Showing posts with label Persediaan Raya. Show all posts
Showing posts with label Persediaan Raya. Show all posts

Saturday, 26 July 2014

Persediaan Raya #6

Assalamualaikum w.b.t.. Persediaan raya seterusnya selepas Persediaan Raya #5.. Tidak lain dan tidak bukan la, kemas rumah.. Haha.. Sawang-sawang yang ada tu, kena la singkirkan.. Rumput depan rumah yang panjang tu, kena la kasi potong.. Longkang? Sendiri mau ingat la.. Dalam rumah? Itu lagi.. Kena simpan barang elok-elok, kasi tersusun..

Sebelum raya pun tersusun, tapi kalau nak raya, mungkin akan jadi lebih tersusun.. Mana caranya, mungkin korang boleh ubah cara susunan.. Betul tak? Hehe.. Barang baru? Perabot baru? Langsir baru? Tidak.. Itu bukan cara kami.. Sekadar mengemas rumah sahaja..

Selain dari mengemas rumah, pakaian nak 'balik kampung' pun kena kemas kan.. Itu lebih kepada isteri la.. Eraz tolong menolong je la bab-bab kemas tu.. Alhamdulillah, setakat ni dah hampir siap.. Maybe 30% ke 40% lagi kot..

#Siapa yang dalam perjalanan balik kampung, berhati-hatilah di jalan raya

Read more ...

Friday, 25 July 2014

Persediaan Raya #5


Assalamualaikum w.b.t.. Kembali lagi dengan entri Persediaan Raya.. Haha.. Baru pagi tadi buat entri tentang Persediaan Raya #4.. Kali ni edisi Persediaan Raya #4.. Zakat Fitrah.. Itu wajib ni.. No choice.. Ditujukan khas kepada ketua keluarga atau pada yang mampu bayar sendiri atau juga untuk tanggungan-tanggungannya.. Jangan sampai terlupa.. Last minit pun ok, janji bayar.. Tapi, ada tapinya.. Kalau dah last minute pastikan bayar la.. Jangan terlupa lak.. Jadi seeloknya, bayar la awal sikit ya.. Peringatan untuk diri sendiri juga.. Tapi alhamdulillah, Eraz dah selesaikan.. 

Read more ...

Persediaan Raya #4


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam Eraz ada buat entri tentang Persediaan Raya #3.. Sekarang edisi Persediaan Raya #4.. Ini penting kalau nak travel jauh.. Maklum la hari raya kan.. Kalau Eraz, memang tak yakin nak check-check sendiri.. Baik la pergi tempat yang sepatutnya kan.. Raya tahun ni macam biasa, akan balik ke rumah Ma Abah di Machang then lepas tu beraya di kampung sebelah isteri di Terengganu..

Persediaan apa yang Eraz maksudkan? Semestinya SERVICE KENDERAAN.. Hehe.. Rasa macam dah lama tak service kereta.. Lama tak travel jauh.. Paling jauh dari Kota Bharu ke Kuala Krai.. Tapi sebenarnya Terengganu tak de la jauh sangat dari Kota Bharu.. Lebih kurang ke Kuala Krai je kot.. Tapi jauh sikit je.. Memandang membawa anak isteri, kena la pastikan keselamatan kan..

Alhamdulillah dah booking awal-awal di pusat servis tu pagi Isnin ni.. Kalau tak book, risau ramai kan.. Cuma ini sebenarnya kerja last minute.. Jangan ikutkan sangat.. Better korang buat awal sikit la.. Risau nanti, bila nak last minute, ada hal lain pulak kan.. Harapnya kali ni tak de hal lain la..

Cuma satu je lagi, tengah fikir samada nak service aricond atau tidak.. Rasa macam sejuk tak sejuk.. Kalau sejuk, memang sejuk.. Tapi kalau tengahari, lambat la sikit sejuk.. Tengah fikir ni.. Errrrrmmmmm.. Bab belanja, memang tak boleh nak kata apa la.. Sebab tu kena menyimpan awal.. Kan..

Read more ...

Thursday, 24 July 2014

Persediaan Raya #3


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam Eraz ada buat entri tentang Persediaan Raya #2.. Hari ni edisi Persediaan Raya #3.. Bagi Eraz je la ni.. Bagi korang, tak pasti la.. Haha.. Rambut.. Rambut mesti kena kemas.. Kalau dulu, tak kisah sangat kot.. Tapi bila dah kerja, dah kahwin, dah ada anak ni, rambut memang kena nampak kemas..

Kalau zaman belajar di sekolah, memang wajib berambut ikut standard la.. Masa belajar kat Matrix lak, pun sama.. Tapi masa belajar kat USM, Eraz bebas sikit.. Pernah la menyimpan rambut panjang.. Panjang sikit je.. Kalau panjang sepanjang panjangnya tu, tak boleh masuk kuliah.. Nak tunjuk gambar pun malu..

So semalam, kebetulan pihak kami ada mengadakan majlis berbuka puasa, then lepas majlis, settlekan hal kat dewan, memang tak sempat nak g Solat Tarawih.. So lepas je settle semua kat dewan (sebab malam ni ada satu majlis lagi), Eraz terus ke Salon yang biasa Eraz bagi.. Sebelum gunting, memang basuh rambut dulu la.. Pastu gunting rambut macam biasa.. Kemas terus.. Dah rasa hensem balik kot.. Haha.. Kembali muda..

Ini salah satu persediaan dari orang lelaki la.. Orang perempuan, mungkin perkara lain pulak kan.. Wassalam..
Read more ...

Wednesday, 23 July 2014

Persediaan Raya #2


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam Eraz ada buat entri tentang Persediaan Raya #1.. Hari ni edisi Persediaan Raya #2.. Duit raya.. Salah satu yang penting.. Kecil-kecil dulu, tak pe la, kita dapat duit raya.. Lepas dapat kerja, kena bagi dan kadang-kadang tu masih dapat.. Awet muda la katakan.. Haha.. Tapi sekarang, dah kahwin dan ada anak, sah-sah kena bagi duit raya..

Persediaan duit raya ni pun satu perkara penting.. Kalau tak sediakan awal, memang habis la duit gaji bulan raya tu.. Duit tu, bukan seratus dua, tapi lebih daripada itu.. Dan sama juga untuk tukar duit raya di bank.. Eraz selalu tukar duit RM 1 dan RM 10.. RM 50 tu, pakai mana-mana ada.. Pernah tukar yang RM 5, tapi setahun je.. Lepas tak de dah..

Siapa yang belum ada pengalaman tukar duit raya ni di bank, meh sini nak bagitau.. Sila la tukar duit raya tu awal-awal.. Untuk kepastian, semak dengan pihak bank, bila pihak bank buka kaunter untuk tukar duit raya.. Kalau korang lambat, memang balik tangan kosong la..

Tapi, in case la nak juga duit RM 10 yang baru.. boleh keluarkan melalui ATM.. Tahu caranya? Eraz pernah buat.. Untuk satu kad ATM, dapatla 12 keping maksimum.. Setiap satu transaksi, keluarkan RM 40.. Sah-sah keluar duit RM 10 empat keping kan.. Tapi hadnya 3 kali pengeluaran je la.. Hehe.. Dan bergantung juga kepada mesin ATM tu.. Mesin ATM tu perlulah berfungsi ok, duit tak habis, ada duit baru dalam tu.. Haha..

Apa-apa pun atas perancangan masing-masing.. Ini bagi yang mungkin hidup sederhana la.. Siapa-siapa yang ada simpanan banyak, tak risau sangat kot bab menyimpan.. Adios Amigos.. Wassalam.. 

Read more ...

Tuesday, 22 July 2014

Persediaan Raya #1


Assalamualaikum w.b.t.. Aiii.. Tak lama lagi dah nak raya ni.. Persediaan korang macamana? Mesti berjela-jela list kan.. Semua dah siap ke Baju Raya? Kami, alhamdulillah, isteri memang jenis yang ready awal-awal.. Sebelum puasa dah settle hal Baju Raya.. Bukan apa, kalau beli dalam bulan puasa, tak tahu bila nak pergi.. Cuti tak sama kan.. Malam, tak keluar dah.. Kalau nak g dekat-dekat raya, harap maap la, ramai orang.. So, ready la awal-awal..

Paling meriah, Zara Faleesya la.. Tahun lepas, dia dah raya.. Tapi berumur dalam 2minggu kot.. So baju raya, tak perlu sangat la.. Tapi ada.. Cuma kali ni, lebih la sikit.. Yang penting, nak beli berapa pun boleh, tapi kena bajet betul-betul.. Simpan la duit awal-awal.. Sure bajet tak lari kan.. Raya ni, selalunya banyak guna bajet..

Read more ...