julai 2016. Sila tunggu makluman selanjutnya dari pihak USM..

1. PEGAWAI PENYELIDIK, GRED Q41, Q43/44, Q47/48, Q51/52, Q53/54
2. PEGAWAI SAINS C41

Untuk jawatan yang disenaraikan di bawah, tiada ujian saringan akan dilaksanakan.. Calon yang telah mendapat makluman SMS akan terus dipanggil ke sesi temuduga.. Jangkaan pada bulan Julai hingga Ogos 2016.. Tertakluk kepada perubahan.. Sila tunggu makluman selanjutnya dari pihak USM..

1. PEGAWAI FARMASI UF41/UF44/UF48/UF52/UF54
2. PEGAWAI OPTOMETRI U41
3. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41
4. PEGAWAI PERGIGIAN UG41/UG44/UG48/UG52/UG54
5. PEGAWAI PERUBATAN, GRED UD43/UD44/UD47/UD48/UD51/UD52/UD53/UD54
6. JURURAWAT U29
7. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29
8. PENOLONG PEGAWAI SAINS C29
9. JURUTERAPI PERGIGIAN U29
10. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19
11. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19
12. PEREKA B29
13. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19




Good Luck semua!
Read more ...

Tanda Korang Dah Boleh Tukar Kerja !

Assalamualaikum w.b.t.. Semestinya ramai pembaca blog Eraz Fadli ni orang yang bekerja dan ada juga yang masih mencari kerja kan.. Juga ramai yang sedang belajar di IPT.. Tapi entri kali ini khas untuk siapa-siapa yang bekerja dan mempunyai simptom-simpton yang akan dinyatakan di bawah.. Perkara biasa la kalau perasaan-perasaan macam ni ada dalam hati dan jiwa kita kan.. 

Eraz sendiri ada ketika rasa masa-masa tu juga nak update resume nak minta kerja baru.. Tapi dalam pada duk stress itu ini, sampai sekarang dah hampir 10 tahun bekerja di sini.. Mungkin isu ni ada banyak sebab yang akan mempengaruhi.. Semestinya sebab kawasan, peluang dan lain-lain lagi.. Tapi apa yang Eraz jumpa di Facebook ni mereka senaraikan tanda-tanda korang dah boleh tukar kerja kalau dapat rasa perasaan macam ni.. Jom baca!










Read more ...

Monday, 6 June 2016

Selamat Berpuasa Semua


Asslamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Hari ni kita semua bekesempatan untuk memulakan ibdah puasa untuk Tahun 2016 dan 1437 Hijrah.. Ada yang apply cuti atau sememangnya cuti ke sempena 1 Ramadhan ni? Eraz macam biasa, kalau di Kelantan, 1 Ramadhan office on macam biasa.. Perkara biasa je kan.. Bermula dengan agak baik, sahur tak miss dan lunch break yang dipendekkan dari sejam dari biasa ke setengah jam pun tak ke mana.. Duduk je kat office.. 

Harapnya Ramadhan tahun ini akan seperti Ramadhan tahun-tahun sebelum ni yang mana Allah memberi keizinan untuk berpuasa penuh tanpa ada halangan.. Kalau tahun lepas, Adam lahir beberapa hari sebelum Ramadhan.. Kira masa nak raya tu, wife dah habis pantang.. Dan juga wife kena ganti sebelum puasa.. Nasib baik..

Tahun ni? Mengharapkan sesuatu yang lebih baik.. Mana la tahu ada dengar berita yang lebih ke.. Rezeki yang lebih baik ke.. Apa-apa sahaja yang akan diterima atau diuji, insyaallah akan disambut positif.. Insyaallah.. Akan cuba memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.. Insyaallah..

Selamat menyambut bulan Ramadhan 1437 Hijrah!

Read more ...

Setelah Seminggu Bersawang


Assalamualaikum w.b.t.. Selepas seminggu, akhirnya entri baru muncul juga.. Kenapa sampai seminggu tak de entri ni wei? Tuan punya blog pun agak frust sebenarnya.. Tapi disebabkan ada hal yang memang tak dapat nak dielakkan, memang tak sempat nak hasilkan entri sepanjang masa berkenaan.. Masuk je kerja pada hari Isnin tu, terus datang kerja urgent yang perlu di buat..

Isnin tu pula dapat tahu yang wife kena ke Penang.. Bertambah benda kena fikir.. Minta wife try adjust supaya elak ke Penang dan datang Selasa, memang sah wife perlu ke Penang.. So! Ke Penang tu dah kena pergi esoknya, Selasa.. Jadinya hari Isnin tu kena la stay back untuk siapkan kerja urgent dan important sebelum ke Penang hari Selasa dan pulang hari Jumaat.. Tiga hari kan.. Juga isnin la juga nak p service kereta kan.. Kasi lancar sikit..

Bermula Rabu, dari pagi memang sibuk siapkan semua barang wajib sebelum bertolak.. Lepas tu, bila dah drive, memang tak sempat la nak main hp ke apa kan.. Tahu la jalan dari Kota Bharu ke Penang camne kan.. Sampai Penang dah hampir pukul 8.00 malam.. Alhamdulillah..

Khamis bermula tugas-tugas di Penang dah berakhir sampai hotel hampir-hampir Maghrib.. Malam, keluar makan dan jalan-jalan la sikit kan.. Hehe.. Jumaat? Mula la bertolak balik ke Kota Bharu.. Sabtu Ahad sambung cuti dengan aktiviti kemas rumah, ada kenduri, balik kampung belah Eraz dan macam-macam.. So itulah salah satu sebab blog erazfadli[dot]com ni bersawang selama seminggu.. 

So! Hari ni, bermula aktif semula la.. Buat kerja dulu.. Nanti kita datang balik..

Read more ...