Wednesday, 3 December 2014
Tuesday, 2 December 2014
Zara Faleesya catwalk !
Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya macam dah lama tak cerita pada Zara Faleesya di dalam blog ni.. Bukan tak de cerita tapi tak sempat nak mengarang.. Ini gambar semalam.. Masa ni duk main jalan-jalan dengan Zara di depan rumah.. Dah pakai cantik-cantik sebab nak pergi join jiran-jiran tetangga kenduri kahwin..
Biasa la budak kecik baru dapat 'kaki' kan.. Nak jalan je.. Tak de dah merangkak.. Satu lagi, tak nak ni papa mama pegang.. Orang takut jatuh je.. Kalau jatuh, pandai bangun sendiri dan sapu tangan.. Alhamdulillah.. Zara membesar dengan baik..
Pengomen Tegar Blog ERAZ FADLI Bulan NOVEMBER 2014
Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Macam biasa, Eraz akan umumkan blogger yang tersenarai dalam Pengomen Tegar Blog ERAZ FADLI secara Bulanan.. Kali ini ialah Pengomen Tegar Blog ERAZ FADLI Bulan NOVEMBER 2014.. Berikut adalah senarainya..
- Kathy R'bain
- Mohamad Khairil
- Diana Rashid
- Mardiah Diana
- Ct Noraishah
- Etuza Etuza
- Nadia Johari
- AMIIZAA
- Akif Imtiyaz
- Farah Waheda Wahid
Tahniah kepada Kak Kathy R'bain kerana berjaya menempatkan diri di tempat teratas.. Jadi seperti biasa sebagai penghargaan, Eraz akan hadiahkan top-up RM 10 kepada beliau.. Tanda penghargaan kecil.. Apa-apa pun, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi komen di blog Eraz..
Kepada semua Top 5 yang tersenarai, blog mereka semua akan dimasukkan ke dalam Bloglist Eraz sepanjang bulan Disember 2014.. Tunggu pengomen tegar blog ERAZ FADLI bulan Disember 2014 pula.. Terima kasih diucapkan kepada semua pengomen yang sudi singgah dan komen di blog Eraz..
#Tanpa korang, blog ni mungkin tidak bernyawa
#Tanpa korang, blog ni mungkin tidak bernyawa
Monday, 1 December 2014
Tidak dapat ditafsirkan..
Assalamualaikum w.b.t.. Maaf semalam memang Eraz tak muncul dengan satu entri pun.. Memang kekangan masa dan keadaan.. Draf pun tak sempat nak karang pun.. Dan bila mood mengarang tu pun takde, bergabung dengan masa, terus 'hilang' semuanya.. Semalam semasa duduk bersama dengan isteri dan Zara di depan TV, Eraz ada katakan yang ada sesuatu yang 'tak best' berlegar dalam diri menyebabkan rasa macam tak selesa sangat.. Tapi tak dapat nak tafsirkan..
Bila ada rasa tu, nak buat apa pun tak kena.. Berdoa kepada Allah supaya rasa tu hilang dan tiada perkara yang tidak elok berlaku.. Nak buat kerja pun tak best kalau camtu.. Semalam Eraz macam biasa cuti.. Balik Machang bersama Zara dan melawat kakak sulung yang tidak sihat.. Hari ni pun sama, masih dalam cuti sebab ganti kerja di hujung minggu.. Tapi tak ke mana-mana, hanya luangkan masa bersama Zara..
Mana Zara? Dia tidur, rehatkan diri, charge tenaga orang kata.. So boleh la Eraz karang satu entri sebelum start buat assignment sedikit sebanyak.. Salam Isnin untuk semua..
Subscribe to:
Posts (Atom)




