Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, 22 August 2017

Misi Mencari Cermin & Lukisan Dinding Rumah

Assalamualaikum w.b.t.. Ini kire entri throwback.. Baru ni alhamdulillah, kami berdua, suami isteri ambil cuti sebab ada urusan rasmi bersama.. Alhamdulillah dah settle untuk hari tu.. Anak-anak semua hantar ke tadika dan taska sebab tak nak bagi mereka penat ikut kami ke hulur ke hilir.. Senang mereka buat aktiviti di sekolah.. Sebelum ke pejabat urusan tu, breakfast dulu di Nasi Lemak Bersinar dan tiba-tiba buat plan ke Brandiss dan Sufi Store di Kota Bharu ni..

Di Brandiss kami plan nak belikan satu cermin untuk letak di dinding rumah selepas pintu masuk.. Alang-alang ada sale, terus la ke sana untuk survey.. Kalau ok, boleh terus beli kan.. Tapi lepas naik satu tingkat ke satu tingkat, tak de yang sesuai dengan citarasa dan design rumah.. Yang berkenan tu ada tapi corak yang tak sesuai... Ada juga size yang tidak sesuai.. 


Gambar di atas ni cantik sangat tapi berbentuk segiempat tepat.. So bila berbentuk macam tu, susah nak sesuaikan kalau dinding besar kan.. Nak beli satu, tak sesuai.. Tapi kalau nak beli dua, harga pun double la kan.. Kalau satu pun harga dah ummppphh, kalau double, hehe je la buat masa sekarang.. Tak de kat situ, mungkin tempat lain ada kan..

Nak pilih gambar ni pun bukan senang, ada yang berkenan di mata, di dinding pula tak sesuai.. Kena la juga sesuaikan dengan warna dinding, warna sofa, warna karpet atau warna langsir juga kan.. Kami memang jenis yang tak suka caca marba.. Simple tapi mesti bersesuaian.. Crowded sangat pun tak nak...


Cermin tak atas ni pula cantik tapi macam tadi juga, berbentuk tak sesuai.. So kami decide untuk tempah sendiri mengikut size dinding dan corak yang kami perlukan.. Janji puas hati.. So dari Brandiss memang kami pula dengan tangan kosong je la hari tu.. Haha...


Terus ke kawasan Tesco pula sebab nak ke Sufi Store cawangan Kota Bharu.. Nama pun cawangan, so design tak banyak yang ada.. Tapi alhamdulillah, boleh tempah.. Harga pelbagai, yang berpatutan pun ada.. Tapi memang cantik.. Kami decide akan beli satu untuk letak di dinding kawasan 'family area'.. So sekarang tengah kumpul design dan akan tempah..

Lepas ni, akan terjah lagi dua tiga kedai lain untuk dapatkan kepuasan.. Barang harga macam ni, memang kena decide dan fikir betul-betul... Baru puasa hati kan..

4 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.