Suhu Badan Normal Bayi | Assalamualaikum w.b.t.. Mungkin ada yang sudah baca entri semalam tentang Zara Faleesya demam.. So hari ini Eraz nak share tentang suhu normal bagi seorang bayi.. Kalau ikutkan web BabyCenter :
Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah dari 36.5 darjah C sehingga 37.8 darjah C. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar, dan suhu manusia selalunya akan naik semasa siang dan turun semasa malam. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya melebihi 37.7 darjah C pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah C pada waktu petang.
Semalam dah bawa Zara ke klinik.. Mengikut pada Dr., Zara bukan kategori demam lagi, tapi hampir ke arah itu.. Suhu badan Zara tak melebihi 37.7 darjah C pun.. Selesema tu ada sikit.. Tapi sebagai ibu bapa, mesti la risau kan.. Dr. dah back-up dengan ubat dan cool fever.. At least, better cegah daripada terus demam teruk kan..
#Harap-harap suhu badan Zara akan berkurang dan kembali normal..