Showing posts with label That's real Life. Show all posts
Showing posts with label That's real Life. Show all posts

Friday, 14 December 2012

#SantaiPetang - Jangan Timbulkan Kontroversi, Boleh?


Satu entri ringkas petang ni.. Siapa rasa budak cute? Angkat tangan? Haha.. Apa la pulak kaitan budak perempuan ini dengan E'raz?? Sebenarnya ini la budak yang selalu E'raz jumpa bila balik rumah IL.. Kenapa di gambar tu ada tag http://coretanharapan.blogspot.com/? Itu blog Farah Alias kan? Apa kaitan dengan Farah Alias pulak ni? Farah Alias telah jelaskan dalam entri Jangan Timbulkan Kontroversi, Boleh?..

Budak sebenarnya memang dah sinonim dengan E'raz.. Daripada dia kecik lagi.. Kenapa? Panjang cerita.. Dari kecik sampai sekarang, dia tak boleh nak bertentang mata dengan betul.. Ade je aksi yang dia boleh?? Tak kan nak mengorat kot.. Haha..

#SantaiPetang - Jangan Timbulkan Kontroversi, Boleh? tu E'raz ambil sempena tajuk entri Farah Alias..

Read more ...

Wednesday, 12 December 2012

Segalanya Disember 2012

Segalanya Disember 2012


Jika Disember 2011 banyak meninggalkan kenangan dalam hidup, rasanya Disember 2012 ini pun akan tinggalkan banyak kenangan jugak.. Manis ada.. Pahit ada.. Tanpa rasa pun ada.. Hehe.. Pertama sekali, sah-sah la 10 hari lagi tiba masanya umur E'raz meningkat lagi dan tahun 2013 pula, umur dah masuk 3 siries la.. Umur hanya angka kan.. Yang penting hati.. Haha.. Dah tua rupanya.. Jangan semua tertipu ya..

Kedua, awal Disember lagi, E'raz dah dapat hadiah harijadi yang paling bermakna dalam hidup.. Tak dapat hadiah lain pun tak pe.. Tugas sekarang menjaga hadiah berkenaan.. Pemberi tu mestilah yang tersayang.. Rasanya dah lama menunggu hadiah tu.. Akhirnya dapat juga.. Alhamdulillah.. Diharapkan apa yang E'raz dapat tu akan kekal sehinggalah muncul didepan mata pada hari raya Aidilfitri ni.. Doa-doakan ya.. Nak tahu apa hadiahnya? Tunggu entri khas nanti..

Ketiga, 18 Disember ni my FIL akan terlibat dengan satu operation Jantung.. Diharapnya semua kan berjalan lancar.. Amin.. Banyak lagi kisah lain rasanya yang berlaku dan akan berlaku.. Tapi tak larat dah nak tulis.. Bulan Disember ni juga la bulan peperiksaan Akhir.. So cuti memang tunggang langgang la..

Read more ...

Saturday, 8 December 2012

Edisi Pelik : Slow Giler ! #Respon

Edisi Pelik : Slow Giler ! #Respon


Assalamualaikum dan Selamat Petang.. Tentang tajuk entri 'Slow Giler' tu, berkaitan dengan kelajuan paparan blog.. Sebenarnya E'raz sedar hal ni daripada pagi tadi lagi.. Bila buka blog, lambat giler daripada biasa untuk penuhkan paparan.. Ambil masa yang lama untuk paparkan kesuruhan blog.. Header je keluar cepat.. Buka blog orang lain, cam ok je.. Pada korang yang dah masuk ke blog E'raz hari ni, camne? Laju macam biasa atau slow? Perlukan respon korang.. Thanx..

#Check speed dekat http://www.iwebtool.com, ok je..

----------------------------------------------------------------------
UPDATED 4:26 P.M! Bila main tutup buka tutup buka blog ni sekarang, ianya dah menjadi sediakala.. Alhamdulillah..

Read more ...

Tuesday, 4 December 2012

4.00 a.m

Ada Apa Dengan 4.00 a.m !


Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Seperti biasa, seperti juga orang-orang lain, kita akan mengharapkan hari ini merupakan hari yang paling bahagia dalam hidup! Insyaallah.. Sebelum memulakan kerja hari ni, teringin nak update blog dulu sebab mana la tahu kot-kot tak sempat nak update lepas ni sebab busy!

So! Kenapa tajuk entri 4.00 a.m? Ini merupakan entri personal.. Disebabkan terjaga di pukul 4.00 a.m dan sampai sudah tak tidur.. Sehingga la subuh dan bangun mandi, then datang kerja.. Kesannya, masa drive pagi tadi pun dah menguap 10 kali kot.. Alahai.. Selalunya bila dan tak cukup tidur, mula la sakit kepala.. Itu yang tak nak.. Tapi dengan semangat baru yang dikurniakan oleh tuhan, no hal kot..

Datang je office, teringat pada lagu yang dengar kat radio tadi.. Puteri Caroline - Melawan Arus Cintamu.. Boleh layan juga lagu ni.. Rupanya itu lagu final masa program Mentor dulu.. Sebabkan E'raz tak tengok final dulu, so memang tak tahu la..

Read more ...

Tuesday, 27 November 2012

Ku Berserah | Harapkan 'MAGIK'!

Harapkan 'MAGIK'!


Selamat memasuki jam 11 PM untuk semua.. Malam ni memang terpaksa 'menyerah' awal sebab kepala sakit gila.. Berdenyut2! (TAPI sempat buat entri blog!).. Tak tahu sebab apa.. Sebab makan? Tak kot.. Tak mandi? Dah mandi pun.. 

Mungkin juga sebab terlalu banyak benda dalam kepala ni.. Bercampur-campur.. Ada yang patut difikirkan.. Ada yang tak patut difikirkan.. Nekad buang semua hal yang tak perlu.. Tumpukan apa yang berkaitan dengan diri sendiri je.. Senyum.. Semua yang berlaku ni, ada hikmahnya.. Insyaallah.. 

Esok dan lusa merupakan hari E'raz dan rakan-rakan pejabat yang lain akan diaudit.. Untuk perjalanan dan keputusannya, kira berserah je la.. Rasanya dah buat sehabis baik.. Mungkin hal audit salah satu penyumbang sakit kepala ni.. Hal kerja memang tak pernah habis.. Fikir tak fikir, camtu je la.. So! Berjalan mengikut arus.. Apa yang penting, bahagia.. ;)

So sebagai entri terakhir malam ni, SELAMAT MALAM dan Assalamualaikum.. (Sorry sebab entri KOSONG dan personal)

#Mengharapkan suatu 'magik' akan berlaku dalam masa terdekat.. Insyaallah.. Usaha!!

Read more ...

Saturday, 24 November 2012

666666

Total Pageviews : 666666


Alhamdulillah, rasanya dalam pukul 3 lebih petang semalam, Jumaat 24 November, Total Pageview untuk blog www.erazfadli.com telah mencapai angka cantik iaitu 666666.. Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ini.. Terima kasih..

# Saat ini dah meningkat ke 668353.. Alhamdulillah.. Target? 

Read more ...

Friday, 23 November 2012

Gambar E'raz di Vektor kan!

Gambar E'raz di Vektor kan!

Assalamualaikum.. Hari tu E'raz ada join Segmen Gambar Aku Di Vektor? anjuran Fiqah Hamed.. So alhamdulillah E'raz diantara yang diumumkan sebagai pemenang di entri INI.. Inilah hasilnya.. First time gambar sendiri di vektor kan.. Ape komen? Cool kan..

E'raz Fadli

Read more ...

Perihal Komen di BLOG

Perihal Komen di BLOG

Perihal Komen di BLOG

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Jumaat semua! Seperti biasa, rasanya semua akan mengharapkan tiap-tiap pagi itu akan sentiasa ceria dan mungkin akan menjadi pagi yang paling ceria setakat ini.. Betul?! (Giler rrr... Starting skema bangat nih!)

Kenapa E'raz buat tajuk entri tentang komen pagi ni? Sebabnya E'raz nak minta maaf pada 8 orang blogger yang komen di entri E'raz bermula pukul 11.30 mlm semalam sampai pukul 7.00 lebih pagi tadi.. Dengan tak sengaja, dan mungkin juga nak cepat ke tempat kerja, E'raz select All dan terklik button Delete bukannya Publish! Sorry semua.. Apa yang pasti, E'raz dah baca semua komen tu..

Lagi satu hal, bila dah berlaku kes terdelete tadi, E'raz terus buka SPAM.. Lama juga dah tak buka kot.. Sekali tengok, banyak komen-komen blogger yang masuk ke situ.. Alahai.. Kes komen ke SPAM, itu memang E'raz tak tahu.. Sorry ya kalau menunggu komen korang tak keluar-keluar..

Apa-apa pun, thanx for support blog www.erazfadli.com ini.. InsyaAllah tak kan berlaku lagi..  First time berlaku.. Ini komen-komen yang terdelete tadi.. E'raz korek dekat email dan dah masukkan semula ke ruangan komen di entri masing-masing.. (Sangat rajin!) 

* Sangat hargai semua komen yang diberikan kerana tanpa pengomen-pengomen, entri berkenaan tak ceria..

---------------------------------------

1. Budu Bilis has left a new comment on your post "Segmen : Tambahkan Followers Diblog": 

datang BW dari segmen yang sama. jom singgah blog sy 
http://dindamaisarra.blogspot.com/2012/11/segmen-tambahkan-followers-diblog.html 

2. Cik Hawa Eman has left a new comment on your post "Segmen : Jom Upkan Followers Sampai Puas Hati": 

Assalamualaikum.. singgah sini.. follow sini..
http://anakemakdanayahh.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-upkan-followers-sampai-puas.html
singgah le teratak buruk sy yg x berapa nk lawa ni.. nama pun buruk.. hehe 

3. Siti Aisyah Khalil has left a new comment on your post "GIVEAWAY 12-12-12": 

slm,,Aisyah antara salah seorang sponsor..blogwalking para pesrta..good luck ^_^ 

4. Leeza dayasari [santai leeza] has left a new comment on your post "GIVEAWAY 12-12-12": 

apa lagi join....

5. Hanih Borhan has left a new comment on your post "Top Refferal SEGMEN ERAZ FADLI : Pencarian BLOGLIS...": 

wow,untunglah depa... :) 

6. ❤ Si Budak Vanilla ❤ has left a new comment on your post "Top Refferal SEGMEN ERAZ FADLI : Pencarian BLOGLIS...": 

untung2. . :) 

7. Shasha Yacob has left a new comment on your post "Peserta 5th Segmen : BLOGLIST": 

fuhh, sudah siap sedia bw disemua blog. :D 

8. cart kartika has left a new comment on your post "Peserta 5th Segmen : BLOGLIST": 

group 7. 65 :)
thx eraz :) 
---------------------------------------

Read more ...

Wednesday, 21 November 2012

Genap Usia Setahun Hari Ini, 21 November

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, hari ni 21 November genap blog E'raz berusia SETAHUN.. Alhamdulillah sekali lagi.. Dengan berbekalkan hobi dan minat, blog ini tidak terus sepi.. InsyaAllah akan terus diupdate.. Dalam masa setahun ini, Pageview blog ini mencapai angka 663,201 dan 3,368 followers.. Terima kasih sebab support E'raz selama ini dan diharapkan terus setia terjah ke sini..


Dalam pada itu, E'raz sedang anjurkan satu SEGMEN E'RAZ FADLI : Pencarian BLOGLIST bagi mengisi Bloglist KHAS SUPPORTERS.. Siapa berminat untuk berada dalam bloglist berkenaan, boleh la join segmen INI..


Read more ...

Tuesday, 20 November 2012

Muntah Kerana Durian Crepe!

Durian Crepe

Sebenarnya E'raz nak publish dua hari lepas entri ini.. Tapi terlupa.. Lepas publish kat Facebook, ramai pulak yang respon.. Sekejap tadi, Mr. Ben Ashaari pun publish entri yang sama.. Tajuk entri dia : Durian Crepe punya hal !.. Kebetulan la pulak..

Hari Ahad lepas, baru pertama kali try Durian Crepe ni.. Boleh tahan, tapi tak boleh makan banyak.. 2 je lepas.. Best dan mungkin akan bertambah best jika kualiti durian tu terbaik!

Kenapa tajuk entri ni Muntah Kerana Durian Crepe!? Sebenarnya ada orang tu juga baru first time makan Durian Crepe ni.. Terus muntah.. Tak tahu la sebab apa.. Wallahhualam.. Sabar ya.. Lain kalu jangan makan lagi.. Peace no war..

*Untuk dapat kan resepi atau cara membuat Durian Crepe, korang boleh google la ya..

Durian Crepe


Read more ...

Monday, 19 November 2012

Aku Ngaku Aku Salah!

Aku Ngaku Aku Salah!


Aku ngaku aku salah? Gambar kasut? Apa kaitan?? Haha.. Pertama sekali nak bagi nasihat.. Sesiapa yang beli barang baru sebagai contoh terdekat ialah kasut, pakailah terus.. Jangan nak disimpan-simpan.. Jika di simpan tanpa letak dalam kotak atau di balut dengan apa-apa, ini la jadinya.. Kasut ni, aku baru je start pakal minggu dua minggu lepas.. Tapi dah jadi camni.. Kenapa?

Sebenarnya kasut ni dah dibeli setahun lebih yang lepas.. Pakai dalam dua kali je.. Alasan, saiz cam besar sikit so kena beli stokin tebal.. Tapi bermula dua minggu lepas, boleh je aku pakai dengan stokin nipis.. Haha.. So! Di sebabkan dah lama tak pakai dan diletakkan dalam rak kasut tanpa masukkan dalam kotak serta sarung nya, jadi camtu la kulitnya.. 

Moral of the story, walaupun kasut tu berjenama, simpan la elok-elok jika nak simpan.. Pastikan disimpan dengan cara yang betul.. Ataupun paling senang, pakai je la terus.. Tak payah simpan.. Jika tidak jadi cam aku, simpan punya pasal, leh pakai dua minggu je.. Haha.. Kena beli baru dah.. 

Pesanan khidmat masyarakat daripada Blog Mr. E'raz Fadli!

Read more ...

Wednesday, 14 November 2012

You tak pernah pergi audition? .. Melayu ke?

Satu Perbualan Dengan Aunty Chinese Penang Yang Mesra


Semasa berada di Penang baru ni, sempat la berbual dengan seorang Aunty ni.. Dia seorang Chinese.. Borak punya borak, tiba-tiba dia keluarkan statement, "Shila Amzah baguskan".. Uik! Aunty ni kenal Shila Amzah la.. Rancak dia bercerita tentang Shila Amzah termasuklah pasal ayah Shila, ND Lala.. Wow.. Shila sekarang dah ada peminat dikalangan orang bukan melayu.. Bagus-bagus.. Semuanya lepas rezeki dia menang Asian Wave baru kot..

Lepas tu tiba-tiba Aunty ni tanya, "You tak pernah pergi audition?".. Uik! Bagus punya soalan.. Dia kata, rugi tak grab peluang yang ada.. Haha.. Cayalah Aunty.. Jawapan aku senang je, "Pemalu r Aunty..".. Haha.. Agaknya kenapa dia tanya gitu? Tak larat nak taip panjang.. Peace..

Ada lagi, pastu tiba-tiba dia tanya aku, "Betul ke orang Melayu?".. Alahai.. Terus aku sengih kat situ.. Senyum tu sebab soalan Aunty ni betul-betul best.. Tak sangka dia boleh tanya camtu.. Macam dah lama kenal je cara berbual.. Sah-sah la melayu kan.. Dia kata camtu sebab kulit aku cerah.. Mungkin aku ada darah siam kot.. Haha..

Apa-apa pun, Aunty ni salah seorang pemilik satu premis di Prangin Mall Penang.. Tak pe Aunty, jika saya ke Penang nanti, saya pegi jenguk Aunty lagi ya.. Cool.. Adios! Aunty jangan lupa tengok AIM Sabtu ni, Shila perfom lagu Patah Seribu! Peace..

Read more ...

Tuesday, 13 November 2012

Apabila Bertindak Tanpa Berfikir

Kes JIRAN lagi!!


Kalau kesannya hanya berlaku pada diri sendiri, ok la juga.. Ini pula melibatkan orang lain.. Menyusahkan orang lain.. Bayangkan ada jiran yang boleh basuh sesuatu yang berminyakkan gris! Taknak sebut dia basuh apa.. Then salurkan ke dalam longkang depan rumah.. Korang mesti boleh agak apa yang terjadi pada longkang dia dan longkang jiran-jiran kan.. 

Sedia maklum, longkang memang dah tak dapat diselamatkan dari segi air bertakung.. Bagi yang rajin, hanya boleh bersihkan sampah sarap dalam tu then biarkan air jernih je bertakung.. Ini pun bagi jiran yang rajin la.. Bagi yang tidak, korang fikir la sendiri.. Masing-masing tak nak hiraukan longkang masing-masing, camne air tak bertakung kan.. Tak kan nk suruh orang lain.. 

Sambung cerita tadi.. So, bila air sememangnya bertakung then sekarang bertambah lapisan minyak berwarna kuning di permukaan, cmne keadaan? Alahai.. Kalau jiran tu sebaya dengan kita, ok la jugak.. Ini berpangkat bapa kita.. Apa yang aku harapkan sekarang, hujan yang lebat yang mana mungkin boleh hanyutkan minyak tu at least 75%.. Selebihnya, aku sanggup la bersihkan.. Sabar je la.. Susah jika ada orang bertindak sebelum berfikir dan tidak pandai menjaga kebersihan kawasan sendiri..

Roger and out!!

Entri berkaitan jiran sebelum ini.. | Bila Jiran Tidak Menjaga Kawasan Sendiri |

Read more ...

Friday, 9 November 2012

Campus Walk : Pusat Pengajian Sains Komputer & Dewan Kuliah G-31

Universiti Sains Malaysia





Cuaca macam nak hujan.. Sambil menunggu pukul 5, sempat round sekali lagi.. Jalan kaki sebab boleh masuk celah tu dan celah ni.. Aku ambil juga peluang pergi ke Pusat Pengajian Sains Komputer dan Dewan Kuliah yang paling banyak digunakan dulu iaitu Dewan Kuliah G-31! Tetap masih macam dulu walaupun 6 tahun tak datang sini.. Bestnya kalau boleh belajar full time semula..

Jika berpeluang sambung Master, rasanya bukan secara full time sebab dah ada kerjaya hasil graduate dari tempat ni.. Tapi secara jarak jauh atau PJJ.. Sekarang ni dah banyak peluang boleh grab asalkan dapat kelulusan dan pelepasan daripada bos!!! Bos oh bos.. Contohnya boleh sambung di Open University Malaysia yang ternyata fleksibel dan diiktiraf oleh JPA & MQA..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

USM : Campus Walk di pagi Jumaat


Selamat Pagi Jumaat.. Daripada duduk je kat bilik, lebih baik buat senaman kaki.. Berjalan-jalan.. Belum lagi round Island, tapi campus walk untuk imbau kenangan.. Sentimental pulak bunyi nya.. SIAPA STUDENT USM PENANG YANG BACA ENTRI NI? KORANG DAH KELUAR BILIK BELUM? Banyak tempat belum berubah lagi nampaknya.. Lepak dulu kat Perpustakaan Hamzah Sendut 1.. Tapi masa round semalam, dekat bangunan H16 Desasiswa Cahaya Gemilang tu, ada macam tempat pelajar yang baru..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Thursday, 8 November 2012

Aku Kembali Padamu Setelah 6 Tahun!


Baru berpeluang update blog untuk hari ini.. Tapi terpublish Jalan Cerita Sinopsis Episod Akhir Drama 'JULIA' TV3 dulu sebab idea tu sampai dulu.. Bermula hari ini, E'raz 'outstation' selama beberapa hari.. Kali ini, tempat tujuan ialah Penang.. Berkaitan tajuk tu, memang betul.. Lepas graduate belajar di USM Penang dulu, sekarang barulah E'raz sampai semula ke Penang! Giler teruja.. Terpancar di muka tu, bak kata orang itu.. Haha..

Peluang masa yang ada akan digunakan sebaik mungkin.. At least bolehlah release tension.. Mungkin dalam beberapa hari ni, entri tak banyak macam biasa.. Tapi insyaAllah blog ni akan sentiasa di update..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Wednesday, 7 November 2012

Hatiku Di Kinabalu


Hatiku Di Kinabalu.. Tajuk drama sebenarnya ni.. Lakonan Zul Ariffin, Irma Hasmie dan Yana Shamsuddin.. Apa yang menarik setakat ni, permandangan di puncak Gunung Kinabalu memang sangat cantik.. Dah berangan rasa macam nak daki Gunung Kinabalu dah ni.. Haha.. Last daki gunung ialah masa kat USM dulu iaitu Gunung Jerai! Kenangan yang tak kan dilupakan! Drama Hatiku Di Kinabalu ni ditayangkan di Astro Mustika.. E'raz sedang tengok semula sebab sempat rekod aritu.. Kisah tentang Anuar mula berbelah bagi apabila dia jarus memilih antara Qistina dan Lara setelah Qistina sedar dari koma..

p/s : Isteri salah seorang kawan office E'raz iaitu Fida, isteri kepada Faiz sedang menunggu masa untuk bersalin anak ke-2.. Mari la sama-sama doakan semoga semuanya selamat..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Gangguan Daripada Standard Operating Procedure / Audit !

Gangguan Daripada Standard Operating Procedure / Audit !

| Sample |

Fuh! E'raz baru lepas meeting penyelarasan untuk SOP atau dengan kata lain Audit peringkat cawangan sini.. Procedure ni la yang paling E'raz tak suka.. Sebabnya banyak dokumen kena prepare.. So tarikh sebenar ialah hujung November ni.. Tunggu dan lihat la camne.. Sekarang kepala kena siapkan Bajet Q3 Tahun 2012! Hari ni juga kena siapkan.. Work Hard!!

Sebelum meeting tadi, tak sempat nak breakfast.. Tapi sempat alas dengan telur masak separuh 2 biji! So, perut ni tak meragam la sangat.. Baru lepas jamah roti then tunggu rehat kul1 lak untuk lunch.. Hari ni merupakan hari yang busy sikit.. Kalau E'raz tak update sangat entri hari ni, memang sebab itu la maksudnya.. Peace no war..

Read more ...

Tuesday, 6 November 2012

Mana Tempat Wajib Pergi di Penang?

Mana Tempat Wajib Pergi di Penang?


Assalamualaikum.. Korang dah makan tengahari belum?? Tuan yang bertanya ni sendiri pun belum makan lagi.. Haha.. Sekejap lagi la walaupun perut ni dah lapar sebenarnya.. InsyaAllah kalau tak de aral melintang, E'raz akan berada di Penang pada hari Khamis dan seterusnya.. Tak sure lagi berapa hari.. Mugkin, 2, 3 hari kot.. Dulu pernah belajar di USM.. Tapi lepas graduate tahun 2005 tu, memang E'raz dah tak jejak kaki lagi di Penang.. Tempat-tempat menarik pun, mesti dah berubah dan bertambah kan.. So!

Siapa orang penang di sini? Kat mana korang rasa E'raz patut pergi jika E'raz berada di Penang?? 

Read more ...

Monday, 5 November 2012

Kena Cekik!!

Aku Kena Cekik!!

- ini bukan baju pink, tapi baju merah.. effect edit.. :)

Apahal aku rasa macam tercekik je ni.. Sebelum ni ok je masa pakai baju ni.. Haaaa.. Mungkinkah aku sedang membesar..? Leher pun bertambah saiz.. Ada yang dah tegur muka aku dah nampak berisi.. Alahai.. Dah hilang handsome ke? Haha.. Just kidding.. Nak naikkan berat badan motifnya.. Sedang berusaha ni.. Tapi kenapa muka berisi juga ni.. Kena buat senaman muka juga ke? Hehe.. Yang pasti, mungkin usaha nak naikkan berat berjaya.. Errmmmmm.. Usaha tangga kejayaan.. Seluar memang dah tukar satu saiz!!

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...