Assalamualaikum w.b.t.. Walaupun tak de saudara yang terlibat dalam nahas MH17, bila tengok jenazah yang dibawa turun dari pesawat, sayu, sedih, pilu tetap terasa.. Tak dapat bayangkan bagaimana family terdekat mereka.. Bersabarlah.. Segala yang berlaku, ada hikmahnya.. Wassalam...
Showing posts with label MH17. Show all posts
Showing posts with label MH17. Show all posts
Friday, 22 August 2014
Akhbar Malaysia hari ni #MalaysiaBerkabung
Assalamualaikum w.b.t.. Pagi ni Eraz nak kongsi gambar yang diletakkan oleh Fafau di Instagram.. Akhbar-akhbar Malaysia hari ini.. Ianya sempena hari ketibaan mangsa-mangsa MH17 di Malaysia.. Juga sempena Malaysia berkabung..
#Al-Fatihah
Friday, 15 August 2014
22 Ogos 2014 | Hari berkabung
Assalamualaikum w.b.t.. Semalam kerajaan Malaysia mengumumkan yang 22 Ogos 2014 ini bersamaan dengan hari Jumaat adalah Hari Berkabung sempena sampainya pulang jasad mayat mangsa MH17.. Seramai 16 orang akan tiba sampai di Malaysia termasuk seorang bukan warga negara.. Sama-sama kita doakan semoga semuanya berjalan lancar dan Salam Takziah kepada keluarga mangsa.. Sama-sama juga kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam.. Wassalam..
Saturday, 19 July 2014
Friday, 18 July 2014
Trending #3 : Shot Down
Assalamualaikum w.b.t.. Di Facebook, di akhbar online, satu persatu berita tentang terhempasnya pesawat MH17 semalam di Ukraine.. Bila baca berita tentang kisah keluarga mangsa, hati rasa sayu sangat.. Di Facebook pula, banyak video di upload.. Terutama video yang memaparkan gambar pesawat MH17 yang sudah terhempas dan nampak beberapa mayat mangsa.. Ya Allah.. Tambahkanlah hati keluarga mangsa yang terlibat..
Shot Down.. Bila sebut Shot Down sekarang, memang tak terbayangkan hal lain.. Jika benar ada pihak tersalah tembak, alangkah kejam nya rasa.. Orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.. Kenapa perkara ni berlaku pada Malaysia..? Kisah MH370 masih lagi belum tamat.. Kini sambung kisah MH17.. Harapnya semua persoalan akan terjawab.. Semua yang berlaku tu ada hikmahnya.. Wassalam..
Trending #2 : Ukraine
Assalamualaikum w.b.t.. Jika pagi tadi Eraz ada buat entri tentang trending di Twitter tentang TGNA, sekarang nampaknya yang masih trending ialah keyword Ukraine.. Yang teratas ialah MH17.. Berita tu, memang dah sedia maklum.. Selama ini, mungkin ada yang buat tak tahu saje dengan nama Ukraine.. Tapi sekarang, dari budak kecil hingga dewasa, pasti akan menjadi familiar..
Apa-apa pun, sama-sama kita ikuti berita tentang nahas MH17 yang terhempas di Ukraine dan sama-sama juga kita sedekahkan Al-Fatihah kepada yang berkenaan.. Salam Takziah juga kepada keluarga mangsa yang terlibat..
Terbantut nak cari maklumat MH17 terhempas
Assalamualaikum w.b.t.. Selain tengok tv, nak juga google mencari berita tentang MH17 terhempas.. Tapi terbantut sebab internet memang bermasalah sejak Ahad lalu kot.. Jangan la ada yang menyebarkan berita palsu.. Tak baik.. Yang pasti, dah ada banyak gambar dan video tersebar.. Nak tidur pun rasa macam tak lena ni.. Tapi esok kerja.. So kena slow-slow cuba tidur..
Bayangkan kalau betul MH17 ditembak, astaqfirrullahalzim.. Tak dapat dibayangkan keadaan penumpang dan anak kapal masa tu.. Sama-sama kita doakan yang terbaik..
MH17 Terhempas | Doakan yang terbaik..
Assalamualaikum w.b.t.. Tak terkata.. Itu yang pertama sekali bermain difikiran selepas dengar berita tentang MH17 terhempas.. Kenapa ianya boleh berlaku.. Apa situasi penumpang dan anak kapal semasa kejadian.. Juga apa yang akan dialami oleh keluarga penumpang anak kapal.. Kes MH370 masih belum selesai.. Kini sampai kes MH17.. Astaqfirullahalazim.. Sama-sama kita doakan yang terbaik..
Kapal Terbang / Pesawat MH17 Terhempas
Kapal Terbang / Pesawat MH17 Terhempas | Assalamualaikum w.b.t.. Subhanallah.. Satu berita yang mengejutkan diterima.. Sekarang ada live kat Astro Awani sekarang.. Dikatakan pesawat atau kapal terbang MH17 yang bertolak dari Amsterdam dan sepatutnya sampai di Kuala Lumpur seawal jam 6 pagi nanti dikatakan hilang di ruang udara Ukraine dan terhempas.. Dan dikatakan ditemui terbakar di atas tanah.. Dikatakan juga seramai 280 penumpang dan 15 anak kapal maut.. Astaqfirullahhalazim.. Dikatakan juga ia ditembak.. Kita tunggu berita penuh nanti..
Subscribe to:
Posts (Atom)



