Showing posts with label Stress. Show all posts
Showing posts with label Stress. Show all posts

Friday, 9 March 2012

Info : Cara Mengawal Stress


Cara Mengawal Stress

1. Sokongan Sosial daripada keluarga, rakan sekerja dan ketua

2. Mengubah persekitaran, tindakbalas dan persepsi. Kenal pasti tempat baru yang akan dituju agar dapat mengurung stress

3. Menanam tabiat yang dapat meningkatkan rintangan terhadap stress. Contohnya, mengamalkan cara hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang, mengimbangi kehidupan kita dan melakukan kerja secara tenang

4. Ambil masalah yang dihadapi secara positif. Contohnya, anggaplah segala musibah yang datang sebagai penghapus dosa. Kesedihan, kesusahan di dunia adalah kegembiraan di akhirat

5. Meluahkan perasaan dan berkongsi masalah

6. Mengendalikan perasaan dan masalah secara berkesan

7. Melakukan sesuatu untuk menghilangkan kebosanan

8. Membentuk jaringan sokongan yang baik, pengurusan masa, perubahan persepsi dan menerima kenyataan

9. Mengimbangi aktiviti

10. Ubahsuai prinsip hidup

11. Menerima stress sebahagian dari hidup

Sumber

Info lain : Punca-Punca Stress dan Stress Di Tempat Kerja, Tanda-Tanda Stress
Read more ...

Thursday, 8 March 2012

Info : Tanda-Tanda Stress


TANDA – TANDA STRESS

Tanda – tanda stress boleh dibahagikan kepada empat iaitu fizikal, psikologikal, tingkah laku dan sosial.

TANDA FIZIKAL

1. Sakit kepala

2. Cepat penat, lemah, letih, tidak bermaya dan banyak berpeluh

3. Berdebar – debar, sakit dada, sesak nafas seolah – olah sakit jantung

4. Cirit – birit, kerap buang air dan mudah mendapat penyakit fizikal seperti asma, sakit jantung, darah tinggi dan diabetis

5. Penyakit kulit dan kanser. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan keadaan pesakit bergantung kepada turun naik emosi. Penyakit barah misalnya, lebih cenderung mengalami stress. Kajian juga menunjukkan sesiapa yang mengalami stress yang tinggi, mati dalam usia yang muda.

TANDA PSIKOLOGIKAL

Tension, tidak tenang, risau, resah, murung, sedih, cepat marah (moody) dan cepat bosan.

TANDA SOSIAL

1. Hubungan antara suami, isteri, jiran dan rakan sekerja yang terjejas

2. Penyalahgunaan dadah

3. Menghisap rokok secara berlebihan

4. Kemalangan

5. Selalu ponteng kerja

6. Produktiviti merosot

Sumber

dan entri sebelum ini tentang Info : Punca-Punca Stress dan Stress Di Tempat Kerja..
Read more ...

Info : Punca-Punca Stress dan Stress Di Tempat Kerja


PUNCA – PUNCA STRESS

Keadaan Fizikal

1. Persekitaran yang kotor, bising, sesak sama ada di rumah atau di tempat kerja

2. Penyakit fizikal seperti penyakit jantung

Psikologikal

Berlakunya perubahan yang memerlukan penyesuaian seperti :

1. Perubahan tempat kerja seperti majikan, rakan atau persekitaran yang baru

2. Memulakan alam rumahtangga

3. Kehilangan orang yang tersayang atau harta benda

4. Berasa tercabar atau terancam. Contohnya, lambat datang kerja menimbulkan perasaan takut dimarahi bos, bersalah terhadap dosa yang dilakukan atau gagal penuhi cita – cita.

STRESS DI TEMPAT KERJA

Kebanyakan mereka yang mengalami stress terdiri daripada golongan yang bekerja. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan stress. Antaranya :

1. Pekerjaan yang terdedah kepada kecederaan dan keselamatan

2. Beban kerja terlampau banyak

3. Bekerja dalam tempoh yang panjang

4. Terlibat dengan oarang ramai seperti jururawat dan doktor atau melibatkan kaunter

5. Hubungan antara organisasi. Contohnya, tidak boleh menyesuaikan diri dengan rakan sekerja dan adakalanya bertentangan dengan peribadi, kepercayaan atau agama

6. Konflik peranan

7. Kekaburan tugas

8. Sikap ketua di tempat kerja.

Sumber
Read more ...