Showing posts with label Tarikh Perkahwinan Diana Amir. Show all posts
Showing posts with label Tarikh Perkahwinan Diana Amir. Show all posts

Saturday, 19 January 2013

ISU : Pelakon Luah Ketidakpuasan Hati Terhadap Stesen TV

Diana Amir Luah Ketidakpuasan Hati Terhadap Stesen TV

Diana Amir Luah Ketidakpuasan Hati Terhadap Stesen TV

Sebenarnya hal ini memang perlu diambil serius bagi sesetengah pihak.. Kesian juga nasib yang menimpa artis-artis kita yang telah berhijrah.. Terutama sekali kepada pelakon Diana Amir.. Dia berhijrah di saat namanya sedang meningkat dan banyak filem lama baru ditayangkan.. Setelah semua ditayangkan di pawagam, stesen TV pula menayangkan di TV berulang dan berulang.. Contoh semalam, selepas Maharaja Lawak Mega 2012 Akhir, filem lakonan Diana sebelum berhijrah iaitu 3 Temujanji di tayangkan..

Jadi melalui Kosmo hari ini, Diana Amir meluahkan ketidakpuasan hati terhadap sesetengah stesen TV yang kerap menayangkan filem-filem lakonannya sebelum bertudung yang difikirkannya mengaibkan.. E'raz pun setuju sebenarnya.. Secara logiknya, semestinya pihak stesen TV ada alasan mereka sendiri.. Tapi, mungkin ada sesetengah faktor juga, mereka kena fikir..

“Saya menyarankan supaya stesen TV menghentikan tayangan filem-filem lama saya serta beberapa pelakon lain yang sudah berhijab sekarang.. Fikirkan juga kebajikan kami yang sudah berubah.. Ramai juga peminat yang mengadu mengenai kekerapan tayangan filem-filem lama saya sebelum saya berhijrah. Memang itu kesalahan saya tapi kalau boleh tayangkan filem-filem lain yang masih banyak dalam pasaran kita,” - DIANA AMIR

Tindakan seterusnya dari Diana Amir ialah bakal merujuk Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).. Mungkin mereka boleh membela artis-artis kita yang telah berhijrah ini..

SUMBER : Kosmo

Read more ...