Showing posts with label Botol Susu Bayi MAM. Show all posts
Showing posts with label Botol Susu Bayi MAM. Show all posts

Saturday, 25 June 2016

Masih Setia Dengan Botol Susu MAM

Assalamualaikum w.b.t.. Bila dengan Lazada buat sale Raya dan dah tiba masanya kami kena tukar botol susu Adam, teruslah Eraz ke laman web Lazada.. Tengok-tengok memang ada sale.. Tak sure sejauh masa murahnya.. Hehe.. Tapi sebab ada plus diskaun kalau guna kad kredit Maybank, rembat saje lah.. Harap-harap sempat la sampai sebelum raya..


Kalau sebelum ni Adam guna yang 160 ml je, tapi sekarang kami upgrade kepada 260 ml.. Warna tetap sama, warna favourite Papa Eraz, biru.. Haha.. Dan semestinya setia dengan jenama MAM sebab pada kami, walaupun sedikit mahal, ianya banyak memberi kelebihan berbanding brand lain.. 

Memang bermula dari Zara lahir lagi kami gunakan jenama MAM.. Lepas Adam lahir, kami setia juga dengan MAM.. Tambah Adam ni ada perangai lain sikit dari kakak.. Ada ketika, walaupun dia tak hisap susu betul-betul, dia suka letakkan botol susu dengan putingnya dalam mulut.. Duduk sambil tengok tv.. So untuk mengelakkan Adam hisap angin yang boleh menyebabkan kembung perut, botol susu MAM la penyelesaiannya.. Alhamdulillah, setakat hari ini, Adam dengan kakak Zara memang tak pernah kembung perut.. Alhamdulillah..

Kenapa macam tu? Sebabnya botol susu jenama MAM ni model yang ada rongga-rongga atau lubang di bawah botol susu yang membolehkan udara keluar dan masuk ke dalam botol susu.. Jadi ianya tidak akan mengganggu pengaliran susu keluar dari puting botol.. Sekian untuk penjelasan.. Dah macam review berbayar je.. Haha.. 

#Bukti kesetiaan Eraz pada jenama MAM? Klik SINI..
Read more ...

Friday, 27 March 2015

Setia dengan Botol Susu MAM


Assalamualaikum w.b.t.. Masa isteri mengandungkan Zara dulu, dalam pada kami survey-survey botol susu yang terbaik untuk bakal anak sulung, terjumpa la MAM.. Ternyata Zara guna sampai la sekarang botol susu MAM ni.. Apa yang kami nak elakkan berlaku ialah kembung perut.. Alhamdulillah, Zara memang tak kena kembung perut.. Salah satu ciri botol susu MAM ialah ada satu komponen yang boleh mengelakkan angin berkumpul dalam botol susu semasa baby hisap.. Rujuk entri INI..

Jadi untuk adik Zara ni juga, kami akan mulakan dengan MAM.. Harapnya dia pun tiada masalah.. Kat Kelantan, agak susah nak cari yang set 3 serta puting yang kita nak.. So kali ni Eraz terpaksa la order online.. Alhamdulillah, tak sampai 2 ke 3 hari, dah sampai kat tangan.. Puting botol susu untuk adik Zara dah ada, cuma puting susu gantian untuk Zara, belum ada stok lagi.. Tapi belum masa perlu tukar, cuma untuk standby.. 
Read more ...

Tuesday, 24 March 2015

Sekali lagi ke Manjaku Baby Centre


Assalamualaikum w.b.t.. Manjaku Baby Centre yang ada berhampiran Tesco, Kota Bharu memang salah satu tempat yang kami selalu pergi untuk dapatkan barang baby bermula semasa wife mengandungkan Zara lagi.. Dan ianya berterusan sehinggalah sekarang dan yang terkini ialah Jumaat lepas.. Tempat terakhir kami singgah untuk complete kan semua barangan bakal adik Zara ialah di Manjaku Baby Centre ni la.. Banyak jugak kot terborong.. Bukan memborong ya, tapi terborong.. Hehe..

Kat Manjaku Baby Centre tu pada pendapat Eraz ada banyak pilihan pakaian dan barangan 'teknikal.. Ya la, namanya pun memang satu centre khas untuk baby, memang banyak la.. Car Seat pun kami beli kat situ.. Yang lain, memang barang keperluan penting.. Botol Susu MAM, salah satunya kami try cari.. Tapi malangnya, stok tak banyak la.. Terpaksa la beli melalui online.. Sekali beli, terus dapatkan Set 3.. Senang..
Read more ...

Tuesday, 4 March 2014

MAM X Cut Silicone Nipple


Assalamualaikum w.b.t.. Pagi tadi Eraz kongsikan tentang MAM Hold My Cup Handles kan.. Sebenarnya ada satu benda lagi yang Eraz nak kongsi.. Rasanya baik untuk anak kita jugak.. Boleh mengelakkan dari tersedak susu atau susu masuk dengan banyak tambah-tambah bila baby kita dah boleh pegang botol susu sendiri dan minum sendiri..

Barang tu, MAM X Cut Silicone Nipple.. Eraz masih gunakan sample jenama MAM sebab Zara biasa dengan jenama ni.. Pernah dengar tentang MAM X Cut Silicone Nipple ni? Bak kata orang kampung, ini puting susu yang hanya akan keluarkan susu bila baby hisap.. Kalau tak hisap, tak keluar.. Kalau terbalikkan susu pun, isi tak keluar kecuali dihisap.. 

Semua ni demi keselamatan anak kita.. Betul tak? Mungkin ada jenama lain yang mungkin lebih sesuai dengan anak korang.. So, google lah! Wassalam..

Read more ...

MAM Hold My Cup Handles

Assalamualaikum w.b.t.. Ingat tak sebelum ni Eraz pernah beritahu yang Zara dah boleh pegang botol susu sendiri.. Memang dari dulu dah set kalau Zara dah boleh pegang sendiri, nak belikan dia MAM Hold My Cup Handles.. Sama jenama dengan botol susu dia.. Sehingga entri ini ditulis, tak sempat nak terjah kedai baby lagi.. Dalam masa terdekat ni, papa akan usahakan ya Zara..

Boleh bayangkan macamana MAM Hold My Cup Handles tu? Eraz ada attachkan gambar di bawah.. Senang la sikit nak biarkan Zara minum sendiri.. Tangan kecil dia tu boleh pegang di tempat yang selesa.. Kan.. 

#Dah macam nak iklankan jenama MAM je.. Haha..



Read more ...

Friday, 28 February 2014

Beli Botol Susu Baru Zara !

Beli Botol Susu Baru Zara !

Nuriz Shar Baby Shop | Assalamualaikum w.b.t.. Dalam kepala memang nak carikan botol susu baru untuk Zara Faleesya.. Ya la, dia pun dah makin besar, kuantiti susu pun makin banyak kena minum.. Sebelum ni Zara minum susu guna botol susu MAM.. So! Sebagai ganti botol baru, kami masih nak guna botol susu MAM sebab rasanya Zara ok sangat.. Kembung perut pun tak.. Apa kelebihannya? Klik SINI..

Masa duk borak dengan kawan office hari tu, dia pun dalam mencari botol susu untuk anak dia.. Dia suggest untuk tengok satu jualan di Facebook.. Nuriz Shar Baby Shop.. Sebelum ni katanya Nuriz Shar Baby Shop banyak jual barangan Avent.. Tapi yang terbaru, ada jenama MAM.. So! Bukak punya bukak, terus terpandang botol susu MAM yang ada special price.. Terus tertarik dan order bersama-sama dengan kawan tu.. Tak sampai 2 hari, terus sampai.. Alhamdulillah.. Untuk pertama kali, Eraz order 3 botol susu MAM warna pink dan purple bersaiz 260ml..

# Lepas ni nak carikkan handle dan puting susu x-cut.. 

Read more ...

Friday, 30 August 2013

Botol Susu Bayi MAM

Botol Susu Bayi MAM

Botol Susu Bayi MAM | Assalamualaikum w.b.t.. Kali ni hanya nak share dengan korang botol susu bayi pilihan kami untuk Zara.. Mula-mulanya niat kami beli hanya kot-kot susu ibu lambat keluar.. Alhamdulillah, susu ibu keluar pada hari ke-3 atau 4.. Jadi botol susu ni kami guna juga bagi susu ibu perahan.. Kenapa kami tertarik?

Jenama MAM ni model yang ada rongga-rongga atau lubang di bawah botol susu yang membolehkan udara keluar dan masuk ke dalam botol susu.. Jadi ianya tidak akan mengganggu pengaliran susu keluar dari puting botol.. Insyaallah kurang la sikit kembung perut dan lain-lain.. Itu aspek utama.. Dari segi warna, agak menarik.. Korang boleh search google.. Harga, ok, berpatutan.. Anti Colic, BPA free, tidak mudah calar dan tidak mudah rosak.. Berkemungkinan besar mudah beralih dari breastfeed ke botol susu kerana putingnya lebih kurang sama..

Read more ...