Showing posts with label Nur Risteena. Show all posts
Showing posts with label Nur Risteena. Show all posts

Monday, 11 November 2013

Playboy Itu Suami Aku Episode 1 | 2 | 3 | 4

Playboy Itu Suami Aku Episode 1 | 2 | 3 | 4

Playboy Itu Suami Aku Episode 1 | 2 | 3 | 4Assalamualaikum w.b.t.. Selepas drama Love You Mr. Arrogant tamat, penggantinya ialah drama Playboy Itu Suami Aku.. Tak pasti la samada akan menjadi fenomena atau tidak.. Hari ni bermula dengan episod 1.. Siapa yang dah baca novel Playboy Itu Suami Aku mesti dah tahu jalan cerita..

Drama Playboy Itu Suami Aku ni dilakonkan oleh Fattah AminNur Risteena dan Chacha Maembong.. Di sini Eraz boleh beri serba sedikit sinopsis drama Playboy Itu Suami Aku untuk episode 1, 2, 3 dan 4..

Playboy Itu Suami Aku Episode 1 - Ketika Afina sedang menunggu bas, sebuah kerta mewah telah melintas di hadapannya dengan laju dan melanggar lopak air di tepi jalan. Akibatnya air itu terpercik kepada Afina.. Siapa yang memandu kereta mewah tu? Tengok tengok dulu Episod 1 nya..

Playboy Itu Suami Aku Episode 2 - Syaf dan Kak Faz adalah pekerja di Cina Florist.. Mereka berdua sangat baik dengan Afina.. Syaf sebaya dengan Afina dan mereka mula rapat sejak tinggal bersama di asrama..

Playboy Itu Suami Aku Episode 3 - Rahim memarahi Fisya tetapi Fisya pula menuduh Afina sengaja mereka-reka cerita.. Fisya mendakwa dia tidak pulang semalaman kerana tidur di rumah rakan perempuannya..

Playboy Itu Suami Aku Episode 4 - Afina sangat takut kalau-kalau Arian ternampak dia kerana itu dia asyik bertanya bila mereka boleh pulang.. Puan Sri pula sangat cerewet dan selepas dia bersembang dengan Adrian, dia menuju ke arah Syaf dengan Afina.. 

#Selamat menonton..
Read more ...

Saturday, 6 July 2013

Bukan Cinta Monyet Lakonan Risteena Munim, Pelakon Drama Playboy Itu Suami Aku

Bukan Cinta Monyet Lakonan Risteena Munim  Pelakon Drama Playboy Itu Suami Aku | Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba tertengok drama Bukan Cinta Monyet dalam slot Cerekarama TV3 malam ni.. Tak sure la best ke tak.. Eraz tengok bila dah ditengah-tengah jalan.. So, cuba la cari sinopsis drama Bukan Cinta Monyet ni.. Ramai pelakon yang dikenali kecuali heroin.. Siapa heroin yang pegang watak Hana dalam drama ni? Pelakon baru kot.. Namanya Risteena Munim..

Sinopsis :

Kamal Ilham hadir dalam hidup Nurul Suhana dan uminya demi sebuah rahsia yang Kamal Ilham saja yang tahu.. Kamal Ilham adalah anak angkat Umi.. 8 tahun berlalu dan telah memisahkan Kamal dan Nurul Suhana apabila Kamal Ilham melanjutkan pelajaran.. Sekembalinya Kamal Ilham ke tanah air, membuatkan hati Nurul Suhana berbunga cinta bila melihat Kamal Ilham.. Suhana yakin cintanya bukan cinta monyet..

Kehadiran Annetalia telah merobek hati Nurul Suhana yang menaruh hati pada Kamal Ilham.. Kamal Ilham yakin hubungannya dengan Nurul hanya sebagai abang dan adik.. Kamal telah mengejutkan Nurul dari lena yang indah dengan bertunang dengan Annetalia.. Kecewa dengan pertunangan itu, Nurul Suhana menjauhkan diri.. Mendung tidak selamanya sepi..

Kehadiran Alvin telah menceriakan hati Nurul Suhana.. Hubungan intim mereka telah menimbulkan perasaan cemburu dalam hati Kamal Ilham..Kamal Ilham mula sangsi dengan hatinya sendiri..

Sedang cuba layan drama Bukan Cinta Monyet ni sampai ke hujung.. Tapi dah back-up dengan rekod awal-awal.. Mana la tahu tertidur.. Rasa dah nak demam..

Read more ...