Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts
Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts

Wednesday, 24 April 2013

Besar tak semestinya power ..

Besar tak semestinya power ..

Assalamualaikum w.b.t.. Selamat Pagi Rabu untuk semua yang membaca entri 'Besar tak semestinya power ...' ni.. Besar? Apa yang besar? Sila baca dulu ya.. Gambar berkenaan Eraz snap daripada majalah Wanita yang isteri Eraz baca.. Tajuk ni ada di muka depan ni.. Hehe.. Besar tak semestinya power .. (Tajuk memainkan peranan lagi macam topik INI).. Bukan besar apa, isu nya tentang rumah besar, kereta besar dan benda-benda lain la..

Dr. Tuah, seorang motivator terkenal ini memberikan pendapatnya tentang isu Besar tak semestinya power ni.. Bila baca-baca, memang isu ini ada dalam kehidupan kita sekarang ini.. Setiap orang nak memiliki rumah besar, kereta besar dan lain-lain benda yang besar.. Tapi adakah dia mampu?

Jangan hanya sebab nak tunjuk power dengan memiliki kereta or rumah besar, kehidupan anak isteri terabai, tak cukup makan, tak cukup pakai.. Biarlah berpada-pada.. Janji hati senang.. Jika ada duit lebih, ada perkara yang lain yang boleh dibuat yang mana mungkin akan mendapat kebaikan bersama.. Betul tak? Contohnya, boleh fikir sendiri..

#Fikir-fikirkan..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...