Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Thursday, 10 October 2013

Masa untuk Module 3 !


Assalamualaikum w.b.t.. Masa untuk Eraz ke KL untuk kursus bersiri yang ke 3.. Kali ini “PEAK PERFORMING EXECUTIVE DEVELOPMEN​T PROGRAMME: MODULE 3: “PEAKS - "SELF DISCOVERY & PERSONAL LEADERSHIP".. Ok la.. Eraz ok je ke KL untuk kursus ni.. Yang tak oknya sebab sekali lagi berpisah kan cinta hati yang comel dan yang cantik..

Kebetulan pada minggu tu Zara minggu pertama masuk Nursery.. Tak boleh komen lebih-lebih la.. Mama dia yang kena handle untuk hantar, jenguk dan ambil bawa balik nanti.. 4 hari juga Eraz kat KL ni.. Pasti akan 'terlebih fikir' sebab tak de depan mata.. Dah la first time experience.. Fuh!

#Harapnya semua ok..

Read more ...

Friday, 29 March 2013

Kursus di KL lagi..


Assalamualaikum w.b.t.. Sekali lagi kena turun KL sebab kursus.. Kali ini 3 hari.. Terpaksa la tinggal kerja-kerja di pejabat untuk sementara waktu untuk memenuhi jemputan kursus ini.. Hampir-hampir nak masuk minggu peperiksaan bagi pelajar di sini, kena pergi kursus pulak..

Kursus camni sebenarnya bagus sebab dalam masa kita pergi kursus, pada Eraz, pada masa yang sama, otak boleh rilex.. Dengan kata lain, boleh lari dari masalah pejabat sekejap.. Fuh! Harap-harapnya takde la tunda ke apa.. 

Kursus kali ini untuk pendedahan kepada sistem baru yang akan diperkenalkan seluruh Malaysia.. Jadi, selepas pergi kursus ini, kena la bentang kepada semua staf yang ada di Kelantan ni.. Kena betul-betul faham la jawabnya.. Tambah-tambah kursus baru..

#Entri kursus INI je yang sempat Eraz 'rekod'kan dalam blog.. Yang lain, tak sempat nak cerita dalam blog!

Read more ...