Monday, 23 September 2013

Cinta Jannah Episod 23

Cinta Jannah Episod 23

Cinta Jannah Episod 23 | Assalamualaikum w.b.t.. Macam biasa, Eraz akan buat satu entri pada pukul 6.00 petang pada hari siaran Cinta Jannah tayang di TV3 jam 7.00 malam.. Hari ni dah masuk Cinta Jannah Episod 23.. Nampaknya hari ni dah episod yang kedua terakhir sebelum ke Episod 24 iaitu Episod Akhir nanti.. Jadi untuk sinopsis Episod 23 ni :

Banyak berkisar kepada kisah Nur Jannah di kampung setelah sekian lama tak balik.. Nur Jannah termenung memikirkan Izaryl.. Maklum la Izaryl ditinggalkan macam tu je demi keluarganya.. Nur Jannah memerhati mood ayahnya yang sudah berubah.. Izaryl pula teringat cek kosong yang pernah dijumpai dalam tong sampah ketika majlis meraikan perlantikan Nur Jannah sebagai setiausaha dulu.. Apa kaitan cek tu? Kalau siapa-siapa tengok episod-episod sebelum ni, sure boleh kaitkan..

#Hari ni Cinta Jannah Episod 23, lepas ini hanya berbaki satu episod.. Esok dah episod akhir..

Read more ...

Imbas Entri Ahad pulak !


Assalamualaikum w.b.t.. Jika pagi tadi Eraz imbas entri-entri blog ERAZ FADLI untuk hari Sabtu, ini untuk entri hari Ahad pulak! Tiba-tiba je dapat idea macam ni.. Blog lain belum ada lagi kot buat.. Saje untuk tarik perhatian semula sebab ada sesetengah isu yang mendapat perhatian dengan komen-komen dari pembaca..

  1. Masa bersama family ! - Entri di pagi sebelum keluar mencari barang untuk kegunaan mama Zara dan Zara Faleesya sendiri.. Masa bersama family digunakan sebaik mungkin sebab cuti sehari je, Ahad! 
  2. Sempat layan Konsert Minggu Ke 2 AF 2013 - Eraz ada utarakan pendapat tentang Konsert Minggu Ke 2 AF 2013 yang lepas.. Sesuatu yang hambar.. Mana yang tak kena? Boleh terjah entri tu.. Ada yang beri pendapat masing-masing..
  3. Segmen – Saya Mahu Ditegur - Satu segmen yang dianjurkan oleh bro Eyriqazz.. Korang kena positifkan diri dalam teguran yang diberikan untuk mantapkan lagi blog korang..
  4. USM Dalam Kenangan - Satu gambar yang Eraz letakkan dalam entri tu yang mana semua pelajar baru USM dapat.. Ada dua tiga orang ex-pelajar USM yang komen!
  5. Dim Sum di Dynasty Restaurant @ Hotel Renaissance Kelantan - Cerita tentang Dim Sum.. Jarang-jarang sekali pergi lunch kat Dynasty Restaurant @ Hotel Renaissance Kelantan dengan makan Dim Sum.. Tambah-tambah lagi orang belanja kan.. Tengok gambar, macam nak pergi sekali lagi..
  6. Khas dari isteri tersayang .. - Khas dari isteri tersayang? Hehe.. Isteri telah luangkan masa buat sesuatu untuk suaminya lepas suaminya beritahu nak makan sesuatu.. Yang pasti, terbaik dan sedap!!

Read more ...

SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat blogger semua. Kali ini Zam ingin menjemput anda untuk menyertai SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE dan di dalam masa yang sama anda juga berpeluang MEMENANGI SATU HADIAH MISTERI dari Zam! Insya Allah segmen ini mampu memberikan manfaat kepada setiap blog yang mengambil bahagian :)

Zam akan memasukkan blog peserta ke dalam bloglist khas Zam di sepanjang bulan Oktober, & di penghujung bulan Zam akan memilih salah seorang peserta untuk menerima sebuah hadiah misteri dengan menggunakan Random.Org.

Segmen ini akan berlangsung mulai 23 September sehingga 27 September.

Syarat-syaratnya:
  1. Masukkan blog ZAMANI ABE ke dalam bloglist di blog anda (Penting).
  2. FOLLOW blog ZAMANI ABE.
  3. LIKE Page Abe Za In Da Blog Di FACEBOOK .
  4. Sediakan entri dengan tajuk SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!  
  5. Copy kod di yang disediakan, paste kan di HTML entri anda, dan publish.
  6. Hantarkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini :)

  7. (kredit idea hasilkan segmen mudah dan pantas ini kepada Mialiana.Com)

Read more ...

Ingat Entri blog ERAZ FADLI Sabtu lepas ?


Assalamualaikum w.b.t.. Ini entri khas untuk imbas entri-entri blog ERAZ FADLI pada Sabtu 22 September lepas.. Macam biasa, di hujung-hujung minggu, ramai yang jarang online mungkin sebab mempunyai aktiviti outdoor lain kan.. Berbeza dengan hari Isnin sampai Jumaat..
  1. Sambung kerja di rumah ! - Berkisar tentang Eraz terpaksa bawa balik ke rumah bahan-bahan kerja ke rumah kerana pada esoknya tu kena siapkan juga.. Memang dah lama tak buat perangai camtu..
  2. Selalu macamni.. Hilang mood.. - Selalu tak boleh nak connect internet.. Eraz ada print screen kan bukti masa buka google.. Dapat respon yang menarik dari pembaca.. Rupa-rupanya..
  3. Kena kahwin paksa ?? - Bukan Eraz yang kena kahwin paksa tapi cuba utarakan pendapat tentang drama-drama TV sekarang yang memaparkan isu yang lebih kurang sama.. Korang ada pendapat?
  4. Kempen Kesedaran Merokok | NOTIS - Eraz ada letakkan satu gambar sebagai Kempen Kesedaran Merokok.. Jom bagi pendapat bernas anda..
  5. Cerekarama Maafkan Kami TV3 - Sure ada yang telah menonton drama di slot Cerekarama TV3 ni.. Review drama lakonan Fizz Fairuz dan Zain Saidin.. Juga ada yang bertanya, siapa pelakon wanita dalam drama tu.. Errmmm..
  6. Anugerah Allah .. - Kenang kenangan pertama kali Zara Faleesya pegang jari papa.. Gambar menjelaskan segalanya.. Dah tengok?

Read more ...

Harga Gula Bakal Naik !

Harga Gula Bakal Naik !

Harga Gula Bakal Naik | Assalamualaikum w.b.t.. Siapa yang dah baca surat khabar hari ni atau dengar berita radio, pasti dah tahu tentang saranan Menteri Kesihatan yang mencadangkan kerajaan menaikkan harga gula kerana mahu mengelakkan kes diabetes semakin menjadi-jadi.. Eraz tak nak hurai lebih sebab perkara ni memang ada positif dan negatifnya.. Betul tak?

Apa pendapat korang? Adakah akan betul berkurang kes diabetes bila harga gula naik? Atau orang tak kisah pun? Orang akan tetap beli gula.. Atau akan terus memberi kesan kepada harga-harga barang lain dan makanan? Atau akan menyusahkan orang-orang kampung atau rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan yang tinggi? Atau atau atau? Apa andaian korang?

#Berkongsi pendapat


Read more ...