Showing posts with label Trending. Show all posts
Showing posts with label Trending. Show all posts

Monday, 28 December 2015

#2Kerja | Trending


Assalamualaikum w.b.t.. Errrrmmmm.. Power betul penangan #2Kerja ni sebab jadi antara yang trending di twitter sekarang.. Kenapa? Rasanya tak perlu bercerita kot dengan detail sebab rasanya ramai yang dah tahu.. Dan kalau ikut hashtag tu, ramai juga yang respon termasuk selebriti di Malaysia.. Eraz malas nak printscreen semua yang Eraz bagi tapi yang viral sekarang ialah ayat-ayat dari Harith Islandar.. Dia buat sampai #6Kerja kot..

Masing-masing yang sedang membaca entri ni pun Eraz percaya memang buat lebih dari #2Kerja berdasarkan pemahaman maksud ayat yang dibuat oleh seseorang yang pernah viral sebelum ni tu.. Errmmmmm.. Apa-apa je la..
Read more ...

Sunday, 4 October 2015

Kenapa 'Kelantan' Trending ni?

Assalamualaikum w.b.t.. Masa di luar rumah dan di jalan raya, nampak mendung semacam je.. Bukan tanda nak hujan ni.. Tapi confirm jerebu.. Maybe tak sampai tahap bahaya lagi kot.. So cool semua.. Berhati-hati dengan kesihatan.. Eraz ni memang dah tak sihat, redha je la.. Errmmmm... Rasa macam lama tak lepak kat twitter.. Asyik di Facebook dan Instagram je nampaknya.. Tapi bila duk lepak kat twitter ni, nampaknya 'Kelantan' tengah trending di twitter.. No. brp? Boleh tengok apa yang Eraz snap di PC tu.. Malas nak print screen di phone..


Haha.. Leh teka kenapa kan.. Bila klik di situ, boleh nampak apa yang mereka semua bualkan samada rakyat Kelantan atau luar Kelantan.. Orang Kelantan dengan isunya dan orang luar dari Kelantan dengan isunya.. Isu apa? Sah-sah la pasal pengumuman yang telah dibuat sebelum ni.. Pasal semua sekolah di Semenanjung Malaysia ditutup selama dua hari kecuali Kelantan.. Labuan, Sabah dan Sarawak pun sekolah macam biasa kan.. Wahai anak-anak Kelantan, ke sekolah la adik-adik esok.. Jaga kesihatan baik-baik.. Jangan buat aktiviti luar.. Jerebu masuk dalam kelas tak? Hehe.. 
Read more ...

Monday, 19 January 2015

Kenapa Qu Puteh tak trending?


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam berlangsungnya AJL29 yang setiap tahun berjaya menarik perhatian ramai.. Tahun ni tambah lagi dengan tajaan dari Dato' Dr Hajjah Hasmiza Othman atau dikenali lagi dengan Dato' Seri Vida.. Qu Puteh, barulah putih.. Tagline tu rasanya dah ramai giler yang boleh buat.. Tak mustahil, tahun 2015 ni merupakan tahun bertuah untuk Dato' Seri Vida.. Mana tak nya, dia berjaya menganjurkan banyak program hebat di TV kan..

Tapi peliknya, dalam banyak-banyak hal dalam AJL29 yang trending di Twitter, tak terselit pun keyword Qu Puteh ke, Dato'  Seri Vida ke kan.. Padahal ramai yang sampai menyampah dia tengok iklan dia di setiap masa di AJL29 ni.. Hehe.. Pelik kan.. 

#Jom ramai-ramai buat, Minumlah Qu Peteh! Baru la putih.. Hehe..
Read more ...

Monday, 5 January 2015

Konsert Akhir Gegar Vaganza #GegarVaganza

Konsert Akhir Gegar Vaganza | Assalamualaikum w.b.t.. Eraz tengok Konsert Akhir Gegar Vaganza malam ni walaupun sebenarnya on off.. Persoalannya, kenapa Ifa Raziah tak menang??!! Hehe.. Just kidding.. Memang senarai pemenangnya memang terbaik di susun oleh pihak juri.. Maklum la ianya tidak dipengaruhi oleh SMS kan kecuali pemenang Persembahan Terbaik.. Sebab SMS, pemenangnya ialah Mamat Exist.. Tapi rasanya ada lagi persembahan orang lain lagi terbaik kot.. Tapi rezeki Mamat kan.. Tak boleh pertikaikan..

Berkaitan rapat dengan trending di Twitter sekarang, selain #GegarVaganza, nama peserta Mamat Exist, Rahmad Mega dan Ifa Raziah yang tersenarai.. Nama Juara Gegar Vaganza Musim 1 iaitu Ayai Illusi dan Naib Juara Gegar Vaganza iaitu Haleeda tidak tersenarai.. Apa-apa pun, dalam ramai-ramai artis yang join, memang sesuatu yang baru disajikan oleh dua orang artis ni.. Haleeda sebab dikenali dengan lagu balada tapi sebenarnya berjiwa rock! Ifa Raziah dikenali dengan dangdut tapi boleh bawa lagu genre lain dengan baik!!

#Mesti ramai akan join Gegar Vaganza Musim 2 nanti

Read more ...

Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha

Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha | Assalamualaikum w.b.t.. Kemunculan Hairul Azreen dalam Konsert Akhir Gegar Vanganza malam ni bukan mengejutkan.. Dia menari dan bla bla bla.. Tapi ending persembahan tu pelik.. Macam 'kosong'.. Sekali Nabil dengan Jihan Muse heret Hanis Zalikha ke pentas.. Hah! 'Drama' Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya kembali! Dah agak apa yang akan berlaku.. Jawapannya ialah tajuk entri ni la, Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha secara live dalam Konsert Akhir Gegar Vanganza..

Tak dapat tafsir muka Hanis Zalikha semasa lamaran tu di muka.. Mungkin terkejut.. Dua kali dia jawab 'Insyaallah'.. Tapi, sama-sama la kita doakan semoga 'masjid' berkenaan selamat dibina.. Amin.. Siapa nak tengkok video Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha secara live dalam Konsert Akhir Gegar Vanganza, boleh tengok kat youtube.. Pasti ada..

Nama Hairul Azreen dan Hanis Zalikha tiba-tiba trending tu twitter.. Semuanya gara-gara Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha secara live dalam Konsert Akhir Gegar Vanganza..

Read more ...

Monday, 17 November 2014

MH17 Romeo November Delta

MH17 Romeo November Delta
MH17 Romeo November Delta

Assalamualaikum w.b.t.. Dalam twitter malam ni, trending keyword ' MH17 Romeo November Delta '.. Pasti mana-mana yang terbaca pasal ' MH17 Romeo November Delta ' ini boleh kaitkan dengan apa sebenarnya kaitan ' MH17 Romeo November Delta ' ni.. Semestinya dengan kemalangan pesawat MH 17 yang telah ditembak jatuh dalam bulan Ramadhan baru ni..

Kalau dibaca dalam Utusan Malaysia Online, ' MH17 Romeo November Delta ' merupakan komunikasi terakhir antara juruterbang pesawat MH17 dan pusat kawalan radar, Dnipro (DNP) di Ukraine sebelum pesawat itu terhempas di timur Ukraine.. 

Apa yang dimaksudkan dengan ' Romeo November Delta Malaysia one seven ' ni agaknya??

Read more ...

Saturday, 23 August 2014

Trending #5 : Winner2ndWin


Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba #Winner2ndWin trending malam ni.. Apa benda tu? Winner 2nd Win? Berkaitan dengan korea kot.. 

Read more ...

Trending #4

Assalamualaikum w.b.t.. Sedia maklum apa yang trending hari ni.. Ini hasil yang Eraz capture tengahari tadi.. Ianya berkekalan sampai ke malam.. Masukkan dalam blog.. Biar ianya menjadi sejarah kat sini..

Read more ...

Friday, 18 July 2014

Trending #3 : Shot Down


Assalamualaikum w.b.t.. Di Facebook, di akhbar online, satu persatu berita tentang terhempasnya pesawat MH17 semalam di Ukraine.. Bila baca berita tentang kisah keluarga mangsa, hati rasa sayu sangat.. Di Facebook pula, banyak video di upload.. Terutama video yang memaparkan gambar pesawat MH17 yang sudah terhempas dan nampak beberapa mayat mangsa.. Ya Allah.. Tambahkanlah hati keluarga mangsa yang terlibat..

Shot Down.. Bila sebut Shot Down sekarang, memang tak terbayangkan hal lain.. Jika benar ada pihak tersalah tembak, alangkah kejam nya rasa.. Orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.. Kenapa perkara ni berlaku pada Malaysia..? Kisah MH370 masih lagi belum tamat.. Kini sambung kisah MH17.. Harapnya semua persoalan akan terjawab.. Semua yang berlaku tu ada hikmahnya.. Wassalam..

Read more ...

Trending #2 : Ukraine


Assalamualaikum w.b.t.. Jika pagi tadi Eraz ada buat entri tentang trending di Twitter tentang TGNA, sekarang nampaknya yang masih trending ialah keyword Ukraine.. Yang teratas ialah MH17.. Berita tu, memang dah sedia maklum.. Selama ini, mungkin ada yang buat tak tahu saje dengan nama Ukraine.. Tapi sekarang, dari budak kecil hingga dewasa, pasti akan menjadi familiar..

Apa-apa pun, sama-sama kita ikuti berita tentang nahas MH17 yang terhempas di Ukraine dan sama-sama juga kita sedekahkan Al-Fatihah kepada yang berkenaan.. Salam Takziah juga kepada keluarga mangsa yang terlibat..

Read more ...

Trending #1 : TGNA


Assalamualaikum w.b.t.. Keyword TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) nampak trending di Twitter hari ni.. Korang sure tahu kenapa kan.. Sebenarnya Eraz memang ada dapat message melalui Whatsapp dari satu group menyatakan bahawa Tok Guru sedang tenat dan menyatakan meninggal dunia.. Astaghfirullahal'Adzim.. Sebenarnya berita tu palsu.. Siapa yang membuat berita yang tak berasas ni.. Apa yang difahamkan TGNA memang kurang sihat, tapi belum meninggal.. 

Sama-sama kita doakan semoga TGNA akan sihat secepat mungkin.. Amin.. Wassalam..

Read more ...