Showing posts with label Aku Isterinya. Show all posts
Showing posts with label Aku Isterinya. Show all posts

Monday, 19 May 2014

Aku Isterinya Episode 27 | 28

Aku Isterinya Episode 27 | 28

Aku Isterinya Episode 27 | 28 - Assalamualaikum w.b.t.. Minggu ni masuk minggu ke - 8 untuk drama Aku Isterinya.. Dan rasanya minggu ini minggu terakhir untuk drama Aku Isterinya ni.. Hubungan Mikail dan Mya menjadi semakin baik dan intim apatah lagi sekarang ini Mya telah mengandungkan anak Mikail.. Apatah lagi bapa Mikail kini telah berbaik dengan mereka dan sangat happy kerana tidak lama lagi akan mendapat cucu..

Malangnya hubungan Mikail serta Mia dengan Datin Adibah iaitu ibu Mikail masih lagi tak berapa nak ok.. Ini semua berpunca dari hasutan anak saudaranya sendiri iaitu Suzanne.. Tapi apa akan berlaku pada minggu ini? Yakni drama Aku Isterinya Episode 27 dan 28?

Apa yang pasti, hubungan Mikail dan Adam terus putus setelah Mikail dapat mengetahui yang Adam sebenarnya telah rogol Mia sebelum ini semasa Mikail mabuk.. Selain daripada itu, Mikail dan Mya juga hampir-hampir dilanggar oleh seorang penunggang motor di kawasan parking.. Agaknya kerja siapa? Lagi satu, walaupun tidak berjaya mendapatkan bantuan Mak Ngah Mya untuk dapatkan Mya, Shamil masih tidak berputus asa untuk mendapatkan Mia sehingga sanggup sekali lagi ke KL untuk berjumpa dengan Mia..

Apa lagi yang berlaku? Adakah Mia lahirkan anak lelaki, atau anak perempuan ataupun kembar? Memang memang tunggu drama Aku Isterinya Episode 27 dan 28 ini.. Wassalam..

Read more ...

Saturday, 10 May 2014

Aku Isterinya Episode 23 | 24 | 25 | 26

Aku Isterinya Episode 23 | 24 | 25 | 26

Aku Isterinya Episode 23 | 24 | 25 | 26 - Assalamualaikum w.b.t.. Minggu ni masuk minggu ke - 7 untuk drama Aku Isterinya.. Hubungan Mikail dan Mya menjadi semakin baik dan intim apatah lagi sekarang ini Mya telah mengandungkan anak Mikail.. Itu satu berita yang sangat menggembirakan mereka semua.. Akan tetapi, dengan adanya watak jahat seperti Suzanne dan Adam, semuanya akan jadi porak peranda.. Apa-apa pun, jom baca serba sedikit sinopsis drama Aku Isterinya Episode 23, 24, 25 dan 26..


Aku Isterinya Episode 23 - Mikail terus memeluk erat Mya apabila melihat darah mengalir daripadanya dan dia tidak akan memaafkan Suzanne sampai bila-bila jika terjadi apa-apa pada kandungan Mya.

Aku Isterinya Episode 24 - Adam tersenyum apabila mengetahui yang Mikail datang bersama Mya dan dalam masa yang sama dia turut cemburu melihat keprihatinan Mikail terhadap Mya.

Aku Isterinya Episode 25 - Datin Adiba ingat kembali kata-kata suaminya agar menerima Mya sebagai menantu mereka kerana dia yakin yang mereka akan bahagia semula seperti dahulu.

Aku Isterinya Episode 26 - Datuk Lutfi tidak menduga kehadiran Mya dan bayi di dalam kandungan Mya akan mengubah corak dan jalan cerita mereka sekeluarga.

Read more ...

Sunday, 4 May 2014

Aku Isterinya Episode 19 | 20 | 21 | 22

Aku Isterinya Episode 19 | 20 | 21 | 22

Aku Isterinya Episode 19 | 20 | 21 | 22 - Assalamualaikum w.b.t.. Minggu ni masuk minggu ke - 6 untuk drama Aku Isterinya.. Hubungan Mikail dan Mya menjadi lebih parah apabila Suzzane telah berpakat dengan Adam untuk mengacau hidup mereka sehinggakan mempengaruhi Datin Adiba, ibu kepada Mikail.. Apa-apa pun, jom baca serba sedikit sinopsis drama Aku Isterinya Episode 19, 20, 21 dan 22..


Aku Isterinya Episode 19 - Dari jauh Muzifa tersenyum melihat kebahagiaan Mikail dan Mya seperti belangkas.. Sayu hatinya melihat Mikail yang sudah sembuh luka di hati akibat perbuatan Lisa dahulu..

Aku Isterinya Episode 20 - Mya terkejut apabila mendengar Mikail mahukan zuriat.. Dia tidak yakin Mikail sudah bersedia untuk menjadi bapa disebabkan keadaan keluarganya sendiri berkecamuk dan berpecah belah..

Aku Isterinya Episode 21 - Mya tercengang dan hampir menitiskan air matanya mendengar daripada mulut Mikail supaya diajarnya solat.. Dia kagum dengan sikap Mikail yang mengaku kejahilan diri sendiri dan bersedia untuk berubah..

Aku Isterinya Episode 22 - Mya tidak berniat untuk menyakitkan hati Mikail tetapi sejak pertemuan dengan Aisyah dua minggu lalu, dia menaruh syak kepada Mikail disebabkan Mkail merahsiakan tentang perkahwinan mereka..

Read more ...

Sunday, 27 April 2014

Aku Isterinya Episode 15 | 16 | 17 | 18

Aku Isterinya Episode 15 | 16 | 17 | 18

Aku Isterinya Episode 15 | 16 | 17 | 18 - Assalamualaikum w.b.t.. Minggu ni masuk minggu ke - 5 untuk drama Aku Isterinya.. Kalau diikutkan minggu ini, konflik rumahtangga Mikail dan Mya bergelora selepas Mya menipu Mikail yang mana sebenarnya dia keluar minum dengan Syamil walaupun niatnya baik.. Apa-apa pun, jom baca serba sedikit sinopsis drama Aku Isterinya Episode 15, 16, 17 dan 18..


Aku Isterinya Episode 15 - Mikail marah apabila dia ditipu oleh Mya tambahan pula apabila Shamil memaklumkan yang Mya adalah kekasihnya sejak dulu lagi..

Aku Isterinya Episode 16 - Mikail terkejut kerana Suzanne berada di ruah mamanya lalu hilang sabar apabila Suzanne minta Mikail membuat pengakuan kepada Datin Adiba tentang hubungan Mikail dan Mya dan juga siapa Mya yang sebenarnya..

Aku Isterinya Episode 17 - Mikail terkejut apabila mendapat tahu Shamil telah pergi ke rumah Mak Ngah Mya untuk meminang Mya dan pinangan tersebut diterima oleh Mak Ngah selepas Shamil menebus tanah pusakanya..

Aku Isterinya Episode 18 - Mya tergelak apabila Mikail mengajaknya pergi berbulan madu kerana mereka berkahwin disebabkan ditangkap berkhalwat dan dia merasa tidak sesuai untuk pergi berbulan madu..

Read more ...

Monday, 21 April 2014

Aku Isterinya Episode 11 | 12 | 13 | 14

Aku Isterinya Episode 11 | 12 | 13 | 14

Aku Isterinya Episode 11 | 12 | 13 | 14 - Assalamualaikum w.b.t.. Minggu ni masuk minggu ke - 4 untuk drama Aku Isterinya.. Nampaknya Mikail dah mula menunjukkan rasa cinta dan kasihnya kepada Mya.. Mikail juga telah meluahkan perkataan cinta kepada Mya akan tetapi tiada respon yang diberikan Mya.. Jadi entri ini untuk semua peminat drama Aku Isterinya Episode 11, 12, 13 dan 14.. Eraz ada dapatkan sedikit sinopsis.. Jom baca :

Aku Isterinya Episode 11 - Mikail terpaksa meninggalkan mesyuarat penting apabila menerima pesanan daripada Farhan tentang Mya.. Dia cemas melihat keadaan Mya yang berpeluh-peluh menahan kesakitan..

Aku Isterinya Episode 12 - Adam datang ke pejabat Mikail untuk mengajak Mikail keluar bersamanya tetapi Mikail terpaksa menolaknya kerana dia membawa bekal yang dimasak oleh Mya..

Aku Isterinya Episode 13 - Suzzane amat marah apabila melihat kemesraan Mikail bersama Mya di KLCC.. Dalam pada itu, Mimi memaklumkan kepada Datin Adiba yang Lisa telah menghubungi..

Aku Isterinya Episode 14 - Mikail memberitahu Mya bahawa dia ada berjumpa dengan Lisa iaitu bekas kekasihnya. Mikail meyakinkan Mya bahawa dia tidak akan bercinta dengan Lisa lagi..


Aku Isterinya Episode 11, 12, 13 dan 14..

Read more ...

Monday, 14 April 2014

Aku Isterinya Episode 7 | 8 | 9 | 10

Aku Isterinya Episode 7 | 8 | 9 | 10

Aku Isterinya Episode 7 | 8 | 9 | 10 - Assalamualaikum w.b.t.. Minggu ni masuk minggu ke - 3 untuk drama Aku Isterinya.. Disebabkan kesibukan dengan hal kerja dan personal, memang kadang-kadang tu tak sempat nak tengok live.. Nasib baik la boleh rekod.. Minggu pertama dan kedua rasa macam kurang menyegat sebab perjalanan cerita yang agak slow.. Watak Suzzane pun macam tak kena je.. Apa-apa pun, kita try tengok drama Aku Isterinya Episode 7, 8, 9 dan 10 ni pula..

Jadi entri ini untuk semua peminat drama Aku Isterinya Episode 7, 8, 9 dan 10.. Eraz ada dapatkan sedikit sinopsis.. Jom baca :

Aku Isterinya Episode 7 - Mya tidak dapat menahan kesedihanya kerana neneknya meninggal dunia sebelum sempat dia pulang untuk berkongsi suka duka..

Aku Isterinya Episode 8 - Mikail terkejut apabila Mya minta dilepaskan kerana dia tidak sanggup lagi menanggung dosa.. Mikail tetap tidak akan melepaskan Mya kecuali membayar balik duit kepadanya sebanyak RM 50,000.00..

Aku Isterinya Episode 9Mya masuk ke dalam bilik Mikail dan mendapati Mikail mengalami demam panas.. Mya kasihan melihat Mikail dan terus memberikan ubat kepada Mikail..

Aku Isterinya Episode 10 - Mikail terpaksa membawa Farhan ke rumahnya.. Mya terkejut melihat Mikail pulang bersama Farhan.. Melihat gambar-gambar Mikail yang tersusun, Farhan beranggapan yang Mikail adalah teman lelaki Mya..

Aku Isterinya Episode 7, 8, 9 dan 10..


Read more ...

Sunday, 6 April 2014

Aku Isterinya Episode 3 | 4 | 5 | 6

Aku Isterinya Episode 3 | 4 | 5 | 6

Aku Isterinya Episode 3 | 4 | 5 | 6 - Assalamualaikum w.b.t.. Mesti ramai yang dah tahu yang slot Akasia di TV3 sudah mula menayangkan drama baru lakonan Izzue Islam dan Anzalna Nasir.. Drama berkenaan bertajuk Aku Isterinya.. Adaptasi daripada novel Aku Bukan Mistress.. Eraz berjaya tengok Aku Isterinya Episode 1 dan 2 minggu lepas.. Boleh tahan tapi kurang faham lagi sebab banyak sangat flashback..

Jadi entri ini untuk semua peminat drama Aku Isterinya Episod 3, 4, 5 dan 6.. Eraz ada dapatkan sedikit sinopsis.. Jom baca :

Aku Isterinya Episode 3 - Sikap Mikail sungguh berbeza sekali dengan kehadiran Datin Adiba dimana wajahnya yang selama ini sentiasa serius sudah bertukar menjadi ringan mulut untuk bergurau..

Aku Isterinya Episode 4 - Mikail mengelamun memikirkan tentang Mya sehinggakan kata-kata Datin Adiba seperti tidak dipedulikan.. Dia mula merasakan yang Mya sangat penting untuk dirinya..

Aku Isterinya Episode 5 - Mya betul-betul berasa lega selepas Datin Adiba pulang ke rumahnya.. Manakala sikap Mikail berubah menjadi lebih baik daripada dulu..

Aku Isterinya Episode 6 - Seawal pagi Suzanne sudah pun berada di pejabat Mikail untuk berjumpa dengan Mikail sebaik sahaja kakinya melangkah ke pejabat..

Selamat menonton drama Aku Isterinya Episod 3, 4, 5 dan 6

Read more ...