Showing posts with label Eraz Fadli. Show all posts
Showing posts with label Eraz Fadli. Show all posts

Sunday, 2 June 2013

Dialog malam ni ...

Assalamualaikum w.b.t.. Santai malam ni.. Nak tengok cerita apa malam ni??

Read more ...

Monday, 8 April 2013

Bercakap Sampai Kering Tekak!

Asslamualaikum w.b.t.. Dah la cuti tak menentu, balik kerja pun tak menentu juga.. Hari ni, pukul 8 mlm baru sampai rumah.. Sabar je la demi mengikut perjalanan arus kerja.. Makan gaji la katakan.. Nasib baik orang rumah faham serta keluarga pun..

Sampai rumah tadi, terus rasa macam kering tekak.. Alahai.. Tu mesti sebab banyak bercakap masa buat taklimat pada staf tentang sistem baru yang akan di run kan nanti.. Bermula pukul 5.30 lebih dan berakhir sewaktu dengar solat Maghrib.. Baru bersurai tanpa minun air langsung!

Rupanya lama giler bercakap tanpa sedar tadi.. Rabu pagi ni akan terlibat dengan satu lagi taklimat di salah sebuah pejabat kerajaan.. Harapnya semua berjalan dengan lancar.. Insyaallah..

#Selamat Malam semua!


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Friday, 29 March 2013

Kursus di KL lagi..


Assalamualaikum w.b.t.. Sekali lagi kena turun KL sebab kursus.. Kali ini 3 hari.. Terpaksa la tinggal kerja-kerja di pejabat untuk sementara waktu untuk memenuhi jemputan kursus ini.. Hampir-hampir nak masuk minggu peperiksaan bagi pelajar di sini, kena pergi kursus pulak..

Kursus camni sebenarnya bagus sebab dalam masa kita pergi kursus, pada Eraz, pada masa yang sama, otak boleh rilex.. Dengan kata lain, boleh lari dari masalah pejabat sekejap.. Fuh! Harap-harapnya takde la tunda ke apa.. 

Kursus kali ini untuk pendedahan kepada sistem baru yang akan diperkenalkan seluruh Malaysia.. Jadi, selepas pergi kursus ini, kena la bentang kepada semua staf yang ada di Kelantan ni.. Kena betul-betul faham la jawabnya.. Tambah-tambah kursus baru..

#Entri kursus INI je yang sempat Eraz 'rekod'kan dalam blog.. Yang lain, tak sempat nak cerita dalam blog!

Read more ...

Tuesday, 26 March 2013

Rehat Sebentar Bersama ...

Kit Kat! Salah satu favourite Eraz.. Hari ini hari cuti tetapi memang bangun dari pukul 5 am, lepas tu keluar rumah ala-ala pergi kerja, sampai rumah pula dah nak gelap! Memang rasa penat tu..

Dari rumah ke HUSM.. Dari HUSM ke Ambank... Dari Ambank ke Kedai Nasi Ulam D'Bayam bersama kawan.. Lepas hantar kawan ke rumahnya sebab memang melawat keluarga dan atuk neneknya.. Then ambil isteri lepas tu ke airport jemput ma abah.. Lepas tu baru sampai umah, makan.. Lepas solat Isyak, plan nak tidur terus sebab esok kerja! Penat..

#Entri personal! Selamat malam dan Assalamualaikum..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Tuesday, 19 March 2013

Tutor Colloquium 2013 Wilayah Pantai Timur la pulak!

Tutor Colloquium 2013 Wilayah Pantai Timur

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam baru mendapat makluman bahawa Eraz terlibat untuk membantu dan menyelaras Sekretariat Tutor Colloquium 2013 Wilayah Pantai Timur di Kelantan yang akan berlangsung pada hari Jumaat ini.. Orang dah beri kepercayaan, kita dengan positifnya kena laksanakan dengan penuh komitmen..

Disebabkan Tutor Colloquium 2013 Wilayah Pantai Timur ini, bermula hari ini sehinggalah Jumaat malam minggu ini, memang tertumpu pada aktiviti ini.. Esok akan diadakan mesyuarat penyelarasan terakhir sebelum memulakan semuanya dari segi fizikal.. Program ini akan di Hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan bermula jam 10.00 Pagi - 4.30 Petang..

# Banyaknya yang kena disettlekan.. Lepas dapat email berkenaan semalam, kepala ligat berfikir.. Nasib baik berjaya dikawal sebab semalam ialah masa bersama keluarga

Read more ...

Sunday, 17 March 2013

Disebalik Senyum & Tawa


Entri spontan selepas buat status di Facebook tadi.. Terjumpa satu kata-kata menarik.. Terus update di Facebook then terfikir terus nak share dengan pembaca blog.. Rakan follower di Facebook tak semestinya rakan blogger kan.. Siapa boleh 'LIKE' ayat dibawah?

Disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang..

Orang tersenyum itu tak semestinya tiada perkara yang menyedihkan untuk difikirkan.. Tetapi, disebabkan untuk menjaga hati orang lain atau tak nak orang fikir kita mempunyai masalah, senyum je la jawapannya.. Biar kita sendiri yang hadapi dan selesaikan kerana tak melibatkan orang lain pun.. 

Assalamualaikum... 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Friday, 1 March 2013

Alhamdulillah, Tarikh Perkahwinan Telah Ditetapkan ...


Alhamdulillah.. Akhirnya tarikh perkahwinan, kenduri kendara sebelah lelaki dan wanita telah ditetapkan.. Saat yang ditunggu oleh family kami sebab inilah satu-satunya adik Eraz (adik perempuan) dan merupakan anak bongsu dalam keluarga kami.. Bukan tarikh perkahwinan Eraz ya sebab Eraz dan selamat semua-semua.. Dah tahu penat lelahnya, jadi sebagai abang, Eraz akan bantu apa yang mampu..

Sekarang sedang mencari jurukamera untuk dua majlis.. Sudah hubungi calon-calon yang berkenan dan sedang berbincang pakej-pakej nya.. Dalam minggu depan, insyaallah selesai hal ini.. Harapnya semua akan berjalan dengan lancar.. Insyaallah..

Kredit Gambar : pening-pala

Read more ...

Wednesday, 27 February 2013

Senarai Peserta Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli


Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Alhamdulillah.. Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli telah berlangsung selama +-15 jam semalam dan mendapat penyertaan yang amat menggalakkan walaupun dalam masa yang singkat.. Terima kasih kepada 85 peserta yang telah memberi masa untuk sertai segmen berkenaan.. 

Apa yang diharapkan kepada semua, tujuan utama SEGMEN ini dilaksanakan adalah untuk semua peserta dapat blogwaking melawat blog peserta yang lain supaya blog kita dikenali. Jangan menunggu blogger lain melawat blog kita dahulu. Apa kata, kita yang mulakan. Selamat ber'blogwalking'.. Jangan lupa jugak, tinggalkan jejak..

Pengumuman Top Refferal yang bertuah akan diumumkan dalam satu entri khas nanti.. Insyaallah hari Jumaat ini.. Untuk senarai peserta, boleh klik SINI.. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang memberi sokongan.. Terima kasih..

Read more ...

Thursday, 14 February 2013

E'raz selepas rambut di 'edit' !

E'raz selepas rambut di 'edit' !


Terima kasih kepada my bro tercinta sebab berjaya edit rambut ni balik.. Haha.. Kenapa? Biarlah rahsia.. Peace no war.. Tak tahu la makin handsome ke tak.. (tiba-tiba perasaan).. Rasa macam dah berisi je pipi tuh!

#Post entri sebelum masuk meeting.. Breakfast dulu.. Assalamualaikum..

Read more ...

Monday, 7 January 2013

Blog E'raz Kena Serang!!!


Kena serang? Errrmmm... Terkejut juga petang tadi bila dapat tahu blog sendiri tak boleh view sebab kena serang oleh Malware.. Bila scan, alhamdulillah semua clean.. Tapi ianya disebabkan oleh bloglist.. So, dapat detect link mana jadi sumber.. Maaf kepada blogger KORN sebab terpaksa remove link blog anda, arjunapopkorn.blogspot.com daripada bloglist supporters.. Selamat hari raya.. Eh silap.. Selamat tahun baru 2013! Peace no war..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Saturday, 22 December 2012

E'raz Fadli, Happy Birthday ke - 29

E'raz Fadli, Selamat Hari Lahir ke - 29

E'raz Fadli, Selamat Hari Lahir ke - 29
Kredit Gambar : Zamani84

Alhamdulillah.. Tarikh 22 Disember muncul sekali lagi.. 22.12.2012.. Banyak betul nombor 2.. Dalam pada family, kawan-kawan duk wish Selamat Hari Lahir, E'raz sendiri nak wish untuk diri sendiri, Happy Birthday ya ke 29.. Next year dah masuk ke 3 siries dah.. Umur hanya angka, yang penting hati.. Haha.. So mesti ramai yang telah tahu E'raz ni dah masuk pangkat abang atau uncle ya..

Terima kasih kepada semua yang telah wish birthday pada E'raz bermula jam 12.00 AM semalam..

Read more ...

Tuesday, 27 November 2012

Ku Berserah | Harapkan 'MAGIK'!

Harapkan 'MAGIK'!


Selamat memasuki jam 11 PM untuk semua.. Malam ni memang terpaksa 'menyerah' awal sebab kepala sakit gila.. Berdenyut2! (TAPI sempat buat entri blog!).. Tak tahu sebab apa.. Sebab makan? Tak kot.. Tak mandi? Dah mandi pun.. 

Mungkin juga sebab terlalu banyak benda dalam kepala ni.. Bercampur-campur.. Ada yang patut difikirkan.. Ada yang tak patut difikirkan.. Nekad buang semua hal yang tak perlu.. Tumpukan apa yang berkaitan dengan diri sendiri je.. Senyum.. Semua yang berlaku ni, ada hikmahnya.. Insyaallah.. 

Esok dan lusa merupakan hari E'raz dan rakan-rakan pejabat yang lain akan diaudit.. Untuk perjalanan dan keputusannya, kira berserah je la.. Rasanya dah buat sehabis baik.. Mungkin hal audit salah satu penyumbang sakit kepala ni.. Hal kerja memang tak pernah habis.. Fikir tak fikir, camtu je la.. So! Berjalan mengikut arus.. Apa yang penting, bahagia.. ;)

So sebagai entri terakhir malam ni, SELAMAT MALAM dan Assalamualaikum.. (Sorry sebab entri KOSONG dan personal)

#Mengharapkan suatu 'magik' akan berlaku dalam masa terdekat.. Insyaallah.. Usaha!!

Read more ...

Friday, 23 November 2012

Gambar E'raz di Vektor kan!

Gambar E'raz di Vektor kan!

Assalamualaikum.. Hari tu E'raz ada join Segmen Gambar Aku Di Vektor? anjuran Fiqah Hamed.. So alhamdulillah E'raz diantara yang diumumkan sebagai pemenang di entri INI.. Inilah hasilnya.. First time gambar sendiri di vektor kan.. Ape komen? Cool kan..

E'raz Fadli

Read more ...

Wednesday, 21 November 2012

Genap Usia Setahun Hari Ini, 21 November

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, hari ni 21 November genap blog E'raz berusia SETAHUN.. Alhamdulillah sekali lagi.. Dengan berbekalkan hobi dan minat, blog ini tidak terus sepi.. InsyaAllah akan terus diupdate.. Dalam masa setahun ini, Pageview blog ini mencapai angka 663,201 dan 3,368 followers.. Terima kasih sebab support E'raz selama ini dan diharapkan terus setia terjah ke sini..


Dalam pada itu, E'raz sedang anjurkan satu SEGMEN E'RAZ FADLI : Pencarian BLOGLIST bagi mengisi Bloglist KHAS SUPPORTERS.. Siapa berminat untuk berada dalam bloglist berkenaan, boleh la join segmen INI..


Read more ...