Showing posts with label Nadiya Nisa. Show all posts
Showing posts with label Nadiya Nisa. Show all posts

Wednesday, 16 January 2013

Elfaeza Ul Haq & Dazrin Kamarudin Kena Serang!

OPPS ! Adam & Hawa


Siapa ada tengok rancangan Opps! Adam & Hawa semalam? Mesti ada yang ingin adegan Elfaeza Ul Haq (Azie) & Dazrin Kamarudin (Johan) kena serang dengan tepung.. Penyerangnya adalah krew-krew drama Adam & Hawa.. Tak sure la apa sebabnya.. Si Nadiya Nisaa (Ain Hawani) pula lari lintang pukang sambil bawak rambutan.. Rasanya video ni mesti dah ada kat Youtube! Terjah! Kredit : Facebook

Read more ...

Thursday, 10 January 2013

Episod Akhir Drama Adam & Hawa

Episod Akhir (80) Drama Adam & Hawa

Episod Akhir Drama Adam & Hawa

Episod Akhir Drama Adam & Hawa

Episod Akhir Drama Adam & Hawa

Assalamualaikum.. Sedia maklum, ramai yang sudah tahu malam ini merupakan episod 80 atau dengan kata lain, episod akhir untuk drama siri Adam & Hawa.. Gambar-gambar di atas merupakan Sidang Media Prebiu Episod Akhir Adam Hawa.. Kredit pada page facebook Adam & Hawa.. Siapa yang dah tahu jalan cerita atau sinopsis episod akhir drama Adam & Hawa? Siapa yang baca novel, mesti dah tahu.. 

Pihak produksi dengan istimewanya buat satu event sempena episod akhir drama Adam & Hawa ni.. Ini kata penerbit drama ini, Datin Zaiton Muhd Jiwa, “Datanglah ke Kari Kepala Ikan Kampung Pandan di Jalan Yap Kwan Seng malam nanti…Kita tonton Adam dan Hawa ramai-ramai…Meriah sikit…tapi jangan sampai mencetuskan huru hara sudahlah..”

Read more ...

Tuesday, 18 December 2012

Drama Adam & Hawa Episod 66 (Selasa)

Drama Adam & Hawa Episod 66 (Selasa) - 18 Disember 2012


Malam ni - 18 Disember, Episod 66 untuk Adam & Hawa.. Entri Adam & Hawa ni E'raz publish bagi episod-episod yang rasanya ada isu untuk E'raz tulis.. Malam ni Ain dapat tanda-tanda pregnant.. Episod 67 esok, rasanya Azie akan bawa Ain ke klinik untuk medical check up.. Apa yang nak dikatakan tentang SMS kat atas tu..

SMS nampaknya isteri sedang meminta perhatian suami.. Saat-saat dapat simptom macam tu, suami memang diperlukan untuk beri support.. Walaupun ia hanyalah drama, realiti pun sama je sebenarnya.. Kesian duk tahan sakit sorang2.. Bayangkan kalau cramp time duk sorang2.. Hohoho..  Motif entri?? Hehe..

Assalamualaikum dan Selamat Malam..

Read more ...

Thursday, 13 December 2012

(VIDEO) Parodi Drama Adam & Hawa di MeleTop! Terbaik!

(VIDEO) Parodi Drama Adam & Hawa di MeleTop! Terbaik!

Siapa yang belum tengok lagi video parodi ni? Memang terbaik lah! Suara dialih oleh Jihan dan Azrul Raja Lawak.. Try tengok dulu camne.. Pastu sila komen apa pendapat korang.. Ready untuk gelak ya.. Cool!




Read more ...

Thursday, 8 November 2012

Drama Adam & Hawa Episod 44 (Khamis)


Malam ni - 08 November, rasanya episod 44 untuk Adam dan Hawa.. Sah-sah ramai yang tengah tengok sekarang.. Kalau tak silap E'raz sebagai sinopsis untuk korang, malam ni Azie dan Johan akan kantoi dengan Ain kan.. Jika tak salah la.. E'raz sendiri pun tak tengok sebab berada di Penang sekarang.. Balik nanti la tengok apa yang di rekod.. Jalan cerita kantoi macamana tu, kena la tengok sendiri.. Tapi rasanya melalui handphone Azie yang tertinggal di rumah.. Mula la saat dua sejoli antara Ain dan Am berbaik.. Lepas ni mereka gaduh semula ke Itu hanya pembaca novel je boleh ceritakan.. Haha.. Siapa tahu?? ;)

#Dah malas layan TV malam ni..!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Read more ...

Tuesday, 18 September 2012

(GAMBAR) Gabungan Terbaru Aaron Aziz dan Nadiya Nissa : Anugerah Dendam Yang Terindah

Drama Gabungan Terbaru Aaron Aziz dan Nadiya Nissa : Anugerah Dendam Yang Terindah

Sedia maklum yang drama Adam dan Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nissa sedang rancak ditayangkan di Astro Mustika HD.. Dalam pada menonton drama berkenaan, mereka sekali lagi telah digandingkan dalam drama Anugerah Dendam Yang Terindah.. Gambar di bawah Eraz kidnap daripada Facebook Rasmi Drama Anugerah Dendam Yang Terindah.. 

Mungkinkah drama ini sehebat Adam & Hawa? Kena tunggu tayangan.. Dengarnya, drama ni adalah terbitan yang sama dengan drama Adam & Hawa iaitu Global Station Sdn Bhd.. Adakah akan ada lagu tema, OST macam Muara Hati? Tunggu dan lihat.. 





Read more ...

Thursday, 13 September 2012

Semua Tentang Nadiya Nissa, Pemilik Watak Ain Hawani Drama Adam & Hawa

Semua Tentang Nadiya Nissa, Pemilik Watak Ain Hawani Drama Adam & Hawa

2012 : Gambar Nadiya ni macam Angelina Jolie

Korang mesti dah kenal Nadiya Nissa ni kan.. Wajah wanita berusia 27 tahun ini pemilik watak Ain Hawani dalam Drama Adam & Hawa yang sedang ditayangkan di Astro Mustika HD.. Tujuan entri hanya untuk memperkenalkan Nadiya bermula dengan drama atau filem apa yang dibintangi..

1. Membintangi filem yang dilabelkan kontroversi, Dukun yang hingga kini terperap di dalam arkib..

2. Kemudiannya tampil memegang watak utama dalam filem yang menang di anugerah antarabangsa, Karaoke tetapi masih gagal menyelinap ke depan. 

3. Membintangi drama televisyen Dengan Nama Cinta, Hanya Aku, Donut, Cinta 5 Bintang, Impian Sunsilk 2 dan beberapa lagi..

4. Muncul pula sutradara terkenal, Osman Ali memberinya watak Manis menerusi filem Cun!, ia bagai titik permulaan buatnya hingga trofi Aktres Pembantu Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 tahun lalu dan Anugerah Skrin 2011 selesa di dalam genggaman!

5. Ombak Rindu menjadi taruhan sekali lagi. Walaupun filem ini mencetus fenomena hingga tersenarai kutipan tertinggi ketika itu, Nadiya masih tertinggal jauh ke belakang sebelum .....

6. Muncul pula dengan Jiwa Taiko..

7. Terkini drama Adam & Hawa.. “Alhamdulillah jika betul apa yang diperkatakan, popular dan publisiti datang berhimpit, saya bersyukur dengan rezeki ini.. Drama Adam & Hawa akan saya catatkan menjadi anjakan positif dalam profil seni saya.. Masanya sudah tiba dan kini tanggungjawab dan komitmen saya untuk menghargai setiap peluang dan ruang ini.. Sejak awal menerima skrip daripada penerbit Global Station Sdn Bhd untuk melakonkan watak Ain, saya sudah tertarik dengan plot cerita dan wataknya.. Ia adalah naskhah yang diadaptasi dari novel yang penuh emosi dan menceritakan setiap inci perasaan Ain.. Saya mudah faham dan mampu menyerapkan rasa itu ke dalam jiwa, katanya..”

8. Kini belum sempat perwatakan Ain terhakis, tawaran lain pula menyusul.. Syukurnya tak terhenti apabila bakal muncul dalam filem romantik komedi bersama Farid kamil dan Rita Rudaini berjudul Pengapit

9. Akan kembali ke lokasi penggambaran bagi melakonkan watak Elina menerusi drama siri 26 episod berjudul Cinta Jangan Pergi bersama Remy Ishak dan Tiz Zaqyah..

10. Telefilem bersama Aaron Aziz sekali lagi terbitan Global Station Sdn Bhd, Anugerah Dendam Yang Terindah akan menyusul selepas itu..

11. Dan sebelum akhir tahun ini Nadiya akan meletak sepenuh tumpuan untuk filem Bikin Filem..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Memperkenalkan Wanita Yang Bernama Nadiya Nissa
(Entri 1) (VIDEO) Drama Adam & Hawa Episod 11
(Entri 2) Tahniah! Ayu Raudhah Hamil..
(Entri 3) (VIDEO) Drama Adam & Hawa Episod 10
(Entri 4) Pendapatan Sampingan Kepada Blogger
(Entri 5) Kisah : Kerana Nafsu, Pasangan Gay Dicekup !
(Entri 6) Kes Kawan Makan Kawan ! Diikat dan Dibogel !
(Entri 7) 6 Cara Atasi atau Mengubati Kekecewaan
(Entri 8) Sofia Jane Kembali Berlakon Dalam Telefilem Jane Jamilah
(Entri 9) VIDEO Kenangan '3 Anak Beruang' dalam Full House !
(Entri 10) Sharnaaz Ahmad Jumpa Suami Noraniza Idris Kerana Panas Baran
(Entri 11) (GAMBAR) Shila Amzah Berjaya ke Final Program 'Asian Wave' di Shanghai!
(Entri 12) Ketahui Sebab Nurul Syuhada Nurul Ain Letak Jawatan
(Entri 13) 'Di Mana Joe Jambul' KEMBALI

Read more ...

Wednesday, 12 September 2012

(VIDEO) Drama Adam & Hawa Episod 11

(VIDEO) Drama Adam & Hawa Episod 11

(VIDEO) Drama Adam & Hawa Episod 11


Tiba2 terlintas untuk aku buat entri pasal Drama Adam & Hawa Episod 11 ni.. Episod 10 dan Episod 11 adalah aku rase paling menarik di antara semua episod setakat ni.. Memang tak salah produksi memilih Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani sebab sememangnya dia adalah terbaik!

"kau nak aku sepak muka kau ke ha? kuang haja laki tak guna.. jgn biar muka kau lalu depan mata aku sampai mati pun aku benci kau.."


Itu adalah dialog Ain kepada Am selepas dia tersedar dan tup2 dah dinikahkan.. Antara sorotan Drama Adam & Hawa Episod 11, korang boleh tengok VIDEO di bawah :


Manakala scene dialog diatas, korang boleh tengok ni minit 6:18 video di bawah ni..


Read more ...

Tuesday, 11 September 2012

(VIDEO) Drama Adam & Hawa Episod 10

11 September 2012 - (VIDEO) Drama Adam & Hawa Episod 10 : Scene Tangkap Khalwat Antara Am dan Ain


Mesti ramai yang menanti klimaks pertama episod awal Drama Adam & Hawa.. So malam ni adalah episod yang memaparkan scene Am dan Ain yang akan ditangkap khalwat setelah di'tangkap' bersama-sama di dalam rumah Am.. Siapa yang dah baca novel, mesti dah tahu sebab kenapa Ain memasuki rumah Am pada waktu berkenaan.. So, pada semua peminat Adam & Hawa, malam ni pukul 10 malam, jangan lupa tengok di Astro Mustika HD! Mesti ramai yang mencari link untuk download kan.. Itu Eraz tak boleh tolong.. ;)

Video di bawah merupakan himpunan scene-scene menarik yang ada didalam drama Adam & Hawa.. 

Scene malam ni ade di minit 5:50

--------------------------------------------
Read more ...

Monday, 27 August 2012

Drama Adam & Hawa

Episod 1 : Drama Adam & Hawa di Astro Mustika HD


Selesai drama Adam & Hawa malam ni.. Episod 1 berlalu dengan ....... agak slow kot.. Tak sangka jugak durasi drama ni hanya 30 minit untuk 1 episod.. Patut la banyak giler episod untuk dihabiskan.. Masa dengar2 drama ni nak dibuat, mati2 ingat Osman Ali yang direct! Tapi rupenye Feroz yang jadi director..

Nak review episod pertama, rasenye bukan kemahiran aku kot.. So ape pendapat korang..? Kite kumpulkan kt cni.. Mesti ade pelbagai pendapat lepas smua dah tengok episod 1 tadi.. Ke ade yang boleh download drama ni di internet.. Youtube, maybe ade la tu nanti..

Yang paling menarik skang ni ialah OST drama Adam & Hawa ni.. Gabungan Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz AF7.. Tajuk lagu tu ialah Muara Hati.. Betul kan? Dah ada kat youtube kalau korang nak layan.. MP3 pun dah boleh download dah.. Korang search je.. Termasuk lah lirik.. Mula2 heran jugak cmne Siti leh nyanyi lagu OST ni.. Rupe2nye, kak ipar dia penerbit.. Patutlaaaa... :-)

Tentang pelakon, memang pelakon dah ada nama.. Aaron Aziz memang tak payah sebut la.. Heroin, memang pelakon ni sangat berbakat.. Sebelum ni dah menang dua anugerah.. Dua2 untuk filem Cun.. Nadiya Nissa.. Kalau korang perasan, di blog ni memang ada entri memperkenalkan Nadiya Nisa (KLIK untuk info tentang Nadiya).. Anzalna? Pun korang dah kenal.. Makeup memang buat dia nampak garang! haha.. Just for info, di awal kemunculan Nadiya Nissa dulu, dia pernah berlakon dalam video klip BISAKAH nyanyian Dato' CT..

Ape2 pun, layan je la untuk episod 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan seterusnye.. Watak Ain sekarang tengah ceria2 lagi.. Mungkin lepas ni akan mula sisi sedih dia.. Layaaaannnnn.. Idea asal entri ni adalah kerana terkejut 1 episod hanya setengah jam.. Sekali dah panjang berjela karang.. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Read more ...

Saturday, 25 August 2012

Drama Adam & Hawa di Astro Mustika HD

Sinopsis Drama Adam & Hawa di Astro Mustika HD Lakonan Aaron Aziz, Nadia Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Norman Hakim, Amyza Adnan, Aznah Hamid, Rozie Rashid 


Mesti korang dah lama dengar tentang drama bersiri 80 episod Adam & Hawa terbitan Global Station Sdn Bhd ni kan.. Sekarang dah keluar iklan promo di Astro Mustika HD.. Giler clear gambar bila tengok di TV HD.. Drama ni akan dimainkan di saluran 134 setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 ini..

Drama ni lakonan Aaron Aziz, Nadia Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Norman Hakim, Amyza Adnan, Aznah Hamid, Rozie Rashid.. Sedia maklum drama ni diadaptasi daripada novel penulis Aisha Sofea ini.. Selain ni lagu tema drama ni ialah Muara Hati nyanyian Dato' Siti Nurhaliza dengan Hafiz..

Sinopsis Adam dan Hawa

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadika milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin.. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi..

Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam.. Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy..

Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam.. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela..

Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.. Akhirnya mereka berkahwin, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami..

Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun.. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah.. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam..

SUMBER

Read more ...

Wednesday, 21 March 2012

Nadiya Nisa Sebagai Ain Hawani..

Drama Adam & Hawa

Sumber Gambar : Facebook 

Pelakon utama drama ini adalah Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nissa sebagai watak Ain Hawani.. Aku difahamkan, drama ni 80 episod.. Cam tak percaya la Nadiya Nisa yang jadi heroin drama ni.. Ape-ape pun, Good Luck semua.. Lakonan Nadiya Nisa memang best.. Terbukti sebab dia pernah menang di Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia untuk Filem Cun..

Entri tentang Nadiya Nisa :

Entri menarik yang perlu korang terjah :
Read more ...

Monday, 21 November 2011

Wanita Yang Bernama Nadiya Nisa (Nadia Nisa)


Suddenly the name of 'Nadiya Nisa' became famous after she won the Best Supporting Actress at Anugerah  Skrin in 2011 and 'Pelakon Wanita Harapan' at FFM24 for her starring film 'Cun'. I began to realize the existence of Nadiya time she was involved in the music video 'Bisakah - Dato' Siti Nurhaliza'. After that, she appeared in the drama 'Impian' (TV3). Try to watch a video clip below :


More stories in the 'Harian Metro' and  'Berita Harian'.

Translation in Bahasa Melayu : "Tiba-tiba nama 'Nadiya Nisa' menjadi terkenal selepas dia menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Anugerah Skrin (ASK) 2011 dan Pelakon Wanita Harapan untuk FFM24 bagi filem Cun. Aku mula sedar kewujudan Nadiya semasa dia terlibat dalam video klip 'Bisakah - Dato' Siti Nurhaliza'. Lepas itu muncul dalam drama 'Impian' (TV3)."
Read more ...