Sunday 14 September 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 14 - Cerita Kasut Saya


Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya hari ni nak settlekan #Cabaran30Hari #Hari14 seawal yang mungkin.. Tajuk untuk Cabaran 30 Hari: Hari 14 ialah Cerita Kasut Saya.. Kasut? Aiyoo.. Fikir-fikir, tak de yang menarik sangat untuk dikongsikan kot.. Tapi dalam blog erazfadlidotcom ni, Eraz ada ceritakan dua kisah kasut Eraz.. Dua-dua tu cerita yang berlainan.. Kalau sudi, Eraz akan repeat sekali lagi..

Pertama :

Kisah kasut yang baru beli tapi simpan je.. Tak pakai-pakai.. Kononnya simpan la rak sebab nak pakai kasut yang biasa dan saiz kasut tu besar sikit.. Kena pakai stoking tebal sikit, baru selesa.. Tapi bila tiba rasa nak pakai kasut tu, lain pula kisahnya.. Bila dah pakai tak sampai seminggu, akhirnya jadi macam gambar di bawah.. Eraz ada ceritakan dalam entri INI.. Rosak! Haha.. Jadi, moral of the story, kalau ada kasut baru, pakailah or bergilir-gilir.. Hehe..


Kedua :

Kisah Eraz ke Felda Residence Hot Springs, Sungkai Perak untuk program Team Building.. Siap beli satu kasut baru sebab dah tengok aktiviti kat sana yang memerlukan dua kasut.. Sekali salah satu kasut tertinggal.. Bayangkan ada aktiviti Jungle TrekkingRiver Rafting dan lain-lain.. Mana boleh dengan hanya satu kasut kan.. Mana sempat nak keringkan lepas guna dan untuk program seterusnya.. Bermula dengan River Rafting, terus basuh kasut..

Jadi program malam tu, ada penyelamatnya.. Apa? Tengok gambar di bawah.. Baru beli lepas tiba di KLIA.. Haha.. Kira penyelamat la tu.. Sampai sekarang Eraz guna dia.. Best sebab lembut dan selesa.. Tak rugi la beli kan.. 


Bila dah habis Jungle Trekking, hasilnya seperti dibawah.. Nama pun Jungle Trekking kan.. Nak-nak pula ada lalu ikut laluan yang basah.. Hasilnya terbaik la.. Baru je berjaya ala-ala nak keringkan kasut malam sebelumnya tu, terus jadi camtu.. Camne nak pakai untuk balik?? Hehe..


Nak tahu cara Eraz keringkan kasut pada malamnya? Tengok lagi gambar di bawah.. Haha.. Itulah cara terbaik.. Nak letak belakang peti ais, tak muat.. So Hair Dryer la mangsanya.. Tapi tak de la kering sepenuhnya.. Tapi better la dari basah kan.. Peace..


Alhamdulillah, selesai untuk #Cabaran30Hari #Hari 14 - Cerita Kasut Saya..

#KelabBloggerBenAshaari

12 comments:

  1. wah! hebat juga bro cerita kasut...kenalkana blog baru saya.Saya pasti blog Pesona saya tu bro tahu masalahnyakan..so sudilah datng jenguk saya ya..kat sini..http://madey09.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. kasut sis pun pernah jadi camtu . dok simpan jer , bila sesekali tgk dah tanggal ... nasib baik ada pengering rambut ...

    ReplyDelete
  3. Owh eraz team building kat sana gak ea..memag xtvt akn redah dgn kasut. Redah je la..

    ReplyDelete
  4. haha.good idea nak keringkan kasut.boleh buat ni kalo terdesak :p

    http://hati-qaseh.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. kasut pun pakai hair dryer...hehehehee

    ReplyDelete
  6. Same ah, ana pun suka beli kasut utk kategori tersendiri. Pastu baru nak pakai, dah rosak. Sebab lama sgt simpan. Haha

    ReplyDelete
  7. Hehe...dah baca juga entri kasut dan selipar ni..

    ReplyDelete
  8. biasalah kan bila dah kerja kasut cepat rosak sebab byk bergerak

    ReplyDelete
  9. Hahaha..tak terpikir plak nk keringkan kasut dgn hairdryer.dulu2 letak bawah peti ais je

    ReplyDelete
  10. Kasut kalau lama tak pakai mesti jadi menggelupas camtu.. hoho

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.