Tuesday, 2 October 2012

Beginikah Nasibku?

Beginikah Nasibku?


Entri untuk malam ni.. Malang tidak berbau.. Jika handphone aku satu lagi tu dah pernah jatuh dalam bilik air dan terselam dalam air, kali ni nasib handphone ni pulak.. Memang nazak sudah handphone tu.. Cuma kali ni, handphone ni jatuh dalam sinki di bilik air pejabat.. Dah on beberapa kali, tapi tak hidup.. Lps solat maghrib tadi on sekejap, hidup, then lepas beberapa minit, mati balik..

Rehatlah kamu.. Sape yang call, kalau no busy tu, inilah jawapannya.. Sekian terima kasih..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

(GAMBAR) Fenomena Halo Di Malaysia

02 Oktober 2012 : Gambar Fenomena Halo Di Malaysia

Fenomena Halo? Sebenarnya E'raz tak tahu pun pasal perkara fenomena ni.. Tapi E'raz ni memang seorang peminat kepada bidang-bidang astronomi atau sewaktu dengannya.. So! Bila blogwalking ke blog BicaraMakDara tadi, baca dari A sampai Z tentang entri MakDara tentang Kecoh Tentang Fenomena Halo Yang Sedang Berlaku Sekarang!.. Baru la tahu fenomena ni terjadi di Malaysia sekarang.. Kredit 100% pada MakDara sebab dedahkan info ni.. ;)

Info tentang Fenomena Halo

Fenomena Halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.

Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.

Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.
Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.

Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR. 
Kredit : SINI

Gambar dibawah ini disnap oleh MakDara dirumahnya.. Menarik!!

Fenomena Halo

Fenomena Halo

Fenomena Halo

Fenomena Halo

Fenomena Halo

Fenomena Halo

Kredit Gambar  : BicaraMakDara

Read more ...

RAHSIA Allah

RAHSIA Allah

"Allah merahsiakan masa depan, untuk menguji kita agar berprasangka baik, merencana dengan terbaik, berusaha yang terbaik serta bersyukur & bersabar.."

"Allah merahsiakan masa depan, untuk menguji kita agar berprasangka baik, merencana dengan terbaik, berusaha yang terbaik serta bersyukur & bersabar.."

Read more ...

Monday, 1 October 2012

01 Oktober 2012 @ Wad 7S, Hospital Universiti Sains Malaysia

01 Oktober 2012 @ Wad 7S, Hospital Universiti Sains Malaysia


Sejuk rasa mata memandang dari sini berbanding dengan suasana di kawasan Unit Kecemasan tadi.. Hari ini kebetulan Eraz ambil cuti ganti berikutan kerja di hujung minggu.. Kebetulan juga dapat call pada pukul 6.30 pagi tadi dari MIL beritahu yang FIL sesak nafas.. So terus ke rumah mereka.. Dari pagi sampai la ke pukul 3.00 petang stay kat Unit Kecemasan sebelum transfer ke Wad 7 Selatan ni.. Rasanya bila dah masuk sini, akan stay at least 5 hari dan lebih.. Harap-harap my FIL cepat-cepat la OK.. Amin..

Semalam balik Machang.. My Mum sendiri duk rehat je sebab sakit perut gastrik.. Dah beli ubat apa semua semalam.. Hari ni call dah bertambah baik dan hanya sakit perut sekali sekala.. So! Doakan semua semua semua akan sembuh seperti sedia kala dan mengharapkan Allah s.w.t makbulkan doa yang selama ini di minta.. Amin sekali lagi.. InsyaAllah..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Read more ...

Jom Tukar Bloglist Dengan Mak Dara

Jom Tukar Bloglist Dengan Mak Dara


Siapa berminat untuk join, boleh klik banner di atas.. Terpaksa buat entri yang ringkas sebab guna Galaxy Tab.. Yang penting lengkap! Jom ramai-ramai join segmen khas Mak Dara ini.. Ianya dibuka sehingga esok..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Read more ...