Showing posts with label Diari Eraz. Show all posts
Showing posts with label Diari Eraz. Show all posts

Saturday, 30 March 2013

Akhirnya dapat orang baru ..


Assalamualaikum w.b.t.. Akhirnya dapat orang baru? Bukan baby ya sebab masih lagi dalam kandungan.. Tapi rakan staf yang baru.. Last kami terima kemasukan staf baru di bahagian pentadbiran pada tahun 2008 yang dulu.. So sekarang tahun 2013 baru la dapat seorang.. Lepas ni mungkin takde dah kot..

Selama ini Eraz hanya seorang diri dengan jawatan sekarang.. Tetapi tahun lepas, seorang staf telah naik pangkat (kategori special).. Tahun ini dapat seorang lagi kawan tetapi jawatan yang agak senior yang transfer daripada KL.. So alhamdulillah, tugas yang dipikul selama 6 tahun itu telah ada yang dapat dikongsikan.. Diharapkan selepas ini, keadaan akan jadi lebih clear..

Sebenarnya, perkataan 'hijrah' masih ada dalam diri.. Insyaallah, usaha itu tak akan berhenti walaupun mendapat rakan staf yang baru.. Alasannya, biarlah Eraz sahaja yang tahu.. Tak nak bercerita tentang cerita orang lain.. Doakan bersama..

#Maaf sekarang lebih kepada entri personal yang mungkin tidak ramai yang suka

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Monday, 25 March 2013

Emcee lagi ..



Assalamualaikum w.b.t.. 'Emcee lagi'.. Itu tajuk kali ini.. Kali ini majlis yang lebih kurang sama dengan entri yang Eraz tulis di SINI.. Kerjasama : Kursus Pengajaran & Pembelajaran Guru-Guru KAFA PPD Kota Bharu.. Sebelum majlis ini, ada la terlibat dengan majlis lain lagi.. Sama la macam taklimat..

Tak sure la kenapa menjadi pilihan.. Rasanya memang dah takde calon lain kot.. So jejaka ini la yang menjadi 'mangsa'.. Tak nak sebenarnya tapi terpaksa.. Malas! Haha.. Positifnya, bolehlah timba pengalaman kan.. Mana tahu lepas bergiat aktif.. Tapi sah-sah tak boleh cari makan.. Kira teruskan makan gaji je la.. Senang.. 

#Tunggu masa lunch break!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Sunday, 24 March 2013

Luka yang tiada dapat dirawat lagi

Luka yang tiada dapat dirawat lagi

Assalamualaikum w.b.t.. Gambar di atas ialah handphone Nokia Eraz yang ada kenangan tersendiri ni.. Nokia 5320.. Warna Biru.. Bukan handphone INI.. Dah lama sebenarnya bersama dengan telefon ni.. Rasanya dari bulan Januari 2009.. Pernah rosak dengan parah, tapi berjaya di selamatkan.. 

Kini, ada kesan luka yang tak dapat diselamatkan.. Perlukan handphone baru ke? Errmmmmm.. Kena tengok bajet dulu.. Skrin yang luka ni memang penyelesaiannya tukar skrin la.. Tapi macam tak berbaloi je..

Notebook masih belum OK.. Nasib baik ada Galaxy Tab yang berusia setahun lebih ni.. Dapat la juga online kat rumah dan update blog walaupun di mana anda berada..  

#Autopost!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Dalam perjalanan jumpa dia ni..



Eraz sekarang dalam perjalanan untuk jumpa dia ni.. Siapa? (Rujuk gambar di atas).. 4, 5 hari dah kot tak jumpa.. Dalam masa yang sama, Eraz bersama dengan seorang cikgu a.k.a kawan yang baru balik dari Kuching.. Boleh agak siapa? Blogger INI la.. 

Bersama dia, plannya nak jumpa seorang kawan lagi.. Siapa? Dia INI.. Cikgu juga ni.. Mengajar di Perak.. Juga balik kampung.. Banyak pula plannya hari ni.. 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Sunday, 17 March 2013

Berjalan Mengikut Arus


Assalamualaikum w.b.t.. Selamat Pagi Ahad.. Sepatutnya hari ini, hari cuti mingguan.. Tapi disebabkan ada seorang lagi penambahan staf yang lebih senior akan masuk ke pejabat ini pada awal April, jadi kena la laksanakan aktiviti pergerakan tempat kerja (workstation) bagi semua staf.. Yang penting kena la bekerjasama melaksanakan kerja ni supaya mudah, cepat dan kemas.. 

Tiba-tiba nampak banyak pula barang yang kena disusun dan yang perlu dibuang.. Barang-barang peribadi yang lama pun jumpa juga ni.. Malas dah simpan benda-benda lama.. Diharapkan aktiviti ni settle awal sebab perlukan rehat pulak... Dah direct kerja 6 hari.. Tambah hari ni, 7 hari berturut-turut.. Update blog semula selepas semuanya settle.. Fuh! Adios Amigos!

#Berjalan mengikut arus.. 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Monday, 11 March 2013

Urgent & Important


Assalamualaikum w.b.t.. Dalam kerja seharian Eraz, ada empat kategori kerja yang perlu dibuat.. Insyaallah, dengan menyenaraikan empat kategori berkenaan, kerja yang dibuat dengan lancar.. (Tertakluk kepada situasi kerja).. Empat kategori berkenaan ialah : 

  1. Urgent & Important
  2. Urgent & Not Important
  3. Not Urgent & Important
  4. Not Urgent & Not Important

Siapa pernah senaraikan atau agihkan kerja korang kepada empat kategori ni? 

#Baru selesai menyiapkan kerja Urgent & Important untuk pagi ini.. Update blog satu entri then sambung ke kerja lain pula.. Biasa hari isnin ni.. Harapnya semangat ini tidak patah sekerat jalan.. Insyaallah..

Read more ...

Sunday, 10 March 2013

Hari untuk rehat serehat rehatnya bagi diri sendiri

Ahad, cuti.. As usual.. Tapi minggu depan, mungkin tidak sebab ada aktiviti di pejabat.. Di anggap hangus cuti je.. Di sebab kan badan tak selesa yang menuju ke arah demam, memang decide tak ke mana-mana hari ini.. Juga tak nak melakukan apa-apa aktiviti.. Hanya rehat, rehat dan rehat.. Harap-harap panadol memberi kesan yang baik..

Esok dah mula kerja dan banyak list to do yang kena settlekan.. Terutama yang masuk ke kategori Urgent & Important.. Syok pula tengok gambar kucing tu layan tidur.. Haha.. So have fun semua di hari cuti hujung minggu..

#Hanya entri personal

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Saturday, 9 March 2013

Banjir Dalam Rumah ??!!

Memang tak di sangka-sangka.. Air hampir memenuhi kawasan dapur sebab saluran air buangan dari mesin basuh tersasar dari tempatnya.. Kalau hanya air paip biasa, ok la juga.. Ini bercampur dengan air sabun.. Bertungkus lumus lap, mop san keringkan semalam...

Karpet yang ada kat dapur, memang basah la.. Pagi-pagi cuba bilas karpet tu dengan air then jemur... Harap-harap tak hujan la hari ni.. Kalau tak, tak kering la jwabnya.. Lantai dah alhamdulillah berjaya dikeringkan semalam.. Sampai sakit belakang.. Tidur pun lewat..

Nasib baik barang letrik semua ada kaki, so selamat la.. First time berlaku perkara camni... Tiba-tiba terfikir, camne la keadaan mangsa banjir yang kena bersihkan rumah setiap kali banjir.. Mesti penat sangat.. Itu tak campur kalau ada kerosakan barang.. Eraz ni kira kes kecil je la... Sebab first time, penat la juga..

(Gambar Hiasan di atas, carian Google)

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Sunday, 3 March 2013

Tibanya Giliran Eraz !


Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua.. Sebelum ini pernah baca entri Kak Mialiana (Entri INI) yang mana Notebooknya rosak.. Dia ade ceritakan tentang backup data dan semua-semua.. Dah fikir masa tu, jangan la jadi kat aku..

Yang sedihnya, kali ini perkara yang sama telah berlaku pada Eraz.. Dalam minggu ini, isteri dah bagi hint supaya backup data kot-kot berlaku kes macam ni sebab laptop.. Tiba-tiba malam tadi buka, terus dah keluar skrin seperti kat atas.. Cuba restart, sama juga.. Jadi sekarang mintanya harap-harap data dan gambar dapat diselamatkan.. Lagu ke apa ke yang lain selain dari itu, tak kisah sangat.. 

#Tak dapat nak selesaikan hal laptop hari ini..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Saturday, 2 March 2013

Semalam 29.02.2013 ?


Semalam 29.02.2013? Sah-sah la tidak tepat kan.. Tapi semua ni Eraz dapat idea untuk buat entri bila tertengok jam sendiri.. Gambar jam ni Eraz snap semalam.. Petang dah pun perasan yang di jam bertarikh 29 Februari.. Al-maklumlah sebab Februari kan bulan istimewa.. Kadang-kadang ada tahun lompat.. Tapi tahun  ni bukan tahun lompat ya.. Siapa di sini yang lahir 29 Februari? 4 tahun sekali la jumpa tarikh tu..

Siapa yang dah baca entri INI, jam ini tertinggal hari ni.. Terus rasa tak lengkap sebab dah biasa ada sesuatu di tangan.. 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Kisah Wallet, Jam & Cincin !


Separuh perjalanan ke tempat kerja, baru sedar yang wallet tertinggal.. Alahai.. Satu, makan.. Siapa nak belanja Eraz makan hari ni.. Hehe.. Kedua, semestinya IC dan Lesen Memandu.. Harap-harap masa perjalanan balik lepas habis kerja nanti, tiada abang polis ke, kakak polis ke, pakcik polis ke yang buat roadblock..

Sebenarnya bukan setakat wallet ni, jam tangan, cincin tunang, cincin kahwin pun sama tak pakai.. Apa kena la sebenarnya.. Fikiran melayang fikir tentang apa yang akan berlaku di pejabat hari ni kot.. Apa-apa, berjalan mengikut arus dan berhati-hati di jalan raya.. Peace no war..

Sumber Gambar : Google
Read more ...

Friday, 15 February 2013

E'raz di hari Jumaat 15 Februari 2013 !

E'raz di hari Jumaat 15 Februari 2013 !


Apa motif gambar di atas? Korang rasa, apa mood yang cuba dipaparkan dalam gambar di atas? Hehe.. Sebenarnya, itu perasaan yang E'raz bayangkan untuk hari ni.. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik hari ni.. Sampailah ke petang tadi.. Untuk esok, kita fikir esok je la..

Staf di pejabat tak ramai.. 5 orang je staf di bahagian admin plus sorang Dato' Pengarah.. Seorang daripada kami, turn bercuti.. Seorang lagi juga bercuti kerana ada hal keluarga.. Jadi kami bekerja 3 orang.. Tetapi, salah sorang daripada kami baru menerima berita daripada familynya bahawa saudara meninggal dunia.. Jadi terpaksa EL.. Salam takziah untuk dia dan family.. Bermulalah episod kami kerja berdua hari.. Alhamdulillah kami dibantu dengan pembantu yang ada.. Kerjasama itu penting kan..

Kenapa E'raz ingatkan akan jadi stress? Sebabnya hari ini adalah hari tutorial 900 orang pelajar.. Tapi agak tenang minggu ini.. Mereka tidak bawa banyak masalah yang memeningkan kepala.. Minggu juga sebab sudah sampai ke Tutorial 3.. Time nak hantar assignment nanti, kecoh la office semula.. Hehe..

Alhamdulillah, semua OK hari ini.. Hal esok, fikir esok.. Banyak kelas ganti ni..

Read more ...

Saturday, 9 February 2013

Chinese New Year 2013

Salam Sabtu, 09 Februari 2013

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Hari ini masih bekerja walaupun orang lain di Kelantan sudah mula bercuti masuk hari kedua.. But I'm cool je.. Esok lusa dapat cuti.. Dua-dua hari dah dipenuhi dengan aktiviti.. Satu hari aktiviti pilihan isteri.. Satu hari lagi aktiviti pilihan E'raz macam balik kampung dan lain-lain la..

Gambar dibawah, suka-suka je.. Snap daripada twitter.. Jemput ramai-ramai berkenaan di Twitter E'raz dengan search @erazfadli atau klik SINI.. 

Snap gambar masa menunggu isteri keluar office.. Layan Linda Onn di Suria FM..

Read more ...

Monday, 4 February 2013

E'raz Fadli dan Kucing

Kucing

Assalamualaikum w.b.t.. Ingat lagi dengan entri Edisi Tersentuh : Kisah Pesakit Minta Kucing Temankan di Hospital? Dalam entri berkenaan, E'raz ada ceritakan tentang kisah E'raz bersama satu-satunya kucing yang telah bersama-sama selama 6 tahun lebih ni.. Tiba-tiba hari ni jumpa gambar dulu-dulu..


Read more ...

Tuesday, 29 January 2013

Edisi Tersentuh : Kisah Pesakit Minta Kucing Temankan di Hospital !

Edisi Tersentuh : Kisah Pesakit Minta Kucing Temankan di Hospital !



Entri ini dikreditkan kepada bro Ben Ashaari yang sharekan entri bertajuk, "Aku nangis , dah !".. Kenapa E'raz tertarik nak buat juga entri ni? Sebelum itu, untuk keterangan gambar di atas, baca di bawah :

“ nenek ini meminta pihak rumah sakit membenarkan kucingnya menemaninya di rumah sakit. Demi menghabiskan saat-saat akhir tuannya, kucing itu sangat setia menemani tuannya sampai tuannya meninggal dunia... sayangnye si comel pada tuannye.. :') “

E'raz tertarik dengan entri berkenaan kerana kucing E'raz sendiri ada perangai camtu.. Sebelum kahwin dulu, memang E'raz jaga dia.. Bunyi kereta balik dari kerja pun dia kenal.. Then sekarang, bila dah kahwin, tinggal berasingan dengan ma abah, kucing terpaksa dijaga oleh ma abah.. Alasan nya sama dengan bro Ben Ashaari kita, isteri E'raz pun sama tak boleh dengan kucing..

Walaupun dah lama kucing tinggal dengan ma abah  bila masa E'raz balik kampung seminggu sekali atau lebih, dia masih lagi boleh cam bunyi kereta.. Mesti akan terus ke kereta bila E'raz sampai tak kira dia berada di dalam rumah atau kawasan lain.. Kadang-kadang nampak sangat dia ingin bermanja sebab bila sampai umah mak ayah, berbunyi meow meow.. Ingat kan lapar, bagi makan then lepas tu berbunyi lagi.. Rupa-rupanya dia nak duduk atas riba atau tidur di atas lengan.. Dan kadang-kadang, memang perangai kucing yang suka lagakan hidung dia dengan muka kita atau lebih tepat, hidung kita..

Kalau balik umah mak ayah, selain terus jumpa mak ayah, kucing la yang dicari kalau dia tak muncul.. Harap-harap di panjangkan umur dan jangan tamat riwayatnya dengan accident atau apa-apa yang mengejut.. 

The End..

Read more ...

Selepas Sekian Lama !

Selepas Sekian Lama : Berjaya Tukar Bateri!


Assalamualaikum w.b.t.. Akhirnya berjaya juga beli bateri baru untuk handphone.. Seminggu lepas tahan lagi  sebab selalu charge.. Tapi bila masuk hari jumaat lepas, memang tak boleh nak buat apa sebab bateri dah gelembung terus! Haha.. Mencari punya cari, kat Tanah Merah juga jumpa.. Mahal pun mahal la.. Malas nak fikir.. Nak beli handphone baru, tunggu-tunggu dulu la.. Kena dahulukan yang mana lebih penting..

Mula-mula ingat nak cari di Kota Bharu je, tapi disebabkan terlalu pagi, kedai belum buka lagi.. Sambil-sambil on the way balik rumah mak ayah, singgah beberapa kedai, tapi malangnya tak de stok.. Singgah kat bandar Machang pun, hampa sebab kebanyaknya tak de stok.. Akhir sekali, ajak adik ke Tanah Merah, baru jumpa.. Ajak adik bukan apa, lama dah jadi driver, so semalam, kasi dia lak jadi driver.. Den rehat kat tepi..

Read more ...

Wednesday, 16 January 2013

Jadi Emcee lagi ...

Kursus Pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran Guru-Guru KAFA

Kursus Pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran Guru-Guru KAFA

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Alhamdulillah, dah settle kerja bidan terjun hari ni.. Kalau dah biasa buat kerja tu, sah-sah kena la.. Jadi emcee untuk satu majlis kursus yang dianjurkan oleh pihak office E'raz, bersama-sama dengan pihak PPD Kota Bharu.. Kursus atau boleh juga dipanggil seminar ini bertajuk Kursus Pedadogi Pengajaran dan Pembelajaran Guru-Guru KAFA.. Kursus ini mempunyai 4 siri dan akan dihadiri oleh 4 kumpulan ustaz dan ustazah (guru-guru KAFA) sekitar Kota Bharu.

Tutup cerita tu.. Yang aku ni pulak, dari mula masuk kereta dan mendapat call dari salah seorang staf tadi, terus rasa nak muntah.. Duk tahan je muntah sehinggalah majlis ini nak berlangsung.. Sib baik ok.. Pembawakan kot ni.. Haha.. So sekarang, walaupun banyak benda dalam kepala ni tengah fikir, tapi luaran terpaksa senyum demi semua orang dan motivasi diri sendiri..

Read more ...

Friday, 4 January 2013

Menambah bengang rasa hampa!

Menambah bengang rasa hampa!


Menambah bengang rasa hampa! Itu sebenarnya salah satu baris lirik lagu Bengang - Akim AF7.. Entri ni sepatutnya E'raz publish semalam.. Tapi disebabkan memang terlalu sibuk di pejabat, memang tak sempat nak taip idea dalam kepala.. Sampai je office, buka email official kerja, dapat beberapa email yang memerlukan tindakan segera.. Then kul 9.00 a.m, meeting..

Bermula dengan begitu baik tetapi berakhir dengan begitu kurang baik.. Malas nak cerita di sini tetapi yang pasti, tajuk entri ini bermula dengan keadaan di pertengahan meeting dan akhir meeting.. Selesai meeting pukul 12 p.m lebih dan cam biasa, perut dah lapar wei.. Haha.. Tapi sempat belasah nasik di pukul 1.30 p.m juga sebab hal-hal office.. Bengang ni berterusan sehinggalah ke petang.. Dapat keluar office di saat pukul 6.30 p.m.. Pastu kena datang balik pada malamnya selepas maghrib..

Malam tapi, kami (satu office) menganjurkan satu majlis tahlil.. Bertempat di pejabat.. Majlis bermula pukul 8.00 p.m dan berakhir lebih kurang pukul 10.00 p.m.. Semua berjalan dengan baik.. Alhamdulillah.. Semoga tahun baru ini akan menjadi tahun yang lebih baik kepada kami.. Insyaallah..

p/s : Sorry entri terlebih personal.. Hari ni di Kelantan, memang masih hujan.. Ntah bila akan betul-betul berhenti..

Read more ...

Wednesday, 26 December 2012

Sakit Hati Dengar Ayat, 'Cuti Sokmo'!


Paham kan maksud 'cuti sokmo'? Itu bahasa Kelantan.. Sokmo maksudnya selalu.. Bila ada yang beritahu kita selalu cuti, rasa macam nak ketuk-ketuk je kepala tu.. Walaupun E'raz cuti hari rabu cam hari ni, bukannya ambil annual leave pun.. Ambil cuti ganti sebab kerja Jumaat Sabtu lepas.. Memang tak paham la.. Kalau nak tahu, annual leave E'raz ada lagi 40 lebih hari yang akan lupus pada 2, 3 hari je lagi.. So jangan la nak kata selalu cuti.. Buat sakit hati je memikirkan cuti yang banyak tu..

Tutup kes.. Kenapa ada gambar RasaMas tu? Haha.. Itu E'raz snap masa makan tengahari tadi.. Siapa yang belanja? Blogger yang juga kawan E'raz, Zamani84 / zamani84.blogspot.com.. Thanx bro sebab belanja.. Sempena hari jadi ya? Terima kasih..

Kebetulan pagi tadi ada appointment di HUSM + cuti ganti hari ni.. Malas nak half daya - half day ni sebab cuti ganti kan.. Bukan annual leave then sedia maklum, akan burn jgk pasni.. Fuh! Appointment tadi semuanya OK.. Balik dengan hati gembira dan tersenyum.. Alhamdulillah..

Lepas selesai di HUSM, terus ke KB Mall sebab nak jumpa plus lepaking dengan blogger Zamani tu.. Walaupun dah lama tak ke shopping mall ni, hati nak shopping memang tak de.. Lalu-lalu tengok je.. Sempat rembat satu barang untuk isteri tersayang je yang kerja hari ni.. Buah tangan katanya..

Pjg giler dah entri, sambung next entri pulak! Status update entri di PPSK USM! Hari ni cuaca macam OK dah.. Harap2nya camni la sampai bulan 1.. Kesian pada budak2 nak pegi sekolah.. Dah la baju baru, kasut baru, kang tak pasal-pasal basah.. Kesian.. Assalamualaikum..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Monday, 24 December 2012

Galaxy Tab Aku Rosak??!!

Galaxy Tab Aku Rosak??!!

Galaxy Tab 7.0 Plus

Tiba-tiba boleh rosak? Adoi.. Dalam kepada duk fikir, macamana ni, macamana ni.. Ke nak beli mana-mana handphone siri Samsung.. Ataupun sapu iPhone 5?? Berdebar juga sebab dah biasa ada Tab kat tangan.. Usia tab E'raz akan genap setahun pada 31 Disember 2012 ni..

Tapi itu sebenarnya mimpi je semalam.. Haha.. Apesal tah boleh mimpi Tab tu rosak.. Dalam mimpi tu tiba-tiba skrin Tab tu pecah dan hancur.. Aik! Camtu pun boleh jadi.. Bangun je dari tidur, sib baik itu hanyalah mimpi.. Hehe.. Lega-lega.. Kalau tak, mana la nk korek duit beli yang baru kan..

Dari tadi nak update blog untuk hari ni tapi sampai-sampai kat office, terus on pc but keluar beli nasik kerabu jap kat tepi... Kelaparan.. Breakfast dulu.. Then siapkan aktiviti jadual-jadual exam untuk hari Khamis dan Jumaat ni.. Sekarang masa untuk update blog kejap! ;) Lepas ni kena proses borang permohonan pulak!

Sambung nanti ..........

Read more ...