Showing posts with label Review Blog. Show all posts
Showing posts with label Review Blog. Show all posts

Monday, 24 November 2014

Blog Review By ERAZ FADLI #10


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni, Eraz nak korang ke satu blog ni.. Secara ringkas pasal orang punya blog ni ialah seorang ibu kepada 3 orang anak.. Suami semestinya sorang la.. Dalam entri-entri blog dia, entri banyak kepada berkisar kepada hal-hal yang berlaku kepada anak-anak, pasal percutian, hotel dan lain-lain.. Gambar pun banyak sebab dia sendiri mengaku suka selfie.. Hehe..

Mungkin ada yang pernah masuk blog dia dan mungkin ada yang belum pernah terjah blog dia.. So Eraz nak jemput mana-mana blogger yang free sekarang untuk berkenalan dia blogger ni.. Dengan kita 'menziarahi' orang lain, lepas ni, orang tu akan ziarah kita balik kan.. Tinggal kan kesan macam komen.. Jom klik SINI untuk ke blog yang Eraz maksudkan ni..

Read more ...

Friday, 21 November 2014

Blog Review By ERAZ FADLI #9 | Carl Lesmana


Assalamualaikum w.b.t.. Pernah dengar nama Carl Lesmana? Menarik kan.. Mana muncul nama tu, kena tanya tuan punya badan.. Mungkin dia boleh cerita dalam komen entri ni.. Hehe.. Ok! First, putih.. Itu yang major Eraz nampak di blog dia.. Cool.. Font tulisan ada warna biru.. Favourite warna Eraz.. Simple tapi isi entrinya padat.. Apa keistimewaan blog Carl Lesmana? Mungkin boleh baca ni..

Menurutnya blognya adalah blog yang berkongsi tentang apa yang berlaku pada dirinya sendiri., Lifestyle or more to personal la ni kot kan..Lagi tentang kehidupannya and sometimes he do shares some good tips or guides yang mana boleh dimanfaatkan dalam kehidupan pembaca blognya..

Nak tahu apa yang ditulis dan nak kenal lelaki di sebalik nama Carl Lesmana ni? Jom klik banner di atas untuk terus melompat ke sana.. Selamat berkenalan.. Wassaalam..

Read more ...

Thursday, 20 November 2014

Blog Review By ERAZ FADLI #8 | Ibu Berbicara


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni Eraz nak review satu blog yang bernama Ibu Berbicara.. First sekali kalau masuk ke blog Ibu Berbicara ni, rasa macam clear je.. Maksud Eraz macam boleh menenangkan mata la.. Sebabnya warna yang menyerlah ialah putih dan purple muda tu.. Eraz memang suka membaca entri blog yang 'tenang' macam ni..

Keistimewaan blog ini? Di situ macam-macam ada.. Cerita tentang keluarga, kerjaya, kesihatan, perkongsian keagamaan dan cerita-cerita nostalgia tuan blog.. Segala catatan di situ ingin beliau kongsikan dengan anak cucu dan menurutnya semoga blog itu menjadi rujukan mereka setelah pemergian beliau kelak..

Kalau sebelum ini, entri ni diblog Ibu Berbicara memang sentiasa update.. Tapi sejak sebulan dua ni, adminnya macam 'menghilang' seketika.. Muncul dia akan muncul dengan entri baru lepas Eraz review blog ni? Wallahualam.. Apa-apa, Eraz nak ucapkan good luck untuk beliau dan selamat maju jaya.. Jangan tinggalkan lama sangat blog tu.. Sebabnya segala perkongsian entrinya memang sangat-sangat berguna pada semua.. Betul.. Tak tipu.. So nak ajak korang baca entri menarik Ibu Berbicara ni.. Sure korang tak menyesal.. Insyaallah.. Klik SINI..

#Klik banner untuk terus melayang ke blog Ibu Berbicara

Read more ...

Wednesday, 9 July 2014

Blog Review By ERAZ FADLI #7 | Coretan Hati Kahty


Assalamualaikum w.b.t.. Tiba masa untuk review pemenang No. #7.. Alhamdulillah.. Sampai ke blog ke - 7.. Pemilik blogger ke - 7 ni memang sangat sebati dengan blog Eraz.. Kak Kathy merupakan salah seorang pengomen yang sering meninggalkan jejak di blog Eraz.. Sentiasa tersenarai di tempat teratas dalam carta.. TQ so much kak..

Hanya sebuah blog perkongsian cerita, pendapat dan tutorial untuk tatapan umum.. Itu kata Kak Kathy tentang blognya.. Bagi Eraz, memang blog Kak Kathy ni variety.. Itu tertumpu kepada satu benda.. Tutorial ada.. Dan Kak Kathy juga ada mendapat tempahan edit blog.. Antara hasilnya? Korang boleh tengok SINI.. Isu-isu semasa tentang bola pun ada.. Jangan tak percaya.. Yang penting, Kak Kathy sangat supportive..

Setiap yang membaca entri ni, Eraz jemput ke blog Kak Kathy.. Insyaallah akan jumpa sesuatu yang korang suka.. Klik banner atau SINI untuk ke blog beliau.. 

Read more ...

Blog Review By ERAZ FADLI #6 | AMY SYEERA


Assalamualaikum w.b.t.. Tiba masa untuk review pemenang No. #6 pula.. Pertama sekali Eraz nak bagitahu yang Eraz memang berkenan dengan header blog dia.. Kenapa? Tertarik dengan ke'simple'an (rosak bahasa melayu) dan mungkin pilihan warna serta jenis font yang digunakan.. Ada sesuatu kat situ.. By the way, seperti yang korang lihat, di header tertera perkataan Write, Travel, Eat dan Sleep.. Apa yang dimaksudkan? Kita selongkar dulu..

Amy boleh dikatakan blogger baru.. Bermula 3, 4 bulan yang lepas tapi alhamdulillah, berjaya membina satu blog yang boleh dikatakan simple iaitu berlatar belakangkan warna putih dan memilih warna-warna yang tidak menyakitkan mata untuk tulisan dan lain-lain.. Ada sesuatu yang menarik  boleh korang dapat tahu tentang blog Amy Syeera ni.. Eraz tak nak tulis kat sini, tapi korang boleh baca di entri INI.. 

Apa-apa pun, selamat maju jaya di ucapkan.. Jangan putus asa.. Teruskan usaha untuk menjadi blogger yang berjaya.. Good Luck.. Siapa yang belum terjah blog Amy, boleh klik di SINI.. Amy Si Gadis Weird dot blogspot com .. Kenapa? Terjawab bila masuk ke blognya.. Wassalam..

Read more ...

Tuesday, 8 July 2014

Blog Review By ERAZ FADLI #5 | MAMA MURSYID


Assalamualaikum w.b.t.. Tiba masa untuk review pemenang No. #5 pula.. Siapa yang pernah ke blog beliau, pasti kenal akan header di atas.. Orang yang Eraz maksudkan ialah Mama Mursyid.. Daripada apa yang Eraz, tujuan utama Mama Mursyid menulis blog adalah kerana ingin berkongsi kisahnya pada anak cucu nanti.. Dengan adanya blog itu, kemudian nanti, senang bagi anak cucunya membacanya sendiri.. Lebih kurang sama apa yang Eraz buat untuk anak Eraz, Zara.. Mama juga seorang guru dan tahu siapa Mursyid? Itu merupakan nama anaknya.. 

Selain daripada itu, kalau korang ke blog Mama Mursyid, korang akan dapat ketahui beberapa perkara yang telah diasingkan.. Senang untuk korang baca.. Antaranya adalah tentang entri-entri yang berkaitan dengan parenting.. Mana la tahu boleh menjadi satu pembelajaran.. Selain daripada tu, ada resepi.. Haaa.. Puasa-puasa ni, sesuai la.. 

Seterusnya tentang kisah jalan-jalan nya ke Indonesia, Singapore dan juga dalam negara.. Akhir sekali tentang online shopping.. Apa yang dishopping, memang kena terjah blog Mama Mursyid la.. So tunggu apa lagi, jom kenal-kenal dengan Mama Mursyid.. Klik SINI atau banner untuk ke blog beliau..

Read more ...

Blog Review By ERAZ FADLI #4 | FiQa NsZ


Assalamualaikum w.b.t.. Tiba masa untuk review pemenang No. #4.. Blogger ini menggunakan nama nickname nya FiQa NsZ.. Seorang blogger yang menulis apa yang dia minat.. Terang dan nyata, FiQa memang sangat meminati group K-Pop Infinite.. Tengok sajelah header blog dia kan.. Eraz pun first time tahu akan kumpulan ni sebab tak follow sangat group K-Pop.. Kalau nak tahu serba serbi pasal group K-Pop Infinite ni, boleh ke blog FiQa atau tanya je dia terus.. Hehe.. 

Selain daripada itu, di blog FiQa, korang juga boleh :
  1. Search tutorial
  2. Baca dan tengok hasil karya FiQa sendiri (di ruangan arts)
  3. Cuba resepi yang dikongsikan
  4. Search dan download movie
  5. Tonton drama dan realiti show

Selain daripada korang duk panggil Eraz ni Eraz, FiQa ni pula memanggil Eraz dengan Fadz.. Lain daripada yang lain ni.. Tak pernah lagi menerusi blog, blogger panggil Eraz ni Fadz.. Hehe.. Dunia nyata, memang ada la.. Blog yang menggunakan gabungan warna purple dan kelabu ini memang sesuai dengan anak gadis yang ceria.. Mesti FiQa ni pun macam tu kan.. 

So tunggu apa lagi, jom terjah blog FiQa dan sama-sama kita kenal.. Klik SINI atau banner di atas untuk ke blog FiQa.. Tak rugi pun.. Wassalam..

Read more ...

Friday, 4 July 2014

Blog Review By ERAZ FADLI #3 | AIMI SYAHIRAH


Assalamualaikum w.b.t.. Tiba masa untuk review pemenang No. #3.. Siapa tak kenal blogger Aimi Syahirah kan.. Seorang blogger, businesswoman dan juga model.. Blog yang sangat warna-warni dari segi konsep entrinya.. Aktif support blogger lain dari segi join segmen dan giveaway.. Pink / Purple sangat menyerlah dari segi warna blog..

Di blog Aimi, korang boleh baca tentang kecantikan, kerjaya, bisnes, kesihatan, percutian, kisah family & kawannya serta lain-lain lagi.. Bagi Eraz, Aimi ni dah dikirakan blogger senior sebab bermula dari bulan Mei 2010 lagi.. Lagi lama dari Eraz ni.. So, jom sama-sama kita terjah blog www.aimisyahirah.com !

Puan Aimi kita ni pernah review blog Eraz sebelum ni.. Nak tahu apa dia tulis? Klik SINI..

Read more ...

Blog Review By ERAZ FADLI #2 | COFFEELOVER


Assalamualaikum w.b.t.. Tiba masa Eraz review blog yang ke #2.. Blog ini diberi nama Coffee Lover.. Kenapa agaknya coffee Lover? Kena tanya tuannya.. Mungkin tuannya boleh komen di entri ni nanti.. Pertama kali masuk blog ni, rasanya beliau merupakan blogger baru.. Ini info yang Eraz jumpa..

Mula berblog : 20 Jan 2014
Tujuan Blogging : Untuk berkongsi cerita, pengalaman dan pendapat di dunia siber..
Karakter Peribadi : Sentiasa serius memikirkan sesuatu, pemalu..

Jarang jumpa blog yang tiada header.. Dan blog Coffee Lover ni salah satunya.. Mungkin lepas ni akan wujud header terbaik dari dia.. Apa yang pasti, blogger ini banyak support blogger lain dengan join segmen dan giveaway.. Maybe korang boleh terjah blog dia untuk rujukan korang.. Sesuai kepada blogger yang suka join segmen dan giveaway.. Jom ramai-ramai terjah blog lepakwithcoffeelover.blogspot.com !

Read more ...

Thursday, 3 July 2014

Blog Review By ERAZ FADLI #1 | Bubblynotes.com

http://www.bubblynotes.com/

Assalamualaikum w.b.t.. Blog Review By ERAZ FADLI.. Ini berikutan segmen yang Eraz pernah buat sebelum ini dan senarai pemenangnya telah diumumkan di entri INI.. So ini pemenang pertama.. Tidak lain dan tidak bukan, Puan Farah Waheeda ataupun pemilik blog Bubblynotes.com.. Perlu ke review blog dia ni? Hehe.. Dah femes dah blog dia..

Sebenarnya Eraz pernah review blog Farah sebelum ni.. Tak pernah baca? Rujuk entri INI.. Entri-entri di blog dia memang tak pernah simple.. Beridentitikan entri yang panjang lebar.. Hehe.. Kalau korang selalu ke blog dia, memang entri yang dia tulis penuh dengan info dan maklumat yang berguna kepada semua..

Perkongsian pengalaman dan apa yang dia selalu baca tu, memang berguna kepada pembacanya.. So memang tepat kalau tuan punya blog dikategorikan sebagai parenting dan lifestyle blogger.. Lambakan entri dalam sehari semestinya lebih dari 2 entri.. Entri yang terhasil ialah cerita yang happy-happy, yang positif dan Farah memang dikenali seorang yang peramah..

Jom ramai-ramai terjah blog Bubblynotes.com !

Read more ...

Tuesday, 29 April 2014

Kenapa Eraz selalu ke blog dia ?


Assalamualaikum w.b.t.. Kenapa Eraz selalu ke blog dia? Paling utama sebab entri-entri di blog dia memang tak pernah simple.. Faham kan maksud simple.. Kalau korang selalu ke blog dia, memang entri yang dia tulis penuh dengan info dan maklumat yang berguna kepada semua.. Kalau baca, memang tak rugi.. Apatah lagi kami mempunyai anak yang hampir sebaya kan.. Perkongsian pengalaman dan apa yang dia selalu baca tu, memang berguna kepada pembacanya.. So memang tepat kalau tuan punya blog dikategorikan sebagai parenting dan lifestyle blogger.. 

Dari segi respon pembaca pun, Eraz tengok memang mendapat sambutan.. Buktinya? Mesti ada bukti kan.. Buktinya ialah komen la.. Cuba tengok jumlah komen yang diterima.. Dan lagi satu, interaktif tu ada kat dalam tu.. Yang pasti, setiap hari ada entri terkini.. Tak percaya..? Haaaaaa.. Baca di bawah.. Hehe..

Siapa yang Eraz maksudnya, jom terjah blog INI.. Pasti korang akan setuju dengan apa yang Eraz tulis..

Read more ...

Tuesday, 11 February 2014

alamS Legacy by Salam Yahya


Assalamualaikum w.b.t.. Pada suatu hari dulu (macam nak bercerita), dalam kepala Eraz dah decide nak review satu blog dari mana-mana blogger yang komen entri berkenaan.. Dalam ramai-ramai yang komen, Mr. Random telah memilih satu blog untuk direview.. Blog berkenaan ialah alamS Legacy by Salam Yahya.. Jadi hari ni, Eraz anak menunaikan janji tu dan sebenarnya Eraz selalu juga ke blog bro ni.. Cuba korang terjah ke sana, apa yang pertama sekali yang korang akan cakap? 

Warna Biru yang menenangkan pandangan mata, kemas dan OK! Hehe.. Itu yang pertama sekali Eraz terfikir tentang blog bro Salam kita ni.. Penggunaan saiz dan jenis font pun sesuai.. Kalau dah terjah satu-satu blog tu, tak sah kalau tak baca entri-entri menarik.. 

Doa Untuk Mendapatkan Anak Lelaki - Satu entri yang menarik dan mungkin ramai yang mencari..

Selfie Paling Bahaya Di Dunia - Entri ni sangat menarik bagi Eraz sebab kalau korang tengok gambar ke-2 tu, memang korang sendiri boleh rasa gayatnya.. Haha..

Selain daripada itu, bro Salam juga ada menyediakan entri tentang 'My Travelogue'.. Bila baca, terus rasa macam rindu giler nak pergi bercuti.. Last pergi jalan-jalan keluar Kelantan masa wife belum pregnant kan Zara Faleesya lagi.. Sampai la sekarang masih belum ada kesempatan.. Bila la agaknya nak bercuti ni.. Berbeza dengan bro Salam, dia dah pergi banyak tempat macam Korea, Vietnam.. 

Apa-apa pun, terima kasih di ucapkan pada bro Salam Yahya sebab selalu juga ke sini dan tinggalkan komen.. Jadi, kepada pembaca yang lain, jemput terjah baca entri-entri menarik di blog alamS Legacy by Salam Yahya.. Terjah!! Sama-sama kita support antara satu sama lain.. Wassalam..

#Seronok juga review blog.. Siapa pula yang seterusnya? Errmmmm...

Read more ...

Wednesday, 2 October 2013

Jom terjah blog mereka !

Assalamualaikum w.b.t.. Tadi Eraz ada buat entri tentang Ingat lagi dengan C2.2.12?.. Niat asal Eraz ialah untuk review blog mana-mana blogger yang menjawab apa di sebalik C2.2.12 tu.. Tapi kurang bernasib baik sebab jawapan semua salah.. Memang jawapan tu susah nak di duga.. Kecuali bagi siapa-siapa yang pernah belajar di Kolej Matrikulasi atau lebih tepat dan jitu sesiapa yang belajar di Kolej Matrikulasi Melaka.. 

Jawapan kepada C2.2.12 tu sebenarnya NO. BILIK!! Hehe.. Sorry bagi soalan yang susah kan.. Saje nak memeriahkan suasana je.. C2 itu nama bangunan.. 2 itu aras dan 12 itu no. bilik.. Tapi di bilik memang tampal C2.2.12..

Jadi walaupun jawapan tu salah diteka oleh mereka berenam, dalam entri ini, Eraz nak jemput korang yang membaca entri ni ke blog-blog mereka! Mungkin akan ada yang pertama kali akan sampai ke sana.. Sure akan jumpa sesuatu yang menarik..

Mereka adalah :

-----------------------------
UmmiAbi


Profile : Introduction Us,ummu wa abu buat 2 Anugerah terindah(Wafa Sofea & Wafa Izzara..)Blog ini dituju khas bt anak2 ummi wa Abi(sesuai dgn nama tajuknye).Sharing experience wif our little precious..Menyatakan betapa kami bahagia n bersyukur diatas segala Nikmat n Kurniaan dr ILAHI~Alhamdulillah... Oleh kerana faktor kesibukan abi, penulisan blog ini banyak dinukilkan oleh ummi namun dipantau oleh abi. Terima kasih kerana singgah sini ye..:)

-----------------------------


Profile : Ini adalah blog untuk SukaGelak berkongsi perasaan, kongsi pengalaman, dan kongsi maklumat (kadang-kadang). :) - Eraz pernah review blog Julia.. Rujuk entri INI..

-----------------------------


Profile : Dia dah besar, tapi perangai still mcm kanak-kanak ribena..gila dekat Adam Levine,Taufik Batisah & Jung Yong Hwa...if takde diorang pun dia masih lagi gila..minta tolong abaikan dia bila dia meroyan...sekian...

-----------------------------


Profile : blog sebagai medium berkongsi cerita dan maklumat. sedia menerima teguran jika ada yang salah tapi sifat manusia lebih sukakan teguran yang positif dari yang mengguris. :D

-----------------------------
Sukma Haron


Kak Sukma, blogger yang sangat supportive.. Kalau ke mana-mana blog, insyaallah akan jumpa nama Kak Sukma di ruang komen.. Juga pernah menjadi Pengomen Tegar di blog Eraz untuk banyak kali!! Terima kasih Kak Sukma..

-----------------------------
Normi Nieza


Cik Normi kita, juga seorang blogger yang supportive.. Selalu blogwalking ke banyak blog.. Dan juga rugi korang tak terjah blog dia.. Ada cerita-cerita yang menarik yang boleh di baca.. Dipersilakan! Normi juga salah seorang pengomen tegar di blog ERAZ FADLI..


Read more ...

Thursday, 12 September 2013

Follower ke 4000 blog ERAZ FADLI

Assalamualaikum w.b.t.. Korang ingat lagi entri Eraz yang bertajuk, Mencari Follower ke 4000? Tujuannya ialah Eraz nak review pemilik blog yang menjadi follower ke 4000 tu.. So sekarang Eraz dah jumpa orangnya.. Sempat print screen hari tu.. Tapi hari ni baru sempat nak buat review.. Blogger itu ialah Zakie11..


Tengok banner blog Zakie.. Apa pendapat korang? Apa yang korang fikir? Cuba ke blog Zakie di zakieazid.blogspot.com, apa yang korang boleh imagine.. Yes.. Doodle.. Kartun cute.. Apa lagi.. Kartun comey.. Kalau korang ke blog dia, memang akan jumpa pelbagai jenis doodle yang dihasilkan.. Juga boleh buat tempahan.. Maklumat? Boleh terus ke blog Zakie11..


Dalam kepala Eraz, sure Zaki ni blogger muda.. Dan memang betul tanggapan Eraz bila baca profile dia.. Rupanya baru berumur 14 tahun.. Sangat kreatif.. So Eraz doakan semoga Zakie terus maju dalam bidang ni serta 'bisnes' ini.. Terima kasih kerana menjadi follower yang 4000 blog ERAZ FADLI.. 

Assalamualaikum, Hai. Just call me ZakieAzid. 14 y/o. suka berblogging dan doodling. Ramai yang macam pelik nama blog aku ni kan ? "ZAKIE11" apa yang zakie nya apa yang 11 nya kan. So meh aku jawab. Aku memilih nama zakie sebab bajet glemer nama tu, nama sebenar aku memang zakie tapi buang 'e' kat belakang, dan kenapa 11. Aku mula berjinak-jinak dengan dengan dunia blogging ni seawal umur 11 tahun. Tapi time tu blog macam entah pape-pape, ye la buat blog sekadar suka-suka.

#Alhamdulillah, saat entri ini ditulis, follower blog ini dah mencecah 4018..

Read more ...

Thursday, 29 August 2013

Suka Gelak by Julia Jamaludin


Assalamualaikum w.b.t.. Lepas review blog yang pertama tadi, giliran untuk pemenang kedua meneka makanan dalam entri INI dengan pantas dan betul.. So pemenang kedua ialah pemilik blog juliajamaludin.blogspot.com.. Harapnya Julia suka dengan review ni..

Seperti biasa, Eraz akan jalan-jalan secara keseluruhan dalam blog berkenaan.. BIRU! Itu yang pertama Eraz nampak di blog Julia.. Boleh dikatakan blog ini blog personal juga tapi diselitkan dengan entri-entri yang berguna kepada semua..

Entri pertama yang Eraz jumpa dan baca ialah Usaha tangga kejayaan.. Betul kata Julia, semuanya rezeki Allah. Yang penting usaha. Kalau tak de, usaha lagi.. Kepada yang tidak memahami perasaan itu, mereka tidak tahu.. Mereka juga tidak tahu yang soalan yang diajukan itu sebenarnya boleh menguris hati.. Kepada Julia, sabar dan insyaallah, suatu hari nanti, akan tiba masanya.. Eraz doakan..

Entri lain yang menarik untuk korang baca ialah 4 Situasi Memalukan Kaum Lelaki.. Adakah betul mereka malu jika Bila terjatuh, Cinta ditolak, Poket kering dan Airmata? So tunggu apa lagi, sekarang ada masa kan.. Jom terjah blog Julia sekarang.. Tinggalkan jejak.. Untuk ke sana, boleh klik SINI..

#Bila tahu pemilik blog Suka Gelak ni bernama Julia, teringat pada best friend Eraz masa kat USM dulu, Nik Julianawatiafzan.. Lost contact!
Read more ...

My Life My Love My Heart by PermataBiru


Assalamualaikum w.b.t.. Seperti yang dijanjikan, kepada sesiapa yang berjaya meneka makanan dalam entri INI dengan pantas dan betul, Eraz akan review blog mereka.. So pemenang pertamanya ialah pemilik blog www.permatabiru.my.. Firstly nak ucapkan tahniah sebab sekarang, pemilik blog berkenaan akan menimang cahaya mata kedua next year..

Eraz dah merayau-rayau di blog PermataBiru ni.. Boleh dikatakan blog ini blog personal yang ada memaparkan entri personal.. Dalam masa yang sama, terselit juga entri berkaitan isu semasa..

Masa merayau-rayau tadi, terjumpa entri tentang Tips Mendidik Anak.. Perkongsian yang bermanfaat.. Ada 22 tips yang boleh jika pelajari dan mungkin tak semua kita tahu kan.. Sebagai seorang isteri dan ibu, tidak mustahil dalam blognya ada entri tentang resepi.. Dalam resepi yang paling dicari orang ialah Resepi Ikan Bawal Masak Sos.. Eraz tengok entri tu berada di Top Popular Posts.. Ikan bawal, kalau goreng garing, memang semua bahagian la digigit.. Haha..

Sesiapa yang tak pernah ke blog PermataBiru ni, bolehlah terjah ke sana.. Mana tahu akan jumpa entri-entri berguna untuk korang.. Korang boleh klik SINI untuk terus ke sana..

#Dalam pada Eraz merayau-rayau ke sana, tak jumpa pulak nama betul pemilik blog permatabiru ni.. 

Read more ...

Friday, 31 May 2013

Review Blog Coret-Coret Nurul Darliana


Assalamualaikum w.b.t.. Kali ni tiba Eraz review blog pemenang Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI iaitu Nurul Darliana.. Pertama sekali apa yang Eraz suka tentang blog Nurul Darliana ni ialah warna.. Eraz jenis gila warna BIRU.. Sejuk je mata memandang.. 

Apa yang Eraz perhatikan, Nurul Darliana ni sangat rajin join pelbagai segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh semua blogger.. Siapa yang belum pernah ke blog beliau, boleh klik SINI.. Mesti dah banyak menang ni.. Semangat support antara blogger melalui segmen, sangat digalakkan..

Jadi, jemput semua terjah blog Nurul Darliana ni.. 

#Hadiah top up yang tak seberapa telah diberikan kepada pemenang.. Cuma seorang lagi belum respon..

Read more ...

Wednesday, 17 April 2013

Mereka Yang Bertuah di Blog ERAZ FADLI.. Tahniah!

Assalamualaikum w.b.t.. Masih ingat dengan entri Siapa dapat capture? Jadi, Eraz ingin menunaikan janji dengan review 3 blogger yang berjaya capture PV 1 Juta untuk blog ERAZ FADLI dan email kepada Eraz.. Ini mereka 3 yang terpantas.. Terima kasih!

PERTAMA
- Paling Pantas Email-

Terima kasih kepada blogger Ismah Atikah kerana sudi capture blog ERAZ FADLI semasa statistik mencecah angak 1,000,000..  Eraz dah merayau ke blog Ismah.. Ismah memang sangat rajin join segmen anjuran blogger lain.. Sangat supportive.. 

Sesekali diselitkan dengan isu semasa contoh nya macam isu pembubaran parlimen baru-baru ini.. Blog Ismah sekarang hampir mencecah follower 800 dan blog yang sangat warna-warni.. So! Bagi yang belum ke blog beliau, jom klik http://diaryismah.blogspot.com/.. Terjah!


KEDUA


Terima kasih kepada blogger Nabila Medan.. Rasanya tak perlu perkenalkan kot.. Ramai yang dah kenal dengan blogger ni.. Bagi yang belum tahu, follower Nabila sekarang dah 6K lebih.. Mantap tu.. Traffik juga dah melebihi 1 Juta.. Sah-sah lebih senior dari blog ERAZ FADLI ni.. 

Nabila juga seorang blogger yang supportive sebab join pelbagai segmen yang dianjurkan oleh blogger lain.. Dalam masa yang sama, Nabila banyak juga anjur segmen untuk blogger lain.. Pink! Itu warna pilihan Nabila.. Dalam pada entri-entri personal, Nabila ada menyelitkan entri hiburan yang mungkin korang terlepas baca.. So, apa lagi, jom terjah http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/..

KETIGA


Terima kasih kepada blogger Sharmin Nur Ain.. Tengok je header blog Sharmin, dah tahu apa minatnya.. Korang boleh teka kan.. Betul.. Anime.. Eraz dah selak entri-entri blog Sharmin ni.. Jumpa banyak gambar-gambar menarik.. Semuanya disnap sendiri.. Antaranya semasa Comic Fiesta 2012.. Siapa nak berkenalan dengan watak-watak anime jepun, bolehlah ke blog Sharmin ni.. Menarik! Terjah http://chaosinnotime.blogspot.com/..

--------------------------------

Terima kasih kepada mereka bertiga kerana sudi capture statistik blog Eraz semasa mencecah 1 Juta.. Sangat-sangat dihargai.. Bagi blogger lain yang turut sama email hasil capture masing-masing tetapi tidak terpilih, Eraz minta maaf tetapi Eraz hargai sangat-sangat sebab sokongan anda semua.. Teruslah support blog ini..


#Berjaya selesaikan janji.. Janji harus ditepati..
Read more ...

Thursday, 21 March 2013

Review #4 : Special Top Refferal bagi Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli




Assalamualaikum.. Gambar paling atas ialah banner kepada blog http://www.mialiana.com/.. Manakala gambar kedua ialah print screen dari entri Top Refferal bagi Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Sedia maklum melalui entri Top Refferal bagi Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli, blogger MiaLiana 
merupakan salah seorang top refferal tetapi atas persahabatan, beliau lepaskan kepada blogger lain yang turut sama join.. Seperti yang Eraz janjikan, Eraz akan review blog http://www.mialiana.com/, sebagai satu penghargaan..

Siapa yang tak kenal banner dan blogger kat atas kan.. Sebenarnya, Eraz tak perlu kot review sebab ramai yang kenal.. Mempunyai follower yang sangat ramai serta penyokong juga ramai.. Orang memang dah biasa ke blog beliau.. Kak Mia juga banyak membantu blogger-blogger junior lain jika mempunyai apa-apa masalah tentang blog..

Pertama sekali E'raz nak ucapkan TERIMA KASIH kepada Kak Mia kerana sudi join segmen singkat anjuran Eraz tu.. Sedikit tentang Puan Mialiana ni yang Eraz nak cerita.. Kak Mia merupakan salah seorang TOP 10 Blogger Of The Year Category untuk Digi WWWOW Awards 2012.. Bukan calang-calang tu. Di blog Kak Mia, beliau banyak berkongsi ilmu tentang banyak hal termasuk personal dan tips-tips untuk pelajar yang sedang mengikuti program pengajian jarak jauh atau separuh masa.. Result Kak Mia sendiri, bukan calang-calang jugak.. Terbaik! 

By the way, Eraz nak ucapkan tahniah sekali lagi pada Kak Mia kerana mendapat Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) Award bagi pengajiannya di Open University Malaysia..

Jom ramai-ramai terjah blog Kak Mia di http://www.mialiana.com/..

Read more ...

Wednesday, 20 March 2013

Review #3 : Special Top Refferal bagi Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli



Assalamualaikum.. Review blog lagi.. Pernah tengok banner blog di atas? Itu merupakan banner kepada blog http://zamani84.blogspot.com.. Manakala gambar kedua ialah print screen dari entri Top Refferal bagi Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Sedia maklum melalui entri Top Refferal bagi Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli, blogger Zamani Abe juga merupakan salah seorang top refferal tetapi atas persahabatan, beliau lepaskan kepada blogger lain yang turut sama join.. Seperti yang Eraz janjikan, Eraz akan review blog http://zamani84.blogspot.com, sebagai satu penghargaan..

Zamani84 atau Zamani Abe.. Rasanya dah ramai juga kenal kepada blogger ini.. Secara peribadinya, Zamani ni merupakan seorang sahabat Eraz yang mana kami mula kenal pada tahun 2008.. Alhamdulillah, sehingga kini, kami masih menjadi kawan.. Kebetulannya neneknya tinggal di Kelantan, jadi saat dia balik ke Kelantan, sempat la jumpa.. Datang bersama kek lapis! Haha.. 

Apa yang menarik di blog Zamani ialah blog berkenaan memaparkan pelbagai isu.. Antara yang menjadi sambutan ialah artikel tentang Hana Tajima yang mana diantara yang popular blog Zamani.. Selain daripada itu, paling menarik ialah perkongsian gambar-gambar yang mana bagi yang tak tahu, Zamani juga dikategorikan sebagai photographer bebas! So memang ada la gambar-gambar kreatif yang dipaparkan di blog juga facebook..

Apa-apa pun, semoga kamu lebih success dalam semuanya iaitu sebagai seorang Guru, seorang photographer dan juga sebagai seorang pelajar di Open University Malaysia! Good Luck bro..

Jom ramai-ramai terjah blog Zamani84 atau Zamani Abe di http://zamani84.blogspot.com.

Read more ...