Friday, 4 January 2013

Mamat (Sepah) Suntik Wajah Untuk Kecantikan

Mamat (Sepah) Suntik Wajah Untuk Kecantikan

Mamat (Sepah) Suntik Wajah Untuk Kecantikan

Dalam pada membaca berita di surat khabar online, terjumpa satu berita yang baru dikemaskini oleh Utusan Malaysia Online.. Mamat (Sepah) Suntik Wajah Untuk Kecantikan.. Rasanya satu berita yang gempar juga.. Mesti ramai wartawan akan serbu Mamat (Sepah) untuk dapatkan berita atau kenyataan lanjut.. Layaaannn...

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Menambah bengang rasa hampa!

Menambah bengang rasa hampa!


Menambah bengang rasa hampa! Itu sebenarnya salah satu baris lirik lagu Bengang - Akim AF7.. Entri ni sepatutnya E'raz publish semalam.. Tapi disebabkan memang terlalu sibuk di pejabat, memang tak sempat nak taip idea dalam kepala.. Sampai je office, buka email official kerja, dapat beberapa email yang memerlukan tindakan segera.. Then kul 9.00 a.m, meeting..

Bermula dengan begitu baik tetapi berakhir dengan begitu kurang baik.. Malas nak cerita di sini tetapi yang pasti, tajuk entri ini bermula dengan keadaan di pertengahan meeting dan akhir meeting.. Selesai meeting pukul 12 p.m lebih dan cam biasa, perut dah lapar wei.. Haha.. Tapi sempat belasah nasik di pukul 1.30 p.m juga sebab hal-hal office.. Bengang ni berterusan sehinggalah ke petang.. Dapat keluar office di saat pukul 6.30 p.m.. Pastu kena datang balik pada malamnya selepas maghrib..

Malam tapi, kami (satu office) menganjurkan satu majlis tahlil.. Bertempat di pejabat.. Majlis bermula pukul 8.00 p.m dan berakhir lebih kurang pukul 10.00 p.m.. Semua berjalan dengan baik.. Alhamdulillah.. Semoga tahun baru ini akan menjadi tahun yang lebih baik kepada kami.. Insyaallah..

p/s : Sorry entri terlebih personal.. Hari ni di Kelantan, memang masih hujan.. Ntah bila akan betul-betul berhenti..

Read more ...

Wednesday, 2 January 2013

Dahsyatnya Bahtera Nabi Nuh a.s

Rabu, 02 Januari 2013.. Hari ni hari kedua dalam tahun 2013.. Semalam kerja tapi hari ni den ambil cuti ganti sebab kerja hujung minggu lepas.. Penuh dengan aktiviti yang dirancang.. Yang pastinya mesti sekali lagi ke pusat service kereta sebab kes survice last week belum settle.. So hari, masa untuk tukar water pump kereta! Kos? Belum diketahui lagi..

Berbalik ke tajuk entri, Dahsyatnya Bahtera Nabi Nuh a.s tu sebenarnya buku yang E'raz beli baru-baru ni tapi belum sempat nakmbaca secara serius.. Tapi hari ni, dalam pada menunggu kereta siap diservice, boleh la teruskan baca buku ni.. Sangat-sangat-sangat menarik! Siapa yang dah pernah baca?? Komen??

Harap-harap cepat la settle sebab mau balik kampung ni.. Sekarang dah 10.14 a.m..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

AJL27 : Yuna tarik diri !!

Yuna tarik diri? Itu merupakan salah satu berita muka depan Harian Metro hari ni.. Tapi lepas dibaca, Yuna hanya menarik diri daripada membuat persembahan.. Penyanyi lain yang akan menggantikan Yuna pada malam itu.. Ingatkan lagu Terukir Di Bintang tu tak kan di perform langsung.. Penyanyi ganti tu akan diumumkan hari ni..

Yuna beritahu, penarikan diri berkenaan adalah kerana Yuna dalam proses rakaman album baru di Los Angeles Amerika Syarikat.. Sebenarnya dengan kata lain, Yuna bukan tarik diri sepenuhnya tetapi hanya tidak akan beraksi pada malam AJL27 ni.. Yuna tetap akan dapat sesuatu jika menang sebabnya lagu tu dicipta oleh Yuna.. Apa-apa pun, Good Luck!

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Tuesday, 1 January 2013

Entri Pertama di Tahun 2013

Entri Pertama di Tahun 2013

Mungkin ramai yang bercuti hari ni.. Tapi den yang kerja di Kelantan ni bekerja ya.. Harap maklum ya.. Kelantan tak ambil cuti New Year.. Kelantan kembali hujan tapi tak se'heavy' semalam.. Budak-budak pun dah start sekolah hari ni.. Jalan raya waktu pagi dah kembali sibuk macam biasa waktu budak-budak masuk sekolah.. BTW, kembali ke topik asal..

Dapat DVD / CD Player Panasonic

Rezeki yang tak disangka.. Ahad lepas, sebelah malamnya, E'raz dengan rakan-rakan office termasuklah bos Dato' dan Datin dijemput ke Majlis Guru Jasamu Dikenang 2012 Anjuran Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia di Kelantan Trade Center.. Kami dijemput sebab ada memberi sedikit sumbangan untuk majlis ini.. Apa yang jadi pada majlis ni, E'raz dah publish di entri INI.. Cuma entri kali ni E'raz nak share tentang cabutan bertuah malam tu..

Rasanya, den la yang susah sekali nak dapat cabutan bertuah.. Tapi malam baru ni, sangkut 1.. Dapat pulak DVD / CD Player Panasonic.. Agaknya sampai bila duk dalam kotak tu? Apa-apa alhamdulillah dan menganggap mungkin permulaan rezeki orang baru.. ;)



Rakan Pejabat

By the way! Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua!!
Read more ...