Saturday 30 September 2017

Belut Goreng Kunyit

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa kat sini pernah makan belut? Ke dah biasa sangat? Eraz ni, memang dari kecik, kawan-kawan duk cerita pasal belut.. Itu dan ini.. Tapi sampai ke sudah tak pernah try.. Pernah sekali sebelum ni, ada kawan ajak makan kat Sushi King.. Then kat situ kan ada menu berasaskan belut.. Tapi sikit je la belut tu.. Bukan yang goreng punya.. So try sekali dengan nasi jepun tu.. Sedap.. Lembut.. Tak de tulang.. So kalau ke Sushi King, memang akan ambil kalau lalu depan mata.. Haha..


Dan baru ni, masa makan kat luar, ada banyak menu belut kat situ.. Tak mampu lagi rasanya nak try yang sup-sup.. So decide order Belut Goreng Kunyit.. Goreng-goreng ni, kering la sikit kan.. So tak de masalah la nak makan kot.. So order la untuk seorang makan.. Bila dapat, memang nampak la kering tu.. So bila makan, banyak tulang rupanya.. Orang tua macam Eraz dan wife, memang belasah je la walapun ade tulang.. Tapi bila Zara dan Adam nak try juga, memang kena hati-hati la buang tulang tu...

Rasanya? Ok la.. Tapi mungkin sebab belut kan kecil, then bila gorang garing sikit, jadi tak puas nak makan rasanya.. Nak buang tulang lagi.. Haha.. Tapi bukan serik ya, lepas ni mesti akan order lagi.. Mungkin menu lain pula.. Hehe..

5 comments:

  1. Dah lama x makan belut goreng kunyit..ala..tgok entry ni terus rasa nak makan...mana nak carik ni

    ReplyDelete
  2. JM rasa tak mampu nak makan. Sebab memang tak masa. Tengok pun dah rasa, JM ni kan...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.