Showing posts with label Kes Cium Tangan. Show all posts
Showing posts with label Kes Cium Tangan. Show all posts

Monday, 19 November 2012

Shila Amzah : Mohon Maaf Cium Tangan Sharnaaz

Shila Amzah : Mohon Maaf Kes Cium Tangan Sharnaaz


Laporan mStar Online, Shila Amzah memohon maaf kepada peminat dan semua kerana tindakan spontannya mencium tangan kekasihnya, Sharnaaz Ahmad ketika namanya diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik untuk lagu Patah Seribu pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-19.. Shila berkata, tindakan itu dilakukan secara tidak sengaja lebih-lebih lagi pada ketika itu dia berada di samping orang yang disayanginya apabila pengumuman dibuat.. Peminat Shila atau orang ramai melahirkan rasa kekecewaan di Facebook dan Twitter kerana perbuatan itu dianggap telah melanggar batasan sebagai wanita Muslim yang bertudung..

"Saya ingin meminta maaf atas kekhilafan saya itu. Ketika itu saya terlalu teruja dan pengumuman itu dibuat ketika saya berda di samping orang yang saya sayang.. Ia merupakan satu pengajaran buat saya dan saya bukanlah seorang yang sempurna," SHILA AMZAH

p/s : [INI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI] Berikan sedikit ruang kepada sesiapa sahaja yang sedang berperang dengan diri mereka untuk berubah menjadi yang lebih baik.. Mungkin apa yang berlaku akan memberi pengajaran dan insyaAllah akan memberi pengajaran kepada orang lain juga.. Sekurang-kurangnya, perubahan pada Shila sekarang adalah lebih baik berbanding dulu.. Jangan selalu kita mencari kesalahan orang sedangkan ramai lagi diluar sana yang mungkin lebih layak ditegur.. Eh! Penyanyi bertudung lain, ada tak bersalam dengan artis lelaki lain?

Read more ...