Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Alhamdulillah.. Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli telah berlangsung selama +-15 jam semalam dan mendapat penyertaan yang amat menggalakkan walaupun dalam masa yang singkat.. Terima kasih kepada 85 peserta yang telah memberi masa untuk sertai segmen berkenaan..
Apa yang diharapkan kepada semua, tujuan utama SEGMEN ini dilaksanakan adalah untuk semua peserta dapat blogwaking melawat blog peserta yang lain supaya blog kita dikenali. Jangan menunggu blogger lain melawat blog kita dahulu. Apa kata, kita yang mulakan. Selamat ber'blogwalking'.. Jangan lupa jugak, tinggalkan jejak..
Pengumuman Top Refferal yang bertuah akan diumumkan dalam satu entri khas nanti.. Insyaallah hari Jumaat ini.. Untuk senarai peserta, boleh klik SINI.. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang memberi sokongan.. Terima kasih..

