Showing posts with label Open University Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Open University Malaysia. Show all posts

Saturday, 6 April 2013

Impian untuk sambung belajar sambil bekerja ...


Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya impian ni memang dah lama.. Dari sebelum kahwin lagi sehinggalah sekarang.. Tapi belum berkesempatan sebab kekangan kerja yang sangat tidak mengizinkan.. Tapi, akan diusahakan lagi berbicang supaya dapat mengambil peluang ni..

Sambung belajar ke peringkat Postgraduate / Master ni sebenarnya untuk ilmu.. Untuk kenaikan pangkat, kalau kerja dibahagian admin, susah sikit.. Mana la tahu kot-kot nanti nak buka bisnes ke kan.. Bachelor Degree dulu memang berbeza betul la dengan bisness.. Minor dulu ada la management.. Tapi hanya 12 jam kredit je..

#Sudah 6 tahun lebih bekerja dalam bidang management / student management

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Sunday, 13 January 2013

Belajar Sambil Bekerja di Open University Malaysia

Open University Malaysia


" Kini anda boleh bekerja sambil belajar dengan beberapa kaedah Pembelajaran Fleksibel OUM. Dengan mengintegrasikan pelbagai cara pembelajaran fleksibel, OUM memperkasakan anda dengan pengetahuan berkaitan industri yang anda boleh guna pakai di tempat kerja, demi kemajuan kerjaya anda. Anda dijemput untuk melawat kampus induk kami atau mana-mana pusat pembelajaran OUM berhampiran untuk mendaftar! "

Mesti ramai yang pernah dengar nama Open University Malaysia kan.. Siapa yang berimpian untuk mendapatkan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, boleh la terus ke mana-mana cawangan Open University Malaysia kerana pendaftaran untuk Ambilan Semester Januari 2013 sedang berlangsung sekarang.. Selain di Kampus Utama KL, OUM ada Pusat Pembelajaran di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah..

Jika anda sedang bekerja, Open University Malaysia la paling tepat dipilih kerana kelas hanya akan dijalankan pada hujung minggu sahaja.. Waktu bekerja korang memang tak kan diusik.. Open University Malaysia sangat fleksibel untuk semua tak kira umur anda berapa dan apa kerja anda.. Jika korang tak bekerja pun, still boleh sambung belajar di OUM..

p/s : Ini bukan entri berbayar.. ;)

Read more ...