Showing posts with label Jihan Muse. Show all posts
Showing posts with label Jihan Muse. Show all posts

Tuesday, 2 January 2018

Jihan Muse Rakam Lagu Adiwarna Khas Untuk Hi Mommy Jihan

Assalamualaikum w.b.t.. Jihan Muse ada single Lagu? Percaya ke tidak? Hehe.. Apa-apa memang korang kena percaya.. Memang dah ada di Youtube dan kalau baca komen-komen di video tu, memang ramai yang suka dan like.. Kalau korang dengar lagu Adiwarna tu, memang boleh tangkap itu suara Jihan.. So terbukti best juga la suara Jihan kalau nak masuk studio kan.. Kepada yang masih belum dengar, Eraz nak ajak dengar dulu sekali.. Rasanya mungkin korang repeat dengar sekali lagi kot.. Hehe..



Mengikut sumber yang dipercayai, lagu Adiwarna nyanyian Jihan Muse ni dirakam untuk Vlog Hi Mommy Jihan.. Kalau korang percara, di TV ada program ni dan kalau tengok di Youtube, lagu panjang durasi dia.. So siapa yang dah dengar, apa komen korang? Masyuk la juga di telinga.. Walaupun hanya hampir 3 minit je, tapi ok la.. Sesuai la dengan Jihan Muse yang baru nak mencuba kan.. 
Read more ...

Wednesday, 26 October 2016

GV3 | Jihan Muse Tukang Alert Nabil Ahmad

Assalamualaikum w.b.t.. Memang tak malu mengaku yang Eraz memang follow program Gegar Vaganza setiap minggu bermula musim kedua baru ni.. Tarikan utamanya ialah tidak lain dan tidak bukan, Jihan Muse dan Nabil Ahmad.. Gaya pengacaraan mereka setakat ni memang tak dapat nak ditandingi lagi walaupun nampak ada yang seakan-akan, tetapi tidak berjaya dan boleh buat kita tengok tu menyampah.. Tapi bukan Jihan dan Nabil di Gegar Vaganza..

Selain Jihan dan Nabil, layanan Dato' Ramli MS terhadap gurauan spontan mereka kepadanya pun salah satu tarikan.. Tok' Ram yang dikenali sebagai seorang yang serius telah berjaya 'ditundukkan' oleh mereka sejak memulakan Gegar Vaganza 2 yang lepas.. Next, semestinya barisan peserta terutama yang dalam kategori 'underdog'.. Kalau musim kedua kita tengok Siti Nordiana dan Haiza.. Musim ketiga ni mungkin Elly Mazlein.. Kak Lina Boom Meletop! Haha..


Berbalik kepada tajuk entri ni, Jihan Muse Tukang Alert Nabil Ahmad.. Perangan Nabil memang tak terkawal.. Apa yang keluar dari mulut dia memang sesuatu yang spontan dan kadang-kadang tu tak berniat pun nak menyakitkan hati orang tapi terlepas.. Satu lagi kacau juri memberi komen.. Itu salah satu perangai Nabil.. Terbantut juri nak memberi komen.. Di sini mainnya peranan Jihan..

Kalau korang perasan, Jihan pernah ambil mic Nabil semasa Nabil mencelah juri memberi komen.. Kalau Jihan tak buat macam tu, asyik bercakap je la.. Satu lagi kalau time menyelah juri juga, Jihan akan alertkan juri supaya menghabiskan komen selepas di interrupt.. By the way, Tok' Ram nampak serius kan minggu baru ni.. Macam lain tak nak layan je.. Bad mood kot.. Haha..

Apa-apa pun, program GV ni memang menarik setelah menggabungkan beberapa aspek.. Pengacara, juri, peserta, persembahan peserta, gimik serta Dato' Seri Vida tu sendiri.. Dato'Seri Vida tu pandai berlakon.. Tengok kes rebut mic tu, nampak betul tak.. Padahal berlakon semua tu.. Takkan la nak buat benda tu live kat TV kot.. 

Untuk GV3 Minggu ketiga ni nampak mereka akan menyanyi lagi di luar kebiasaan mereka.. Sebabnya tu temanya 'Ada beran'.. Genre lagi yang berbeza-beza yang boleh buat penyanyi yang berada di tangga selesa Top 3 pun boleh tersungkur kalau tak kena cara persembahan dan nyanyi.. So! Tungguuuuuuu...
Read more ...

Monday, 25 April 2016

Jihan Muse Penyelamat Konsert Gempak Superstar Minggu 3

Assalamualaikum w.b.t.. Tadi baru buat entri pasal Jihan Muse.. Ini muncul lagi.. Takpe la, jarang-jarang berlaku..Minggu lepas memang tak buat review tentang Konsert Gempak Superstar.. Sebabnya? Sebab betul-betul mengecewakan.. Tapi minggu ni memang tengok dari awal sampai habis sebab ada satu tarikan dari pengacara gantian Scha Al-Yahya iaitu Jihan Muse.. Tak tahu pun yang Jihan akan mengantikan Scha untuk minggu ke 3 ni.. Memang tak on pun channel 123.. Tapi bila kat group whatsapp cakap Jihan pengacara malam ni, terus tukar channel.. Bermula dari awal sampai habis, memang berbeza suasananya dari minggu pertama dan kedua..


Jujur lagi, memang Eraz tak tengok persembahan peserta kecuali Sherry Ibrahim sebab dah tahu.. Disebabkan memang rekod dan ada ketika pause sebab Zara nak tengok Super Wings, so bila play balik, memang boleh forward ketika persembahan.. Komen juri, memang tengok sebab nak tahu apa mereka kata walaupun tak tengok persembahan.. Celoteh pengacara pun sama, tengok juga.. Kan baik kalau Jihan Muse dikekalkan terus kan.. Tapi itu mustahil.. Scha kena betul-betul buat yang terbaik untuk minggu depan..

Siapa tersingkir? Ok la Eraz cerita sikit.. Nampaknya Tasha Shila tersingkir minggu ni sebab memang mendapat kritikan yang teruk dari Kak Ogy.. Selain tu. Elizad pun sama kena kritikan pedas.. Tapi disebabkan mungkin undian SMS tinggi, so dia terselamat.. Program ni kan 50% undian sms dan 50% markah juri.. Next week tengok ke? Errrmmmmmm...

Read more ...

Sunday, 24 April 2016

Bila Instagram Jihan Muse kena hacked !

Assalamualaikum w.b.t.. Bila follower instagram dah berjuta-juta, mula la orang yang tak bertanggungjawab nak kan instagram tu.. Terbaru instagram Jihan Muse yang baru ni dah mencecah 1.1 juta follower dah kena hacked.. Eraz dapat tahu dari instagram bff Jihan iaitu Shila Amzah.. Instagram Jihan sebelum ni hanya beratus ribu follower je.. Tapi lepas teruskan jadi pengacara Gegar Vaganza 2015, follower terus meningkat dah meningkat..


Bayangkan nak buat akaun baru dan nak dapatkan follower berjuta, makin tak sakit kan.. Kepada yang lain terutama yang folower yang sangat banyak, berhati-hatilah.. Dengan berjaya hacked instagram orang yang berjuta follower tu, apa agaknya orang tu nak buat? Jadikan igshop? Berkat je jualan? Tak kan nak jadi ig personal.. Mesti orang dapat detect nanti..

#Sabarlah wahai Jihan Muse

Read more ...

Saturday, 19 March 2016

Gambar Malam Berinai Jihan Muse

Gambar Malam Berinai Jihan Muse
Gambar Malam Berinai Jihan Muse

Gambar Malam Berinai Jihan Muse | Assalamualaikum w.b.t.. Pada semua peminat Jihan Muse, semalam menjadi pasti yang mana Jihan Muse akan menamatkan zaman bujang dia dalam masa terdekat ni.. Jihan sendiri telah upload gambar malam majlis berinai dia sendiri di Instagram.. So! Hari ni Eraz nak kongsi beberapa gambar sekitar majlis berkenaan yang mana Jihan Muse yang akan menjadi isteri kepada pelakon, Ungku Hariz.. Mereka akan dinikahkan pada hari Ahad ini dalam satu majlis tertutup di Shah Alam.. Memang percintaan mereka ni bukan tak de orang tahu.. Mereka terbuka cuma Jihan sendiri tidak suka diberikan publisiti.. Sembilan tahun kot bercinta..

Gambar Malam Berinai Jihan Muse

Majlis Malam Berinai ni bagi sesetengah selebriti ni perkara biasa sahaja.. Sama macam Jihan Muse yang memilih tema Baba & Nyonya.. Dan nampaknya semua kawan-kawan Jihan yang ada berpakaian kebaya nyonya.. Antara yang hadir ialah Nad Zainal, Sharifah Sakinah, Marsha, Sherry Al Hadad, Nana Mahazan, Nabila Huda, Fara Fauzana, Rafidah Ibrahim dan Azza Elite.. Best friend Jihan macam Zara Zya dan Shila Amzah nampaknya macam tak de.. Mungkin muncul pada hari pernikahan atau perkahwinan.. So inilah antara Gambar Malam Berinai Jihan Muse..

Gambar Malam Berinai Jihan Muse

Gambar Malam Berinai Jihan Muse

Gambar Malam Berinai Jihan Muse

Gambar Malam Berinai Jihan Muse
Read more ...

Monday, 16 November 2015

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5 | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya untuk malam Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5 ini, Amir Ukays yang tersingkir.. Sejujurnya, masa Amir Ukays buat persembahan untuk lagu Yank di permulaan konsert tadi (persembahan pertama di Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5), Eraz sendiri dah beritahu wife yang Amir ni mungkin tersingkir.. Tak akan terkejut pun kalau dia tersingkir.. Sekali betul.. Errmmm.. Kenapa? Sebab di mata 'juri' tidak profesional ni, persembahan dia malam ni memang tak de 'semangat'.. Biasa-biasa je.. Dia pun macam kurang tenaga untuk perform.. Mungkin rezeki dia hanya di situ..

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5
Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5

Apa-apa pun, selain Amir Ukays, ada lagi beberapa yang membuat persembahan yang biasa-biasa je.. Tak tahu kenapa minggu ni.. Azian Mazwan Sapuan dengan lagu Wajah Siapa Di Hatimu pun mendapat sedikit kritikan dari juri yang mana Azian di antara bottom 2 kali ni.. Memang wajah dia sangat neves masa menantikan keputusan.. Masa persembahan Azian, satu-satunya penari dia macam terlonggar pengikut di perut.. Terganggu tarian nampaknya.. Hehe.. Acong dengan Memburu Rindu pun sama mendapat sedikit kritikan walaupun di kategori bagus..

Persembahan yang best di mata penonton ialah Haiza dengan lagu Rela.. Memang persembahan dia memukau.. Pakaian dan gaya penyampaian memang meyakinkan.. Siti Nordiana dengan lagu Nirmala pun macam ok sebab nama pertama yang disebut semasa pembahagian lagu di Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 6 ialah Siti Nordiana.. Errrmmmm.. Dato' Ramli memang puji Siti Nordiana malam ni.. Dia kata bagi je lagu apa pun.. Dia akan buat sebaik yang mungkin..

Nassier Wahab dengan lagu berhantu Dayang Nurfaizah, Di Pintu Syurga.. Dato' Jamal dan Dato' Kat ok, katanya best.. Tapi Dato' Ram tak suka.. Haaaaa.. For sure la ada yang tak kena mana-mana kan.. Orang profesional katakan.. Dia sebut pasal low part.. Ezad Lazim pula dengan Gerhana Cinta Luka yang mana dapat kritikan tidak faham akan lagu tu.. Nizam Laksama pula dengan Misteri Mimpi Syakila.. Dato' Ram komen pasal muka tak ekspresi muka tak de.. Hehe.. Last, Farahdhiya yang mana ramai menjangka kan dia akan menjadi Juara Gegar Vaganza 2015 ni.. Dia nyanyi lagi Mencintaimu.. Farahdhiya dapat sedikit komen pasal low note jugak minggu ni..

Nabil macam biasa style dia mengacara dan nampaknya malam ni, teruk Jihan Muse kena bahan dengna Nabil.. Macam dah jadi mangsa dah dia malam ni.. Part last yang dikatakan kejutan untuk pengacara ialah diumumkan Raja Azura dan Salleh Yaacob akan gantikan Nabil dan Jihan minggu depan.. Rasanya itu mungkin gimik je.. Giler nak buang Nabil dan Jihan untuk salah satu faktor rating Gegar Vaganza ni meletop.. Mungkin Kak Engku dan Salleh Yaacob mungkin menyanyi je. Itu mungkin je la.. 

Apa-apa pun, tunggu je la Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 6 nanti.. Senarai lagu Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 6? Tak larat nak listkan.. Hehe.. BTW, nak jemput korang join [GIVEAWAY] HI-5 HOUSE OF DREAMS IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015.. Serius untung sebab bukan senang nak dapatkan tiket VIP.. So jom ramai-ramai join.. Boleh tengok syarat kelayakan yang senang di entri INI.. Good Luck.. 


Read more ...

Thursday, 29 October 2015

#JejakJepunJihan - Hiroshima Memorial Park

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam sempat tengok program Jejak Jepun Jihan.. Selalunya kalau episod-episod sebelum ni, memang dia happy, lompat situ lompat sini.. Tapi kali ni berlainan.. Episod kali ni bertukar menjadi pilu, sedih dan sewaktu dengan nya.. Ini disebabkan Jihan Muse dan kru telah ke  Hiroshima Memorial Park.. Dengar dari perkataan Hiroshima tu, terlintas terus tempat yang dimusnahkan oleh bom atom suatu ketika dulu.. Ini ayat Jihan di instagram :

"Bangunan yang tersergam tapi nampak macam kurang siap ni adalah satu-satunya bangunan yang tersisa dari ledakan bom atom di Hiroshima.. Pernah dengarkan? Nama tempat ni adalah Hiroshima Memorial Park atau masyarakat dekat sini namakan tempat ini sebagai simbol “Peace City”. Kalau anda semua nak tahu, memang banyak sejarah yang memilukan berlaku, bukan Jihan sorang je terasa pilu masa datang sini, pelancong-pelancong lain pun sama jugak.."



Terasa dalam hati nak terjah Hiroshima Memorial Park kalau berpeluang ke Jepun suatu hari nanti.. Mana tahu kan walaupun sekarang tak de dalam plan hidup lagi.. Paling kesian ialah mana-mana rakyat Jepun yang meninggal serta merta semasa bom atom tu meletus satu hal dan satu hal lagi bila terpaksa hidup dalam kualiti udara dan suasana yang tidak sihat, mereka sakit dan meninggal sejerus selepas tu dengan penuh seksa.. Ada yang meninggal akibat kanser akibat dari radiasi bom berkenaan..

Dalam pada itu juga, dipaparkan bagaimana pakaian anak-anak sekolah yang mana ada koyak rabaknya dan bagaimana keadaan kulit mereka seolah-olah cair.. Tak dapat bayangkan bagaimana keadaan sebenar masa tu.. Sama-sama kita doakan negara kita dijauhi oleh semua perkara-perkara seperti itu dan aman sampai bila-bila.. Insyaallah.. Amin..
Read more ...

Saturday, 26 September 2015

Super Spontan All Stars | Bila Jihan Muse tersingkir !


Assalamualaikum w.b.t.. Jujurnya memang tak tengok lagi Super Spontan All Stars Minggu Kelima semalam sebab satu semalam hujan lebat giler, lepas tu bermalam ni rumah mertua dan sibuk dengan persiapan untuk Majlis Akikah anak saudara belah isteri.. So tak tahu macamana permainan mereka semalam.. Insyaallah kalau larat malam ni, nak tengok.. Kalau tak, memang esok juga la layan.. Tapi tergerak hati nak tengok instagram untuk tahu siapa yang tersingkir.. Sekali double penyingkiran semalam.. Lepas tu Silat Dongibab pulak yang kalah..

Bila Silat Dongibab yang kalah, tak sangka pulak Jihan Muse yang terpilih tersingkir awal.. Mungkin Yasmin Hani dulu.. Tup tup double, so nama Jihan ada sekali.. Tahun lepas, sempat juga dia sampai ke final.. Memang dari musim pertama lagi, peserta lelaki monopoli ke final.. Apa-apa pun, tetap akan terus support sebab kadang-kadang perlu tengok program macam ni.. At least boleh release tension walaupun Jihan Muse dah tersingkir.. So boleh la Jihan buat persiapan nak kahwin.. Agak-agak ada undi masuk tak untuk Super Spontan All Stars? Hehe.. 

Read more ...

Monday, 3 August 2015

Ingatkan masih Jihan Muse


Assalamualaikum w.b.t.. Dalam last week kot tengok kat Astro dah mula promo tentang Akademi Fantasia 2015.. Dalam kesuruman yang melanda program realiti popular ni, sambutan peserta tetap ramai kot sebab nak jadikan platform kan.. Kalau ikutkan iklan tu, program pengenalan dah start kot.. Tapi sama-sama tahun-tahun lepas, program sampingan memang jarang tengok, tapi Konsert memang selalu tengok kalau tak clash dengan program lain kan.. Kalau tak, rekod je dulu.. Tapi bermula tahun lepas, mula tengok Diari Akademi Fantasia.. Hahaha.. Kenapa?

Semestinya sebab Jihan Muse.. Tengok telatah dia mengacara memang best.. Kalau tak, tak kan tak sampai setahun jadi pengacara, dia dah masuk ke Top 5 Pengacara Wanita Popular ABPBH 2014 kan walaupun kalah dengan 'senior' dia, Neelofa.. Dalam pada tahu AF 2015 ni dah mula, tertanya juga pasal siapa pengacara Diari Akademi Fantasia 2015 ni.. Tak de pun promo kat TV.. Tup tup kat Utusan Malaysia hari ni ada gambar Nana AF1 dan dia rupanya pengacara yang gantikan Jihan Muse.. Uik.. Ingatkan dikekalkan.. 

Tengok atau tidak? Percent dah menurun la.. Tak follow macam dulu dah la kot.. Pengacara Diari yang paling di ingat ialah Sarimah.. Zaman AF 6 kot.. Memang gempak la.. Tapi Kak Mah kita tak aktif dah.. Sebelum dan selepas, tak tahu la.. Sebelum tu tak follow sangat.. Yang Jimmy, ok sikit kot.. Pengacara AF 2015 tak tukar pulak.. Rasa macam dah boring kot tengok Zizan dan FBI.. Tapi tak tahu la orang lain kan..

Rasa macam dah lama tak buat entri hiburan ni.. Kalau masa mula start blogging dulu, memang artikel berbaur hiburan yang la yang banyak selain motivasi.. Bila dah masuk ke genre Parenting, Lifestyle ni, memang kurang dan mungkin boleh bilang dengan jari jumlah entri berbentuk hiburan ni.. Tapi tentang gosip kot.. Errrmmmmm.. Hehe.. Tapi sebab konsep nak menulis apa yang perlu, tentang Jihan Muse ni, nak selit juga..

Mungkin ada kejutan AF 2015 ni.. Mana tahu kot-kot Jihan salah sorang pengacara AF 2015.. Haha.. Apa-apa pun, good luck semua-semua orang!! Wassalam..
Read more ...

Saturday, 18 October 2014

Jihan Muse Tersingkir Super Spontan 2014 (Separuh Akhir)

Jihan Muse Bertudung
Jihan Muse Tersingkir Super Spontan 2014 (Separuh Akhir)

Assalamualaikum w.b.t.. Tertangguh nak taip entri sebaik saje Jihan Muse diumumkan tersingkir bersama Rahim R2 selepas kumpulan Mawas Berduri tewas kepada Biawak Laser dalam Super Spontan 2014 Peringkat Separuh Akhir.. Kenapa tertangguh? Sebab main dengan Zara.. Sekarang ni, Zara dah tidur.. Boleh sambung balik menaip apa yang ada dalam fikiran yang nak juga diluahkan..

Ingatkan Jihan dapat la ke final.. Sekali kumpulan Mawas Berduri kalah la pulak.. Jadi berlaku la dua penyingkiran serentak.. Sentap juga rasa.. Haha.. Kecewa la sikit kan.. Hehe.. Selangkah je lagi nak final.. Tak pe, next year cuba lagi.. Mana tahu rezeki Jihan di final pulak kan.. Nak kata tak lawak, dua tiga minggu ni, memang menjadi permainannya.. Di awal dulu, Jihan nampak jarang dikeluarkan ke pentas.. Tapi bila dah sikit pemain, kerap pulak dia naik.. So, next year, mungkin akan lagi hebat sebab dah ada pengalaman tahun ni kan.. Hehe.. So!! Good Luck!!

#Dah macam ucapan untuk Jihan je..

Read more ...

Saturday, 4 October 2014

Super Spontan 2014 : Michael Ang Tersingkir Di Minggu Kelima

Super Spontan 2014 : Michael Ang Tersingkir Di Minggu Kelima
Super Spontan 2014 : Michael Ang Tersingkir Di Minggu Kelima

Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni Eraz layan Super Spontan mula dari awal.. Selalunya lepas 15 minit or setengah jam baru tengok..Tapi dah rekod awal-awal la.. Bermula dari Minggu Pertama ke Minggu Keempat yang lepas, rasa macam kurang 'panas'nya.. Tapi berbeza malam ni, permainan pertama tu dah rasa 'panas'.. Mungkin bermula minggu ini hingga ke final, akan best! 

Yang pasti, malam ni kumpulan Mawas Berduri kalah dah empat minggu berturut-turut.. Alahai.. Sorang-sorang tersingkir.. Minggu kelima ni turn Michael Ang selepas dia dikeluarkan dari Biawak Laser.. Yang pasti jugak, Jihan Muse terbaik malam ni!! Sebelum-sebelum ni, tak nampak sangat kewujudan dia.. Tapi malam ni, permainan pertama, dia dah main.. Good Job!!

Read more ...

Tuesday, 16 September 2014

Biodata Aman AF 2014

Biodata Aman AF 2014 | Assalamualaikum w.b.t.. AF 2014.. Relevan lagi ke AF? Sebab musim lepas katanya dah suam-suam kuku.. Tengok tenaga pengajar, ok, diaorang nak bangkit semangat pelajar dulu-dulu.. Pengetua.. Errrmmm.. Ok je la kot.. Tapi kalau dapat Dato' Ramli MS, better kot.. Tapi Astro mesti ada reason kan.. Dan Dato' Hattan pun ada pengalamannya yang tersendiri.. Pengacara, Zizan Razak.. Ok je la kot sebab tahun lepas dah ada dia.. Tiba-tiba pengacara Diari AF ialah Jihan Muse.. Wow! Sesuatu yang baru.. Kena tengok ni, Diari time Jihan mengacara je kot.. Haha.. Jahat giler..

Tapi masa Konsert Minggu Pertama baru ni, Jihan Muse jadi pengacara bersama Zizan Razak.. Sesuatu yang ditunggu juga tu.. Tengok la sampai habis dan akhirnya drama Jihan disingkirkan sebab nak gantikan dengan Faisal Ismail.. Ok la drama tu sebab Jihan memang buat muka terkejut yang kelakar.. Haha.. Ok!! Entri ni untuk Aman AF 2014 kan.. Kenapa nak buat entri pada dia?

Biodata Aman AF 2014

Sebabnya pertama, tiba-tiba masa Aman AF 2014 ni trending di twitter masa malam Konsert Pertama AF 2014.. #AF2014 tu trending, ok la, tapi tiba-tiba #AmanAF2014 pun sama naik.. Sorry to say, memang dia sangat kaku la malam tu.. Mungkin tak biasa kan dengan persembahan di pentas.. Nyanyi pulak lagu Andai Ku Tahu (Ungu).. Kenapa dengan lagu tu? Errrmmmm.. Lagu best la.. 

Ramai yang kata, bila lihat Aman AF 2014 ni perform, teringatkan Nubhan AF6.. Haah la.. Sama.. Dan kali pertama terdengar Nubhan nyanyi live dulu pun lagu Andai Ku Tahu (Ungu) ni la.. Masa tu ada program Marhaban Astro di Selangor.. Bulan puasa.. Oooo ok.. Apa-apa pun, entri ni bukan kata Eraz minat Aman AF 2014.. Sekadar berkongsi cerita.. Gian nak menaip malam-malam buta ni.. Tak tahu la ada orang baca ke tak.. Haha.. 

Good Luck kepada semua pelajar AF 2014.. Memang ada yang nampak boleh pergi jauh.. Dan yang ada rupa sahaja pun ada.. Tapi biasa la drama AF.. Memang tak boleh nak lari kan.. Semoga kalian semua menjadi artis yang berjaya nanti.. Insyaallah..

Sumber Gambar | Yumida

#Entri yang ditulis dari last week.. Tapi macamana tah boleh terlupa nak publish.. Jadi Eraz publishkan la juga sekarang.. Rugi juga kalau dah publish kan.. Hehe.. Published!!
Read more ...

Monday, 8 September 2014

Konsert Minggu Pertama AF 2014

Assalamualaikum w.b.t.. Baru sekarang nak update entri.. Dah pukul 3:30 pagi kot.. Hehe.. Tapi tertidur la.. Plan nak tidurkan Zara je.. Sekali dengan papa papa sekali tertidur.. Haha.. Sempat layan Konsert Minggu Pertama AF 2014 tadi.. Komen pasal pelajar kali ni? Mungkin sebab minggu pertama kot.. Tapi serius, yang boleh nyanyi memang ada.. Yang biasa, biasa sangat.. Apa-apa pun, mereka kan masih dalam proses pembelajaran..
#Tengok student nama Aman tu, teringat pada Nubhan AF6
Pengetua AF2014? Lagi satu hal.. Errrmmmmmm.. Kan best kalau Dato' Ramli MS kembali menjadi Pengetua.. Eraz rasa pelajar-pelajar bawah dia ramai yang cemerlang kot.. Dua AF dia handle sebelum ni.. Apa-apa, ini sekadar pendapat.. Tapi.. Abaikan je la.. Hiburan je.. 

Pengacara.. Biasa kita disajikan dengan seorang je pengacara.. Tapi malam ni tiba-tiba ada dua! Jihan Muse turut serta malam ni dengan Zizan.. Wow.. Bagus la.. Best apa tengok Jihan atas pentas.. Mula-mula fikir, tak payah la dua, sorang sudah la kan macam sebelum-sebelum ni.. Tapi kemunculan Jihan tu best.. So harapnya boleh kekal la.. Tapi lakonan semata-mata semua tu.. Hanya untuk di Minggu Pertama je.. Jihan sebagai jemputan dan akan terus kekal di Diari AF2014.. Tapi kemasukan FBI pulak tu kenapa? Memang nak kekalkan dua pengacara ke? Baik ambil Jihan je la.. Part last tu lawak giler..
#Akan terus tengok Diari AF2014 sebab ada Jihan.. Haha..
Read more ...

Sunday, 31 August 2014

Kerja Gila Fara .. Satu Malam Di Shanghai

Assalamualaikum w.b.t.. Kerja Gila Fara .. Satu Malam Di Shanghai.. Siaran di TV9.. Kenapa Eraz tengok? Antaranya sebab Fara ada buat review tentang konsert Shila Amzah di Shanghai.. Giler ramai orang dalam stadium tu.. Kira Shila Amzah ni ada nama juga la kat sana.. Kalau tak, camne boleh penuh kan..

Tup tup dalam pada Fara duduk bercakap sorang-sorang, muncul lagi seorang artis dalam tu untuk pergi ke Konsert Shila Amzah.. Siapa? Jihan Muse la.. Memang bertambah gamat la rancangan tu.. Jujurnya jarang tengok TV9 kecuali ada rancangan yang berjaya menarik perhatian..

#Asian Wave Season 2 tak de ke? Mana la tahu, orang Malaysia lagi yang menang lepas Shila Amzah..

Read more ...