Thursday 9 November 2017

LEBIH MUDAH | Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online Melalui SAPS

Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online Melalui SAPS

Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online Melalui SAPS | Assalamualaikum w.b.t.. Kalau nak bandingkan zaman Eraz dulu belajar di sekolah rendah dan menengah, memang sangat berbeza.. Sebagai contoh bila keluar keputusan peperiksaan.. Kalau di sekolah rendah Eraz dulu, buku tu warna pink.. Kita panggil buku rekod je.. Bila semua keputusan dah keluar, cikgu akan bagi pada kita dan bawa balik ke rumah sebab nak kena bagi Abah tandatangan.. Yang bagusnya kita, memang buku rekod tu, Abah je tandatangan dan tak pernah tipu tandatangan ok.. Hehe.. Setahun tu ada dua kali peperiksaan.. Itu dulu la.. Tapi sekarang? 

Tapi sekarang dah lain.. Baru ni kakak Eraz yang dah ada anak yang belajar di sekolah rendah cerita keputusan peperiksaan dah boleh semak secara online.. Ya ke??? Fu yooo.. Patut la tugas cikgu dah bertambah sikit sekarang dan ini sebenarnya akan memudahkan lagi ibu bapa dan pelajar tu sendiri.. Korang pernah ke dengar pasal sistem ni? Sistem apa? Nama dia SAPS Ibu Bapa ya.. Dan kalau nak bagi faham lebih sikit pasal sistem pendidikan terkini ni, korang boleh rujuk laman web berbentuk forum ni di http://sistemkpm.com..

Nota : 

Semakan keputusan peperiksaan online hanya melibatkan pelajar sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6 serta pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sahaja ya.. Segala keputusan peperiksaan boleh disemak melalui laman SAPS kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM.. Harap maklum..

SAPS Ibu Bapa

SAPS Ibu Bapa atau nama penuhnya ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem online yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia.. Sistem ini boleh memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan tentang keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara online. Sistem SAPS juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, KPM, JPN, PPD..

Menarikkan? Bila dah menarik tu, mesti nak tahu cara nak gunakan sistem ni kan.. Sangat mudah sebenarnya.. Korang baca Eraz cerita di bawah ni..

Cara Penggunaan SAPS

Cara Penggunaan SAPS senang je.. Korang ikut langkah-langkah ini untuk membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar..

1. Layari ke laman SAPS : https://sapsnkra.moe.gov.my/



2. Isi maklumat lengkap pelajar seperti No IC / Sijil lahir, Negeri, Nama Sekolah dan Tahun.. Dan selepas itu Tekan butang semak..


3. Tekan Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Keputusan..

Sistem seterusnya akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dengan perinci termasuk markah setiap subjek, kedudukan dalam kelas dan tingkatan.. Baguskan? Dengan adanya sistem online SAPS, ibu bapa dapat memantau keputusan pelajar dengan lebih senang dan efektif.. Wow, canggih betul sekarang ni.. Dengan kemudahan dunia tanpa sempadan ni, senang sahaja kita nak pantau kemajuan anak-anak di sekolah..

Mustahil atau tidak jika lepas masukkan nombor IC pelajar dan sistem tidak dapat semak? Jangan risau.. Sekiranya nombor IC pelajar tidak dapat disemak, ibu bapa boleh terus menghubungi dan memaklum kepada guru kelas ok.. Perkara ni biasanya berlaku disebabkan kesalahan pengisian nombor IC di APDM sahaja..

Apa yang Eraz tulis ni mungkin tak terperinci lagi.. Dan untuk dapatkan maklumat yang lebih lengkap lagi, korang boleh ke dua laman di bawah ini ok.. Semua maklumat lengkap di situ.. Boleh klik link di bawah : 

2 comments:

  1. mudoh wei loni zaman serba canggih tapi rindu wat balik buku rekod ngadap abah sambil abah pegang rotan hahahhaha

    ReplyDelete
  2. Yes i am totally agreed with this article and i just want say that this article is very nice and very informative article.I will make sure to be reading your blog more. You made a good point but I can't help but wonder, what about the other side? !!!!!!THANKS!!!!!! saps ibu bapa

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.