Assalamualaikum w.b.t.. Baru dapat tahu dari Instagram @kelateku .. Ada program Bicara Selebriti di Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan malam ni, 12 September 2014.. Mengikut iklan tu, ramai juga yang terlibat.. Antaranya Neelofa, Eja, Ahmad Idham, Ustazah Fatimah Syarha dan Amin Idris.. Pernah dulu sekali pergi di tempat yang sama untuk program Bicara Selebriti ni.. Jemputannya orang lain la.. Memang penuh dan isunya pun menarik.. Malam ni macam tak kesampaian kot sebab tahu pun last minit.. Dan Zara pun masih kecil.. Susah la nak pergi ke tempat yang ramai orang..
Showing posts with label Neelofa. Show all posts
Showing posts with label Neelofa. Show all posts
Friday, 12 September 2014
Thursday, 13 December 2012
Tuesday, 14 August 2012
Rentetan Berita, 'Datuk Yusof Haslam Tegur Neelofa' : Mereka Ceritakan Kisah Disebalik !
Rentetan Berita, Datuk Yusof Haslam Tegur Neelofa : Mereka Ceritakan Kisah Disebalik !
Rentetan Artikel 'Datuk Yusof Haslam Tegur Neelofa'
Kenyataan Neelofa
"Ramai yang tidak tahu bahawa keluarga saya dan uncle (panggilan buat Yusof) saling kenal mengenali dan kami mempunyai hubungan yang agak rapat.. Selama ini pun saya banyak minta tunjuk ajar daripadanya dan apa saja teguran atau nasihat yang diberi, saya terima kerana dah anggap beliau macam bapa sendiri.. Sebab itu saya selesa memanggilnya uncle.. Rasanya, berita tentang teguran uncle yang dikeluarkan Ahad lalu sengaja diperbesarkan oleh pihak ketiga.."
Neelofa menganggap teguran Datuk Yusof terhadapnya seperti yang disiarkan sebuah akhbar pada Ahad lalu bukanlah satu isu besar sebaliknya ia adalah nasihat daripada bapa kepada seorang anak.. Neelofa berkata dia tidak berkecil hati dengan teguran yang diterima daripada orang yang berpengalaman seperti Yusof, lebih-lebih lagi hubungan mereka akrab seperti sebuah keluarga.
Ahad lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan teguran Yusof terhadap sikap Neelofa yang dikatakan enggan memberi kerjasama mempromosikan filem Saya Amat Mencintaimu (S.A.M) terbitan Skop Production selain tidak hadir ke pelancaran filem itu.. Dalam artikel tersebut, Neelofa turut dikatakan tidak mengendahkan tawaran watak utama dalam sebuah filem baru terbitan produksi tersebut.
Dalam pada itu, tambah Neelofa, ketiadaannya ketika majlis pelancaran filem S.A.M pada 16 Julai lalu itu bukan sengaja dibuat-buat sebaliknya ketika itu dia berada di tanah suci Mekah menjalani penggambaran drama Kau Yang Terindah..
Kenyataan Datuk Yusof Haslam
"Sebenarnya ia sekadar perbualan biasa antara saya dengan wartawan dan saya tak mahu perkara seperti itu diperbesarkan.. Mengenai teguran tersebut, ia juga bukan niat saya untuk menjatuhkan atau memalukan Neelofa. Saya lihat dia mempunyai potensi besar untuk bergelar bintang.. Apabila dilihat ada beberapa perkara yang tidak kena, saya tegurlah.. Diharap, teguran itu diterima dengan positif. Sebagai orang muda, bukan sahaja Neelofa, sebaliknya semua artis perlu bersikap positif untuk menerima teguran dengan hati terbuka jika hendak berjaya.."
Datuk Yusof Haslam yang dihubungi mStar Online pada Isnin berkata, dia tiada niat mahu memburukkan pelakon itu yang sudah pun dianggap seperti anak sendiri.. Sebaliknya kenyataan tersebut dibuat ketika beliau “berborak kosong” dengan wartawan akhbar berkenaan.
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
(Entri 1) Datuk Yusof Haslam Tegur Neelofa
(Entri 2) Giliran Ayu Raudhah Bertudung?
(Entri 3) Maksud Disebalik Nama Pandelela Rinong Pamg
(Entri 4) Ceramah Ustaz Azhar Idrus Menjawab Isu Ambil Wuduk Dalam Bogel
(Entri 5) (6 GAMBAR) Siti Nurhaliza Jalani Ujian Lesen Memandu
(Entri 1) Datuk Yusof Haslam Tegur Neelofa
(Entri 2) Giliran Ayu Raudhah Bertudung?
(Entri 3) Maksud Disebalik Nama Pandelela Rinong Pamg
(Entri 4) Ceramah Ustaz Azhar Idrus Menjawab Isu Ambil Wuduk Dalam Bogel
(Entri 5) (6 GAMBAR) Siti Nurhaliza Jalani Ujian Lesen Memandu
Sunday, 12 August 2012
Datuk Yusof Haslam Tegur Neelofa
Datuk Yusof Haslam Tegur Neelofa
Sesuatu yang menarik aku terbaca di paper online ni.. Iaitu tentang Datuk Yusof Haslam Tegur Neelofa.. Jom baca dengan lebih detail lagi.. PENGURUS Neelofa, Amir meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berikutan tersebarnya kenyataan Datuk Yusof Haslam menegur Neelofa supaya ‘Jangan Lupa Diri’..
“Kenyataan rasmi akan dibuat Neelofa dalam jangka masa terdekat dan segala spekulasi mengenai perkara itu harap dapat dihentikan..”
Perkara ini tercetus apabila Yusof, Pengarah Urusan Skop Productions mengeluarkan kenyataan ‘Jangan lupa diri’ ke atas Neelofa.. Yusof dikatakan bengang dengan sikap bekas juara Dewi Remaja itu yang tidak mahu memberikan kerjasama mempromosikan filem terbaru lakonannya, S.A.M yang bakal menemui penonton pada 16 Ogos ini..
Menurut laporan itu juga, Neelofa dikatakan enggan turut serta mempromosikan filem terbabit kerana dia hanya memegang peranan kecil sahaja dalam filem arahan pengarah termuda negara, Syafiq Yusof itu.. Selain itu, Neelofa turut didakwa enggan menjawab atau melayan segala panggilan yang dibuat pihak Skop Productions terhadapnya sehingga menyusahkan mereka untuk berkomunikasi dengannya.. SUMBER
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
(Entri 1) NGERI : Hampir Hancur Tangan dan Melecur Dengan Mata Kabur AKIBAT Mercun!
(Entri 2) Giliran Ayu Raudhah Bertudung?
(Entri 3) Ceramah Ustaz Azhar Idrus Menjawab Isu Ambil Wuduk Dalam Bogel
(Entri 4) Maksud Disebalik Nama Pandelela Rinong Pamg
(Entri 5) (6 GAMBAR) Siti Nurhaliza Jalani Ujian Lesen Memandu
(Entri 6) KISAH Sharifah Sofia Dihalau Dari Disko Kerana Muncul Berhijab
(Entri 1) NGERI : Hampir Hancur Tangan dan Melecur Dengan Mata Kabur AKIBAT Mercun!
(Entri 2) Giliran Ayu Raudhah Bertudung?
(Entri 3) Ceramah Ustaz Azhar Idrus Menjawab Isu Ambil Wuduk Dalam Bogel
(Entri 4) Maksud Disebalik Nama Pandelela Rinong Pamg
(Entri 5) (6 GAMBAR) Siti Nurhaliza Jalani Ujian Lesen Memandu
(Entri 6) KISAH Sharifah Sofia Dihalau Dari Disko Kerana Muncul Berhijab
Saturday, 23 June 2012
KENYATAAN Balas ANZALNA : Enggan Balas Notis Tuntutan Peguam Neelofa, Jumpa di mahkamah
RENTETAN Artikel "Anzalna Bidas Neelofa" di Berita Minggu, Neelofa Beri Anzalna Seminggu Jawab Tuduhan Fitnah Tetapi Anzalna Enggan Balas Notis Tuntutan Peguam Neelofa, Jumpa di mahkamah
DUA-DUA MANIS BERTUDUNG..
Akhirnya Anzalna atau nama sebenar Anzalna Nasir bersuara dengan menyatakan enggan membalas notis tuntutan kepada peguam Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor walaupun tempoh seminggu yang diberi kepada Anzalna, berakhir semalam.. Dalam masa yang sama, Anzalna menyerahkan isu kemelut yang dihadapinya kepada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) untuk diselesaikan.
“Kalau Neelofa berkeras nak bawa kes ini ke mahkamah, silakan.. Ini kerana saya sudah bersiap sedia dengan bukti.. Atas nasihat SENIMAN, saya tidak akan membalas notis diberi.. SENIMAN mahu membantu menyelesaikan masalah ini.. Jadi saya akan serahkan kepada SENIMAN untuk menguruskannya.. Malah persatuan itu ada peguamnya sendiri..”
Menurut Anzalna, SENIMAN belum memaklumkan tarikh pertemuan atau mesyuarat tertutup antara dirinya, Neelofa dan Tasha Shilla seperti dirancang SENIMAN..
“Saya belum bertemu Neelofa dan kita masih menunggu laporan Biro Aduan, Pemantauan dan Perundingan SENIMAN. Apabila laporan itu sudah keluar dan tarikh ditentukan, kita akan duduk bersemuka dan berbincang dengan ketiga-tiga mereka,” kata Presiden SENIMAN, Zed Zaidi..
Sumber Asal
Wednesday, 13 June 2012
RENTETAN Artikel "Anzalna Bidas Neelofa" di Berita Minggu, Neelofa Beri Anzalna Seminggu Jawab Tuduhan Fitnah
RENTETAN Artikel "Anzalna Bidas Neelofa" di Berita Minggu, Neelofa Beri Anzalna Seminggu Jawab Tuduhan Fitnah
Neelofa melalui peguamnya telah mengeluarkan notis tuntutan meminta bukti dan penjelasan daripada Anzalna terhadap kenyataannya yang berbaur fitnah dalam artikel bertajuk "Anzalna Bidas Neelofa" yang tersiar menerusi akhbar Berita Minggu pada 10 Jun 2012.. Anzalna diberi tempoh selama tujuh hari untuk memberikan surat tuntutan balas daripada pihaknya..
Neelofa beritahu, "Segala tuduhan yang dilemparkan dalam akhbar berkenaan adalah seratus peratus tidak benar.. Sekiranya Anzalna gagal memberikan surat tuntutan balas serta mengemukakan bukti dan penjelasan terhadap kenyataannya itu, dia akan dikenakan tindakan seterusnya.. Saya harap dia memberikan kerjasama.."
Tuntutan meminta bukti dan penjelasan itu dilakukan agar dia dapat membersihkan namanya yang mungkin akan terjejas pada masa akan datang..
Sedikit info, pergaduhan kedua-dua artis tersebut dikatakan tercetus ketika Neelofa dan Anzalna masih lagi dalam pertandingan pencarian Dewi Remaja pada tahun 2010.. Dalam isi kandungan artikel yang disiarkan Berita Minggu itu, Anzalna turut mendakwa Neelofa pernah menghina keluarganya selain seorang yang busuk hati.. Malah, Anzalna dilaporkan turut menuduh pelakon filem Azura 2012 itu mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna” selain dikatakan diugut oleh Neelofa jika dia memenangi pertandingan Dewi Remaja itu.
SUMBER
SIAPA YANG NAK TENGOK DRAMA LAKONAN NEELOFA, BOLEH TENGOK TV9 SEKARANG.. DRAMA 'JANJI JUJUR SEPI'.. SINOPSIS : Andy sanggup menaiki LRT setiap pagi selama tujuh bulan semata-mata untuk melihat Dhea kerana dia jatuh cinta pada Dhea.. Namun perasaan malu membataskan keinginan Andy untuk berkenalan dengan Dhea.. Drama ni lakonan Neelofa, Beto Kusyairy, Shah Iskandar, Izreen Azminda..
SIAPA YANG NAK TENGOK DRAMA LAKONAN NEELOFA, BOLEH TENGOK TV9 SEKARANG.. DRAMA 'JANJI JUJUR SEPI'.. SINOPSIS : Andy sanggup menaiki LRT setiap pagi selama tujuh bulan semata-mata untuk melihat Dhea kerana dia jatuh cinta pada Dhea.. Namun perasaan malu membataskan keinginan Andy untuk berkenalan dengan Dhea.. Drama ni lakonan Neelofa, Beto Kusyairy, Shah Iskandar, Izreen Azminda..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Berpeluang menang RM20,000
2. Promosi SenHeng
1. Berpeluang menang RM20,000
2. Promosi SenHeng
Posted by
ERAZ FADLI
at
9:59 pm
No comments:
Labels:
Anzalna,
Beto Kusyairy,
Izreen Azminda,
Janji Jujur Sepi,
Neelofa,
Shah Iskandar
Sunday, 29 April 2012
Mak Lawa, Anak Cun : Kisah Neelofa, Rozita Che Wan, Anzalna
Mak Lawa, Anak Cun : Kisah Neelofa, Rozita Che Wan, Anzalna (Metro Ahad)
Korang ada beli Metro Ahad hari ni? Muka depan nya sama cam gambar di bawah.. Kisah Mak Lawa, Anak Cun : Kisah Neelofa, Rozita Che Wan, Anzalna.. "Selain bersyukur dengan kurniaan Ilahi, ibu bapa tiga artis tanah air, mendedahkan petua bagi memastikan anak gadis mereka terus mewarisi kecantikan keluarga.."
Berita penuh, memang korang kena beli Metro la.. Ade 4 muka surat yang menceritakan kisah mereka beserta gambar..
WARISI KECANTIKAN... Neelofa bersama keluarga.
Antara petikan Metro Ahad..
BUKAN calang-calang wanita yang masih disunting agensi model untuk menjadi peragawati pada usia mencecah 32 tahun dan sudah punya lima anak.
Itulah pengalaman dilalui Noor Kartini Noor Mohamed, 46, yang dikatakan memiliki kecantikan luar biasa dan menjadi buah mulut masyarakat, terutama di Pasir Mas, Kelantan, satu ketika dulu.
Malah, dalam tempoh lima tahun aktif sebagai peragawati, ibu kepada 10 cahaya mata itu beberapa kali menjadi penghias kulit muka depan majalah wanita terkemuka tempatan.
Legasi kecantikan dimiliki Kartini kemudian diwarisi anaknya, Noor Neelofa Mohd Noor, 24, atau lebih mesra disapa Lofa, malah jika dilihat gambar pada waktu muda, ternyata wajah dua beranak ini tidak banyak berbeza.
Menceritakan kecantikan dimiliki, Kartini berkata, dia mensyukuri kelebihan diberikan Allah kepadanya serta keluarga dan ia diwarisi turun-temurun.
“Saya tidak pernah berasakan diri cantik, namun apabila orang memuji, saya bersyukur. Maklumlah, kalau hendak kata cantik, ada di kalangan ahli keluarga lain mahupun saudara-mara juga tidak kurang cantiknya. Bagaimanapun, kata orang, kecantikan itu subjektif dan orang luar yang menilainya,” katanya kepada Metro Ahad.
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :
2. Lelaki Kacak
Saturday, 21 April 2012
Neelofa : Dewi Remaja 2010 - Mahu Cipta Kejayaan
Neelofa : Dewi Remaja 2010 - Mahu Cipta Kejayaan
Dimana silapnya kehadiran Lofa? Filem pertama kurang berjaya.. Tewas pada Tasha Shilla untuk Artis Baru Wanita Popular di ABPBH 2011.. Mungkinkah tahun 2012 bakal menyinar untuk Lofa? Kita tunggu dan lihat.. Jom baca keratan akhbar ini..
TERSENARAI sebagai juara pertandingan Dewi Remaja 2010, nyata langkah Neelofa dalam bidang seni begitu lancar.
Namanya bukan sahaja mekar mewarnai industri perfileman dan drama tempatan malah menjadi pilihan penerbit untuk diangkat sebagai pengacara televisyen.
Malah berbekalkan wajah yang jelita, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor juga sering dipilih menjadi gadis penghias muka depan majalah serta produk kecantikan.
Meskipun pada ketika filem sulung lakonannya, Azura masih belum ditayangkan dan bakatnya dalam bidang seni masih belum terbukti, Neelofa tetap menjadi rebutan penerbit.
Tahun lalu menyaksikan rezeki murah Neelofa dalam seni lakon apabila mendapat pelbagai peluang berlakon drama antaranya Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta dan Lara & Jiwa.
Namun apakan daya, filem sulung penampilannya yang diharap dapat melonjakkan namanya di persada seni tidak mendapat sambutan memberansangkan.
Gandingannya bersama aktor Shahrizal Jaszle dalam filem yang menjalani penggambaran di Paris itu hanya mampu mengaut kutipan sekitar RM900,000 berbanding kos produksi sebanyak RM1.8 juta.
Dan kegagalan mengutip kutipan cemerlang bagi filem arahan Aziz M. Osman itu nyata sedikit menyentuh emosi gadis berusia 23 tahun ini.
Pun begitu bagi anak ketiga daripada sembilan beradik itu, meskipun Azura telah gagal mencapai sasaran namun ia bukanlah penamat buat kerjaya yang baru diceburinya.
“Memanglah sedih bila filem sulung lakonan Lofa tidak berjaya seperti yang diharapkan. Namun menerusi Azura, Lofa dapat banyak pengalaman tentang dunia lakonan.
“Azura bukan sahaja memperkenalkan Lofa dalam industri perfileman malah filem itu juga membuka ruang dan menjadi jambatan untuk Lofa bergerak dalam bidang ini,” katanya optimis.
Lantaran itu, Neelofa tidak mahu terus dirundung duka atau menoleh ke belakang kerana dia lebih senang mengambil sikap positif.
kata Neelofa, mungkin sahaja rezekinya belum sampai untuk meraih kejayaan cemerlang seperti artis lain.
“Lofa tidak kisah bermula dari bawah jika itu yang diperlukan terutama untuk mendapat pengiktirafan sebagai pelakon terbaik.
“Lagipun untuk menjadi pelakon terbaik, bukan boleh dipupuk dalam waktu terdekat.
“Insya-Allah, di masa akan datang, Lofa akan menjadi seorang pelakon yang lebih baik dari sekarang,” katanya bersungguh.
Mengakui tidak pernah merancang untuk bergelar artis, Neelofa berkata, alang-alang menyertai dunia seni, dia tidak akan berundur malah akan terus memandang jauh ke hadapan serta mengambil setiap kesempatan dan peluang yang terbentang untuknya mengembangkan bakat.
Malah dia berasakan dirinya amat bertuah kerana biarpun baru setahun jagung bergelar anak seni namun sudah diberi kepercayaan untuk mengendali program kesukaan ramai iaitu Nona.
“Lofa percaya ramai yang ingin berada di tempat Lofa (pengacara Nona) tapi mungkin sudah ditakdirkan ia menjadi milik Lofa ketika ini.
“Lofa bersyukur sangat dapat menjadi hos Nona kerana secara tidak langsung ia membantu mengukuhkan lagi kehadiran Lofa dalam bidang ini dan orang pun semakin kenal,” katanya.
------------------------------------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :
2. Lelaki Kacak
Subscribe to:
Posts (Atom)








