Showing posts with label AJL29. Show all posts
Showing posts with label AJL29. Show all posts

Tuesday, 20 January 2015

Lagu Dahsyat | Caliph Buskers di Meletop

Lagu Dashyat | Caliph Buskers di Meletop - Assalamualaikum w.b.t.. Terbaek Caliph Buskers.. Kehebatan persembahan mereka, hari ni mereka sampai di program Meletop.. Pagi tadi rasanya mereka berada di Hot FM.. Alhamdulillah.. Nampaknya rezeki mereka lebih terbuka sekarang.. Siapa sangka kan.. AJL29 membuka mata semua terhadap Caliph Buskers..

Dalam program Meletop tadi, mereka perform satu lagu bertajuk Dahsyat.. Ini tak pasti samada itu lagu mereka atau penyanyi.. Tapi boleh tahan best juga.. Untuk video lagu Dahsyat ni, mesti akan ada kat youtube nanti.. Doakan semoga mereka akan lebih success.. Gunalah peluang sebaik mungkin..

#Ke lagu Dahsyat ni lagu Mojo?

Read more ...

Monday, 19 January 2015

Kenapa Qu Puteh tak trending?


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam berlangsungnya AJL29 yang setiap tahun berjaya menarik perhatian ramai.. Tahun ni tambah lagi dengan tajaan dari Dato' Dr Hajjah Hasmiza Othman atau dikenali lagi dengan Dato' Seri Vida.. Qu Puteh, barulah putih.. Tagline tu rasanya dah ramai giler yang boleh buat.. Tak mustahil, tahun 2015 ni merupakan tahun bertuah untuk Dato' Seri Vida.. Mana tak nya, dia berjaya menganjurkan banyak program hebat di TV kan..

Tapi peliknya, dalam banyak-banyak hal dalam AJL29 yang trending di Twitter, tak terselit pun keyword Qu Puteh ke, Dato'  Seri Vida ke kan.. Padahal ramai yang sampai menyampah dia tengok iklan dia di setiap masa di AJL29 ni.. Hehe.. Pelik kan.. 

#Jom ramai-ramai buat, Minumlah Qu Peteh! Baru la putih.. Hehe..
Read more ...

Tempat Ke-2 AJL 29 | Shila Amzah dapat liputan tak?


Assalamualaikum w.b.t.. Masih Aku Cinta memang salah satu favourite song Eraz.. Memang mengharapkan Shila menang walaupun bukan juara.. Al-maklum la lagu Patah Seribu di AJL 28 tak menang apa-apa kan.. Muzik pun ada kelainan semalam.. Ada elemen lagu cina pulak dengar.. Vokal pun ok.. Cuma ramai yang tak gemar dengan persalinan Shila Amzah je.. Alhamdulillah, Shila Amzah mendapat tempat ke-2 untuk AJL 29.. Bolot semua hadiah sebab dialah penulis lagu, dialah penulis lirik dan dialah penyanyi..

Tapi yang tak sedapnya. rasa-rasanya ada ke media akhbar tempatan yang akan membuat liputan akan kejayan tempat ke - 2 Shila Amzah ni? Sedia maklum yang Shila sekarang seolah-olah di boikot media tempatan lepas 'kes' baru ni.. Sampaikan Shila Amzah membuat keputusan untuk menarik diri dari ABPBH 2014.. Tndakan Shila Amzah tu, tak tahu la bertepatan atau tidak.. Mungkin dia dan family ada alasan tersendiri..

Masa Shila Amzah berjaya mendapat markah yang paling tinggi masa Separuh Akhir AJL 29 sebelum ni, tak de pun orang menulis pasal dia selain blogger.. Padahal liputan tu ada.. Cuma nama Shila, satu pun tak de.. Semoga Shila terus success dan mengharumkan lagi nama Malaysia di mata dunia..

#Masih rasa nak tengok persembahan Mojo dan Caliph Buskers

Read more ...

Biodata Penyanyi Caliph Buskers | Azmi Saat

Biodata Penyanyi Caliph Buskers | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya ramai yang mencari maklumat serta gambar tentang penyanyi kumpulan Caliph Buskers yang mempunyai vokal yang sangat hebat tu sehinggakan Kumpulan Mojo + Caliph Buskers memenangi Persembahan Terbaik dalam AJL29 malam ni..

Ok! Salah seorang pembaca boleh Eraz ada menanyakan tentang biodata penyanyi Caliph Buskers ni.. Ini hasilnya.. Semoga dapat puaskan hati pembaca semua dan orang lain yang sedang mencari maklumat tentang penyanyi kumpulan Caliph Buskers ni..

Biodata Penyanyi Caliph Buskers

Nama : Azmi Saat
Asal: Johor Bahru
Pekerjaan: Vokalis / Penyanyi Utama Caliph Buskers dan penyanyi jalanan
Status: OKU (Kurang Penglihatan)
Lokasi: Bukit Bintang Kuala Lumpur

Sumber : http://www.melvister.com/2015/01/biodata-caliph-buskers-lagu-romantika-kumpulan-mojo-ajl29.html

Mana tahu suatu hari nanti, kumpulan Caliph Buskers ni akan mencipta nama di industri hiburan kita.. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia? Siapa la tahu kan.. Tahniah sekali lagi kepada Kumpulan Mojo dan Caliph Buskers kerana memenangi Persembahan Terbaik dalam AJL29 !

Read more ...

Sunday, 18 January 2015

Caliph Buskers

Caliph Buskers | Assalamualaikum w.b.t.. Caliph Buskers? Apa? Siapa? Haaaa... Siapa tengok AJL29 malam ni, mungkin alert.. Inilah nama kumpulan yang bersama kumpulan Mojo semasa persembahan lagu Romancinta tadi.. Serius, bila dengar nyanyian penyanyi utama Caliph Buskers tadi memang meremang bulu roma.. Untuk yang tidak tahu, mereka semua sebenarnya OKU Penglihatan.. Tapi suara, memang menakjubkan..

Tiada mustahil kalau penyanyi utama Caliph Buskers boleh menang vokal terbaik sebab suara dia memang best!! Kira satu kejutan dari Edry dan Kumpulan Mojo untuk AJL29 kali ni.. Lepas ni, mana tahu Caliph Buskers akan muncul lagi di mana-mana program lain.. Terbaek dari Mojo dan Caliph Buskers..

#Caliph Buskers tengah trending sekarang di Twitter

Read more ...

Keputusan Anugerah Juara Lagu ( AJL ) 29

Keputusan Anugerah Juara Lagu ( AJL ) 29 | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya AJL 29 kali ni memang banyak lagu menarik.. Serius.. Setakat yang ditengok sekarang, persembahan pun memang semua bertenaga dan boleh dikatakan tiada yang 'kosong'.. Kalau ikutkan pilihan sendiri, memang ada pilihan Juara, Tempat kedua dan Tempat ketiga tersendiri.. Tapi al-maklum la bukan juri profesionalkan.. Hehe..

Rasa-rasanya Dayang Nurfaizah boleh sangkut kot.. Shila Amzah.. Hafiz.. Lagu Lelaki dan lain-lain la.. Semua boleh dikatakan ada harapan..

Harapnya Indah Ruhailah terselit sama dalam senarai pemenang.. Kalau dapat vokal terbaik pun ok.. Haha.. Perasan tak lampu yang tergantung masa persembahan Indah tu jatuh lepas dia melantun vokal kemuncak..? Sengaja atau tidak? Dua-dua boleh.. Kalau tak sengaja, memang timing terbaek! Kalau sengaja, memang simbolik memaparkan kekuatan vokal Indah sampai jatuh lampu kaca tu.. Masa lampu tu jatuhkan Indah baru selesai 'tarik' suara dan pandang ke situ.. Wallahualam.. 

Apa-apa pun, tunggu sajelah dulu Keputusan Anugerah Juara Lagu ( AJL ) 29 kejap nanti.. Adios amigos!

#Sini hujan.. Harapnya siaran tak tergendala.. Tengok tunggu persembahan Shila Amzah ni..

UPDATE :

Juara AJL29 : Apa Khabar - Joe Flizzow & Sonaone

Naib Juara : Masih Aku Cinta - Shila Amzah

Tempat Ke - 3 : Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah

Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah

Persembahan Terbaik : Mojo - Romancinta

Read more ...

Friday, 28 November 2014

Senarai Lagu Berjaya ke AJL 29

Senarai Lagu Berjaya ke AJL 29 | Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni malam ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik ke 29.. Dan malam ni diumumkam 12 lagu yang berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 29.. Senarainya ada dalam gambar di bawah.. Yang pasti, 1st choice Eraz berjaya.. Lagu apa? Masih Ada Cinta - Shila Amzah la.. Harapnya juara kali ni.. Haha..

Nampak dari senarai yang berjaya, memang lagu-lagu yang best.. Yang bakal merebut Anugerah Vokal Terbaik AJL29 pun sengit nampaknya.. Indah AF 2013 pun tersenarai nampaknya.. Tapi sikit je tak best sebab Mewangi tak lepas.. Tak de rezeki Akim malam ni..

Read more ...