Monday 16 January 2012

Papadom Versi Tamil, Appalam Menang Filem Tamil Terbaik

| Trailer |


- Appalam Menang Filem Tamil Terbaik -

FILEM Tamil sulung keluaran Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB), Appalam, dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Tamil Malaysia yang berlangsung di Chennai, India, dari 9 hingga 12 Januari lalu. 

Filem arahan Afdlin Shauki terbabit mengetepikan saingan sembilan lagi filem Tamil keluaran negara ini yang diterbitkan dari 2001 hingga 2011.

Appalam yang dihasilkan berdasar kepada filem Melayu berjudul Papadom (2009), juga arahan Afdlin, menemui penonton pada November 2010. Ia membariskan pelakon seperti Gana Pragasam, Raja Ilya, Jaclyn Victor, Haanii Shivraj, Shashi Tharan, Sharifah Amani, Vassantha Kumaran, Iman Wan, Sathia, Gunseh, Maimon Mutalib dan Afdlin sendiri.

Info drpd : Berita Harian

1 comment:

  1. appakk amakkkk!!

    huhu..menarik je trailer die..terasa nak tengok lah..

    huhu.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.