Showing posts with label Salam Aidiladha. Show all posts
Showing posts with label Salam Aidiladha. Show all posts

Thursday, 24 September 2015

Cuaca Redup di pagi AidilAdha 2015


Assalamualaikum w.b.t.. Di pagi 24 September 2015, 10 Zulhijjah 1436, cuaca memang redup, sejuk dan mendung.. Tak pasti samada akan hujan atau tak sekejap lagi.. Bermula dengan pagi raya di Kota Bharu, then balik kampung di Machang tengahari ni.. Alhamdulillah, di hari raya AidilAdha kali ni, semua sihat walafiat dan dapat menyambut AidilAdha bersama-sama.. Doakan perjalanan kami ulang alik dari Kota Bharu - Machang tiada apa-apa halangan.. Insyaallah.. 

Hari Raya Aidiladha kali ni jatuh pada hari Jumaat dan Kelantan memang seperti biasa dapat cuti dua hari termasuk Jumaat.. Kalau cuti dah Jumaat Sabtu macam biasa, memang tiada gantiaan la.. Tapi bagi Eraz yang memang kerja Jumaat Sabtu, kira extra la sehari tapi Sabtu pejabat dah on.. Orang lain Ahad baru office on.. 

Semoga Raya Aidil Adha tahun ini menjadi yang paling bermakna buat kita semua.. Sama-sama kita memanfaatkan.. Wassalam..

#erazfadlidotcom #kelabbloggerbenashaari
Read more ...

Wednesday, 16 October 2013

Balik asal malam ni..


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, malam ni dah 'balik asal' semula yang mana tidur kat rumah sendiri.. Biasa la, bila kampung Eraz dan isteri dekat-dekat, senang nak balik kampung kan.. Disebabkan cuti Aidiladha ni tak lama, 2 hari je, so bahagi-bahagi.. Malam raya dan raya pertama, balik tidur rumah family Eraz.. Malam raya pertama dan raya kedua, balik rumah mertua..

So malam ni, kami bertiga balik asal ke rumah kami.. Alhamdulillah.. Walaupun ada sikit penat ke situ sini dengan barang-barang yang bertambah banyak lepas lahirnya Zara, yang penting happy dapat berkumpul dengan family.. Ambil peluang untuk berkumpul ramai-ramai..

#Tamat cuti wajib 2 hari untuk Aidiladha 2013..

Read more ...

Imbas Pengorbanan ..


Apakah erti cinta tanpa pengorbanan..

Apakah erti jihad tanpa pengorbanan..

Apakah erti pengorban tanpa perubahan..

Assalamualaikum w.b.t.. Sempena hari raya Korban hari ni, sama-samalah kita hayati apakah erti pengorbanan dalam hidup kita.. Jom kita fikir sejenak.. Pengorbanan boleh berlaku dalam apa perkara sekali pun.. Adakah kita pernah berkorban? Adakah orang lain pernah berkorban untuk kita? Wassalam..

Read more ...

Berhati-hati makan daging korban ..

(Gambar Hiasan)

Assalamualaikum w.b.t.. Berhati-hati makan daging korban? Bukan maksud Eraz tak boleh makan daging korban.. Tapi bagi pakcik-pakcik, makcik-makcik, kawan-kawan yang ada darah tinggi tu, kena la berhati-hati.. Kang tak pasal-pasal di musim hari raya Aidiladha ni, kena pegi klinik atau hospital..

Ramai yang selalunya sakit kepala di musim Aidiladha ni.. Rasanya mesti sebab banyak makn daging kot.. So berhati-hatilah! Adios Amigos.. 

Read more ...

Abah kecewa ..


Assalamualaikum w.b.t.. Serius nampak abah kecewa semalam.. Ini semua disebabkan oleh lembu yang nak dikorbankan.. Dah la janji tak ditepati.. Masa mula-mula nak beli lembu untuk dikorbankan tu, Abah dah pergi tengok lembu tu.. Isteri penjual tu yang tunjukkan lembu berkenaan.. OK je.. Bila duit dah bayar, tunggu punya tunggu, sampai la maghrib malam raya, baru la lembu tu sampai..

Alhamdulillah la kan sebab dah sampai tapi.. Ada tapinya.. Lembu yang sampai tu, alahai, kurus! Itu yang buat Abah kecewa.. Dah janji dengan pemegang bahagian yang lain dengan harga sekian sekian sebab lembu tu 'cantik' kan.. Tapi bila dah sampai dengan lembu yang kurus, Abah kecewa.. Camne kalau orang nampak dan fikir bila tengok lembu tu kurus.. So. Abah terpaksa turunkan harga supaya pemegang bahagian la puas hati..

Abah memang setiap tahun korban kan lembu.. Tapi berkongsi dengan orang lain dengan bahagi bahagian masing-masing.. Selalunya memang Abah akan beli awal dan pelihara dulu bagi berisi sikit.. Baru la puas hati nak buat korban kan.. Tapi sebaliknya kali ni kerana orang yang jual lembu tu buat hal, dah la hantar lambat, hantar lembu kurus pulak..

#Nampak Abah kecewa..

Read more ...

Mungkin ada yang terlepas ..


Assalamualaikum w.b.t.. Pasti ada yang sudah masuk kerja hari ni.. Eraz masih lagi bercuti untuk hari ke-2.. Alhamdulillah.. Sebelum memulakan entri hari ke-2 Aidiladha ni, Eraz nak himpunkan dulu semua entri di blog ERAZ FADLI untuk semalam.. Terutama sekali untuk entri persoalan kenapa hari raya Aidiladha ni sangat meriah di Kelantan kan.. Menarik untuk di baca..

  1. Salam Aidiladha !!!!
  2. Selamat Menunaikan Solat Sunat Aidiladha ..
  3. Baru sekali dalam seumur hidup !
  4. Kenapa Aidiladha Meriah di Kelantan
  5. Masa ni la nak ambil peluang !
  6. Jom layan Cinta Mat Semperit

Wassalam..

#Untuk siapa-siapa yang berminat.. :)

Read more ...

Tuesday, 15 October 2013

Masa ni la nak ambil peluang !


Assalamualaikum w.b.t.. Masa-masa macam ni la satu family besar nak berkumpul.. Selain hari raya Aidilfitri, hari raya Aidiladha la salah satunya.. Tapi alhamdulillah, kalau ada cuti umum, berjaya juga kami berkumpul.. 6 daripada 7 adik beradik Eraz, semua berkeluarga di Kelantan.. Semua dah kahwin, ada anak-anak.. Jadi, kalau dah berkumpul, memang nampak macam satu kampung sebab bercampur dengan anak-anak buah kan..

#Hanya seorang daripada adik beradik Eraz yang tinggal di KL..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Kenapa Aidiladha Meriah di Kelantan


Kenapa Aidiladha Meriah di Kelantan | Assalamualaikum w.b.t.. Ramai yang bertanya kenapa hari raya Aidiladha sangat meriah di Kelantan.. Cuti pun dapat dua hari kan.. Eraz jemput korang baca entri di blog INI..

Dah baca? Eraz rasa memang terjawab soalan 'Kenapa Aidiladha Meriah di Kelantan'.. Betul tak? Sebab lembu korban 7 bahagian tu memang sangat tepat.. Masing-masing yang turun menyempurnakan lembu korban tu.. Sebab-sebab lain pun sama..

Tuan rumah juga selalunya akan masak yang ringkas-ringkas untuk dijemu kepada semua.. Mereka akan menjamu selera selepas aktiviti penyembelihan lembu selesai..

Read more ...

Baru sekali dalam seumur hidup !


Assalamualaikum w.b.t.. Seingat Eraz la, rasa macam baru sekali dalam hidup ni, Eraz tak balik beraya Aidiladha kat kampung.. Itu pun masa first time menjejak kaki di Kolej Matrikulasi Melaka.. Masa tu program setahun je lepas tu raya Aidiladha kat sana kan cuti sehari je.. Kebetulan kena pula di tengah-tengah minggu..

Masa tu, bangun pagi-pagi pergi solat sunat raya Aidiladha then join program sembelih lembu.. Tak lama kat situ, sakit kepala.. Mungkin tengah panas dan bau banyak darah kot.. Bercampur first time tak dapat balik kampung.. Haha.. Naik ke bilik, tidur kot.. Lepas tu dah lupa apa berlaku..

Panjang pula ceritanya.. Padahal nak cerita tentang first time tak balik raya haji je pun.. Lepas daripada tu, memang Eraz balik kalau raya Haji.. Masa belajar kat USM, balik! Hehe..

#Salam Aidiladha semua!!

Read more ...

Selamat Menunaikan Solat Sunat Aidiladha ..

Selamat Menunaikan Solat Sunat Aidiladha

Assalamualaikum w.b.t.. Eraz sekeluarga nak ucapkan Salam Aidiladha untuk semua yang sempat membaca entri ini.. Jom pergi menunaikan Solat Sunat Aidiladha sebelum kita semua bersedia untuk menumbangkan lembu-lembu yang ada..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Read more ...

Monday, 14 October 2013

Salam Aidiladha !!!!

Salam Aidiladha

Assalamualaiku w.b.t.. Esok dah Hari Raya Aidiladha.. Atau dengan perkataan lain, Hari Raya Haji.. Diharapkan Hari Raya Aidiladha 2013 kali ni menjadi tahun yang paling BEST dan penuh kenangan pada semua.. Esok jom pakat-pakat join orang sembelih lembu! Tak tak join sembelih, tengok pun OK.. Memeriahkan suasana..

#Amalan di Kelantan

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Friday, 11 October 2013

Impak nak raya Haji !


Assalamualaikum w.b.t.. Walaupun hari raya Haji boleh dikatakan lambat lagi sebab Selasa kan, tapi jalan raya di Kelantan semalam dah dipenuhi kereta.. Ini bukan sebab perantau sangat kot, tapi orang-orang sini je mungkin.. Hari ni Jumaat, Kelantan cuti hujung minggu kan.. So mungkin ramai yang akan ambl cuti Ahad Isnin then sambung raya.. Mungkin la..

Sebabnya salah seorang kawan di Facebook share satu gambar yang di snap semasa perjalanan pulang dari kerja semalam, nampak teruk juga jammed.. Eraz pun akan lalu jalan tu juga nanti masa nak balik umah Ma Abah.. Jammed memang tak dapat dielakkan di Kelantan jika hari perayaan tiba..

#Masih bekerja Jumaat, Sabtu, Isnin (sehari sebelum raya).. Orang berhujung minggu Jumaat Sabtu.. Eraz berhujung minggu di pejabat! Hehe.. Salam Aidiladha 2013..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Sunday, 6 October 2013

Tarikh Aidiladha / Hari Raya Haji 2013

Tarikh Aidiladha / Hari Raya Haji 2013

Tarikh Aidiladha / Hari Raya Haji 2013 | Assalamualaikum w.b.t.. Sedia maklum, pasti ramai yang dah tahu yang kita sebagai umat islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Haji atau Aidiladha pada 15 Oktober 2013 ini iaitu hari Selasa ianya berikutan 01 Zulhijah 1434 Hijrah jatuh pada 6 Oktober 2013 Masihi.. Entri ini bagi siapa-siapa yang belum mendapat berita.. Semalam dah diumumkan tarikh hari raya haji atau Aidiladha 2013 ni.. 

Selasa dan 15 Oktober 2013 merupakan tarikh hari raya haji atau Aidiladha 2013, bermakna ianya jatuh pada tengah-tengah minggu.. Sure ramai yang akan mohon cuti Isnin tu kan.. Tapi lupa, selain daripada Kelantan, cuti Raya Haji sehari je kan.. Kami di Kelantan, 2 hari!

Read more ...