Showing posts with label Diari Pelajar MBA OUM. Show all posts
Showing posts with label Diari Pelajar MBA OUM. Show all posts

Saturday, 5 November 2016

Nak Tukar Title Dr. Eraz Fadli ?

Inspirasi | Dr. Soo Wincci

Assalamualaikum w.b.t.. Seminggu dua ni rasa macam berkobar-kobar je nak sambung buat PhD pula.. Alhamdulillah pada tahun lepas (2015), Eraz berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Master of Business Administration.. Ikutkan hati, memang nak sambung terus buat PhD.. Tapi hold dulu la sebab kena minta kebenaran tempat kerja dan rehat untuk diri sendiri kan.. Settle kan hal personal dulu.. Dalam kepala tu memang duk fikir nak continue je.. Fokus dalam Business Administration juga tapi pengkhususan dalam Marketing.. Doakan semoga tercapai ok..

Seminggu dua ni rasa berkobar-kobar tu datang balik lepas tengok Dr. Soo Wincci berjaya menamatkan program PhD BA dia di university sama masa Eraz buat Master iaitu Open University Malaysia.. Eraz memang follow IG dia dan tahu susah payah dia nak tamatkan pengajian.. Tempoh yang dia ambil ialah 6 tahun.. Masa dia lulus lepas Viva final tu, memang dia menangis tak henti.. Ada video tu.. Itu bermakna bukan senang nak dapatkan PhD.. Tapi bila dah dapat, satu kepuasan yang tak terhenti dan tak boleh nak tulis apa perasaan itu..

Doakan semoga impian ini tercapai.. Kalau bukan sekarang, bukan 5 ke 10 tahun lagi.. Insyaallah.. Eraz sendiri bukan kerja dalam bidang pendidikan.. Tapi tak semestinya kalau kita bukan pendidik, kita tak boleh nak sambung Phd kan.. Mungkin dalam masa buat Phd atau bila tamat buat PhD nanti, ada peluang lain yang muncul..

Boss pernah tanya Eraz, berminat atau tidak nak convert jawatan kepada academician.. Dalam hati rasa macam 50%-50%.. Layak kah aku? Mampukah aku? Haha.. Tapi itu hanyalah satu pertanyaan.. Belum menjadi realiti lagi dan rasanya macam tak mustahil untuk menjadi realiti.. Apa-apa pun, kejayaan Dr. Soo Wincci ni memang boleh naikkan semangat..

Gambar Dr. Soo Wincci





Read more ...

Monday, 5 October 2015

"Untuk kepuasan diri, ilmu dan kerja juga demi keluarga.."

Assalamualaikum w.b.t.. Ini satu entri yang Eraz jumpa dalam draf.. Rupanya tak publish pun lagi.. Bila ada masa, memang selalu karang siap-siap dan masukkan dalam draf.. Sekali ada juga yang terlupa sampaikan satu masa, delete sebab dah lapuk.. Tapi entri ni rasanya boleh publish lagi ni.. Maybe boleh memberi semangat pada yang lain kan.. So kita published!

Entri ni rentetan kepada tamatnya pengajian Eraz di peringkat masters dan pergi menghadiri konvokesyen baru-baru ni.. Apa yang berlaku.. Kenapa sambung masters.. Macamana boleh berjaya mendaftarkan diri.. Dan lain-lain.. Boleh la share sikit-sikit.. 

Plan dalam hati, kalau boleh nak bawa semua family iaitu belah Eraz dan mertua ke KL sebabnya bukan hanya untuk raikan konvokesyen tapi untuk wujudkan masa, spend masa bersama.. Jauh dari pejabat.. Seriusnya, sebelum ke KL hari tu, hampir 4 ke 5 hari sakit kepala.. Ia berterusan sampai la hari dirve ke KL.. Tapi bila sampai, dan keesokkan hari ni, sakit kepala tu hilang.. Mungkin masa tu dah tak fikir pasal kerja.. handphone pun senyap je berbunyi yang berkaitan kerja.. Alhamdulillah.. Tapi..

Tapi bila masuk office, alahai, memang sakit kepala tu datang balik tapi dah kurang berbanding sebelum tu.. So salah satu faktor yang boleh disimpulkan dalam kes sakit kepala ni ialah hal kerja.. Tak boleh nak lari la kan sebab dah kerja hakiki.. Hidup dengan makan gaji, biasa la kan.. So, berjalan sahaja mengikut arus tapi dengan nasihat dari keluarga, jagalah kesihatan dengan baik.. Dengar nasihat tu pun dah lapang sebab ada orang sayangkan kita dengan memberitahu macam tu.. Tapi jangan pula kata tak de orang sayangkan kita bila tak diberitahu macam tu.. Mungkin secara diam.. So be positive..


Alhamdulillah, demi impian diri sendiri untuk mendapatkan segolong sijil masters, tercapai walaupun tersasar setahun.. Plan nak dapat dalam umur 30 dan ke bawah.. Tapi 31 baru dapat.. Ini semua sebab lambat dapat peluang untuk teruskan pengajian.. Bila dah kerja ni, memang kelulusan dari pihak majikan sangat penting.. Kalau mereka tak approve, macamana nak sambung kan... Allah berikan jalan, syukur sangat.. Tercapai impian.. Keduanya ialah...

Demi keluarga.. Rezeki ni di tangan Allah kan.. Mana tahu lepas ni murah rezeki kan.. Naik pangkat ke apa kan.. Kalau tak naik pangkat pun, knowledge tu paling penting.. Tak dapat nak jual beli.. So korang, kalau ada niat untuk sambung belajar, teruskan la.. Tak rugi pun.. Kadang-kadang kepuasan hati tu boleh beri kita ketenangan.. Insyaallah.. Kalau nak tahu apa-apa pasal OUM, leh komen entri ni.. Insyaallah Eraz boleh beri jawapan.. 

Read more ...

Friday, 18 September 2015

Sidang 3, Majis Konvokesyen Open University Malaysia (OUM) Ke 17, PWTC

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Selepas tamat belajar pada bulan April 2015 yang lepas, keputusan semester akhir keluar pada hujung bulan Mei 2015 dan pada saat itu, confirm berjaya memenuhi syarat pengijazahan program Sarjana Pentadbiran Perniagaan atau ramai lebih kenal pada Master of Business Administration (MBA).. Dan pihak OUM memang sangat pantas menyelesaikan semua sehingga berjaya menempatkan semua pelajar OUM di seluruh Malaysia untuk berkonvokesyen pada bulan September 2015..


Dalam ramai sangat yang akan berkonvokesyen untuk Majis Konvokesyen Open University Malaysia (OUM) ke 17 bermula 12 September 2015 hingga 15 September 2015, OUM telah membuat kumpulan dari Sidang 1 hingga Sidang 8 yang telah berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC.. Alhamdulillah, Eraz tersenarai dalam Sidang ke-3 yang berlangsung pada 13 September 2015, Ahad pada sebelah pagi.. Pukul 7.30 pagi, graduan dah mula berkumpul di ruang legas sebelah Dewan Merdeka dan kami berarak masuk ke Dewan Merdeka pada pukul 8.00 pagi.. Semuanya teratur dari awal sampailah tamat..

Graduan ditempatkan di tempat duduk mengikut angka dan berarak naik ke pentas mengikut program dengan kemas.. Dengan berbekalkan Smart Card yang mengandungi sebutan nama yang direkod awal, memang tiada masalah yang timbul.. Smart card itu juga disemak sekali lagi sebelum menaiki pentas.. Sebelum naik ke pentas, jubah dibaiki supaya dalam gambar cantik la kan.. Hehe.. Selesai sahaja majlis konvokesyen, semua notis yang berkaitan senang di baca dan difahami..

Jubah boleh dipulangkan terus pada hari berkenaan di PWTC dan skrol serta transkrip boleh diambil sebaik sahaja jubah dipulangkan.. Bagaimana pula dengan gambar masa atas pentas?? Haaaa.. Alhamdulillah, semua teratur dan kami di Sidang 3 boleh mula mengambilnya pada pagi esok hari.. Bayaran gambar sudah termasuk dalam yuran konvokesyen yang hanya RM 300 termasuk jubah.. Kualiti gambar memang terbaik.. Insyaallah Eraz kongsikan.. Tapi kalau nak bergambar dengan keluarga, memang kena tempah lain la kan..

Apa-apa pun, tahniah buat OUM sebab anjurkan Majlis Konvokesyen yang Ke - 17 ini dengan jayanya di PWTC dan insyallah kalau ada rezeki, plan nak sambung lagi untuk Doctor of Business Administration (DBA).. Masanya? Bukan yang terdekat ni sebab nak bincang dengan bos dulu.. Tapi insyallah kalau diberikan peluang.. Tiada yang mustahil kerana OUM sendiri ada menawarkan program Doctorate dan PhD..

Coretan sepanjang pengajian, boleh baca di SINI..
Read more ...

Thursday, 17 September 2015

Alhamdulillah #‎MBA‬ ‪#‎OUM‬ ‪#‎KONVOKESYEN‬ ‪#‎MK17‬

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah #‎MBA‬ ‪#‎OUM‬ ‪#‎KONVOKESYEN‬ ‪#‎MK17‬.. Itu caption yang Eraz telah kan di Facebook bersama gambar di bawah yang alhamdulillah mendapat support dan tahniah dari semua family dan rakan-rakan seperjuangan serta media sosial.. Gambar di bawah pula ialah gambar yang Eraz snap dari Instagram.. Syukur alhamdulillah, Allah tunaikan hasrat Eraz nak dapatkan master semasa di umur awal 30-an iaitu kalau ikut tahun dah masuk umur 32 tapi ikut bulan, umur 31.. Hehe.. 


Bermula bulan September 2013 sehingga April 2015, selama satu tahun 8 bulan berhempas pulas menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar part-time kerana dalam masa yang sama bekerja sepenuh masa.. Cabaranya lagi, Eraz juga dikategorikan sebagai Online Learner kerana tidak menghadirkan diri untuk kelas face-to-face.. Walaupun sebagai Online Learner, tugasan dan peperiksaan akhir harus dilengkapkan pada setiap semester.. 

Pada semester September 2013, berjalan dengan lancar sekali walaupun masa tu Zara Falessya baru sahaja dilahirkan.. Masa pendaftaran, umur Zara dalam 2 bulan lebih.. Dengan excited mendapat anak sulung, bermula juga journey sebagai pelajar master setelah hampir lebih 8 tahun konvo untuk degree di USM Penang.. Masa tu ok la sebab full time.. So untuk dapatkan balik nak buat tugasan, memang mencabar.. Akhir semester exam dan keluar result, alhamdulillah, semuanya ok..

Semester kedua iaitu Semester Januari 2014 sedikit mencabar sebagai menantu sulung dan satu-satunya lelaki di dalam keluarga isteri, arwah bapa mertua meninggal dunia dan sedikit sebanyak telah memberi effect kepada pengajian di semester kedua.. Tugasan dan Peperiksaan Akhir sedikit merosot berbanding pada Semester satu.. Tapi alhamdulillah masih belum meneruskan di Semester ke-3..

Semester ketiga bermula iaitu Semester Mei 2014 dengan nekad ingin baiki dan backup semester kedua.. Bermula bulan Mei hingga Ogos 2014, dengan kesibukan kerja, alhamdullillah semua berjalan lancar.. Semester ni mencabar sebab salah satu subjeknya ialah Business Law yang mana banyak bermain dengan akta..

Semester keempat diteruskan iaitu Semester September 2014.. Dalam pada tengah semester, Alhamdulillah, Eraz dan wife serta Zara diberikan rezeki untuk mendapat anak kedua.. Adam Fitri.. Bermula episod wife yang alahan dan lain-lain, tapi tugasan berjaya disiapkan..  Tapi, sedia maklum yang selepas sahaja tamat peperiksaan akhir, Eraz menjadi mangsa banjir.. Alhamdulillah dan syukur pada masa itu, Eraz baru sahaja tamat untuk peperiksaan akhir semester keempat..

Bermula bulan Januari 2015, Semester Januari 2015, semester akhir berjalan dan nekad untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang terbaik di antara semester.. Dengan tidak percaya, memang akhirnya bila keputusan diumumkan samada layak konvo atau tidak, keputusan semester terakhir ni merupakan yang terbaik di atas semua semester.. Lepas sahaja tamat pengajian, Adam Fitri lahir ke dunia.. Alhamdulillah, Adam salah seorang yang kami bawa untuk rai majlis konvokesyen..

Jika ditengokkan pada rentetan tempoh pembelajaran, memang banyak dugaan dan cabaran.. Tapi kalau kita tak mulaikan dan harungi, ianya takkan berhasil.. Ada impian, tapi tak usaha, tak jadi kan.. So dengan entri ini, Eraz berharap lebih ramai lepas ni yang akan menyambung pengajian masing-masing.. Kalau dah bekerja, memang boleh belajar sambil bekerja di OUM di semua peringkat macam Eraz ni..

Terima kasih kepada semua yang telah support Eraz sepanjang pengajian dan berharap Label : Diari Pelajar MBA OUM ni dapat membantu mana-mana individu untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi walaupun sudah bekerja dan berumur lebih 30, 40, 50 dan seterusnya.. OUM memang fleksibel..

#Next : Kisah Sidang 3, Majlis Konvokesyen Open University Malaysia (OUM), PWTC

Read more ...

Wednesday, 16 September 2015

Bermalam di Hotel Seri Pacific

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, kalau entri sebelum INI, Eraz ada cerita tentang perjalanan hampir 10 jam drive kami dari Kota Bharu Kelantan ke Kuala Lumpur untuk Majlis Konvokesyen OUM yang Ke-17 di PWTC pada hari Ahad.. Sepatutnya kami dah gerak pada hari Khamis lagi sebab Eraz sepatutnya ambil jubah pada hari Jumaat sesi pagi.. Tetapi disebabkan OUM ni memberi kelonggaran kepada graduan boleh wakilkan, so Eraz minta tolong kawan yang ambilkan.. Alhamdulillah syukur ada yang boleh  membantu.. 

Sampai je di Kuala Lumpur, memang tak menuju ke tempat lain sebab dan lewat petang kan.. Pukul 5.30 petang lebih kurang dan cuaca dah nak hujan.. Terus check-in ditempat yang telah ditempah iaitu Hotel Seri Pacific.. Kenapa memilih hotel tu? Selain memang dah biasa bermalam di situ semasa berurusan kerja di HQ, itulah hotel yang paling dekat dengan PWTC.. Jalan kaki je.. Kalau hujan pun, still tak bawah sebab pintu masuk ke PWTC di sebelah..


Keselesaan memang OK, breakfast pun OK dan yang paling penting ialah aktiviti semasa hari konvokesyen tu.. Eraz kan ada dua orang anak dan yang paling kecil tu, Adam Fitri baru lagi 3 bulan lebih.. So memang sah-sah la dua-dua tak dapat nak masuk ke dalam Dewan Merdeka tu.. So awal-awal pagi untuk berkumpul dan masuk ke dalam dewan, Eraz dan isteri je gerak dan ibu mertua serta adik ipar kan stay dalam bilik dulu sementara tunggu sidang tu hampir selesai.. Lepas tu baru mereka semua akan gerak ke PWTC..

Demi keselesaan anak-anak, itu la sebab utama kenapa hotel dekat di pilih.. Kesian pada anak-anak yang masih kecil duduk menunggu di awal pagi dengan ramai orang di PWTC tu sedangkan mereka sepatutnya berehat di tempat yang selesa.. Lagi satu ialah parking.. Dengan beribu jumlah graduan, agaknya berapa kereta akan ada? Parking macamana? Haaaa.. Dah boleh bayangkan? So dengan park nya kereta pada malamnya lagi, pagi esok tu memang tak fikir langsung pasal nak parking kereta.. Senang! 
Read more ...

Saturday, 12 September 2015

Hampir 10 jam drive ..

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, plan ke KL pada 12 September 2015 jadi.. Sebelum tibanya hari ni, memang ada beberapa cubaan dan dugaan.. Mungkin sebab ingin meraikan tamatnya belajar program master ni, Allah berikan jalan.. Bermula lewat sikit pada pukul 8.00 pagi tadi, singgah pejabat sekejap untuk ambil barang tertinggal, terus drive ke KL melalui Gua Musang.. 

Dengan singgah makan sebelum tengahari di R&R Gua Musang dan Solat Jamak dan Qasar di masjid di Bentong, berhenti pula isi minyak di R&R Genting Sempah, selamat sampai KL lebih kurang dalam 5.30 pm.. Penat memang penat, tapi bila bersama family ni, hilang penat.. 

Kenapa pilih Hotel Seri Pacific? Sebabnya tak nak sesak mencari parking untuk konvo pagi esok.. Jalan kaki je.. Tambahan pula ada anak kecil macam Adam.. Apa perancangan malam ni? Hmmmmm...

Read more ...

Friday, 7 August 2015

Konvokesyen Program MBA September ini !

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Saat yang ditunggu-tunggu oleh semua orang yang menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.. Konvokesyen.. Kira hari 'merdeka' selepas belajar.. Selepas bertungkus lumus selama setahun lapan 8 bulan bermula bulan September 2013 yang lepas, akhirnya tamat pada hujung bulan April 2015, Eraz berjaya tamatkan program MBA di Open University Malaysia.. Sangat mencabar untuk belajar secara online bermula pada selepas kelahiran Zara dan berakhir pada kelahiran Adam.. Macam sudah di atur..

Klik untuk besarkan gambar

Sangat mencabar untuk memberi komitmen kerana pada awalnya memang komitmen dalam bekerja sangat tinggi.. Setiap hujung minggu memang kerja.. Dengan mode pembelajaran sebagai Online Learner, memang sangat mencabar untuk siapkan tugasan dan study untuk peperiksaan akhir.. Memang kena akui, ada satu, dua semester tu memang down sebab banyak komitmen tapi alhamdulillah sempat cover.. 

Cabaran kedua sebab pada awal mendapat tawaran tu, Zara baru sahaja lahir.. Bermula saat pertama menjadi bapa, berjaga malam sampailah satu saat Zara dah besar dan Zara mula nak belajar sama masa Eraz mula buka laptop atau buku.. So kenalah belajar atau siapkan tugasan selepas Zara tidur.. Mungkin rezeki sambung belajar ini selari dengan rezeki lahirnya Zara.. Dalam masa yang lebih kurang 3, 4 bulan lepas itu, bapa mertua pula meninggal..

Kalau korang ingat, Eraz sendiri menjadi mangsa banjir pada bulan Disember 2014 yang lepas.. Masa tu memang Kelantan hebat dilanda banjir sana sini.. Sama juga dengan rumah family Eraz, mertua dan juga rumah sendiri.. Harta benda memang banyak rosak la.. Nasib baik buku sempat diselamatkan.. Dan alhamdulillah juga banjir tu menuju ke kawasan rumah Eraz di Kota Bharu selepas Eraz habis exam di Semester ke 4.. Syukur..

Satu lagi cabaran ialah masa duk belajar lagi, wife pregnantkan Adam.. Orang perempuan ni kalau masa mengandung memang lain dari biasa kan.. Cepat penat, kena banyak berehat.. Badan pun letih kan.. So Eraz banyak kena cover di rumah macam jaga Zara, handle hal di rumah apa semua.. Tapi alhamdulillah juga Allah bagi kekuatan untuk handle semua tu..

Apa-apa pun, semua tu memang cabaran dan dugaan.. Kalau fikirkan semua masalah tu, memang tak akan sambung belajar sampai bila-bila la.. So kalau mana-mana kawan yang nak sambung belajar sambil bekerja tu, teruskan ke niat korang, insyaallah Allah akan aturkan yang terbaik untuk kita.. Di Open University Malaysia sendiri, memang banyak program bermula dari Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master dan PhD.. Eraz ada hati nak sambung DBA, tapi relax dulu sebab bos mesti tak lepaskan terus.. Hehe..

So bulan September 2015 ini, kami sekeluarga akan ke PWTC KL untuk majlis Konvokesyen ke - 17 OUM.. Insyaallah semua akan pergi untuk meraikan dan mengharapkan semua akan berjalan lancar.. Tiada halangan dan sebagainya.. Dalam masa yang sama, boleh lah bawak anak berjalan-jalan.. Insyaallah.. Terima kasih semua pada yang memberi sokongan..
Read more ...

Monday, 29 June 2015

Tamat Pengajian MBA di OUM


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, bulan Januari lepas, Eraz register untuk Semester ke-5 program MBA ni dan April merupakan final exam.. Result semester akhir itu hanya di publish pada hujung bulan 5.. Mula2 di publish, ada subjek lagi yang pending.. Lagi la bertambah berdebar kan.. Alhamdullillah pada hujung Mei 2015 tu, semua subjek release.. Alhamdulillah.. Masa tu baru sahaja pulang dari Penang dan sehari sebelum Adam dilahirkan..

Tak sangka dapat sempurnakan program MBA tu dalam 5 semester bersamaan dengan Setahun Lapan Bulan.. Register selepas 2 bulan lebih Zara dilahirkan.. Struggle untuk study dan buat assginment.. Tamat pengajian dengan result rasmi diumumkan di saat sehari sebelum Adam lahir.. Pada mulanya ingat senang je.. Ya la, background first degree Eraz bukan business tapi CS.. Tapi lompat ke business sebab dah berkecimpung lama dalam bidang ni serta untuk masa depan..

Akhirnya berjaya juga harungi killer subjek macam Managerial Finance, Accounting For Business Decision Making, Manegerial Economic dan lain-lain.. Bersengkang mata menyiapkan tugasan dan study untuk final exam dan alhamdulillah sekarang dah lepas.. Cabaran lain ialah pembelajaran secara part time dan secara online.. Kena belajar sendiri tu.. Tak masuk kelas.. Fuh! Memang kenangan untuk perasaan-perasaan masa tu..

Jika tidak aral melintang, insyaallah Eraz akan hadir untuk Majlis Konvokesyen ke-17 Open Universiry Malaysia di PWTC Kuala Lumpur.. Kalau tak silap, fakulti kami Sidang ke-3..  Plan seterusnya? Ada plan untuk sambung DBA / Doctor of Business Administration.. Peringkat doctorate atau PhD ni memang mencabar.. Rasa tak sanggup nak register PhD yang fully research.. Sebab tu cuba untuk yakinkan diri untuk register program Doctorate yang setaraf dengan PhD tu.. Mungkin di OUM juga.. Tapi persoalannya bila? Tunggu reda2 dulu kot.. Bukan sekarang.. Maybe sebelum umur 40.. 

#Alhamdulillah,.
Read more ...

Tuesday, 14 April 2015

Bila berada dalam minggu EXAM !

Assalamualaikum w.b.t.. Beginilah jadinya bila berada dalam minggu exam.. Blog pun macam tak berapa nak update.. Instagram ada la sikit-sikit.. But its ok, minggu final exam ni akan berakhir pada Jumaat ni.. Walaupun lepas tu akan sibuk dengan kerja juga, at least lepas benan study kan.. Demi kemahuan, masa depan dan kerjaya, aku gagahkan juga..

Sekarang rasa macam nak demam pun ada.. Muka ni, kalau macam ala-ala stress, memang bertindak balas.. Hehe.. Jerawat la apa lagi.. Satu lagi ulser mulut.. Memang akan ikut.. Sabau je la..

#Esok paper Strategic Management! Good Luck!


Read more ...

Saturday, 11 April 2015

BMCB5103 | CONSUMER BEHAVIOUR


Assalamualaikum w.b.t.. Akhirnya bermula minggu penat otak dan badan sebab dah masuk ke minggu peperiksaan akhir.. Kertas pertama bermula pagi esok dan akan berakhir dengan kertas terakhir ialah pada Jumaat pagi.. Dalam masa seminggu ni, memang memerlukan semangat yang sangat kuat sebab kalau tak, memang malam je, tidur la jawabnya..

Eraz jenis yang tidak ambil cuti untuk siapkan assignment atau study untuk final exam.. Selalunya memang fokus study pada waktu malam lepas Zara tidur.. Kalau Zara tak tidur, memang tak boleh nak study.. Bukan sebab Zara ganggu, tapi Papanya tak boleh fokus..

Subjek pertama untuk Semester kelima ini ialah BMCB5103 | CONSUMER BEHAVIOUR.. Kalau nampak dari tajuk, memang dah nampak itu adalah salah satu subjek Marketing.. Memang tak dinafikan seronok mendalami ilmu subjek ni.. Tapi kalau lah dapat luangkan lebih masa, disiplin yang kuat, memang lagi seronok..

Tapi fokus 100% hanya boleh beri bila hampir-hampir nak final exam.. Itu la salah satu cabaran belajar sambil kerja ni.. 
Read more ...

Friday, 10 April 2015

Diari Pelajar MBA : Semester 5


Assalamualaikum w.b.t.. Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya Ahad ni dah start untuk Peperiksaan Akhir Semester JANUARI 2015.. Semester ni memang rasa macam tak bersedia sangat.. Tak sama macam dengan semester-semester sebelum ni.. Mungkin ada kerja yang banyak dan urusan keluarga a.k.a personal yang bertambah, fokus untuk pengajian tergendala sedikit.. Tapi apa-apa pun, tak give-up di tengah jalan la.. Itu negative..

Itu hal peperiksaan akhir, ianya sama dengan tugasan.. Memang sangat sangat sangat last minute.. Ini salah satu cabaran kalau kita sambung belajar masa bekerja.. Memang kena bahagikan masa betul-betul.. Tapi kalau kita tak sahut cabaran, sampai bila nak gengam apa yang kita nak.. Kecuali memang tak de dalam target.. Tapi bagi mana-mana individu yang rasa tak perlu lagi sambung belajar, itu negatif.. Kalau ada peluang, kewangan yang ok, tak salah untuk mendapatkan ilmu..

Sekarang memang kita fikir, benda tu tak penting.. Tapi lepas-lepas ni, kita tak pasti kan.. Mana tahu lepas ni orang berlumba-lumba nak dapat apa yang kita lalui sekarang.. Kita masa tu dah lega.. Kan.. Apa-apa pun, itu hak masing-masing.. Macam Eraz, memang dah target kalau boleh, sebelum mencecah umur 30, nak ada masters.. Tapi tersasar juga la.. Sekarang dah umur 32.. Hehe..

By the way, entri ni hanya untuk diri sendiri.. Beri semangat untuk final exam.. Dah mungkin boleh memberi semangat orang lain jugak kan.. 

Read more ...

Saturday, 17 January 2015

Semester Ke-5 MBA bermula !


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, bermula Januari 2015, dah masuk ke Semester ke 5 untuk program MBA.. Dengan kata lain, ini merupakan semester terakhir dah sebenarnya.. Rasa macam cepat giler masa.. Tup tup dah semester akhir.. Harapnya semua berjalan dengan lancar dan tiada yang sangkut.. Sekarang ni masih menunggu keputusan peperiksaan akhir Semester 4 baru ni..

Untuk semester terakhir ni, Eraz akan ambil dua subjek iaitu BMCB5103 (CONSUMER BEHAVIOUR) dan BMMS5103 (MARKETING STRATEGY).. Memang dua-dua subjek majoring untuk Marketing.. Debaran tu ada di semester akhir sebab samada boleh konvo cepat ke lambat, semua atas semester akhir ni juga.. 

#Next week akan bermula pengajian

Read more ...

Friday, 19 December 2014

Dari Degree ke Master


Assalamualaikum w.b.t.. Kali ni Eraz nak share tentang pencil case ni.. Inilah pencil case yang Eraz guna sepanjang belajar di USM dulu.. Biru tu memang warna favourite.. Lepas je habis, simpan saje-saje sebab tak de niat pun nak guna semula or sambung Master.. Ada lepas habis belajar dulu, dapat exam untuk PTN la, PTD la, so guna semula la.. Lepas dapat kerja, simpan je kat rumah..

Then tergerak hati nak sambung belajar semula sebelum umur 30.. Tapi hajat tercapai masa umur 30.. Hehe.. So gunalah semua.. Kira kenangan banyak nih.. Guna lagi sekarang masa exam sampailah insyaallah awal tahun depan habis Master.. Hehe.. PhD? Errrmmmm.. Tengah fikir lagi.. Dalam kepala terbayang DBA.. Kasi rehat dulu la..
Read more ...

Thursday, 18 December 2014

Tamat Final Exam Semester September 2014


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, hari ni last paper untuk final exam Semester September 2014.. Bermula hari Ahad lepas, lastnya hari ni.. Dua assignment dah siap, tinggal dua lagi assignment kena submit by next week.. Lepas tu baru boleh merdeka untuk Semester 4 ni.. Harapnya tak de halangan la nak siapkan.. Stress untuk final exam dah lepas.. 

Bagi pelajar-pelajar OUM Kelantan memang bermasalah hari ni sebab ramai tak dapat datang untuk exam sebab tak jangka air banjir naik sangat cepat.. Ada yang sangkut berjam-jam di atas jalan raya untuk menuju ke OUM.. Ada yang memang tak boleh nak turun rumah langsung sebab dah jadi mangsa banjir..

Nasib baik Eraz ok.. Boleh sampai sebaik mungkin walaupun ada sangkut sikit..
Read more ...

Eraz jadi mangsa banjir Kelantan juga?


Assalamualaikum w.b.t.. Inilah keadaan di hadapan rumah dan laluan nak keluar ke jalan besar.. Hujan memang tak berhenti sejak semalam.. Angin pun kuat.. Tapi tak sangka sampai macam ni.. Tak pernah lagi kot jadi sampai macam ni.. Tengok-tengok pagi, depan rumah memang dah ada air.. Nasib baik tak sampai ke tempat letak kereta..

Tong sampah yang ada depan rumah pun hanyut.. Kami terpaksa redah juga air tu.. Sebab kerja dan Eraz sendiri ada last paper final exam hari ni.. Nasib baik kereta kami ok.. Memang dengar-dengar ramai yang dah jadi mangsa banjir.. Eraz ni kira alhamdulillah belum jadi mangsa lagi cuma laluan keluar je naik air.. Harap-harap cuaca makin ok.. Kesian pada mangsa-mangsa banjir nanti..
Read more ...

Sunday, 14 December 2014

Simptom first day exam !


Assalamualaikum w.b.t.. Kali dah masuk ke semester ke-4 program MBA Eraz.. Setiap kali first day exam, sure ada simptom yang sama.. Nak je keluar office, sure rasa nak muntah.. Tambah-tambah pagi tu tak makan apa-apa kan.. Perut kosong.. Nak makan, dah tak lalu dah.. Kepala duk fikir nak jawab soalan.. Hehe..

Tapi bila lepas first paper tu, ok la balik.. Masa duk dewan exam tu, dah ok sebenarnya.. Alhamdulillah paper hari ni berjalan dengan lancar.. Jawab semua, betul ke tak, lain kira la.. Hehe.. Hari ni turn Service Marketing.. Esok exam lagi.. Human Resourse Management pulak.. 

Read more ...

Saturday, 13 December 2014

Kerja, Assignment. Final Exam, Family


Assalamualaikum w.b.t.. Niat nak update entri awal pagi tadi tak terlaksana sebab masuk je office, terus buat kerja kerja kerja.. Hehe.. Sampaikan breakfast pun di'skip'kan oleh diri sendiri.. Alhamdulillah, pukul 1 tadi baru dapat luang makan nasi.. Hilang la 'kebulur' tu.. Alhamdulillah.. Sekarang masih lagi dalam tempoh lunch break..

Kalau siapa ke instagram erazfadli, sure nampak gambar di atas tu.. Eraz dah letakkan caption 'blackout'.. Sebenarnya dah dua kali office ni blackout.. Tak tahu kenapa.. Semalam salah satu bilik siap keluar asap lagi sebab di bahagian lampu tu hampir terbakar.. Pelik betul sehari dua ni.. 

Kerja then assignment.. Semester ni kena siapkan empat assignment.. Alhamdulillah satu dah complete.. Yang kedua tinggal nak edit je.. Yang ketiga dan keempat, kena submit by 22 Disember ni.. Sempat la kot.. Pening samada nak siapkan assignment or study untuk final exam.. Tapi terpaksa pilih study final exam sebab esok dah mula exam.. Ahad, Isnin dan Khamis merupakan paper Eraz semester ni.. Good Luck untuk diri sendiri..

Balik rumah, Eraz akan pastikan Zara tidur dulu, baru lah Eraz akan mula buat assignment dan study untuk final exam.. Kalau dia ada depan mata, memang tak jadi la.. Memang rasa nak g main dengan dia je.. Hehe.. 

Read more ...

Sunday, 16 November 2014

Ter'padam' stress

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam masam mencuka kan kat office.. Tapi walupun moody, tak reti nak balik awal juga.. Pukul 7 pm juga sampai rumah.. Sebabnya ada kerja urgent dan important kena siapkan..  Nasib baik hari ni cuti, dapat la luangkan masa hari ni cuti sehari bersama dengan Zara.. Semua perasaan semalam hilang terus..

Zara dari pagi lagi bangun macam dia nak pergi nursery.. Sebabnya dia dah terbiasa macam tu.. Eraz sendiri, walaupun tak cukup tidur semalam sebab tidur lewat, melayan anak seharian, ok jer.. Jumaat Sabtu, wofe dah jaga, so hari ni Eraz pulak.. Siapa kata suami tak dapat jaga anak sendirian kan.. Hehe..

Tugas sebagai pelajar pula, memang malam je la boleh laksanakan dengan cemerlang.. Lagi selesa lepas Zara tidur.. Kalau tidak, tak boleh nak tumpu sangat.. Rasa nak melayan dia main je la.. Kecuali kalau masa tu memang masa dah suntuk nak siapkan assignment dan masa dah suntuk untuk study.. Bukan senang tu dah handle 3 tugas dalam satu masa kan.. But macam biasa, berjalan mengikut arus..

Read more ...

Saturday, 15 November 2014

Eraz bakal konvo dengan Soo Wincci ?


Assalamualaikum w,b.t.. Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tidak tahu yang Soo Wincci sebenarnya bakal dapat PhD nya tahun depan.. Memang kagum la dengan dia.. Dalam kesibukan mencipta nama di Taiwan, dia sempat habiskan program PhD dia dalam masa yang ditetapkan, 4 tahun.. Wincci menyambung pengajian di peringkat PhD dalam Business Administration di Open University Malaysia.. Eraz pernah buat entri pada Soo Wincci ni di SINI..


Mungkinkah Eraz akan konvo sekali dengan Wincci nanti next year? Insyaallah kalau tak de aral melintang, Eraz akan habiskan program Master of Business Administration di Open University Malaysia juga pada April ini.. Hehe.. Tapi peringkat yang berbeza la.. Tapi andai kata konvo di hari yang sama pun, tak semestinya dapat jumpa ke apa kan.. Cuma entri ni just nak mention bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..

#Tahniah Soo Wincci

Read more ...

Friday, 14 November 2014

BMSV5103 - Service Marketing

BMSV5103 - Service Marketing
BMSV5103 - Service Marketing

Assalamualaikum w.b.t.. BMSV5103 - Service Marketing merupakan subjek ketiga Eraz untuk semester ni.. Ini salah satu subjek dalam major Marketing.. Dah complete dua semester ni, semester depan kena completekan dua lagi.. Subjek ni pun sama macam subjek lain sebelum ni ianya ada satu assignment dan final exam pada bulan Disember ni..

Sekarang ni dah jumpa sedikit sebanyak bahan untuk assignment dan dengan kata lain, dah nampak jalan la sikit kan...Sebenarnya dalam berdebar-debar ni sebab bahan tu ada dua untuk subjek, cuma untuk satu subjek tu, belum lagi sebab susah sikit.. Bila nak buat assignment, bercampur pula dengan hal di rumah, di pejabat, terus terhalang.. Apa-apa pun, tetap kena buat kan.. So, as usual, berjalan mengikut arus..

Read more ...