Showing posts with label Shahnaz Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Shahnaz Ahmad. Show all posts

Monday, 22 October 2012

(GAMBAR) Shila Amzah Bersama Ibunya, Ibu Sharnaaz dan Sharnaaz

(GAMBAR) Shila Amzah Bersama Ibunya, Ibu Sharnaaz dan Sharnaaz


Terbaru daripada Shila Amzah.. Perjumpaan antara Shila Amzah, Mamanya dengan Sharnaaz dan Ibunya.. Sama-sama doakan semoga Shila Amzah dan Sharnaaz berjaya sampai ke jinjang pelamin.. Baru-baru ni Shila telah menyuarakan bahawa tiada perancangan untuk bertunang tetapi memberi tempoh dua tahun untuk mengakhiri zaman anak dara..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Entri menarik yang korang perlu baca :
Bayi 23 Hari Diliwat Bapa Kandung ! 

Read more ...

Wednesday, 15 August 2012

Shila Amzah : Raya 2012 !

Shila Amzah : Raya 2012 ! Bakal Beraya Bersama Shahnaz Ahmad


"Insya-Allah jika tiada aral, Shila sekeluarga akan beraya di kampung mama yang terletak di Banting, Selangor pada raya pertama dan kemudian bertolak ke Perak.. Kami juga merancang untuk singgah ke rumah Sharnaaz di Pulau Pinang, namun tidak pasti lagi pada raya ke berapa kerana saya ada terlibat dengan program raya.."

“Tipulah jika kami tidak pernah membincangkan hubungan kami, namun Sharnaaz sendiri memberi Shila masa memandangkan usia Shila masih lagi muda untuk membawa hubungan kami ke tahap seterusnya.. Apa yang boleh Shila katakan ialah hubungan yang kami jalinkan bukan main-main, sebaliknya kami serius membina hubungan ini.. Namun biarlah masing-masing mengukuhkan karier terlebih dahulu.." kata Shila yang mana masing-masing belum bersedia untuk mengikat hubungan ke peringkat seterusnya..

Bakal Lancar Album Baru : Februari 2013

“Album baru ini bakal memuatkan tujuh lagu yang kesemuanya Shila buat sendiri.. Lagu-lagu ini berkisarkan semua perkara yang berlaku di sekeliling, bukan hanya menceritakan kisah cinta sahaja.. Bukannya saya tidak mahu beri lagu-lagu ciptaan saya, malah saya cukup berbesar hati apabila ada yang minta saya buat lagu untuk mereka.. Tetapi bagilah saya peluang untuk membuktikan lagi bakat penulisan saya dalam album terbaru saya nanti.. Walaupun ramai yang menggemari lagu Patah Seribu, namun saya mahu buktikan dalam album kali ini saya mampu mencipta pelbagai genre lagu.." kata Shila yang kini mempunyai koleksi 50 buah lagu ciptaannya sendiri..

--------------------------------------------

Photoshoot Cover Mag Mingguan Wanita - Sumber : Shila Amzah

Read more ...

Wednesday, 8 August 2012

Tuesday, 7 August 2012

Alhamdulillah, Shila Amzah Kini Sah Bertudung

Shila Amzah Pakai Tudung Selepas 15 Hari Percubaan


PETALING JAYA: Keputusan penyanyi Shila Amzah yang memakai tudung bermula 1 Ramadan lalu hanya untuk suka-suka berubah apabila dia tekad untuk kekal dengan imej tersebut.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata, dia membuat keputusan tersebut pada Sabtu lalu selepas 15 hari melalui “tempoh percubaan” dan berazam untuk berimej sedemikian sehingga ke akhir hayat.

"Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut.. Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung."

"Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah.." 

Tambah Shila, kekasihnya, Sharnaaz Ahmad tidak sangka perubahan drastik yang dilakukannya namun gembira dengan imej terbaru itu.

Dalam pada itu, ibunya juga ingin kepastian adakah benar keputusan yang dibuat itu kerana risau jika Shila akan membuka semula tudungnya pada masa akan datang.

"Apabila memberitahu hasrat ingin bertudung kepada ibu, banyak kali dia tanya, adakah saya yakin dengan keputusan ini kerana apabila dah pakai, kita tak boleh nak buka semula tudung sehingga mati.. Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan.."

Sementara itu, walaupun tampil dengan imej berkenaan, Shila tetap meneruskan kariernya sebagai seorang penyanyi dan bakal muncul dengan album terbaru pada awal tahun depan.

"Saya masih lagi menyanyi, tetapi tak adalah nak menari sakan macam dahulu. Pemilihan lagu pula lebih ke arah balada dan pop. Semoga perubahan diri ini membawa keberkatan yang lebih bermakna," tuturnya.

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
(Entri 1) Syafiq Yusof Berminat Filemkan Kisah Hidup Datuk Lee Chong Wei

Read more ...

Sunday, 29 July 2012

GAMBAR : Shila Amzah Bertudung Bersama Kekasih Hati, Shahnaz Ahmad

GAMBAR : Shila Amzah Bertudung Bersama Kekasih Hati, Shahnaz Ahmad

Edisi Ramadhan : Khas untuk peminat-peminat Shila.. Ini gambar yang diupload oleh Shila sendiri bersama kekasih hatinya, Shahnaz Ahmad.. Agaknya diaorang shopping raya dan berbuka puasa bersama-sama kot ni.. Shila memang nampak berbeza dengan bertudung.. Sangat sesuai! Doakan yang terbaik untuk berhijrah..


--------------------------------------------
Read more ...