Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

Saturday, 26 April 2014

Layan Tollgate Asmara malam ni ..

Tollgate Asmara | Assalamualaikum w.b.t.. Rasa macam dah lama tak layan drama Cerekarama TV3 ni.. Tak tahu samada sebab sibuk ke, ada hal lain ke atau memang drama tak best masa tu.. Tapi malam terlayan pulak.. Kebetulan wife pun tengok drama Tollgate Asmara, so Eraz layan sekali.. Nampak maca, best je.. Lawak-lawan ringan.. Pelakon pun nampak macam semua ada nama.. Tarikan utama, sah-sah la Izara Aishah dan Keith Foo.. Kisah berkisar tentang pekerja di tol bertemu dengan lelaki kaya.. Ringkas je.. Tak larat nak tulis panjang-panjang, so layan dulu drama Tollgate Asmara ni..

Read more ...

Friday, 18 October 2013

Kampung Girl Episod Akhir (Episod 13)

Kampung Girl Episod Akhir (Episod 13) | Assalamualaikum w.b.t.. Rupa-rupanya malam ni drama Kampung Girl dah masuk ke Episod 13 iaitu Episod Akhir.. Eraz layan drama Kampung Girl ni tapi on off.. Kalau drama hari Jumaat, memang selalu terlupa.. Malam ni teringat sebab tadi duk tengok-tengok TV Guide di Astro ni.. Salah satu isunya dalam Kampung Girl malam ni ialah AINNUR masih lagi tidak berpuas hati kerana ASHRAF tidak menceritakan kepadanya siapakah dia perempuan yang pernah bertahta dihatinya.. Kira kemuncak la ni..

#Lagu MENUNGGU - Akim macam best pulak lepas dengar beberapa kali.. Jiwang lagi.. Haha..

Read more ...

Friday, 13 September 2013

Pengancam Perkahwinan

Pengancam Perkahwinan

Pengancam Perkahwinan | Assalamualaikum w.b.t.. Pengancam Perkahwinan.. Sekali tengok macam Perancangan Perkahwinan kan.. Pengancam Perkahwinan merupakan salah satu drama yang akan disiarkan di Astro Ria dan Astro Maya HD pada 26 September 2013 (Khamis) jam 9.30 malam.. 26 September? Lambat lagi kan.. Tapi itu strategi Astro dalam pengiklanan.. Sama macam drama Destinasi Cinta Sara dan Mama Mama Mia sebelum ni..

Drama Pengancam Perkahwinan ni lakonan Intan Ladyana, Nadiya Nisaa, Kilafairy, Hafizul Kamal, Nazrief Nazri dan Nora Danish.. Arahan Tam dan Shahir rasanya.. Tengok promo di Astro semalam, macam menarik juga.. Mungkin sebab tu Astro promote awal kot.. Sinopsis? Di bawah Eraz taip sikit jalan cerita a.k.a sinopsis..

Melisa dan Ariana merupakan musuh, yang mana satu ketika dulu pernah menjadi kawan baik.. Kisahnya bermula berkembali apabila Melisa sebagai weeding planner terpaksa bergabung dengan Ariana yang mana seorang pengarah daripada sebuah production house untuk merealisasikan perkahwinan Maya.. Oleh kerana perasaan terbuku yang tak terlerai, mereka merancang untuk sabotaj kerja masing-masing tanpa meyedari mereka telah merisikokan pengantin dan perkahwinan tu sendiri.. Selanjutnya? Kena tengok la kot..

Pengancam Perkahwinan.. Mungkin satu tajuk drama yang boleh menarik orang.. Apa-apa pun, ini sebagai info untuk korang semua.. Peace no war..

Read more ...

Friday, 26 July 2013

layan cerekarama, drama Qarina

Cerekarama, Drama Qarina | Assalamualaikum w.b.t.. Pada pada TV senyap tanpa di on, sempat layan drama Qarina dalam slot Cerekara TV3 malam ni.. Teringat masa iklan sebelum ini, drama Qarina ni lakonan Ashraf Muslim.. Penampilan pertama dia ke selepas sekian lama tak berlakon? Entah la.. So, cuba cari sinopsis drama Qarina.. Pelakonnya ada juga la yang kenal..


Sinopsis :

Kisah Qarina, anak bongsu daripada tiga beradik, Daniel dan Elfira.. Ibu bapanya terlalu materialistik dan gemar menunjuk-nunjuk apa yang dimiliki mereka supaya orang ramai mengetahui mereka kaya..

Ingin cuba layan drama Qarina ni sampai ke hujung.. Satu drama yang menarik dan mungkin akan memberi keinsafan.. Layaannn..

Read more ...

Saturday, 6 July 2013

Bukan Cinta Monyet Lakonan Risteena Munim, Pelakon Drama Playboy Itu Suami Aku

Bukan Cinta Monyet Lakonan Risteena Munim  Pelakon Drama Playboy Itu Suami Aku | Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba tertengok drama Bukan Cinta Monyet dalam slot Cerekarama TV3 malam ni.. Tak sure la best ke tak.. Eraz tengok bila dah ditengah-tengah jalan.. So, cuba la cari sinopsis drama Bukan Cinta Monyet ni.. Ramai pelakon yang dikenali kecuali heroin.. Siapa heroin yang pegang watak Hana dalam drama ni? Pelakon baru kot.. Namanya Risteena Munim..

Sinopsis :

Kamal Ilham hadir dalam hidup Nurul Suhana dan uminya demi sebuah rahsia yang Kamal Ilham saja yang tahu.. Kamal Ilham adalah anak angkat Umi.. 8 tahun berlalu dan telah memisahkan Kamal dan Nurul Suhana apabila Kamal Ilham melanjutkan pelajaran.. Sekembalinya Kamal Ilham ke tanah air, membuatkan hati Nurul Suhana berbunga cinta bila melihat Kamal Ilham.. Suhana yakin cintanya bukan cinta monyet..

Kehadiran Annetalia telah merobek hati Nurul Suhana yang menaruh hati pada Kamal Ilham.. Kamal Ilham yakin hubungannya dengan Nurul hanya sebagai abang dan adik.. Kamal telah mengejutkan Nurul dari lena yang indah dengan bertunang dengan Annetalia.. Kecewa dengan pertunangan itu, Nurul Suhana menjauhkan diri.. Mendung tidak selamanya sepi..

Kehadiran Alvin telah menceriakan hati Nurul Suhana.. Hubungan intim mereka telah menimbulkan perasaan cemburu dalam hati Kamal Ilham..Kamal Ilham mula sangsi dengan hatinya sendiri..

Sedang cuba layan drama Bukan Cinta Monyet ni sampai ke hujung.. Tapi dah back-up dengan rekod awal-awal.. Mana la tahu tertidur.. Rasa dah nak demam..

Read more ...

Friday, 31 May 2013

Saya Sebenarnya Isteri Dia Episod 8

Saya Sebenarnya Isteri Dia Episod 8
Saya Sebenarnya Isteri Dia Episod 8

Assalamualaikum w.b.t.. Mesti peminat Izzue Islam dan Tiz Zaqyah menunggu drama Saya Sebenarnya Isteri Dia Episod 8 malam ni.. Eraz memang dah rekod awal-awal sebab berkemungkinan besar tak dapat nak ikut tengok live sebab ada majlis solat hajat di rumah mertua.. Tapi sebelum rekod, cuba cari apakah sinopsis atau jalan cerita untuk drama Saya Sebenarnya Isteri Dia Episod 8 ni.. 

Sinopsis Saya Sebenarnya Isteri Dia Episod 8 bersumberkan SINI :

Firash telah mendapat surat tawaran untuk praktikal di Terengganu.. Alangkah terkejutnya Syaf bila mendapati Firash diletak di bawah pengawasannya sepanjang tempoh pratikalnya.. Firash happy, Syaf pula  risau.. Mana taknya,dia akan tinggal serumah dengan Firash. Rania pula, cuba untuk menggoda Firash..

Minggu lepas pun tak dapat tengok sebab berada di Terengganu..

Read more ...

Saturday, 25 May 2013

Saya Sebenarnya Isteri Dia Episod 7

Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum ni Eraz ada update Saya Sebenarnya Isteri Dia Episod 6.. Tapi malam ni tak dapat nak tengok sebab berada di UiTM Chendering Terengganu sebab ada Karnival Sukan Wilayah Timur.. Tapi search awal-awal sinopsis just nak tahu hujung pangkal.. Siapa yang belum tengok, boleh baca sinopsis ni dulu..

Haqimy mengajak Syaf ke kebun durian.. Mereka pergi bersama-sama adik Haqimy Imah.. Di kebun, Syaf digigit pacat.. Haqimy cuba membantu,namun kebetulan Firash tiba.. Firash naik marah kerana menyangka Haqimy ingin ambil kesempatan terhadap Syaf.. Dia yang bengang lalu menumbuk Qimy.. Firash dengan segera bawa Syaf berlalu dari situ lalu.Di pertengahan jalan, Firash berhenti dan mengubati Syaf.. Sementara ibu Qimy mula berkenan pada Syaf sebagai menantu.. Pulang dari kampung, Syaf mendapat pertukaran kerja di Terengganu..

SUMBER

#Autopost entri sebabnya masa ni Eraz dah tidur.. Haha..

Read more ...

Friday, 17 May 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 6

Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni rupanya dah episod 6 untuk drama Sebenarnya Saya Isteri Dia.. Mesti semua orang dah tahu tentang sinopsis drama ni.. Seriusnya Eraz tak tengok dari awal.. Jadi tak faham sangat.. Tapi episod 4, sempat tengok Full.. Tapi malam ni, tengah cuba tengok full bagi espisod 6..

Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia ni lakonan Izzue Islam dan Tiz.. Menarik juga sebenarnya drama ni.. Tapi malangnya tak sempat nak follow.. Nak rekod tu, kadang-kadang terlupa.. Episod 6 nampaknya mereka berada di kampung.. Datangnya Kimi, lagi buat hubungan mereka seakan tegang.. Last sekali kantoi dengan Tok Wannya.. Tapi elok juga kot sebab maybe boleh merapatkan hubungan mereka.. Cuba layan Episod 7 la pulak minggu depan... Iklan TV3 ni lama giler! Adoi..

#Tiz memang nampak muda jika bertudung.. Bagi yang tak tahu, drama Sebenarnya Saya Isteri Dia salah satu drama bertudung Tiz..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Thursday, 28 March 2013

Drama Destinasi Cinta Sara di Astro Ria

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau siapa-siapa perasan, promo drama Destinasi Cinta Sara ni dah muncul seawal bulan Mac lagi.. Betul tak? Dari segi promo iklan, memang menarik perhatian.. Drama ni lakonan Remy Ishak, Nadiya Nissa, Alzana Nasir, Afiq Muiz.. Banyak kali juga nampaknya Remy Ishak digandingkan dengan Nadiya Nissa ni..

Satu lagi, Nadiya Nissa ni memang bagus la sebab berjaya dapatkan watak utama.. Rezeki Nadiya Nissa sekarang walaupun tak berjaya tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular walaupun masa tu tengah hot dengan drama Adam & Hawa.. Tapi, walaupun tak tersenarai dalam Top 5, Nadiya boleh berbangga sebab berjaya ada dalam Top 10.. ABPBH tahun depan, tak tahu la lagi nasibnya..

Berbalik kepada drama Destinasi Cinta Sara.. Sekarang sedang ditayangkan di Astro Ria.. Pertengahan jalan dah.. Untuk sinopsis, boleh baca sini :

Sara dan Liza adalah adik beradik.. Sara bekerja di butik pengantin.. Sara yang belum berkahwin sebenarnya memendam perasaan pada majikannya,Mikail.. Di saat Sara ingin memberitahu pilihan hatinya, Liza menyatakan dia menyukai Mikail.. Mengalah dengan adiknya, Sara bersedih kerana dia terpaksa melupakan cintanya pada Mikail.. Pada masa yang sama, Sara berkenalan dengan Iman ketika dia berebut menaiki teksi.. Iman yang tak percaya pada cinta mula tertarik pada Sara sejak dia mula membaca diari Sara yang tertinggal dalam teksi.. Dalam mengubat hati yang lara, Sara banyak menghabiskan masa bersama Iman tanpa menyedari dia mula jatuh cinta pada Iman.. Tapi tiba-tiba Iman kantoi dengan Sara.. Tentang apa? Tunggu kesudahannya.. Sinopsis dan gambar kredit kepada Admya..

Kesudahan drama Destinasi Cinta Sara ni, kena la tunggu pukul 11.30 malam kejap lagi.. Lagu OST untuk drama ni sama dengan drama Setia Hujung Nyawa iaitu Adamu nyanyian Najwa Latiff.. Sambung layan tengok tv.. Adios Amigos!!

#Isteri Eraz kata, Remy Ishak dengan Afiq Muiz ni seiras... Kalau tengok, memang betul la.. Sesuai berlakon jadi adik beradik.. Anzalna nampak macam budak-budak je dalam drama Destinasi Cinta Sara ni.. Nadiya Nissa, macam biasa..


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...