Showing posts with label Nabil. Show all posts
Showing posts with label Nabil. Show all posts

Wednesday, 26 October 2016

GV3 | Jihan Muse Tukang Alert Nabil Ahmad

Assalamualaikum w.b.t.. Memang tak malu mengaku yang Eraz memang follow program Gegar Vaganza setiap minggu bermula musim kedua baru ni.. Tarikan utamanya ialah tidak lain dan tidak bukan, Jihan Muse dan Nabil Ahmad.. Gaya pengacaraan mereka setakat ni memang tak dapat nak ditandingi lagi walaupun nampak ada yang seakan-akan, tetapi tidak berjaya dan boleh buat kita tengok tu menyampah.. Tapi bukan Jihan dan Nabil di Gegar Vaganza..

Selain Jihan dan Nabil, layanan Dato' Ramli MS terhadap gurauan spontan mereka kepadanya pun salah satu tarikan.. Tok' Ram yang dikenali sebagai seorang yang serius telah berjaya 'ditundukkan' oleh mereka sejak memulakan Gegar Vaganza 2 yang lepas.. Next, semestinya barisan peserta terutama yang dalam kategori 'underdog'.. Kalau musim kedua kita tengok Siti Nordiana dan Haiza.. Musim ketiga ni mungkin Elly Mazlein.. Kak Lina Boom Meletop! Haha..


Berbalik kepada tajuk entri ni, Jihan Muse Tukang Alert Nabil Ahmad.. Perangan Nabil memang tak terkawal.. Apa yang keluar dari mulut dia memang sesuatu yang spontan dan kadang-kadang tu tak berniat pun nak menyakitkan hati orang tapi terlepas.. Satu lagi kacau juri memberi komen.. Itu salah satu perangai Nabil.. Terbantut juri nak memberi komen.. Di sini mainnya peranan Jihan..

Kalau korang perasan, Jihan pernah ambil mic Nabil semasa Nabil mencelah juri memberi komen.. Kalau Jihan tak buat macam tu, asyik bercakap je la.. Satu lagi kalau time menyelah juri juga, Jihan akan alertkan juri supaya menghabiskan komen selepas di interrupt.. By the way, Tok' Ram nampak serius kan minggu baru ni.. Macam lain tak nak layan je.. Bad mood kot.. Haha..

Apa-apa pun, program GV ni memang menarik setelah menggabungkan beberapa aspek.. Pengacara, juri, peserta, persembahan peserta, gimik serta Dato' Seri Vida tu sendiri.. Dato'Seri Vida tu pandai berlakon.. Tengok kes rebut mic tu, nampak betul tak.. Padahal berlakon semua tu.. Takkan la nak buat benda tu live kat TV kot.. 

Untuk GV3 Minggu ketiga ni nampak mereka akan menyanyi lagi di luar kebiasaan mereka.. Sebabnya tu temanya 'Ada beran'.. Genre lagi yang berbeza-beza yang boleh buat penyanyi yang berada di tangga selesa Top 3 pun boleh tersungkur kalau tak kena cara persembahan dan nyanyi.. So! Tungguuuuuuu...
Read more ...

Thursday, 13 December 2012

(VIDEO) Parodi Drama Adam & Hawa di MeleTop! Terbaik!

(VIDEO) Parodi Drama Adam & Hawa di MeleTop! Terbaik!

Siapa yang belum tengok lagi video parodi ni? Memang terbaik lah! Suara dialih oleh Jihan dan Azrul Raja Lawak.. Try tengok dulu camne.. Pastu sila komen apa pendapat korang.. Ready untuk gelak ya.. Cool!




Read more ...

Friday, 21 September 2012

Filem ‘Untuk Tiga Hari’ Ibarat Kisah Romeo & Juliet Moden


Pelakon : Afdlin Shauki, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Ayu Raudhah, Dira Abu Zahar, Zizan Raja Lawak, Nabil Ahmad, Fauziah Ahmad Daud, Zaibo, Khatijah Tan, Atilia, Ainul Aishah

Filem ‘Untuk Tiga Hari’ Ibarat Kisah Romeo & Juliet Moden

Kisah Romeo & Juliet moden? Itu salah satu statement yang diberikan untuk filem ‘Untuk Tiga Hari’.. Filem ini mengisahkan kisah cinta Zafrin dan Ujie, Pasangan muda yang bertemu ketika menuntut di universiti merancang untuk berkahwin. Tetapi, muncul dilema apabila ibu bapa masing-masing telah mengaturkan perkahwinan dengan pilihan sendiri. Pasangan tanpa jodoh ini mengambil keputusan untuk meneruskan dengan perkahwinan pilihan keluarga tetapi berjanji sesama sendiri untuk bercerai selepas tiga hari! Hah! Itu baru sikit sinopsis.. Untuk lebih info, boleh klik SINI..

Read more ...

Tuesday, 7 August 2012

Misha Omar, Jadi Artis Undangan Karoot Komedia X, Jumaat 10 Ogos 2012

Misha Omar, Jadi Artis Undangan Karoot Komedia X, Jumaat 10 Ogos 2012

Siapa pernah tengok Karoot Komedia X? Sebelum ini, Fauziah Ghous, Anzalna, Tasha Shila, Azza Elite, Sarah Raisuddin pernah jadi artis undangan.. Yang pasti, promo untuk episod minggu ini sudah disiarkan.. Artis undangan minggu ini ialah MISHA OMAR.. Nabil pun ada minggu ni.. Fuh! Peminat Misha, jangan lupa Jumaat ni, 10 Ogos 2012 di channel Astro Warna, 132 atau Astro Mustika HD, 134.. Cool!

Misha Omar, Jadi Artis Undangan Karoot Komedia X, Jumaat 10 Ogos 2012

Karoot Komedia X

Read more ...