Showing posts with label Remy Ishak. Show all posts
Showing posts with label Remy Ishak. Show all posts

Thursday, 28 March 2013

Drama Destinasi Cinta Sara di Astro Ria

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau siapa-siapa perasan, promo drama Destinasi Cinta Sara ni dah muncul seawal bulan Mac lagi.. Betul tak? Dari segi promo iklan, memang menarik perhatian.. Drama ni lakonan Remy Ishak, Nadiya Nissa, Alzana Nasir, Afiq Muiz.. Banyak kali juga nampaknya Remy Ishak digandingkan dengan Nadiya Nissa ni..

Satu lagi, Nadiya Nissa ni memang bagus la sebab berjaya dapatkan watak utama.. Rezeki Nadiya Nissa sekarang walaupun tak berjaya tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular walaupun masa tu tengah hot dengan drama Adam & Hawa.. Tapi, walaupun tak tersenarai dalam Top 5, Nadiya boleh berbangga sebab berjaya ada dalam Top 10.. ABPBH tahun depan, tak tahu la lagi nasibnya..

Berbalik kepada drama Destinasi Cinta Sara.. Sekarang sedang ditayangkan di Astro Ria.. Pertengahan jalan dah.. Untuk sinopsis, boleh baca sini :

Sara dan Liza adalah adik beradik.. Sara bekerja di butik pengantin.. Sara yang belum berkahwin sebenarnya memendam perasaan pada majikannya,Mikail.. Di saat Sara ingin memberitahu pilihan hatinya, Liza menyatakan dia menyukai Mikail.. Mengalah dengan adiknya, Sara bersedih kerana dia terpaksa melupakan cintanya pada Mikail.. Pada masa yang sama, Sara berkenalan dengan Iman ketika dia berebut menaiki teksi.. Iman yang tak percaya pada cinta mula tertarik pada Sara sejak dia mula membaca diari Sara yang tertinggal dalam teksi.. Dalam mengubat hati yang lara, Sara banyak menghabiskan masa bersama Iman tanpa menyedari dia mula jatuh cinta pada Iman.. Tapi tiba-tiba Iman kantoi dengan Sara.. Tentang apa? Tunggu kesudahannya.. Sinopsis dan gambar kredit kepada Admya..

Kesudahan drama Destinasi Cinta Sara ni, kena la tunggu pukul 11.30 malam kejap lagi.. Lagu OST untuk drama ni sama dengan drama Setia Hujung Nyawa iaitu Adamu nyanyian Najwa Latiff.. Sambung layan tengok tv.. Adios Amigos!!

#Isteri Eraz kata, Remy Ishak dengan Afiq Muiz ni seiras... Kalau tengok, memang betul la.. Sesuai berlakon jadi adik beradik.. Anzalna nampak macam budak-budak je dalam drama Destinasi Cinta Sara ni.. Nadiya Nissa, macam biasa..


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Thursday, 28 June 2012

Heroin Filem Aku, Kau & Dia, Zarina Jamalullail (Peserta Dewi Remaja 2010) Kini Bertudung

Heroin Filem Aku, Kau & Dia, Zarina Jamalullail Kini Bertudung


Zarina Jamalullail??!! Mungkin ramai yang jarang dengar nama selebriti ni.. Seriusnya, E'raz sendiri pun baru tahu Zarina Jamalullail ni sebenarnya bintang kelahiran Dewi Remaja 2010.. Nama Zarina naik semula selepas filem pertama dia, Aku, Kau & Dia lakonan bersama Pekin Ibrahim dan Remy Ishak akan muncul 28 Jun 2012 ni..

Isunya di sini ialah penghijrahan wanita ini daripada tidak bertudung kepada bertudung serta berkahwin dan tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata.. Mengikut Murai, Zarina sendiri mengaku segan selepas menonton prebiu filem Aku, Kau & Dia kerana ketika menjalani penggambaran filem arahan, Piere Andre itu dia masih lagi belum bertudung litup dan berhijrah.. Kes yang sama berlaku kepada Diana Amir yang mana banyak filem-filem dia muncul selepas di berhijrah tetapi penggambaran filem-filem berkenaan sebelum berhijrah..

Sedikit SINOPSIS filem Aku, Kau & Dia : Filem ini mengisahkan tentang harapan Mia (Zarina Jamalullail) yang kehilangan tunangnya, Ilhan (Pekin Ibrahim) dalam kemalangan jalan raya.. Namun, dalam masa yang sama Mia bertemu dengan Izlan (Remy Ishak) seorang pemuzik jalanan yang bermain lagu yang sama diciptanya ketika bercinta dengan Ilhan.. Bermulalah konflik cinta Mia. Adakah Izlan cinta baru buat Mia walaupun dalam masa yang sama ingatan terhadap tunangnya masih kuat?


--------------------------------------------
Entri sebelum ini yang mungkin korang terlepas : 

Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

Read more ...

Wednesday, 20 June 2012

(VIDEO) FILEM Aku, Kau & Dia : Shila Amzah Terlibat Untuk OST Lagu Dejavu dan Aku, Kau & Dia

FILEM Aku, Kau & Dia Lakonan REMY ISHAK, ZARINA JAMALULLAIL, PEKIN IBRAHIM, HARUN SALIM BACHIK, NASH, Arahan PIERRE ANDRE : Shila Amzah Terlibat Untuk OST Lagu Dejavu dan Aku, Kau & Dia

Poster

Lagu Dejavu, Nyanyian Shila Amzah


Lagu Aku, Kau & Dia, Nyanyian Shila Amzah

Sedikit info tentang filem ini : Ianya sebuah filem romantik arahan PIERRE ANDRE, yang bakal ke pawagam pada 28 JUN 2012 nanti.. Filem yang dibintangi oleh REMY ISHAK, ZARINA JAMALULLAIL, PEKIN IBRAHIM, HARUN SALIM BACHIK, NASH.. Ikut apa yang dibaca, filem ni ala-ala filem Korea..

Trailer


--------------------------------------------

Entri sebelum ini yang mungkin korang terlepas : 
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

Read more ...

Sunday, 27 May 2012

Drama 'Kau Untukku', Lakonan Remy Ishak, Dira Abu Zahar

Sinopsis Drama 'Kau Untukku', Lakonan Remy Ishak, Dira Abu Zahar (Astro)


Pelakon Utama : Remy Ishak, Dira Abu Zahar.. Dibantu : Johan Asari, Lana Nordin, Norman Hakim, Sheera Iskandar, Nadia Mustafa
Pengarah : James Lee

Adaptasi Novel : Kau Untukku


SINOPSIS : Kali pertama Ahmad Fuad bertemu dengan Nurul Umairah, Ahmad Fuad telah jatuh pandang pertama walaupun berstatus kekasih kepada Ellina.. Nasib Nurul Umairah kurang baik apabila tunangnya, Jefri telah meninggal dunia dan mengakibatkan Nurul Umairah seakan-akan hilang separuh nyawa.. Selepas itu, Nurul Umairah tidak bersedia lagi menerima cinta baru kerana dia memikirkan bahawa sesiapa yang berkahwin dengannya akan meninggal secara mengejut juga.. Tetapi akhirnya, selepas beberapa ketika bersama Ahmad Fuad di pejabat dan luar pejabat, hati Nurul Umairah terbuka hati untuk Ahmad Fuad.. Selepas itu, Nurul Umairah dapati ada seorang wanita bernama Ellina sedang menunggu Ahmad Fuad kembali kepada dia..

Nurul Umairah pergi dan menganggap Ahmad Fuad hanya ingin memainkan hati dia untuk kembali kepada Ellina.. Oleh sebab itu, Nurul Umairah menghilang! Akhirnya, takdir membawa mereka berjumpa semula dan Ahmad Fuad berpeluang untuk menerangkan segalanya bahawa Ahmad Fuad betul-betulkan cintakan Nurul Umairah..

SINOPSIS ni ada aku skip sesetengah jalan cerita.. Untuk cerita penuh, korang kena la tengok! Sekarang drama ni ditayangkan di Astro Box Office, Channel 952..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...

Thursday, 17 May 2012

Trailer & Sinopsis Filem '29 Februari' Lakonan Remy Ishak, Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz

Trailer & Sinopsis Filem '29 Februari' Lakonan Remy Ishak, Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz

Terbaru Filem Stereoscopic 3D pertama Malaysia, filem arahan Edry Abdul Halim, terbitan KRU Studios, yang dilakonkan oleh Remy Ishak, Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz, Muniff Isa, Chew Kin Wah, Margaret Gan, Ramli Hassan, Dian P. Ramlee, Namron, Adleena Nordin.. Tahu sinopsis? Jom baca ni..

"Mengisahkan kehidupan Budi yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap ‘kecacatan’ itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah bagi Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akihirnya Malaysia yang bebas merdeka. Dia diuji sekali lagi apabila dipisahkan dari ibu dan bapanya ketika peperangan zaman Jepun.

Masa seolah tidak berganjak buat Budi, dan akibatnya sentiasa menyaksikan kehilangan orang tersayang.. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak, yang cacat penglihatan Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah Negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily.

Walaubagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily melalui pelbagai cabaran dan dilarang oleh keluarga Lily. Apakah satu-satunya cinta Budi akan kekal abadi, seiring dengan hayatnya yang seolah tidak berpenghujung? 

Saksikan sebuah lakonan mantap Remy Ishak sebagai Budi, pencinta sepanjang zaman yang pasti memukau dan merintih hati setiap yang menonton “29 Februari” di pawagam mulai 30hb Ogos 2012."


Trailer Filem 29 Februari


Facebook : 29 Februari

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...

Wednesday, 16 May 2012

Sinopsis 'Cikgu Timah Tukar Sekolah' di Astro Warna - Lakonan Remy Ishak dan Scha Al-Yahya

Sinopsis 'Cikgu Timah Tukar Sekolah' di Astro Warna - Lakonan Remy Ishak dan Scha Al-Yahya

"Kisah Cikgu Timah yang berasal dari bandar terpaksa bertugas dikampung dan berusaha minta ditukarkan ke bandar.. Namun, Haziq pelajar di sekolahnya berjaya membuatkan Cikgu Timah mula suka mengajar di kampung..".. Itu merupakan sinopsis drama Lakonan Remy Ishak dan Scha Al-Yahya sempena sambutan Hari Guru hari ni, 16 Mei 2012.. Drama ni akan ditayangkan di Astro Warna, Channel 132 pada pukul 10:30 malam ni.. 


Pelakon Utama :
Scha Al-Yahya

Remy Ishak

SELAMAT HARI GURU.. Antara berita baik Hari Guru tahun ni ialah Seramai 24,053 Guru Ijazah, Diploma Akan Diperimbang Kenaikan Pangkat Mulai 1 Jun hingga 31 Disember 2012.. Klik SINI untuk baca artikel berkenaan..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...