Showing posts with label Elfaeza Ul Haq. Show all posts
Showing posts with label Elfaeza Ul Haq. Show all posts

Wednesday, 16 January 2013

Elfaeza Ul Haq & Dazrin Kamarudin Kena Serang!

OPPS ! Adam & Hawa


Siapa ada tengok rancangan Opps! Adam & Hawa semalam? Mesti ada yang ingin adegan Elfaeza Ul Haq (Azie) & Dazrin Kamarudin (Johan) kena serang dengan tepung.. Penyerangnya adalah krew-krew drama Adam & Hawa.. Tak sure la apa sebabnya.. Si Nadiya Nisaa (Ain Hawani) pula lari lintang pukang sambil bawak rambutan.. Rasanya video ni mesti dah ada kat Youtube! Terjah! Kredit : Facebook

Read more ...

Thursday, 10 January 2013

Episod Akhir Drama Adam & Hawa

Episod Akhir (80) Drama Adam & Hawa

Episod Akhir Drama Adam & Hawa

Episod Akhir Drama Adam & Hawa

Episod Akhir Drama Adam & Hawa

Assalamualaikum.. Sedia maklum, ramai yang sudah tahu malam ini merupakan episod 80 atau dengan kata lain, episod akhir untuk drama siri Adam & Hawa.. Gambar-gambar di atas merupakan Sidang Media Prebiu Episod Akhir Adam Hawa.. Kredit pada page facebook Adam & Hawa.. Siapa yang dah tahu jalan cerita atau sinopsis episod akhir drama Adam & Hawa? Siapa yang baca novel, mesti dah tahu.. 

Pihak produksi dengan istimewanya buat satu event sempena episod akhir drama Adam & Hawa ni.. Ini kata penerbit drama ini, Datin Zaiton Muhd Jiwa, “Datanglah ke Kari Kepala Ikan Kampung Pandan di Jalan Yap Kwan Seng malam nanti…Kita tonton Adam dan Hawa ramai-ramai…Meriah sikit…tapi jangan sampai mencetuskan huru hara sudahlah..”

Read more ...

Saturday, 25 August 2012

Drama Adam & Hawa di Astro Mustika HD

Sinopsis Drama Adam & Hawa di Astro Mustika HD Lakonan Aaron Aziz, Nadia Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Norman Hakim, Amyza Adnan, Aznah Hamid, Rozie Rashid 


Mesti korang dah lama dengar tentang drama bersiri 80 episod Adam & Hawa terbitan Global Station Sdn Bhd ni kan.. Sekarang dah keluar iklan promo di Astro Mustika HD.. Giler clear gambar bila tengok di TV HD.. Drama ni akan dimainkan di saluran 134 setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 ini..

Drama ni lakonan Aaron Aziz, Nadia Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Norman Hakim, Amyza Adnan, Aznah Hamid, Rozie Rashid.. Sedia maklum drama ni diadaptasi daripada novel penulis Aisha Sofea ini.. Selain ni lagu tema drama ni ialah Muara Hati nyanyian Dato' Siti Nurhaliza dengan Hafiz..

Sinopsis Adam dan Hawa

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadika milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin.. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi..

Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam.. Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy..

Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam.. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela..

Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.. Akhirnya mereka berkahwin, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami..

Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun.. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah.. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam..

SUMBER

Read more ...