Kes Drama SAHARA di ASTRO PRIMA Serius!
Assalamualaikum.. Dari apa yang E'raz baca di blog atau Facebook, drama Sahara di saluran Astro Prima dikatakan telah mencetuskan dan mengundang fitnah terhadap masyarakat Islam, wanita terutamanya..
"Drama ini patut diKRITIK dan dihentikan siarannya kerana merosakkan imej wanita berhijab. Wanita berhijab TIDAKLAH sedemikian murah untuk berdating, berpegangan tangan, berpelukan dengan lelaki bukan mahram. Kalau kita marah-marah non muslim menghina dan memberi gambaran salah terhadap kalimah Allah dan Nabi serta ajaran Islam, kini ia dilakukan oleh manusia yang beragama Islam sendiri" - Ust Zaharuddin-
Drama Sahara di Astro Prima itu memaparkan cerita tentang pelajar madrasah dan wanita berniqab.. Namun, apa yang dipaparkan tidak berlandaskan konsep Islam yang sebenar.. Drama yang kononnya berkonsepkan 'Dakwah Komedi' langsung gagal memaparkan ciri-ciri wanita Islam yang sebenar.. Kisah drama yang sebegini sebenarnya mengundang intepretasi Islam yang salah.. Mana mungkin wanita yang berniqab tidak menjaga batasan dan bersentuhan dengan lelaki yang bukan mahram..
Entri sebelum : Drama SAHARA di ASTRO PRIMA Dikecam Penonton!
Published with Blogger-droid v2.0.10