Showing posts with label Irma Hasmie. Show all posts
Showing posts with label Irma Hasmie. Show all posts

Sunday, 24 March 2013

Buku Irma Hasmie - SMILE

Buku Irma Hasmie - SMILE

Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba terfikir untuk membuat entri tentang buku Irma Hasmie ni.. Buku ini sebenarnya dibeli oleh isteri Eraz masa dia buat medical check-up di HUSM baru ni.. Katanya dia dah habis baca.. Eraz tengok macam menarik.. So plan nak baca la.. Tapi sekarang belum sempat lagi nak baca..

SMILE
Skil . Motivasi . Inspirasi . Luar Biasa . Elegan
Kisah yang menginspirasi Irma, pasti ada tertawan juga.
Dari : Irma Hasmie, Zamri Mohamad

Bila dibelek semua dan tengok isi kandungan, ada 16 Kisah semuanya.. Insyaallah, jika kesempatan, Eraz kongsi dengan semua.. Tak pasti lagi tentang isi kandungan keseluruhan.. Siapa yang dah baca? Review sikit buku Irma Hasmie - SMILE ni..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Wednesday, 7 November 2012

Hatiku Di Kinabalu


Hatiku Di Kinabalu.. Tajuk drama sebenarnya ni.. Lakonan Zul Ariffin, Irma Hasmie dan Yana Shamsuddin.. Apa yang menarik setakat ni, permandangan di puncak Gunung Kinabalu memang sangat cantik.. Dah berangan rasa macam nak daki Gunung Kinabalu dah ni.. Haha.. Last daki gunung ialah masa kat USM dulu iaitu Gunung Jerai! Kenangan yang tak kan dilupakan! Drama Hatiku Di Kinabalu ni ditayangkan di Astro Mustika.. E'raz sedang tengok semula sebab sempat rekod aritu.. Kisah tentang Anuar mula berbelah bagi apabila dia jarus memilih antara Qistina dan Lara setelah Qistina sedar dari koma..

p/s : Isteri salah seorang kawan office E'raz iaitu Fida, isteri kepada Faiz sedang menunggu masa untuk bersalin anak ke-2.. Mari la sama-sama doakan semoga semuanya selamat..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Sunday, 4 November 2012

GAMBAR Terkini Shila Amzah Bersama Irma Hasmie!

(04 November 2012) GAMBAR Terkini Shila Amzah Bersama Irma Hasmie Sedang Mengandung dan Ustaz Amin Idris!


Sejak kebelakangan ni, ramai search gambar Irma Hasmie mengandung.. Banyak juga yang sangkut ke blog E'raz.. So hari ni, berikutan update tentang Shila Amzah, ada sekali gambar Irma Hasmie yang sedang mengandung bergambar bersama-sama Ustaz Amin Idris.. Gambar ni diambil semasa Shila Amzah diundang sebagai tetamu untuk program Assalamualaikum untuk TVAlhijrah..

Senarai HIMPUNAN SEGMEN yang boleh korang join.. Edisi mengisi masa lapang yang tiada ruginya.. Support sesama blogger! Klik SINI..

Read more ...

Tuesday, 14 August 2012

Tahniah! Irma Hasmie Hamil..

Tahniah! Irma Hasmie Mengandung..

Tahniah pada Irma Hasmie dan Redza Shah.. Rezeki pemberian tuhan yang tidak ternilai.. Dalam pada korang baca artikel ni, jom kita doakan semoga memurahkan rezeki juga pada pasangan-pasangan lain yang sedang berusaha mendapatkan anak.. Amin.. 


"Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah.. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu.. Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan.. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya.. Setakat ini itu saja alahan yang saya hadapi.. Saya tidak mengindam apa-apa pun hanya suami saya saja yang mengidam lebih.. Dia pula yang tiba-tiba jadi kuat makan.." kata Irma Hasmie

"Syukur Alhamdulillah. Sekarang ini kandungan isteri saya masih dalam peringkat awal lagi. Saya harap semuanya mendoakan yang terbaik. Saya harap Irma kuat dan tabah.. Disebabkan kesihatan Irma tidak berapa mengizinkan, saya lebih kerap menemaninya ke majlis-majlis tertentu. Saya bukanlah bertindak sebagai pengurus Irma tetapi hanya ingin memantau keadaannya. Itu tanggungjawab saya sebagai suami. Lagipun saya bekerja sendiri dan ianya langsung tidak menganggu waktu kerja saya," kata  Redza Shah..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
(Entri 1) Segalanya Tentang UMobile dan Hari Raya 
(Entri 2) Coca Cola Bekerjasama Dengan Pertubuhan Amal di Bulan Ramadhan
(Entri 3) Ayu Raudhah Sahkan Kini Bertudung 

Read more ...

Sunday, 29 July 2012

30 Artis Sudah Sertai Usrah.. Alhamdulillah..

30 Artis Sudah Sertai Usrah.. Alhamdulillah..


Program usrah dikalangan artis ni bermula tahun lalu dengan tujuan untuk meningkatkan tahap keimanan dikalangan artis, khususnya yang telah berhijrah.. Kenyataan ni dikeluarkan oleh Yatt Hamzah..

Yatt memberitahu, walaupun mereka telah berhijrah khususnya artis wanita dengan menutup aurat, namun kelas-kelas agama dan usrah perlu dihadiri untuk mempertingkatkan ilmu dan iman masing-masing..

Andainya dahulu hanya 5 orang sahaja artis menghadiri kelas usrah, tapi kini telah meningkat lebih 30 artis pada satu-satu masa.. Antaranya Enot, Irma Hasmie dan lain-lain lagi..


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Read more ...

Sunday, 22 July 2012

Ya, Itu Memang Gambar Suami (Redza) Dengan Bekas Isterinya - Irma Hasmie

Ya, Itu Memang Gambar Suami (Redza) Dengan Bekas Isterinya - Irma Hasmie

Siapa yang baca Mingguan Malaysia hari ni, mesti dah tahu tentang statement ni.. Menurut Irma, dia sendiri sudah tahu tentang semua ni semasa mereka berkenalan kali pertama di Mekah.. Suami Irma, Redza turut rasa bersalah padanya sebab suaminya risau sebab dia, Irma yang terkena.. Untuk berita penuh, korang kena dapat kan Mingguan Malaysia hari ni..

Pendapat E'raz, kenapa perlu ada pihak keluarkan cerita ni.. Mereka baru sahaja kahwin masa tu, dah keluar cerita-cerita camni.. Betul-betul tak patut.. Biarlah mereka dengan kebahagiaan mereka dan kita semua doakan semoga mereka bahagia dengan kehidupan mereka.. Juga, kita doakan kebahagian kita sendiri.. Harap2 cerita Irma ni akan tutup.. ;)


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Read more ...

Monday, 9 July 2012

GAMBAR Eksklusif : Majlis Resepsi Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer

GAMBAR Eksklusif : Majlis Resepsi Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer

Sebelum ini, E'raz pernah buat entri tentang GAMBAR Eksklusif : Persandingan KeDUA Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer (Sebelah Pihak Lelaki).. Tapi kali ni diupdate dengan GAMBAR yang lagi cantik dan terkini daripada Moment Effects.. Giler cun! KREDIT GAMBAR : BeautifulNaraMoment Effects.. Sehari dua ni, memang penuh hasil terbaik gambar-gambar kawen la nampaknya.. Sebelum ini ade gambar kahwin ELLA dan WATIE ELITE..






------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Read more ...

Sunday, 8 July 2012

GAMBAR Eksklusif : Persandingan KeDUA Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer (Sebelah Pihak Lelaki)

GAMBAR Eksklusif Persandingan Ke-2 Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer (Sebelah Pihak Lelaki) - Kredit : ctNhoney

MASA blogwalking tadi, terjejak ke blog ctNhoney.. Tengok gambar Eksklusif Persandingan Ke-2 Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer di Sebelah Pihak Lelaki.. Menurut ctNhoney, beliau berterima kasih kepada D'Haja, jenama tudung terkenal dengan gambar eksklusif ini.. Lagi menurutnya, untuk pengetahuan semua, Irma Hasmie juga telah menjadi duta D'Haja.. Kredit info dan Gambar kepada ctNhoney.. TQ..





------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...

Monday, 2 July 2012

SELEKSI HIMPUNAN GAMBAR : Sekitar Majlis PERSANDINGAN Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer

SELEKSI HIMPUNAN GAMBAR : Sekitar Majlis Persandingan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)

Menurut BeautifulNara, Majlis  Persandingan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer ini sangat berbeza dengan selebriti yang lain.. Antaranya majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Don.. Majlis ini sememangnya lebih kepada sebuah majlis perkahwinan yang sangat Islamik.. Paling istimewa, hadirin disajikan dengan video Irma dan Redza menceritakan detik pertemuan mereka ketika melakukan umrah..








Sumber : BeautifulNara

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Read more ...

Saturday, 30 June 2012

SELEKSI HIMPUNAN GAMBAR : Sekitar Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer

SELEKSI HIMPUNAN GAMBAR : Sekitar Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer - 29 JUN 2012


TAHNIAH pada Irma Hasmie yang telah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan pada pukul 3.50 petang Jumaat di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.. Mereka dinikahkan sendiri oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad..

Majlis pernikahan mereka dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.. Irma menerima tiga dinar emas (RM2,220) sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum..

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 13 dulang.. Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Redza kepada Irma termasuklah sirih junjung, manisan, jam tangan, tas tangan, coklat dan set mandian.. Manakala Irma membalas sirih junjung, sebentuk cincin, Al-Quran, sejadah, kurma dan komputer riba..

Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada 1 Julai ini di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pukul 8 malam.. mstar




Untuk lebih gambar-gambar menarik, klik KOLEKSI GAMBAR I dan KOLEKSI GAMBAR II..


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. EDISI TERJAH : Kenali Blog Setelah 7 Bulan BerOPERASI.. Alhamdulillah..
2. Monsters University

Read more ...

Thursday, 14 June 2012

3 GAMBAR TERKINI Diana Amir, Kini Sedang Menunaikan Umrah Bersama Heliza AF5 dan Irma Hasmie

(GAMBAR TERKINI) Diana Amir, Kini Sedang Menunaikan Umrah Bersama Heliza AF5 dan Irma Hasmie


Diana Amir yang ditemui akhir bulan lalu oleh KOSMO, kini berada di kota Mekah untuk menunaikan umrah buat pertama kali dalam hidupnya.. Sudah berangkat ke Tanah Suci sejak 8 Jun lalu, dia turut ditemani dua rakan artis iaitu Irma Hasmie dan Heliza AF..

Ujarnya pada pertemuan sebelum berangkat ke Mekah: "Saya akan berada di sana selama 12 hari. Memandangkan tidak pernah ke Mekah sebelum ini, sudah tentu saya sangat teruja untuk menjejakkan kaki ke sana. Boleh dikatakan saya agak berdebar, tetapi gembira apabila peluang untuk menjejakkan kaki ke sana tercapai."

Selain mahu mengambil peluang yang terbuka untuk beribadah, Diana tanpa berselindung memberitahu, dia akan berdoa di hadapan Kaabah agar dapat bertemu dengan seorang lelaki yang baik untuk menjadi suami.

"Kalau boleh saya ingin menjadi seperti Irma yang berdoa di depan Kaabah, dan akhirnya bertemu jodoh di sana. Malah, dia juga ada berpesan supaya berdoa bersungguh-sungguh sekiranya menginginkan setiap perkara yang dihajati," ujarnya.

"Saya akui masih lagi solo dan tidak mempunyai teman lelaki. Tidak dinafikan ada yang cuba mahu mendampingi diri saya, tetapi ia hanya pada peringkat berkawan dan belum sampai tahap yang lebih serius," jelasnya.

Sudah mula ditayangkan pada 7 Jun lalu, filem X: Janda-Jandaku Gangster yang diarahkan Ahmad Rusli Khadri menampilkan beberapa pelakon seperti Pierre Andre, Intan Ladyana, Siti Cubby, Nuremy Ramli, Chloe Nicole dan Liyana Rafiai.

"Sebenarnya, saya kurang gemar untuk membawakan watak sebagai pengkid dan cuba untuk menolaknya. Namun, pengarah dan penerbit melihat saya paling sesuai untuk membawakan watak tersebut," jelasnya.

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Berpeluang menang RM20,000
2. Promosi SenHeng

Read more ...

Sunday, 20 May 2012

(WAJIB BACA) Perasaan Irma Hasmie Selepas Bertudung..

(WAJIB BACA) Perasaan Irma Hasmie Selepas Bertudung..


"Semasa saya belum bertudung dulu, saya rasa orang di sekeliling seakan tidak menghormati saya.. Mereka bebas untuk menyentuh saya, duduk rapat-rapat, laga-laga pipi bila menang anugerah.. (ketawa)... Tetapi selepas saya mengenakan jihab, saya rasa lebih dihormati.. Orang nak bergambar pun minta izin dan tidak terlalu rapat jika bukan mahram.. Tidak suka-suka nak bersalam dan lebih sopan apabila berbicara.. Saya rasa amat selesa dan berasa selamat selepas berhijab.." - IRMA HASMIE


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Read more ...

Sunday, 25 March 2012

Himpunan Kisah Pertunangan Irma Hasmie

Kredit untuk OHBULAN! untuk gambar..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Ramai yang dah buat entri tentang cerita Pertunangan Irma Hasmie.. Dan aku dengan penuh rajinnya telah himpunkan beberapa link blogger yang buat entri pasal kisah Irma.. So, korang boleh klik pada nama blogger-blogger dibawah untuk baca entri mereka.. Jom terjah.. Tak perlu search kat google untuk baca.. Mr. E'raz ada sediakan sikit link.. Hehe..

Link Kisah Pertunangan Irma Hasmie!






BeautifulNara

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...